Wednesday, 26 November 2008

Putus asa?


'Kalau kita ditimpa masalah.. kenapa kita tidak putus asa je.. lagipun dah takdir begitu.. kita terima jelah.. redha'

Itu kata-kata seorang rakan ketika kami berjalan pulang dari makan tengahari di sebuah kedai makanan segera..

'Setiap kejadian dan masalah itu.. ada hikmah di sebaliknya' kata kawanku

Kataku 'Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu dugaan atau masalah, jika kita tidak mampu menghadapi dugaan itu.. Allah itukan Adil.. kita wajib percaya keadilan itu wujud.. Dia sahaja yang maha mengetahui perkara yang kita tidak tahu'

Soalan yang ditanya oleh rakan itu tadi buatkan aku terfikir.. memang mudah mengambil jalan singkat.. bila kita diberikan sesuatu dugaan itu.. putus asa.. kecewa.. malah lebih teruk lagi.. 'bunuh diri' nauzubillah.. minta dijauhkan.. tapi adakah itu dikatakan redha.. atau adakah itu dikatakan 'sudah takdirnya begitu' maka kita terima sahaja

Maka disampuk oleh rakan aku tadi
'Allah tidak akan mengubah nasib manusia itu jika dia sendiri tidak mahu mengubahnya. Sebab itulah diciptanya syurga dan neraka.. kita ada pilihan untuk pilih jalan yang masa satu.. yang baik atau yang buruk'

Walaupun soalan itu kelihatannya seolah cam tak logik je.. atau pada mataku soalan yang cukup lurus bendul.. naif.. tapi sebenarnya mengundang sesuatu untuk difikirkan.. memang tidak dinafikan ada individu yang berfikiran begitu.. ada masalah.. lari dari masalah.. terima nasib dengan bulat-bulat.. berikan alasan sudah itu nasib aku.. sudah itu takdir aku.. dan akhirnya lebih dahsyat hanyut dan bunuh diri kerana merasakan kehadiran diri mereka tidak lagi diperlukan di dunia ini.

Fikirkanlah.. yang mana kita mahu lakukan.. terusan berputus asa? Terima sahaja takdir? Hadapi masalah dengan sebaik mungkin.. apa juga.. itu pilihan masing-masing kan..

Buat sahabatku yang bertanya (aku tau ko selalu baca blog nie kan). Aku jadikan soalan mu yang telus itu sebagai entri kali ini bukanlah untuk mengejek atau memerli.. tapi ingin aku kongsikan perbincangan pendek yang penuh makna diantara kita awal petang tadi supaya dapat kita kongsikan bersama ;)

Setiap hari aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang selalu membuatkan aku muhasabah diri dan berfikir tentang erti kehidupan.. kita belajar dari apa yang ada disekeliling kita.. dan kita juga temui jawapan dari apa yg kita lihat, dengar, rasa.. dan dipertemukan dengan pelbagai perkara dan situasi yang mampu mematangkan diri..

11 comments:

Enche' Adykasyah said...

Kalau Kak Iina ada melanggan Mastika, keluaran terbaru ada kupas perbincangan tentang masalah 'bunuh diri' dikalangan Melayu-Islam.. Nauzubillah..

iina said...

ady..

akak takde langgan majalah ler dik.. akak tak nafikan sebab kat sini pun ramai gak yg bunuh diri sampai kerajaan buat kempen anti bunuh diri.. kempen mcm2.. tulah byk sebab yg menyumbang ye kan.. kita yg sedar ini kenalah sentiasa beringat2

yusufyusuf said...

Nice blog...

PeaCe..!

The Way ©

KAKTINY said...

betul.. NEVER GIVE UP..heheh

kalu aku give up, mesti aku tak rasa dapat A utk statistik kan.. hihihi..

dan kalau aku give up.. mesti aku DAH DELETE blog aku...

terima kasih kerana sentiasa segarkan pagi aku dengan senyuman.. aku senyum dan masih tersenyum... hihihi...

iina said...

Tiny..

Alhamdullilah.. sebab itulah don't ever never ever give up.. Insyallah

Senyum selalu seindah suria kan membawa bahgia.. ;)

julietchun said...

Sapa yg tak sedih bila gagal memperoleh sesuatu kan, tapi kite kena positif selalu, berusaha dan terus berusaha.Jgn di hrp buls jth ke riba.

nahmy said...

jgn terlalu memikirkannya. give-up/putus asa adalah mainan mukmin yg lemah & Rasullulah ada bersabda...Allah suka pada mukmin yg 'kuat' dan tidak suka pada mukmin yg 'lemah'. bacalah al-baqarah 286 dan fahami pengertiannya...insyaAllah.

iina said...

juliet

betul tu.. sedih atau kecewa itu lumrah tapi kita harus bangun dari kekecewaan itu dan bina diri menjadi lebih baik.. wa caye sama lu ler.. juliet

nahmy

Terima kasih atas ingatan. Emmm.. sebenarnya bukan isu memikirkan tetapi entri ini hanya mengupas kecil isu putus asa yang sering disebut2 org.. apatah lagi semalam saya ditanya oleh seseorang tentang putus asa.. maka ingin saya kongsikan apa yang telah kami bincgkan petang semlm.. adakalanya perlu juga kita fikir untuk kita muhasabah diri dan bina diri supaya lebih baik..

JHaZKiTaRo said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)

::SRISUFI:: said...

salam sis iina...
betul tu...never ever give up...ungkapan azimat kuar dr mulut cikgu bhs melayu form5 dulu....

iina said...

jhazkitaro

salam ziarah. Insyallah akak dah jenguk blog adik tadi.. ;)

sri

betul tu.. jangan putus asa insyallah kita usaha sedaya mungkin dan tawakal diakhirnya

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin