Thursday 24 January 2008

Snow flake and sunny day

Pagi ini.. kak haizan singgah rumah aku.. dah janji dengan dia semalam nak temankan aku beli barang di argos.. (hehehe sementara tgh ada sale) lagi pun esok baha nak datang ambik kotak barang yang aku nak hantar balik ke malaysia.. so ari nie kena siap pack dan beli semua barang yg ada..

Selepas balik dari argos.. aku dan kak haizan berjalanlah.. mula ingatkan hujan yang turun dengan lebat.. bila pandang ke atas nampak kepingan salji turun.. mula turun dengan pelahan selepas itu ia turun dengan lebatnya.. berkeping-keping.. jaket labuh yang aku pakai abis diselaputi salji basah.. pulak tu ari nie aku lupa nak bawak payung.. abis basah tudung yang dipakai.. terpaksa aku letak mafla yang aku pakai.. cuaca yang asalnya hanya hujan gerimis.. akhirnya bagaikan ribut salji yang melanda.. pulak tu aku tengah menjinjing barang-barang.. dengan tgn kiri dan kanan penuh.. memang basah kuyup juga tudung aku.. akhirnya aku berteduh sementara waktu.. terpaksalah sebab kot labuh dah tak rupa kot dah.. abis penuh dengan salji basah.. tak lama selepas itu.. hujan dan salji berhenti serta merta.. dan panas mentari pula yang hadir.. tapi sejuknya selepas hujan itu tak dapat digambarkan..

Sampai di department.. aku buat kerjalah seperti biasa... hari ini mood utk study tergendala.. awal pagi tadi masa bangun tido.. gigi geraham atas aku berdenyut2.. memang kepala pun pening sekali.. rasanya ada yang tak kena dengan gigi aku.. sakitnya tak dapat nak cakaplah.. tapi aku tahan sajalah.. tak lama selepas itu khaliza telefon aku.. dia pun baru sampai ke glasgow seminggu yang lepas.. so kemarin aku bawa dia dan kak khadijah ke jordanhill campus.. semalam aku ajar kak khadijah camna nak guna university system.. ari nie sebab kak khadijah dah ke jordanhill.. so terpaksalah aku bawak dia ke main library untuk dapatkan login dan password utk access ke university system.. so ari nie jadi tourist guide lagi lah.. takpelah tolong orang kan.. dulu aku tak tahu ada org yang tunjukkan.. nie aku pula kena tunjuk orang pula..

selepas hantar dia ke library.. aku balik semula ke department.. jumpa kak haizan.. borak2 sikit pasal hal-hal komuniti kat sini.. biasalah macam-macam kisah dan perangai.. sambil2 release tension sikit.. bila aku masuk sahaja ke bilik.. mas beritahu george cari aku.. alahai.. nie mesti ada 2 perkara.. jemputan ke rumah dia atau pasal borang kpt aku..

aku call balik george.. rupanya dia nak jemput aku dinner di rumah dia ahad ini.. aku tak tahu pula pukul berapa.. lagipun aku beritahu.. yang aku kena bincang dengan suami aku dulu.. so kebarangkalian untuk aku pergi ahad ini tinggi.. lagi pun tujuan perjumpaan ini adalah peluang untuk aku berkenalan dengan isteri george.. sebab dia mengajar di sekolah rendah di sini.. memandangkan aku pun kena buat kajian di sekolah rendah juga.. so george rasa adalah sesuai aku jumpa isterinya untuk dapatkan maklumat sama ada kajian itu sesuai dilakukan... nampaknya aku kena bersiap sedia dengan semua maklumat yang ada.. pertama kali aku ke rumah george.. yelah supervisor sendiri kan.. jumpa keluarga dia pulak tu.. banyak juga aku kena consider.. traveling ke rumah dia.. makanan yang akan dia sediakan.. kenalah bagi tahu kan.. kalau tak krang dia hidang yang aku tak leh makan.. nanti segan pulak isteri dia..

Selepas call george jam pun dah nak pukul 2 ptg .. solat zohor dan asar.. dan aku terus pergi kerja.. dalam perjalanan ke tempat kerja.. hujan turun lagi.. kali ini dengan hujan air batu pulak.. sakit jugalah muka bila kena serpihan air batu.. nasib air batu yang kecik2.. sebesar biji sawi.. dan hujan pun tak lama.. hanya beberapa saat sahaja dan terus cerah kembali..

ari ni kerja seperti biasa.. buat jugalah perlahan2 walaupun denyutan sakit gigi tu ketara.. namun nak buat camna takkan nak ponteng pulak.. so buatlah .. ari nie dalam pukul 5.20ptg semua staf dah balik.. terkejut juga.. ari nie semua pakat balik awal pulak.. keje aku pun tak siap lagi tadi.. so aku pun speed siapkan keje mana yang ada.. dan aku terus set fire alarm.. yelah dah takde sapa2 kat situ.. buat pe nak tunjuk rajin pulak kan... hehhe..

balik aku terus ke city centre.. biasa ari khamis selepas waktu kerja.. aku suka berjalan ke city centre.. masa ini kebanyakkan kedai tutup pukul 7 atau 8 malam.. dibandingkan dengan hari yang lain.. tutup pada pukul 6ptg.. aku ambil kesempatan untuk window shopping je.. takde beli apa sangat pun hanya menjengah dan melihat apa yang ada.. ingat nak topup sikit2 barang utk dihantar ke malaysia.. tapi tak jumpa yang aku berkenan..

balik ke rumah.. aku beritahu pakwe beritahu jemputan supervisor aku .. dia berkeras tak nak pergi.. alahai pakwe aku sorang nie.. ada ke dia suruh aku pergi sorang.. apa pulak kata supervisor aku.. yelah aku kan dah berkeluarga.. nie mesti kes dia tak reti nak cakap apa dengan supervisor aku.. kena pulak.. kena dinner.. namun.. aku terpaksa guna kuasa veto dan autoriti.. nak ke tak nak ke .. kena pergi juga.. lagipun.. dia kenalah fikir jugalah air muka aku.. takkan aku nak pergi sorang-sorang sedangkan aku ada suami.. dah satu hal pulak aku kena bagi alasan yang bukan-bukan.. pakwe tak nak pergi pun aku akan paksa juga pergi.. temankan aku.. dahlah george tu bukan duduk di glasgow tapi di ayr.. kalau ada pakwe lain boleh juga ajak ehhehe.. nie dia sorang je pakwe yang aku ada kat glasgow nie.. alahai pakwe aku sorang nie.. kerja sampai 3 tempat keje.. jumpa scottish ari-ari.. leh je cakap english.. bila dengar kena jumpa supervisor aku dah tak nak pergi.. lagi pun bukannya dia yang kena soal jawab.. tapi aku nie hah.. nak bersoal jawab dengan wife supervisor aku.. cam nak buat presentation je.. aku tak kira.. pakwe kena paksa pergi juga temankan aku.. by hook or by crook.. either way.. no excuse and no say no..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin