Tuesday, 11 November 2008

Malam hariku

Ketika berada di dalam bilik petang tadi.. sengaja aku lihat keluar tingkap.. sudah lama tidak aku nikmati pemandangan sebegini sekian lama.. sengaja aku ambil shot ini sambil pandanganku melayang jauh entah kemana..

Walau waktu malam semakin panjang.. tapi aktiviti harian sebagai pelajar dan pekerja ku kira tidak jauh berbezanya.. jalanan masih penuh dengan pejalan kaki.. kereta juga masih sesak memenuhi jalan.. dan semalam ketika pulang dari universiti aku alami sesaknya menaiki bas.. ahhh sungguh tidak aku suka bila bersesak begitu.. kiri kanan penuh dengan manusia.. tangan pula perlu memegang beg dan sekaki payung.. apatah lagi aku sudah mula bersarung tangan tiap kali keluar.. bila berada sesak begitu sarung tangan yang dipakai pun belum sempat untuk ditanggalkan.. ditambah pula dengan cara pemanduan pemandu bas yang sesuka hati menekan brek sekuat mungkin.. entah berapa kali aku asyik terlepas pegangan.. dan entah berapa kali juga aku asyik tersandar di badan orang..

Aku rimas.. padat.. lemas.. inilah gayanya bila terpaksa menaiki pengangkutan awam.. itu belum lagi dengan bau pakaian wanita pertengahan umur di sebelah kananku yang seolah sudah lama tidak berbasuh.. kepala aku sudah mula pening.. hidung aku juga sudah tidak lagi mampu menahan deria bau yang sungguh kurang enak.. untuk bergerak ke tempat lain agak sukar.. di kiriku pula sepasang kekasih asyik masyuk berbual mesra dan bermain mata.. si jejaka begitu selesa duduk di palang besi dan menjuntaikan kaki.. aku?? rimas dan lemas.. tersenggul sedikit ke kiri, lengan kiriku terkena lengan jejaka itu.. tersenggul sedikit ke kanan, lengan kananku pula terkena baju perempuan itu.. lalu apa harus aku buat.. tahan diri.. tahan nafas.. tahan kepala.. tahan badan.. sengal-sengal seluruh badanku..

Aku sedikit terlupa.. sepatutnya aku tidak menaiki bas pada waktu puncak diantara pukul 5.30-6.00 petang.. memang waktu ini bas akan penuh dan sesak dengan penumpang.. yelah pelajar, pekerja dan orang bershopping akan pulang pada waktu ini.. selepas ini aku harus pastikan akan aku elakkan pulang pada waktu begini.. cukuplah bersesak seperti semalam.. aku rimas sekali..

Balik ke rumah lewat malam begini.. begitu mudah mengundang banyak kenangan.. kadangkala terkenangkan betapa seronoknya berkereta pada waktu malam ke sana sini dengan mudahnya ditanahair.. tetapi di Glasgow ini.. dengan kedudukan universiti yang ditengah bandar glasgow.. pastinya membawa kereta ke universiti bukanlah pilihan yang terbaik dek perlu membayar parking yang begitu mahal setiap semester.. lagipun pengangkutan awam di sini sememangnya agak cekap.. hanya bila malam hari (selepas pukul 8.00malam) bas akan tiba setiap 30 minit.. jika terlepas bas.. perlulah menunggu 30 minit kemudian.. ianya mungkin nampak tidak lama.. tetapi di dalam kesejukan menahan kedinginan.. walaupun 5 minit sudah cukup membuatkan kita tidak bentah untuk terus berdiri.. apatah lagi bila sampai ketikanya bertiup angin sejuk yang kencang.. aduhh.. itu benar-benar mencabar dan menduga ketahanan diri.. walaupun 5 saat sahaja.. sudah cukup membuatkan diri ingin pulang secepat mungkin..

Ya hari semakin sejuk.. rungutan demi rungutan aku dengar dari setiap manusia yang aku kenali dan jumpai.. tiada siapa yang sukakan kesejukan pada musim luruh dan tidak lama lagi akan masuknya musim sejuk ini.. kadang aku sendiri juga mengeluh bila hari semakin sejuk.. tetapi kadangkala fikiran pula datang..

"nak buat bagaimana.. terimalah.. sudah ditakdirkan cuaca sejuk begini.. hadapilah dan laluilah.."

Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan dalam hati.. mungkin jua penyedap rasa supaya aku tidak terus mengeluh..

Esok.. Insyallah masih ada untuk mengharungi hari dan masa..

7 comments:

Brahimnyior said...

Penulisan yang baik, mudah tetapi dapat memberi pemahaman pada pembaca. Saya boleh menghayati kesukaran puan di dalam bas, sebab cara puan mengolahnya jelas.

Ada gaya untuk jadi menulis novel. Mulakanlah dengan menulis cerpen. Puan berbakat.

Apa pun, hujan emas di negeri orang, memang tak sama dengan di negeri sendiri,... betul?

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

aku semakin suka dengan glasgow...cita-cita nak pegi obesiiiii, makin tebal....


sejuk2...jgn demam urat..ha ha ha.

julietchun said...

Kalo kat sini aku tak thn ngan bau mat bangla & nepal, rasa cam nak pitam.

KAKTINY said...

makin aku baca.. makin tipis nafsu meronta aku yang gedik nak sambung PhD kat sana..

Esok aku nak bagitau lecturer aku yang aku TAKMAU pi UK.. aku nak sambung kat mesia jer.. huhuhuhuhu...

ku tak sempurna said...

teringin nak rasa musim sejuk... tp bila dah rasa, adakah akan suka??

iina said...

CikguIbrahim> terima kasih atas pujian yang diberikan.. belum lagi terlintas nak jadi penulis cerpen atau novel walaupun penah juga dicadangkan oleh seorang rakan dulu.. saya menulis sekadar suka-suka namun apa juga yang saya tulis datang dari hati saya yang kadangkala jiwang2 ;).. Insyallah mungkin jika ada kelapangan masa akan saya cuba

cikguoden> demam urat? teman buat2 tak faham boleh.. tetiba je tak tau maknanya ;).. camtu kena dtg glasgow ler cikgu.. Insyallah kalau ada rezeki nanti p jenjalan

sejuk2 nie mudah demam urat.. tapi sebab sejuk beku.. bukan sebab lain :P

juliet> hah itu pun satu gak bau yang cukup menusuk.. terutama kalau nampak diorang lepak ramai2.. lalu je bau dia 5 km pun leh cium bau minyak wangi dia tau ;)

tiny> pesal ler ko nie lemah semangat.. janganlah jiwang karat lak sebab aku yang rindu-rinduan.. pengalaman aku dan pengalaman akan datang ko mungkin tak sama.. so jangan ko jadikan pengalaman aku nie sebagai satu sebab menyebabkan ko tak nak study oversea.. dia mana ada kemahuan disitu ada jalan betul tak? tapi kalau takde kemahuan.. walau selebar mana pun jalan.. semudah mana pun.. takkan menjadi juga..

akusempurna> sejuk itu subjektif.. tapi aku tetap suka sejuk2 nie sebab senang nak tidur.. tidur lena je.. bulan puasa pun mudah dan selesa sebab cuaca tak panas.. lagi best dapat merasa main salji.. masa musim sejuk nielah peluangnya.. rasa sejuk itu je yang kita tahan atau tidak..

zany said...

iina, dah lama saya komen iina banyak cerita dan pandai olah, kalau saya tunggang langgang cerita, kan ada yang komen sama tuh. Bagus buat cerita, luahkan apa yang terbuku, ha, ha.....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin