Friday, 14 November 2008

Petangku

Aku masih merasakan saki baki kebosanan.. selepas panggilan ke kampung tengahari tadi dan menerima perkhabaran yang bercampur-campur.. hatiku pula agak kurang senang.. makin banyak yang aku fikirkan.. lantas aku putuskan untuk berjalan-jalan seketika.. melayan fikiran dan rasa yang bercampur-campur dalam diri..

Aku lewati jalanan di sekitar bandar Glasgow.. untungnya universiti yang terletak di tengah bandar.. ingin sahaja berjalan.. hanya perlu mengorak langkah dan menghayun kaki.. aku berjalan mengikut kehendak hati dan kaki aku.. tujuan tidak aku pasti.. pelbagai datang dalam minda aku..

Melewati dataran george Square ku lihat lampu-lampu dan pokok x'mas sedang dipasang.. teringatkan pesanan si Juliet.. ambil gambar pokok x'mas itu.. agaknya dia mahu si Romeonya muncul di sebalik pokok itu kot.. takpe nanti aku cari-cari kalau terjumpa ye..


Aku paparkan gambar yang sempat aku ambil petang tadi..



Lampu-lampu yang sedang dipasang



Deretan tiang yang dihiasi lampu menyambut x'mas tidak lama lagi



Dataran George Square dari jauh



Papan Iklan filem James Bond "Quantum of Solace"



Pokok X'mas yang sedang dipasang



Deretan pokok yang sudah mulai kuning daunnya




Kerja-kerja pemasangan lampu dan pentas sedang dilakukan




Aku singgah ke Borders.. aku dah mula balik perangai lama aku.. melepak di kedai buku




Seksyen ini menarik.. semua buku-buku yang telah disenarai hitamkan.. aku lihat penerangan satu persatunya.. kebanyakannya melibatkan isu agama.. perkauman.. penggunaan bahasa lucah dan perkataan seksual atau gambaran yang sewaktu dengannya


Antara buku yang menarik perhatianku yang memaparkan foto-foto individu terkenal dunia. Bermula dengan Queen Victoria, Gandhi, Hitler, Marilyn Monroe, Audrey Hepburn, John F Kennedy, Muhammad Ali, Elvis Presley dan James Dean



Ketika aku berjalan di Sauchiehall Street aku terlihat kelibat manusia berpakaian kucing. Teringatkan episod pertukaran hadiah anak patung yang diceritakan dalam blog azza.. kebetulan aku lihat karektor ini di tepi jalan berhampiran mothercare yang sedang ditegur oleh anak kecil yang comel.



Menarik memerhatikan tingkah lakunya




Argle Arcade - Ini antara tempat kegemaranku untuk window shopping. Deretan kedai barang kemas dan jam mewah.. setiap kali lalu di sini aku tidak pernah sekali pun jemu untuk melihat setiap barangan yang diperagakan di kiri dan kanannya.. Boleh ajak pakwe ke sini untuk mendapatkan hadiah hari jadi atau anniversary ;)



Aku lewati bangunan Princess Square dan tertarik dengan lampu warna warni yang terpasang indah..



Hari semakin gelap dan aku bergerak pulang menuju ke bustop untuk menunggu bas balik ke rumah..

4 comments:

Brahimnyior said...

Cantiknya tempat orang. Saya mohon izin copy untuk dijadikan wall paper. Boleh ya...

KAKTINY said...

ko rajin2 ler bubuh gabo2 glasgow dan mana2 tempat yang ko pegi tuh. (jgn lupa gambo gerai kak ain - abah najwa tau.. hhehheheh)... buleh gak menaikkan semangat aku yang kian pudar utk study kat UK nih.. heheheh..

nak tunggu aku pi sana.. entah biler lah yer.. (tapi abah najwa dh janji sponsor penginapan dan makan minum.. aku tinggal sedia tiket flight dan duit shopping jer... kahkahkahkah..)

rindu kat ko...

zany said...

bestnya jenjalan kat glasgow, saya pun suka lepak kat kedai buku, tapi takde sapa pun di sini suka, hu, hu......mereka hangin je selalu kalau saya mula langkah ke dalam kedai buku.

iina said...

cikgu ein> ok je no prob.. saya memang suka ambil gambar pemandangan dari gambar potret ;).. kalau ada gambar2 yang saya ambill.. kalau suka boleh je download saya izinkan

tiny> kalau ko dtg aku pun sponsor ko tmpt tinggal n segala2nya.. insyallah.. yg penting ko kena sampai dulu uk nie.. sure aku angkut ko yelah dtg sini krg.. bukan jauh pun liverpool tu ekeekek abah najwa sure suka je kalau aku dtg sana lepak2 umah dia

ko nie kuat2 semangat ler sikit.. tgk aku n abah najwa dan ramai lagik ler kekawan yg study oversea.. insyallah steady je kan.. kan aku rindu ko gak.. ehh kita jiwang2an ke

zany> dari dulu mmg tmpt fav lepak.. nasib dpt hubby yg faham citarasa saya lepak kedai buku tetapiiiiiii... kekwn semua out heheheh kalau masuk je kedai buku sure kena sound yelah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin