Sunday, 9 November 2008

Hujan Batu di Negara Orang

Sejak awal pagi lagi hujan turun kadangkala lebat dan kadangkala gerimis namun dalam turunnya hujan itu turut serta dengan air batu kecil seperti butiran pasir di pantai..

Yang membuatkan aku menyedari turunnya air batu kecil itu apabila butiran berkenaan singgah ke cermin tingkap bunyi yang sedikit bising menarik perhatianku untuk menjengah keluar tingkap..

Asalnya kami ingin keluar ke carbot tetapi melihatkan hari yang mendung dan hujan.. kami jadi malas.. lepak di rumah sahaja.. lagipun kepala aku pun terasa pening-peningnya apatah lagi terjaga sejak pukul 3.30pagi tadi... hampir ke tengahari aku lenakan diri buat seketika melayan mata yang terasa mengantuk..

Tengahari kami menghadiri ke jemputan makan tengahari di rumah seorang rakan.. sempatlah bertanyakan khabar beritanya.. apatah lagi mak dan ayahnya akan pulang ke Malaysia minggu depan.. seronok mendengarkan mereka pula yang akan pulang ke tanahair.. mana tahu kan nanti jika ada peluang kita berjumpa lagi..

Kembali ke rumah ketika ingin keluar dari kereta, hujan turun dengan lebatnya.. kali ini turut bersama dengan airbatu kecil itu dikenali sebagai hailstones..






Agak lebat turunnya.. sempat jugalah aku ambil beberapa kepingan gambar airbatu itu..

Teringatkan pepatah lama "Hujan batu di negara orang.."

Sememangnya aku alami hujan batu itu... tapi aku tetap rindu hujan emas di negara sendiri :)

8 comments:

CikguZue said...

salam iina,
kat Lampeter hari ini takde hailstones tapi amat memang sejuk dan hujan turun sejak pagi lagi...bbrrr sejuk betul.
harap sihat yea di sana.

julietchun said...

Psst,pssst, Na, kat mana ade ujan emas? Kita kongsi dua, aku 80 ko 20, okeh, sett.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

masa aku kecik dulu....bila ujan batu, kami kekawan akan lari klua, berebut makan air batu...kata depa kalu makan jadi cerdikk....betui ka?...sebab aku makan paling banyak sekali..ha ha ha.

iina said...

cikguzue>semalam smpi ke malam hujan hailstones.. tapi lempeter bukan frost ke ari tu.. merasa gak lah kan alah2 snow gitu kan

juliet>ko takde jumpa ke ujan emas.. nanti kalau ada lagik kita share.. tapi share % yg ko bg tu xleh pakai sebab aku yg jumpa ;)

cikgu>sebab tu cerdik cikgu sebab makan airbatu byk2 hehehe.. hujan airbatu kat sini mana leh makan.. kalau nk try boleh tapi kalau xjd cerdik teman xleh nolong ler ;)

Enche' Adykasyah said...

Uish.. macam pakai kamera iXUS aje tu.. Kehkehkeh.. Amik la ais batu tu simpan dalam peti ais.. Time panas nanti boleh pakei..

iina said...

ady..

bukan ixus ler.. canon powershot. tak yah ambik aisbatu tu.. sini dah cukup sejuk.. takyah dah simpan dlm fridge.. letak air kat luar pun sejuk.. minyak masak pun beku camno?? so far kat sini takde sapa lagik buat sebab rumah pun dah sejuk giler lagi pulak nk minum ais.. hehehe nanti kata org buang tebiat ke apa ;)

Brahimnyior said...

Tak pernah saya alami hujan ni..

Enche' Adykasyah said...

Che' Brahimnyior.. Tahun 80an dulu pernah terjadi hujan batu kat Taiping, Perak.. Tapi masa tu saya tak pandai pakai kamera lagi.. Kamera pun takde.. Masih pakai lampin.. So tak dapat tangkap gambornya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin