Monday 7 January 2008

Apa yang difikirkan

Malam ini aku tak mampu untuk melelapkan mata.. sudah 3 4 kali aku terjaga sejak dari masuk tidur pukul 11.30 malam tadi.. terlalu banyak yang difikirkan.. terlalu banyak juga yang dikenang.. Aku sempat juga meluangkan masa untuk menelefon mak dan ayah di kg.. mendengar kisah keluarga.. mendengar kisah yang terjadi di Malaysia.. sudah cukup membuatkan aku lagi sukar untuk melelapkan mata..

entahlah.. sejak kebelakangan ini.. aku sudah tidak lena tidur.. untuk study.. rasa mood masih belum ada.. namun aku tidak boleh biarkan hati dibuai ikut rasa.. tanggungjawab tetap tanggungjawab.. tapi hakikatnya.. perlu dibuat satu demi satu.. kadang rasa tak tertanggung untuk melaksanakan semuanya serentak..

diam tak diam aku hampir setahun di bumi glasgow.. 14 Januari ini genaplah setahun aku disini.. dan genap setahun juga aku tidak menatap wajah mak dan ayah.. namun bagi mereka yang diperantauan.. yang datang merantau menuntut ilmu.. atau mencari rezeki disini.. kerinduan pada keluarga adalah perkara biasa.. rasanya kerinduan ku sudah terlalu menebal disanubari.. apatah lagi ayah mula menanyakan bila aku akan pulang ke Malaysia.. ahh.. aku hanya mampu mengatakan tidak pasti.. teringat aku ketika aku di malaysia.. apabila ayah mula menanyakan soalan begitu terutama bila aku sudah lama tidak balik ke kg.. soalan itu sudah tentu menyentap rasa hati.. rasa tanggungjawab untuk pulang sudah tidak boleh lagi ditanggguh.. begitu jua yang aku rasa.. masa untuk pulang buat sementara ke Malaysia sudah tiba.. mungkin dalam tempoh sebulan dua ini aku terpaksa pulang.. namun semua itu memerlukan perancangan yang perlu aku selesaikan satu persatu.. viva setahun ku.. kerja cleanerku.. kerja tutor ku yang akan mula kembali pada bulan 2.. study ku.. ahh terlalu banyak yang perlu aku bereskan.. kadang.. rasa ingin balik sahaja dan tinggalkan semua itu.. tapi kita harus bertanggungjawab terhadap sesuatu yang kita lakukan.. tidak boleh ambil endah tak endah sahaja..

Suatu ketika dulu blog ini aku hasilkan sekadar untuk berkongsi cerita bergambar tentang semua aktiviti yang aku lakukan sepanjang berada di Glasgow.. Namun semakin lama... blog ini sudah jadi seperti tempat aku meluahkan apa yang terbuku dihati.. mungkin aku rasa sendiri di sini.. kadang aku tidak mampu meluahkan dengan kata-kata. Hanya kata hati yang aku coretkan dengan menaip bait ayat ..

Jangan terkejut jika aku menjadi insan yang bermadah.. kadang aku sendiri tidak sedar.. aku mampu bermadah senda.. corat coret bahasa silih berganti nadanya.. adakalanya selamba.. adakala campur aduk english dan bahasa.. dan adakalanya beginilah.. bahasa berubah nada.. menjadi terlalu berbahasa ku kira.. namun itulah aku.. yang kadang aku sendiri sukar untuk mengerti..

Masa sudah menunjukkan pukul 3.35pg.. apa lagi yang aku tunggu.. aku jua tidak pasti.. untuk masuk semula tidur ku rasa mata ku belum lagi mengantuk.. ya terlalu banyak yang aku fikirkan.. mungkin itu yang membuatkan aku jadi sukar untuk melelapkan mata.. Namun dugaan dan cabaran adalah perkara biasa... tapi kadang aku rasa seolah kalah dalam perjuangan.. Ya Allah permudahkanlah laluan ini.. kuatkan semangatku.. tabahkan hatiku.. Sihatkanlah tubuh badanku.. Panjangkan jodohku.. Panjangkan jua umurku.. dan kau gembirakanlah hati kedua ibu bapaku.. Ampunkanlah dosa mereka.. dan bahgiakanlah hidup mereka hingga akhirnya.. Aminnn

5 comments:

Anonymous said...

Tips Mengurangkan Tekanan


Pendahuluan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Anonymous said...

Mama Mama kena cekal hati tau, kuat cemangat, yyg yakin mama pasti boleh hadapi semua cabaran tersebut. Mama Idola (ikon YYG Tau). YYG Mama Moahssss

Anonymous said...

Kalau Perempuan Kata n Tanya ... Fikir2kanlah

1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja.

mashi said...

Ina,

Tak kesah le kalau ko nak coretkan rasa hati ko sebab aku pun kekadang bila baca luahan hati orang, keinsafan turut menjelma. Kita ni insan biasa aje.

kekadang bila kira luahkan, terasa lebih ringan dan tenang. Tak pe le ina... bukan ko sorang...kita sama2. Kekadang gembira, kekadang sedih... itulah kehidupan kita didunia ini...

Cekalkan hati ...bukan ko aje, tapi kita bersama-sama.

Ko tetap kawan aku yang paling best!

iina said...

Tulah kadang-kadang aku tension sesangat.. terutama sekarang nie.. memang ingat dah nak balik je nie..

sabar itu separuh dari iman..

Thanks Mashi.. kau pun tetap kawan baik aku..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin