Thursday, 27 November 2008

Tak pergi

Sejak minggu lepas lagi aku telah memikirkan tentang perkara ini.. Bukanlah sesuatu hal yang besar sangat pun.. Bagi keluarga yang turut serta pasti ianya sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat bersama keluarga, beriadah bersama, berjalan makan angin bersama dan menjalin siratulrahim bersama jua..

Namun apabila ke Liverpool minggu lepas.. aku sudah mula terasa letih seharian dalam bas dan lewat malam baru sampai ke rumah.. Hujung minggu pula habis dengan merawat penat seharian itu.. Dan minggu ini pula sekali lagi.. Namun terpaksa aku tolak kerana pakwe tidak turut serta apatah lagi perlu bermalam sehari pula.. Aku minta maaf kepada rakan-rakan kerana menghampakan harapan untuk tidak menyertai mereka kali ini.

Mulanya aku serba salah juga kerana telah berjanji dengan beberapa rakan lain.. tetapi situasi mereka berbeza dengan aku.. mereka bawa keluarga.. tapi aku hanya sendirian dek kerana pakwe bekerja pada hujung minggu.. pergi sendirian tanpa dia di sisi menyebabkan aku lebih berat hati..Walaupun dia memang galakkan aku pergi, sejak dulu lagi dia tidak pernah halang aku untuk kemana-mana.. yang penting aku tahu bawa diri..Aku sudah puas ke sana ke mari di tanahair menyelia pelajar, berbengkel, berseminar dan sebagainya, sendirian.. dan kini aku jadi malas untuk kemana-mana tanpa dia.. kecualilah melibatkan sesuatu perkara yang benar-benar penting..

Akhirnya aku putuskan malam ini aku tidak akan turut serta.. Rakan ada juga yang mengeluh mengapa aku tidak mahu turut serta.. namun bila aku katakan aku tidak rasa teruja untuk pergi kerana pakwe tidak ada bersama.. mereka cuba faham hatiku.. yelah melihat mereka yang lain berseronok bersama keluarga dan aku pula takkan melihat dan menumpang sama kegembiraan mereka.. lebih baik aku duduk rumah.. kemas rumah.. ajak pakwe berjalan hujung minggu.. walaupun tidak turut serta tapi sekurang-kurangnya aku ada bersama dia untuk memenuhi hujung minggu bersama..

Selamat berhujung minggu di Loughborough pada semua rakan yang bakal ke sana.. Selamat bertanding dan bersukan.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik hendaknya..Insyallah.. Aku yakin.. semua player yang pergi tu teror2 belaka.. walaupun aku takde, korang masih boleh memberikan saingan mantap kan kan.. abislah korang balik je minggu depan sure sound aku ye.. mana aku nak p nyorok nie ekk ;)

Buat adikku yang bakal pulang ke Tanahair minggu depan ini.. Selamat kembali ke tanahair.. Nikmati cuti sebulan dengan sepuas-puasnya.. Apatah lagi berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.. Semoga perjalanan pergi dan balik nanti selamat hendaknya.. (tetiba lak rasa sayu dan syahdu ko nak balik nie)

Kalau ko lalu ler kampung Sri cheeding tu nanti bila nak ke Klang ke Shah Alam ke atau kemana-mana ler (alah antara kanchung darat ngan sri cheeding tu bape nor sangat KM ye).. Ko kim salam rindu jelah dengan pokok-pokok dan batu-batu jalan tu ye.. Jangan lupa kuah pecal tau hehehehe.. Kirim salam dengan mak dan ayah.. kot-kot kalau ko pergi pantai morib tu.. kim salam juga dengan pantai dan lautan tu.. lama sungguh tak kesana.. 'Sugeng tindak yo' (ko ingat lagi ke camna nak cakap jawa nie..)

Oklah.. selesai sudah pesanan penaja kali ini.. buat kawan-kawan semua.. sorry ekk aku tak pergi kali ini.. Insyallah di lain kali..jika ada peluang dan kesempatan.. Insyallah..

5 comments:

Ungku Nor said...

kalo hati rasa berat, jangan pergi.

tu pesan orang tua-tua..hehehe

KAKTINY said...

sedih plak aku dengar ko suh kawan ko kim salam kat semua batu-batan, gunung-ganang, bukit-bukau, pasir laut bagai sumer tuh.. huhuhu...

takpa.. minggu ni kalu aku jadik naik genting, aku kim salam kat pokok, gunung, theme park tu semua kat ko yer.. hihihi

(eh.. air asia ada buat fligh ke london dah ler.. yea yea.. cam cerah jer harapan aku nakjumpa ko kat sana.. kehkehkeh...)

julietchun said...

Ko tak jadi pegi ke? Abih aku nak nari2 sorak nama sapa weiii? Aku pun kensel la.Pssttt< ko tkt klh ke? Aku bleh jd coach, byr rega kwn-kwn jer, ok tak?

iina said...

kak ungku..

sebab berat hati ler tak pergi.. pesanan org tua?? akak dah tua ke?? uihh cam tak caye je.. bukan muda remaja ke kak ;)

Tiny

Ko nak p genting?? waaaaaaaa aku jelessssssssss aku jelesss.. itu tempat lepak aku tu muahahahha.. ada kenangan indah kat situ ;).. alah takat dr TM ke genting tu.. dokek je ngan umah aku dulu.. nak solat jamak pun takleh sebab dekat bebeno.. ceh eksen btul aku kan muahahahaa...

kim salam tau..jangan lupa p masuk theme park tu.. hubby aku kalau p situ takde benda lain dia nak main.. terutama yg naik turun yg tinggi tu.. aku penah naik sekali je.. pastu tobat aku taknak naik

Apa gik.. tempah tiket ler ada tmbg murah tu.. insyallah kan mana taua da rezeki ko ke ;)

iina said...

Juliet

kali nie aku bagi chance ko rehat dari lompat2 sorak.. kesian aku tgk ko minggu lepas sesak nafas muahahaha.. bukan takut kalah.. ak takut kang aku po diorg asyik menang je muahahha so baik aku tak p.. senang sikit diorg nak score kan hehheeh.. alah aku ambik trus jadi pemain import ler.. coach apa trill.. bayar ko bgtau je rega.. aku bagi cek trus muahahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin