Friday, 14 November 2008

Risauku ada sebabnya

Hari ini aku hubungi kampung halaman.. seperti jangkaanku.. memang ada 2 3 perkara yang berlaku yang membuatkan hatiku berdebar-debar dan resah gelisah..

Kaki ayah perlu dibuat pembedahan kecil kerana ada kaca terbenam di tapak kaki.. sudah 3 hari kaca itu ada di dalamnya.. aku terkejut mendengar perkhabaran ini.. namun mengenali sifat ayah, aku hanya sekadar mengiakan kata-kata emak.. lagipun Alhamdullilah ia diketahui lebih awal.. sebenarnya sudah 2 kali ayah jalani pembedahan begini (ketika itu ayah perlu tinggal di hospital hampir 3 minggu), itu pun kerana sudah terlewat.. ayah ada diabetes.. sebab itu saraf dikakinya sudah tidak sensitif lagi.. bila terpijak kaca atau paku.. memang dia tidak sedar.. namun alhamdullilah kata mak.. ayah dah boleh berjalan seperti biasa hanya sedikit terhenjut-henjut sahaja..

Perkara seterusnya.. satu urusan yang belum selesai sebelum aku balik.. pagar rumah di kampung.. ini bukan pagar besi atau pagar dawai ye.. tapi pagar rumah untuk keselamatan daripada pandangan mata halus.. itu juga ada ceritanya.. Aku malas nak ulas.. tidak semua orang percaya dengan cerita tentang alam-alam ghaib ini.. dan aku sendiri pun malas nak bercerita.. nanti takut disalah-erti benda-benda begini..

Cerita paling hangat masih dalam penantian lagi.. Aku turut menunggu juga bila agaknya 1 lagi urusan itu akan selesai.. selagi tidak kunjung penyelesaiannya hati aku dan mak akan terus tertanya-tanya.. biarlah.. kataku..Kita serahkan pada Allah sahaja

Meletakkan telefon.. aku sedikit mengeluh.. emmm.. sabarlah hati.. Insyallah Allah pelihara segalanya..

4 comments:

azza_irah said...

jika berkaitan keluarga mmg kerisaian kita takkan bertepi..

mg iina diberi ketenangan dan sedikit kedamaian utk meneruskan tugasan d glasgow....namun spt kata iina...moga Allah pelihara segalanya...

middaygeo said...

byk urusan tak selesai lg yer..muga semuanya berjln lancar aminnnnnn

KAKTINY said...

bab tu ler yang aku paling lemah nak dengar..

bak kata mak aku.. sakit pening kat badan ni buleh kita carik doktor minta ubat..

tapi benda2 halus nih.. hish.. naperlah segelintir manusia keji sgt hah?.. danggup nak naiya org lain sampai ke tahap camtu sekali.. aku mmg tak faham hakikat kehidupan yang masuk bab satu nih..

iina said...

azza> Insyallah.. saya serahkan pada Allah segalanya

mid> mana yang termampu buat saya cuba selesaikan mana yg dapat.. yang lain.. Insyallah.. saya percaya akan selesai jua nanti

Tiny> memang payah kalau berkata ttg benda yang tak nampak dari mata kasar.. tapi itulah hakikat.. memang wujud dan ada.. dan aku sendiri pun tak tau nak ckp.. apa pun.. aku percaya.. Allah juga yang berkuasa.. semuanya datang dari Dia.. baik ke buruk ke.. btul dak

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin