Sunday 1 March 2009

Kembara ke bumi Andalusia : La Linea & Gibraltar

Kembara ke Bumi Andalusia Sepanyol

Alhamdullilah kembara ke bumi Andalusia selama 4 hari dan 3 malam selesai dengan selamat dan lancar.. Walaupun singkat masa namun sedikit sebanyak dapat juga aku kutip pengalaman dan kenangan di situ. Dengan cuaca bersuhu di antara 15-18 darjah dengan panas membahangnya.. Sungguh jauh berbeza dengan bumi Glasgow ini

Perjalanan ini telah dirancang sejak tahun lepas lagi.. Jika ditanya adakah aku puas mengembara.. Pastinya aku katakan tidak puas.. Berada di Cordoba hanya selama 2 jam sahaja tidak cukup untuk aku nikmati senibina lamanya yang begitu unik sekali.. Jika ada peluang lagi pastinya aku mahu ke sana lagi ;)

Laluan bertanda merah itu adalah laluan yang kami ikuti selama 4 hari.

Perjalanan kami bermula di Malaga.. Bermalam di Alcaidesa.. ke Gibraltar.. Cordoba.. Granada (bermalam 2 hari) ke Almeria dan akhirnya kembali ke Malaga untuk penerbangan balik ke Glasgow.

Dari lapangan terbang Malaga.. Kami menyewa sebuah MPV dengan 7 tempat duduk. Pemanduannya adalah di sebelah kiri.. Mulanya agak janggal bagi rakan memulakan pemanduan yang setelah sekian lama biasa dengan pemanduan sebelah kanan.. Puas jugalah mengingatkan bahawa perlu membelok ke sebelah kanan jalan.. dan berpusing di 'roundabout' arah lawan jam.. puas jugalah sekejap ke tengah.. sekejap ke tepi.. maklumlah belum biasa lagi dengan pemanduan berkenaan..

Ketika keluar dari kawasan lapangan terbang.. Terbentang luaslah pantai 'Costa De Sol' yang penuh dengan hotel-hotel, restauran.. cafe.. bar pub di sepanjang pantai itu.. Suasana yang panas membahang mengingatkan kami pada cuaca panas di tanahair.. dan apatah lagi dengan susun atur bangunannya yang juga lebih kurang sama sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang suasana di malaysia ketika di sana.. Baik dari segi senibina rumahnya yang banyak berciri-cirikan rumah-rumah cina yang jenis bertembok di malaysia.. lebuhraya yang tidak jauh bezanya.. Namun berjalan ke Bumi Andalusia sememangnya tidak dapat dilupakan..

Kami menuju ke La linea De conception tempat penginapan di Alcaidesa.. sebelum itu kami sudah sesat hampir sejam lebih mencari penginapan kami.. yang rupanya di Alcaidesa dan bukan di La Linea De conception..

Penat berpusing-pusing mencari arah menggunakan 'Navigator'.. Akhirnya aku buat panggilan ke 'Hotel Quercus' menanyakan arah tujuan kami.. Nasib jejaka 'reception' itu fasih berbahasa english..

Kami sampai juga tapi sudah masuk maghrib..

Malam itu kami hanya sempat berjalan-jalan di sekitar pekan La Linea yang berhampiran dengan Gibraltar..

Hotel Quercus Alcaidesa

Bilik di Hotel Quercus.. Serba merah jambu

Keesokan harinya kami 'check out' pada pukul 9.30 pagi dan mengambil peluang bergambar di sekitar kawasan hotel.

Suasana pagi di Alcaidesa

Di ruangan 'foyer' hotel




Ke Gibraltar (Tanah jajahan UK)

Gibraltar is a British overseas territory located near the southernmost tip of the Iberian Peninsula overlooking the Strait of Gibraltar. The territory shares a border with Spain to the north. Gibraltar has historically been an important base for the British Armed Forces and is the site of a Royal Navy base.

The name of the territory is derived from the Arabic name Jabal Tāriq (جبل طارق), meaning "mountain of Tariq".It refers to the geological formation, the Rock of Gibraltar, which in turn was named for the Berber Umayyad general Tariq ibn-Ziyad who led the initial incursion into Iberia in advance of the main Moorish force in 711 under the command of Umayyad Caliph Al-Walid I. Earlier, it was known as Mons Calpe, one of the Pillars of Hercules. Today, Gibraltar is known colloquially as Gib or The Rock.


Berbeza di bumi Andalusia.. yang bertulisan spain.. Di sini semuanya bertulisan english.. dan kebanyakan kedai-kedai yang biasa di dapati di UK terdapat di sini..

Pintu masuk ke Gibraltar (Imigresen & Kastam)

The Rock

Lapangan Terbang Tentera Gibraltar

Memandu untuk mendaki bukit 'The Rock'

Sedang membayar tiket untuk memandu menaiki The Upper Rock, 8 pound seorang.

Di pintu masuk 'Jews Gate' untuk mendaki 'The Upper Rock'

The Pillar of Hercules

Nun di sana tanah besar Sepanyol

Nun di sana Tanah Morocco.. Cuaca agak berkabus.. Jika cuaca terang pasti nampak tanah itu

Deretan kapal-kapal besar.

Tangga untuk mendaki bukit

Kubu pertahanan di atas bukit

Landasan Kapal Terbang Tentera Gibraltar

Pintu Masuk ke Gibraltar

Pemandangan sekitarnya

Antara senjata lama yang masih ada

Di pintu masuk 'Morrish Castle'

Morrish Castle

Menuruni bukit ke bandar

Salah satu nama jalan di Gibraltar, pastinya anda tahu siapakah pemilik nama ini?

Kedai milik bangsa yahudi..

Kawasan deretan kedai

Deretan pokok limau

Salah satu kedai 'souvenirs'
Masa untuk meninggalkan Gibraltar
Landasan kapal terbang dari dekat

Selamat tinggal Gibraltar

Menuju ke pintu keluar ke tanah Andalusia dan kami meneruskan perjalanan kami ke Cordoba

Akan aku sambung lagi kisah pengembaraanku nanti ya ;)

6 comments:

kakpiah said...

bestnyerrr....
nmpk sojuk jer kak kan??
cepat kak!!
masokkn lagi gegambar..
aku nk berangan nih..
hehehehe...

ibundo said...

seronok nye... bila la aku dapat pegi nih. takpe ar.. tengok gambar pun dah kira ok gak.

KTS said...

ini entry sgt membakar rasa cemburu aku...

huhuhuhuhu...

esok aku nak mengembara gak... kembara di tanah gersang :P

julietchun said...

THE ROCK tu npk cam Batu Caves jek. Limau tuh takleh kait ke? :D

iina said...

Piah

Gambar coming soon.. tunggu akak balik dari uni.. memalm sikit akak upload ok..

Kak Pah

Insyallah mana tau ada rezeki akak kan ;)

KTS

Sila ler jeles.. kembara di tanah gersang buat apa?? susah payah jek ko nak carik air karang tau

Juliet

Batu cave?? cehh ko nie.. limau tuh leh kait tapi takde manusia nak makan sebab masam gilos.. hanya binatang jek makan tu.. kalau nak makan gak kena buat jam tapi gulanya berkilo2 tau..

Faisal said...

seronoknye berjalan.. bila turn aku pulak ni ekk..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin