Friday 27 March 2009

Di sini


Di sini
Aku masih berdiri
bersama hati bersama naluri
membawa rasa gelisah hati
entahkan bila akan pergi

Di sini
Aku mencari diri
kala perasaan ingin berlari
mencapai matlamat ini
sepantas sekuat larian kaki
mengejar apa juga yang bakal dihadapi

Di sini
Aku masih ada
entah bila sampai bila
lama mana untuk apa
masih percaya cita dan hasrat nyata
tidak mustahil digapai angannya
mengenggam impian dengan jaya

Di sini
Aku mengharapkan hanya padaNya
ku luah dan ku pohon ehsanNya
permudahkanlah Tuhan yang maha kaya
senangkanlah laluan kita semua
agar mudah segala harapannya..

Beberapa hari ini timbul rasa risau di hati.. semoga kerisauan ini berlalu perginya.. Perjuangan ini perlu dilalui dan dihadapi.. tanpa putus asa.. tanpa putus harapan.. kala hati mereka bergelar sahabat.. juga turut risau dan gundah gulana..

Insyallah kita berdoa semoga kita dapat hadapinya dengan sekuat mungkin dan dikurniakan cahaya kejayaan di penghujungnya..

Doakan semoga perjuangan kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
Kuatkan semangat kami.. dan cekalkan jiwa raga kami..
Berikan limpahan kurnia ilham dan idea tanpa hentinya... Aminn..

Wahai sahabat-sahabatku.. dimana sahaja anda berada.. baik di tanahair.. baik di bumi New Zealand.. di bumi UK.. di mana juga..

Doa aku sentiasa bersama kalian.. kita sama merasa.. dan sama-sama mengerti kepedihan dan kepayahan yang perlu kita lalui..

Insyallah.. kuatkan hati.. Jangan mengalah sebelum berjuang hingga keakhirnya..

8 comments:

UnGu VioLet said...

insya allah.. teruskan perjuangan hidup..

ibundo said...

beremosi kau harini. Ala, relek la na. Laluan memang tak selalu mudah. Nak capai kejayaan kono tompuh rintangan dulu. Akak doakan ekau bojayo. Supayo ekau monjadi kobanggaan mesia.

zura aini said...

selamat berjuang iiina, apa pun yang dilakukan hingga ke penamat. saya pun sedang struggle ni nak siapkan by 2morrow, 2nd time checking by supervisor.

kucing atas tu cute, macam dua ekor kat rumah ni yang mati berturut-turut dua hari lepas.

zura aini said...

selamat berjuang iiina, apa pun yang dilakukan hingga ke penamat. saya pun sedang struggle ni nak siapkan by 2morrow, 2nd time checking by supervisor.

kucing atas tu cute, macam dua ekor kat rumah ni yang mati berturut-turut dua hari lepas.

Cikgooden said...

hidup terus hidup!...kekadang sakit demam tu, anggaplah miscalled dari kubor!...kena persiapkan diri.

amin!

iina said...

UV

Insyallah

Kak Pah

Insyallah kak.. amin.. mmg tongah risau giler nie kak.. jap gik nak ngadap vice canselor universiti den.. ahhh.. mcm2 raso ado nie

Zany

Insyallah allah permudahkan.. saya masih tgh struggling giler nie.. lahh cian ye kucing tuh.. ;)

Cikgooden

Amin.. insyallah.. teman dah tak tau apa nk khabar lah.. 3 hari nie masa emas.. VVIP dtg khusus dr mesia.. Insyallah.. semoga mudah semuanya ;)

aNIe said...

Iina...semoga ALLAH akan mempermudahkan lalui kita untuk menuju kepada yang lebih baik...

Ameen...

iina said...

Kak Anie

Aminnn kak.. insyallah...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin