Tuesday, 24 February 2009

Kembara



Menurut lagenda islam.. Penduduk di situ meminta pada Allah 5 perkara iaitu

- Langit cerah yang membiru
- Lautan yang dipenuhi sumber ikan
- Pepohon yang dirimbuni dengan aneka macam buah-buahan
- Gadis dan wanita yang cantik jelita
- Sistem kerajaan yang adil saksama

Dikatakan Allah telah memakbulkan hampir semua permintaan mereka itu.. kecuali permintaan yang terakhir.. kerana jika Allah memakbulkan kesemua permintaan mereka itu.. pastinya kerajaan itu menjadi syurga kediaman manusia di bumi ini..

Di bumi ini jugalah ribuan umat islam dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan dan banyak kesan-kesan senibina islam dihapuskan dan diruntuhkan..

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di kerajaan itu. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.

Kembara jalanan ke bumi yang penuh keinsafan..

Blog ini akan sepi buat sementara waktu..

Doakan perjalananku pergi dan kembali dengan selamatnya.. Insyallah

Jumpa lagi nanti ya.. dan jaga diri semuanya.. Gracias..

Monday, 23 February 2009

Adab

Dulu aku pernah terbaca sebuah buku tentang adab dan sopan santun.. Kerana dulu ayah merupakan guru bahasa melayu.. dan aliran sastera.. banyak buku-buku lama yang ayah simpan.. dan masih elok tersimpan di kampung..

Tak salah aku dulu aku pernah terbaca tentang adab bersopan santun ini.. cara-caranya.. terutama adab sebelum makan.. adab berjalan.. adab menyapa.. adab berkata.. yang ditulis dan dihurai kemas dalam buku berkenaan.. Entah mengapa kini seolah aku tercari-cari semula buku itu dan aku percaya mungkin ada atau tidak lagi di pasaran.

Masih aku ingat lagi salah satu adab makan.. sebelum kita makan.. eloklah kita makan nasi kosong terlebih dahulu dengan menyuapnya secara sedikit.. tujuannya untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mengambil makanan terlebih dahulu.. dan sudah tentu mengutamakan orang yang lebih tua dari kita..

Dulu bila balik ke kampung.. selalunya bila makan.. sudah tentu wan.. tok.. pak long.. pak sedara mara.. akan ada untuk makan sekali.. sudah tentu bila makan berhidang.. ada adab-adabnya.. dan ada caranya.. siap dengan air basuh tangan.. siap ada sapu tangannya.. yang utama.. mestilah mendahulukan yang tua-tua dahulu.. kemudian barulah kita yang muda ini.. mendapat gilirannya.. selalunya.. aku sering makan lewat sedikit.. Tugasan aku selalunya memastikan makanan terhidang semuanya.. lauk pauk siap.. dan berkejaran ke dapur untuk menambah lauk atau nasi jika berkurangan..

Selepas itu tidak ketinggalan.. pastinya sapaan untuk menambah nasi akan disebut.. selagi tidak ditambah.. selagi itulah akan disebut.. Ini selalu sangat disebut dalam keluarga pakwe.. terutama kalau di sapa mak.. abah atau wan.. selagi tidak ditambah nasi itu.. selagi itulah akan disuruh menambah.. selalunya aku akan mengambil sedikit nasi sahaja bila mula makan.. kerana sudah tahu.. pastinya sapaan untuk menambah nasi akan disebut berulang-ulangkali.. dan jika perlu menambah tidaklah terlalu kenyang sangat perutnya..

Makan berhidang ini mengingatkan aku juga waktu kecil-kecil dulu... kerana dibesarkan dikalangan orang jawa.. sudah tentu rata-rata rakan-rakan aku juga adalah anak-anak jawa.. dan makan dalam dulang adalah sesuatu yang menyeronokkan..

Terutama makan nasi ambeng.. wahhh.. dengan ayam seekor dalam dulang.. dengan ikan masin bulu ayam.. serunding kelapanya.. suhun goreng bersama sayur kacang panjang dan tempeh.. memang sedap makan ramai-ramai begini.. Terutama bila dapat berkat selepas kenduri di rumah jiran-jiran... Masa ini kalau ayah atau adik bawa balik berkat.. wah kami apa lagik.. ambil peluanglah makan masa nie.. ;)

Itu belum lagi selepas rewang kenduri kawin.. kadangkala pihak tuan rumah akan menghantar bubur sum-sum ke rumah mereka yang telah menolong rewang.. sebagai tanda terima kasih mereka.. memang masa ini.. seronok makan bubur sum-sum yang panas-panas dengan gula merahnya.. Apatah lagi mak memang dulu rajin menolong orang rewang.. dan aku selalu juga ikut sama terutama zaman anak dara dulu.. Aku ikut sama menjadi beliawanis kampung.. yang sering diminta menjadi penanggah.. zaman dulu bukan seperti catering nie.. dulu siap kena salin pinggan mangkuk..pastikan pinggan baru di susun.. bagi bunga telur.. kalau dikenangkan memang seronok juga zaman itu.. dan puas jugalah aku keliling kampung.. Sekali sekala bila balik ke kampung.. masih jugalah aku ingat-ingat nama wak di kampung ku.. itupun ingat-ingat lupa sebab ramai orang tuanya sudah tiada dan diganti oleh anak-anak mereka yang aku sudah tidak kenal lagi..

Dulu juga teringat.. bila melintas di hadapan orang tua.. pastinya kita diminta membongkokkan sedikit badan.. dan lalu sambil berkata.. tumpang lalu ye ayah.. atau siapa-siapa yang ada di situ.. Bukannya boleh lari atau jalan dengan selamba sahaja.. memanglah kena selepas itu.. terutama dengan ayah.. dia memang amat pentingkan menjaga adab ini.. jika tidak memang dapatlah jelingan maut dari ayah masa tu juga.. sungguh menggerunkan.. tak berani ooo..

Satu lagi.. jika ada kawan mak atau ayah datang bertandang ke rumah.. secara automatik aku akan ke dapur membuat hidangan walaupun hanya secawan air teh.. kopi.. dan dengan sedikit biskut atau apa-apa sahaja yang ada di dapur.. aku sudah terbiasa.. kadang bila dah 'muda-muda' ini (aku masih muda.. aku sedar diri tau).. sesekali bila kawan-kawan mak datang menyinggah ke rumah.. pastinya secara automatik aku akan turun ke dapur membuat secawan kopi atau teh untuknya.. Kadang sampai dikata oleh kawan mak..

"Ko nie Na.. makcik singgah kejap jek nie"

Selalu aku jawab.. "Takpelah makcik.. bukan selalu dapat rasa air buatan saya nie" kataku dengan gelak-gelak..

Bukan apa kawan-kawan mak itu kebanyakannya adalah mak kepada kawan-kawan aku sendiri.. Melayan mereka.. samalah seperti melayan mak sendiri.. dan menghormati mak rakan-rakanku itu juga.. Maklumlah aku kan popular.. kenalah jaga imej dan reputasi ;)

Kadangkala bila hidup dirantau orang ini.. teringat juga adab budaya dan ramah mesra di kampung halaman.. Hidup bersama orang-orang jawa di kampung.. menyebabkan aku banyak menyaksikan adab budaya mereka.. baik dari segi pemakanan mereka.. percakapan mereka.. gerak geri mereka.. perangai mereka.. dan kerana sudah biasa membesar dikalangan mereka.. aku tidak pernah rasa terasing.. dan kadangkala buatkan aku teringatkan kampung.. terutama bila tibanya hari raya.. adab ngunjung.. saling bertukar juadah raya.. sudah menjadi adat utama di kampung aku... meriah..

Apa juga adab budaya.. Sopan santun itu sentiasa kita pegangkan.. Walau kemana pun kita pergi.. dan dengan siapa pun kita temui ;)

Saturday, 21 February 2009

Salmon grill istimewa

Pagi tadi selesai membayar bil di pejabat pos.. aku singgah di farmfood untuk mencari makanan beku.. Ternampak peket plastik yang mengandungi 8 ketul 'Salmon steak'. Lantas hati teringin nak makan Salmon grill.. yang hanya pakwe sahaja yang pandai membuatnya dalam rumah inilah.. Aku?? nan adolah.. memang tak reti atau buat2 tak reti pun ye heheheh ;)

Akhirnya sedang dia enak melayan melihat news.. ebay.. gumtree.. iklan tah apo-apo.. aku paksa dia buatkan Salmon grill untuk ku..

"Buatlah bang.. orang teringin nie"

"Alah nantilah.. kejap lagik"

"Tak leh nanti-nanti.. karang mesti tak buat"

"Yelah.. yelah"

Hehehe misi berjaya..


Akhirnya ini yang dia siapkan untuk ku tadi..
Terpesona melihatkan ikan salmon grill bersama sayuran sekali..

Dan aku makan dengan senang hatinya..

Jemput makan ya.. ;)

Friday, 20 February 2009

Di Tasik Loch Lomond

Ahad yang lepas kami ke Loch Lomond.. Berjalan-jalan menikmati keindahan alam

Loch Lomond is a freshwater loch lying on the Highland Boundary Fault, the boundary between the western lowlands of Central Scotland and the southern Highlands. It is 39 kilometres (24 mi) long and between 1.21 kilometres (0.75 mi) and 8 kilometres (5.0 mi) wide. It has an average depth of about 37 metres (120 ft), and a maximum depth of about 190 metres (620 ft). Its surface area measures 71 km2 (27 sq mi), and it has a volume of 2.6 km3 (0.62 cu mi). Of all lakes in Great Britain, it is the largest by surface area, and the second largest (after Loch Ness) by water volume. Within the United Kingdom, it is surpassed by Lough Neagh in Northern Ireland only.

Nikmatilah pemandangan sekitarnya yang sempat aku rakamkan ;)

Sekitar Loch Lomond East (berhampiran perkampungan Luss)


Sekitar Loch Lomond West berhampiran kapal 'Maid of The Loch'



Berhampiran Loch lomond Shores and Sealife Aquarium

Thursday, 19 February 2009

Cahaya dan warna


Hari ini langit cerah dan panas membahang terasanya.. Seolah musim panas sudah datang menjengah ke muka tingkap.. Seronok memandang langit yang membiru dan penuh dengan gumpalan awannya..

Sejauh mata memandang.. Sejauh itu juga ingatan melayang ke tanahair.. Bila melihat sahaja cahaya mentari yang menyinar terang.. terasa sungguh suasana yang sama di sana.. Apatah lagi sudah mula merasakan bahang mentari semakin hari semakin terasa.. Bunga-bunga daffodil.. biru, ungu, kuning dan putih kelihatan si celah-celah pepohon rendang.. malah sudah ada yang mula berkembangnya.. mungkin kerana cuaca yang sedikit panas hari ini.. membuatkan si bunga mengambil peluang melebarkan kelopaknya..

Semasa singgah di Tesco Ekpress Cochrane St.. saat memandang rak yang meletakkan jambak-jambak bunga.. sudah ada bunga tulip pelbagai warna di situ.. Teringatkan Suthanya yang akan ke Amsterdam hujung bulan April ini, untuk menyaksikan kuntuman bunga-bunga tulip yang mekar di sana.. Aku bakal cemburu dengannya.. Pastinya aku akan terlepas melihat detik-detik yang sama itu. Tak mengapalah pasti ada peluang seperti itu nanti ;)

Sempatlah paksa si dia menikmati suasana panas di tepi tingkap itu.. Selalunya aku akan melepak di tepi tingkap itu menikmati indahnya cahaya mentari.. dan indahnya suasana pagi hingga ke malam hari..

Selamat datang musim bunga..

Tak sabar rasanya menunggu bahang mentari kali ini ;)



Sengaja aku mencuba edit beberapa keping gambarku ini..
Hari ini serba warna warni..
Terasa nak mandi laut jelah..
Dapat makan di muara best je masa-masa begini kan ;)
Dapat makan sate pun best juga..
Wa... wa... pesal ler teringin nie..
Jom kita.. Aku belanja ya..
Tapi korang yang bayar semuanya ya ;)

Wednesday, 18 February 2009

Berbudi Berbahasa


Orang berbudi kita berbahasa

Ini pantun lama

Saya tidak menanam nenas.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.


Inilah antara nilai-nilai yang aku lihat saban waktunya..
Betapa hinanya manusia bila tidak tahu berbudi bahasa..
Walaupun kaya raya.. tapi jika tidak tahu berbudi dan berbahasa..
Tiada makna kekayaan itu di mata manusia..

Walaupun punya jawatan tinggi
Walaupun punya harta berjuta
Tetap hina dipandang diri
Jika adab berkata tak tahu bahasa

Duit tidak mampu membeli budi..
Emas tidak mampu membeli bahasa..
Walau miskin dan papa diri..
Beradab bersopan dipandang mulia..

Berbudi bahasa budaya kita
Takkan hilang amalan di dunia
Walau kemana diri dibawa
Sentiasa dijaga sepanjang masa

Hari ini kita berbudi
Esok pula kita berbahasa
Lusa nanti sopan disemi
Tulat juga santun dirasa

Tuesday, 17 February 2009

Terima Kasih Merci Gracias


Terima kasih

Thank You



Afrikaans (South Africa) :
Dankie (dahn-kee)

Arabic (Middle East) :
Shukran (shoe-krahn)

Cantonese (Southeast Asia – Hong Kong) :
Do je (daw-dyeh)

Croatian (Europe – Croatia):
Hvala (H-vah-lah)

Czech (Central Europe) :
Dìkuji (deh-ku-yih)

Danish (Europe – Denmark):
Tak (tahg)

Estonian (Estonia - Europe):
Aitäh (ie-tehkh)

Fijian (Pacific Islands):
Vinaka (Bvi’-nah-kah)

Filipino (East Asia – The Philippines):
Salamat (sa-la-mat)

Finnish (Europe – Finland):
Kiitos (Keetos)

French (Europe-France, Africa, North America, Canada) :
Merci (mehr-see)

German (Europe – Germany) :
Danke (dahn-kah)

Greek (Europe - Greece):
Efcharisto (ef-har-rih-stowe)

Hawaiian (Pacific Islands – Hawaii) :
Mahalo (mah-hah-loh)

Hebrew (Western Asia – Israel):
Toda (toh-dah)

Hindi (Southern Asia, India):
Shukriya (shoe-kree-a)

Italian (Europe – Italy) :
Grazie (gra-see)

Japanese (East Asia – Japan):
Domo (doe-moe)

Korean (East Asia - Korea):
Kamsa hamnida (kam-sa-ham-nee-da)

Latin (Ancient Europe):
Gratia (grah-tyah)

Lithuanian (Central Europe – Lithuania):
Achiu (Ahchjooh)

Mandarin (China and Taiwan):
Xie xie (syeh-syeh)

Norwegian (Europe – Norway):
Takk (Dahk)

Paraguay (South America):
Aguije (ah-we-JAY)

Polish (Central Europe – Poland) :
Dziêkujê (Zhe-koo-yay)

Portuguese :
Obrigado (Ob-ree-gah-doe)

Serbian :
Hvala (Khvah-lah)

Romanian (Asia – Russia):
Mulþumesc (Mool-tsu’-mehsk)

Spanish :
Gracias (Grah-cee-yas)

Swahili (Africa):
Asante (Ah-sahn-teh)

Swedish (Europe – Sweden):
Tack (Taak)

Thai (Southeast Asia – Thailand):
Khop Khun Kha - by women
Khop Khun Krahp (kowp-koom krahp) by man

Vietnamese (Southeast Asia – Vietnam):
Ca’m on (Kam ooen)

Wolof (West Africa – Senegal, Gambia):
Jerejef (Jay-ray-jayf’)

Welsh (Europe – British Isles):
Diolch (Dee-olkh)

Yiddish (Europe, North America, New York):
A (shaynem) dank.

Zimbabwean (Africa – Zimbab we):
Maita Henyu (Mah-ee’tah Heh’-nyoo)

Hari ini kelas mengucapkan 'Terima Kasih'..




Setiap hari aku akan ucap perkataan ini setiap kali turun dari bas kepada pemandunya.. Jika aku tidak ucapkan ini terasa janggal sekali rasanya.. dah terbiasa.. Agak-agak kalau naik komuter leh ke nak cakap terima kasih nie wakkakah.. biar mesin yang jawab ya ;)

Adakala kadang-kadang ada juga yang kita dengar..

"Terima kasih.. sila datang lagi" ini kata si adik penjaga kedai.. si penyambut tetamu

"Terima kasih.. Terimalah sayang" kata pakwe yang memujuk aweknya

"Terima kasih.. Jangan serik datang lagi ye" Kata si tuan rumah dan si nureen si kecil molek suatu petang ketika ke alam damai heheheheh

"Terima kasih daun keladi.. boleh belanja lagi" kata kawan-kawan yang dibelanja.. (bila nak belanja aku pulak nie kome?)

"Terima kasih.. Datanglah lagi ke blog saya ya.." Ini kata yang punya blog.. termasuklah aku ini hehehehe

"Terima kasih kerana mencintaiku tetapi minta maaf saya sudah berpunya" Kata si gadis yang dingorat oleh jejaka..

Tapi kalau dingorat oleh perempuan si lelaki pasti berkata.. "Terima kasih.. ngoratlah saya lagi ya" ciss... suka ler tu kan.. memang nak kena yo..

"Terima kasih.. kerana masih mencintaiku.. dulu, kini dan (insyallah) buat selamanya" kataku buat dia yang masih setia ;)

Berterima kasihlah pada sesiapa sahaja.. dan senyumlah.. kerana dengan hanya mengucapkan terima kasih.. Hati kita pasti gembira dan ceria..


Terimalah ucapan terima kasih yang tak terhingganya dariku..
Boleh ler letak kat blog masing-masing ya ;)


Tapi kalau ada yang ucap terima kasih.. sebab nak cheese cake ke.. puding ke.. biskut ke.. cekodok ke.. cekelat ke.. saja ler tu kan.. memang nak kena gak.. kena belanja aku. Jangan malu2 ya ;)

Monday, 16 February 2009

Jalan


Malu Bertanya Sesat Jalan


Kita biasa dengar ungkapan ini kan??

Tapi kadangkala ada juga.. makin bertanya.. makin sesat jalannya..

Makin ditanya.. makin pusing-pusing cari jalan.. lama-lama terus sesat barat..

Tapi.. tidak dinafikan juga.. bertanyalah.. kalau tak tahu.. dari terus sesat.. dari terus mencari.. sekurang-kurangnya kita dapat cari penyelesaian atau setidak-tidaknya jawapan untuk sesuatu persoalan itu..

Dulu pernah juga disebut..Kalau sesat.. biasanya susah nak bertanya.. segan.. malu.. ego ;)

Di sini kalau sesat jalan?? Biasanya penyelesaiannya adalah 'satelit navigator' penyelesaiannya.. yang berbagai jenis jenama.. TomTom.. Garmin.. Binatone.. Navman.. Itu pun kadangkala sesat juga sebab pening baca arahan 'navigator'.. Terutama kalau jalan itu berpusing dan banyak simpangnya.. kena pula terlepas simpang dan terpaksa menunggu 'navigator' mengira semula cadangan jalan yang baru..

Sesat begini setidak-tidaknya ada jugalah penyelesaiannya.. dan bertanya itu kadangkala tak perlu pun.. Paling tidak kita bawa buku berpeta.. dan ikut papan tanda jalan.

Tapi kalau sesat dalam kehidupan?? Pilih jalan yang salah?? Buat pilihan yang tak kena dengan haluan yang terpesong akidahnya.. agamanya?? Namun sebenarnya masih belum terlambat kan.. Pintu taubat masih terbuka.. dan setiap manusia berhak berbuat kesilapan.. dan berhak juga memohon keampunan dan keinsafan..

Ketika aku membaca buku La Tahzan ada disebut pada Bab 23. Allah Adalah Satu-Satunya Penolong

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada TuhanNya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah Subhanu wa Ta'ala.

... cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan ni'mat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali-Imran 173-174)


Dan di akhir bab itu disebutkan juga..

Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana. Jadikanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta berkurangan, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyempit, mnengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan "Hasbunallah wa ni'mal wakil"

Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus akan kalimah ini "Hasbunallah wa ni'mal wakil"


Oleh itu.. Malu Bertanya Sesat Jalan.. Bukan sekadar diaplikasikan dalam mencari jalan semasa berjalan atau memandu.. malah turut kita jadikan panduan dalam melayari kehidupan.. Jangan pula bersikap penting diri.. Suka-suka bertanya.. dan pura-pura sesat jalan.. ini pun ada.. kenapa?? sebab ada kepentingan yang diperolehi dari bertanya itu..

Kesimpulannya.. Tak tahu tanya.. Tak pasti tanya.. Tak mengerti tanya.. Tak pandai tanya.. Setiap kita tak sempurna.. Tiada yang sempurna melainkan Allah s.w.t sahaja

Sunday, 15 February 2009

Menyusuri tepian laut di Gourock


Semalam aku ajak pakwe berjalan menyusuri tepian lautan menuju ke Gourock melalui Port Glasgow dan Greenock..

Sebenarnya pakwe pernah ke sini tahun 2007 memancing ikan makarel di pinggir laut Gourock.. Namun sejak itu dia tidak pernah ke sana.. kerana tidak berkesempatan dan ketika itu juga kami tidak mempunyai kereta lagi.. maklumlah tahun pertama di sini masih menyimpan duit.. dan merasakan duit yang ada lebih untuk keperluan yang lain..

Ketika sampai dipenghujung lebuhraya M8 menghampiri ke Greenock terbentang luas lautan yang saujana mata memandang.. pekan Greenock, Port Glasgow dan Gourock yang terletak berdekatan dengan pantai dan laut.. mengamit rasa yang sungguh menyeronokkan.. teringat pantai 'Port Dickson' dan teringatkan juga Pantai Morib di Banting sana.. cuma ini agak berbeza.. kerana kedudukan laut yang begitu hampir dengan pekannya.. aman dan tenang..

Sambil itu sempat jugalah kami mengintai tempat untuk memancing.. bukan untuk aku.. tapi pakwe .. dan sememangnya aku lihat orang memancing di jeti berhampiran dengan 'Newark castle'

Di penghujung lebuhraya M8 menghampiri pekan Greenock

Pekan Greenock

Sebuah rumah api di Gourock

Di sepanjang pantai di Gourock

Pelampung keselamatan yang usang.. agak-agak boleh guna lagi ke nie??

Sekawan burung-burung laut

Tempat beriadah yang berhampiran pantai di Greenock

Esplanade di Greenock

Berhampiran Newark Castle

Mari kita memancing

Dalam perjalanan balik ke Glasgow


Perjalanan dari Glasgow hanya mengambil lebih kurang 30 minit sahaja.. dalam 37km.
Tidak jauh pun.. Seronok melihatkan lautan yang luas terbentang..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin