Thursday 17 January 2008

Jumpa Supervisor

Hari ini tepat pukul 12.00 tengahari.. aku dah sampai ke bilik supervisor.. George.. dah beberapa hari ini seram sejuk dan asyik teringat je kerja-kerja yang aku kena laporkan pada dia.. alhamdullilah.. panjang lebar juga penjelasan aku tentang apa yang aku dah rancang nak buat.. insyallah.. jika aku dapat selesaikan questionaire aku.. dan approval untuk research questions and hyphothesis.. aku akan mula buat detail questionaire..

lepas tu aku nak kena submit approval ke bahagian epu.. Economic Planning Unit Prime Minister Department Malaysia untuk dapat kebenaran buat research di Malaysia memandangkan aku attach dengan universiti di sini.. selepas itu aku kena pulak dapatkan kebenaran daripada EPRD ministry of education sebab research aku kena buat di sekolah.. alhamdullilah.. aku dah dapat 3 buah sekolah yang dah setuju nak beri kerjasama.. di Pahang, penang dan johor.. semua guru besar sekolah tu adalah student guru besar yang aku ajar semasa program guru besar tahun 2006.. alhamdullilah mereka sudi membantu dan hanya allah sahaja yang dapat balas kerjasama diorang semua tu.. sebab nak dapatkan kerjasama nie bukannnya senang.. macam-macam prosedur kita nak uruskan.. kalau prosedur kebenaran itu memanglah.. tapi kerjasama semasa nak buat kajian itu lebih utama sebab itu data yang kita nak ambil..

selepas jumpa supervisor tadi.. rasa lega sangat.. sebab aku dah ada plan apa nak buat selepas ini.. tinggal nak buat pilot study di malaysia.. sambil tu bolehlah aku pergi ke 3 buah sekolah tadi untuk berjumpa dengan guru besar dan guru matematik mereka.. so dalam masa 2 3 bulan ini.. aku rancang memang kena balik.. sekurangnya.. sambil aku uruskan masalah keluarga.. dapat juga aku buat pilot study.. so tak terbuanglah masa aku nanti..

oklah.. aku nak bersiap pergi kerja.. balik insyallah nak siapkan lagi proposal detail... insyallah.. semoga allah mudahkan laluan hidupku dan urusan pelajaran Phd ku .. dan semoga allah juga permudahkan semua urusan kawan-kawan ku.. semoga disihatkan tubuh badan untuk menguruskan hidup dan study sehari-hari.. aminnn ..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin