Monday 14 January 2008

Genap setahun di Glasgow

Hari isnin .. biasalah hari di awal minggu.. bila bangun pagi rasa macam malas je nak pergi uni.. tapi hari ini aku dengan bersemangatnya pergi jugalah... selepas semalam aku pulun tido dari pukul 6 lebih ptg.. hinggalah ke esok paginya baru aku bangun semula.. punyalah lama tido.. sebab balas dendam.. malam semalam aku tak dapat nak tido.. dekat pukul 4 pagi barulah dapat lelapkan mata..

hari ini sejuk dan hujan seperti biasa.. masuk ke bilik tengok mas dah ada.. biasalah Mas nie jenis rajin.. awal pagi dah ada.. tak lama aku duduk... sambil edit detail proposal.. tiba-tiba aku nampak supervisor aku masuk bilik.. alahai.. terkedu kejap.. tengok kat tangan dia ada benda.. biasalah.. nie mesti ada apa-apa.. aku ucap good morning jelah hehehe.. terus dia bg kat aku.. siap tanya aku agak-agak apa dia.. aku pun apa lagi terus buka bungkusan plastik tu.. dari gayanya cam calendar je.. sekali betul.. calendar scotland 2008.. aihhh cam ada makna je kan..

tetiba aku teringat.. genaplah setahun aku kat glasgow nie.. 14hb januari 2007 aku fly dari malaysia ke London .. dan London ke glasgow.. dan sampai pada pukul 8.30 mlm lebih kurang.. dan aku mula mendaftar pada keesokan harinya.. 15hb.. dan 16hb aku jumpa George buat pertama kalinya.. semua itu diam tak diam je cepat masa berlalu kan.. Apatah lagi aku dapat hadiah calendar dari George.. pulak tu terus set appointment nak jumpa hari rabu.. aihh terkedu jugalah nak kata agree sebab report tak siap lagi nie.. kena pulun ler 2 3 ari nie..

Lepas kerja tadi.. tetiba aku teringat.. rabu nie aku ada appointment dengan engineer sky nak reinstall dish.. terpaksalah aku email George balik set balik appointment hari khamis.. at least ada masa nak siapkan kerja aku..

Setahun aku dah berada di Glasgow.. teringat kena submit report setahun kat KPT pulak... takpelah Khamis aku jumpa George.. kenalah aku bagi dia borang pasal aku ye progress.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. insyallahh... aminnn

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin