Tuesday, 8 January 2008

Azam baru dan semangat baru

Hari ini barulah aku menjejaki department CIS semula. Semalam ponteng tak pergi sebab badan tak sihat sangat dan lagi pun malam sebelumnya aku tak dapat tidur.. hampir pukul 4.00 pagi baru aku dapat tidur.. bangun tidur je.. badan dah mula rasa lesu semacam..

Semalam pun seharian fikir pasal kata-kata ayah.. fikir pasal keluarga.. pasal urusan di malaysia yang banyak perlu aku selesaikan.. kereta aku pun dah abis bayar bulan 10 tahun lepas.. tapi biasalah sebab aku takde di malaysia.. banyak juga urusan pasal kereta yang ayah kena uruskan.. tapi aku kena balik juga nie.. itu belum lagi soal bank islam.. kad atm kena tukar.. sebab kad yang ada pun dah ada problem.. biasalah kad tu pun dah lama.. ayah tak dapat nak tukar bagi pihak aku.. aku kena uruskan sendiri dengan bank.. lepas tu urusan rumah.. emm.. macam-macam jugalah nak kena fikir

Dulu aku pernah cakap bila sudah setahun kat sini.. kita akan mula ingat nak balik malaysia.. aku dah mula rasa camtu.. tapi kawan aku sorang tu aku tak tahu ler.. hehehe.. tengok blog dia bukan main seronok pergi camping sokmo.. sakan berjalan.. dah tak ingat nak balik kot.. tapi NZ dengan malaysia dekat je.. bila-bila kot boleh balik.. pastu setiap minggu penuh aktiviti.. ;)
nie aku UK dan malaysia.. tambang untuk 2 orang je dah dekat £1100.. itu belum lagi benda-benda lain.. tiap minggu pun aku lepak kat umah je.... nak keluar berjalan malas.. patah lagi musim sejuk.. dengan batuk selsema..

sekarang nie memang tengah hebat virus musim sejuk nie.. dipanggil winter vomitting virus..menurut BBC
"What causes it?
Winter vomiting disease is caused by infection with the small round structured virus (SRSV), also known as the Norwalk-like virus or norovirus. SRSV lives in the gut and is passed from person to person by poor hygiene after using the bathroom - not washing hands properly after using the toilet and then touching toilet handles, seats, door handles and so on. It can also be spread when someone vomits and small aerosols containing the virus enter the air.

What are the symptoms?
Only very small amounts of the virus are needed to cause illness and it's easily spread in closed communities, such as hospitals, schools and cruise ships. The incubation period is usually between 24 and 48 hours. This is followed by severe and sudden projectile vomiting, diarrhoea and fever symptoms, which last about 48 hours.

How's it treated?
Although the infection's unpleasant, it's rarely dangerous. There's no specific treatment, but rest and drinking plenty of water are recommended.
Practising good hygiene by washing hands regularly reduces the chance of passing on the infection. People with the winter vomiting bug should stay off work while the symptoms persist and for about two days afterwards, when they're still infectious."

aku takdelah kena virus nie.. tapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga.. sebab anak kak haizan ari tu suspek kena virus tersebut.. manalah tau kan.. pulak tu benda tu tersebar melalui kebersihan di tandas.. dah ler aku kerja cleaner nie.. lepas nie kenalah berjaga-jaga sikit..


Hari ini barulah aku tengok semula literature review aku yang dah berzaman aku simpan.. sebelum cuti aku dah mula edit sikit-sikit tapi aku lebih banyak siapkan chapter 2 aku.. sekarang nie.. kena edit semula literature review sebab baru-baru nie aku dah jumpa paper terkini yang ada kaitan dengan research aku.. kebetulan lecturer yang buat research tu kat Unimas.. aku rasa pernah jumpa dia sekali dulu.. dan dia memang major dalam VR.. banyak juga paper yang dia publish.. dan aku check dia ye PhD pun pasal Instructional design dalam bidang educational technology.. tapi research dia pasal VR juga.. so aku kena sesuaikan semua LR aku dengan journal baru yang aku jumpa..

oklah.. aku nak sambung semula kerja.. hari ini tengok semua orang di department penuh khusyuk dan tawaduk buat kerja.. ngeri pun ada tengok.. bersemangat habis.. takpe.. kena semangat jugalah kan... ;)

5 comments:

addy said...

9 langkah asas dalam menghadapi masalah.



1.Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2.Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3.Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4.Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5.Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6.Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7.Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8.Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9.Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu

addy said...

Tips Untuk Membina Pemikiran Positif.

1. Afirmasi
Afirmasi merupakan kata-kata dalam diri yang disebut berulang-ulang supaya diserap oleh minda separa sedar Anda. Lantas, minda separa sedar merealisasikan apa yang menjadi afirmasi Anda, apa saja.

Untuk memupuk pemikiran positif, selalu katakan pada diri Anda yang Anda dalam proses menjadi orang yang berfikiran positif. Ulang ayat afirmasi tentang berfikiran positif, misalnya "aku seorang yang berfikiran positif" atau "aku dalam proses menjadi seorang yang berfikiran positif, semakin positif, terus positif, positif dan semakin positif!."

Lafazkan dengan penuh semangat, tapi biar relaks, jangan terdesak.

2. Muzik
Jauhkan diri dari muzik melodi sedih, tak puas hati, putus cinta, ditinggalkan, kemuraman, kesorangan, kecewa, marah, geram, pilu, dendam dan suram. Bila mendengar muzik sebegitu dan lirik sedih ni, minda separa sedar akan menerbitkan gelombang emosi negatif, energi negatif lantas membentuk pemikiran negatif dalam diam. Kesan daripada itu, niat Anda mahu membentuk pemikiran positif gagal sepenuhnya.

Dekatkan diri dengan muzik rancak, ceria, penuh kasih sayang, rasa cinta, ketuhanan, energetik dan yang membuat Anda bersemangat. Saya suka dengar lagu Bon Jovi, Living On A Prayer dan lagu Kelly Clarkson, Breakaway, Joey McIntyre, Stay The Same dan Flying Wtihout Wings dari Westlife.

Pedulikan orang lain yang selalu mengkondem Anda jika Anda jenis orang yang suka dengar lagu cinta yang jiwang miwang, sebab perasaan cinta tu sendiri merupakan emosi positif yang amat kuat. Be Yourself! Tidak perlu mengikut telunjuk orang lain dan menurut 'selera' mereka sedangkan Anda punya selera sendiri.

3. Video dan Audio
Dengar kata-kata positif, melalui CD motivasi, rakaman ceramah motivasi mahupun segmen motivasi seperti Motivasi Pagi di TV3 tu. Dekatkan diri Anda dengan bahan-bahan video dan audio berisi motivasi sebanyak mungkin, supaya minda Anda dibentuk ke arah yang positif.

Jadikan artikel-artikel bagaimana membina pemikrian positif menjadi bacaan WAJIB Anda, lama-kelamaan minda akan terlatih untuk melihat aspek-aspek positif dalam apa jua keadaan.

Masih Tak percaya? Apa kata Anda buat dulu dan lihat kesannya.

4. Gambar
Ambil gambar yang membuat Anda bersemangat dan mengingatkan Anda supaya berfikiran positif. Dekatkan diri Anda dengan gambar tu, selalu tengok berkali-kali dalam sehari.

addy said...

Bila Takde Duit..


Kali ini saya ingin bertanya pada anda, apa nak buat bila takde duit? Pastinya, pinjam duit ngan kawan, mintak ngan mak, bapak, kakak atau abang.

Cemana kalau bil datang berlambak, sedangkan anda tak cukup duit nak bayar dan due date dah nak dekat? Apa yang anda rasa dan apa yang anda fikirkan?


Geram? Susah hati?
Tak Puas Hati Sebab Tak Cukup Duit?


Pernahkah anda rasa berbelanja beli makanan tu sesuatu yang menyeksakan dan mengurangkan DUIT anda?

Adakah anda perasan duit yang ada makin kurang dan income yang ada tak dapat di simpan langsung? Pernahkah anda terfikir apa sebabnya? rasanya, tak pernah.. i am talking about the Law of Cause and Effect.

Secara realitinya, tak ramai orang fikirkan puncanya. Mereka asyik memikirkan masalah diri sendiri yang tak cukup duit!

Fikir tentang masalah kewangan, ia akan mendatangkan lebih banyak masalah kewangan. Fikir tentang tak cukup wang, ia akan menarik lebih banyak lagi perkara dan situasi yang membuatkan anda sentiasa tak cukup wang. Ada-ada saja!


Semuanya bermula di MINDA.


Jadi, mulai sekarang, jangan fikirkan masalah. Fikirkan cara nak keluar dari masalah. Focus on solutions.

Tanya diri sendiri, apa yang perlu aku buat untuk selesaikan masalah ni? Cemana nak tambahkan income aku? Apa yang aku bole buat?

Saranan saya, lepas tu, relaks.. pergi berjalan-jalan atau melihat-lihat keadaan sekeliling. Idea dan inspirasi akan timbul tiba-tiba. Minda perlukan susana yang tenang dan relaks untuk memberikan jawapan.

Kalau anda tak cukup duit, fikirkan tentang banyak duit. Bayangkan anda memegang wang kertas warna Ungu dan Biru yang tebal. Jangan persoalkan kenapa. Jika anda mempersoalkanya, anda seperti tak percaya dengan KUASA MINDA diri sendiri. Jumlahnya? anda yang tentukan.

Lihat diri anda sebagai orang yang sentiasa berduit. Feel it, like it REAL.

Lihat dalam kepala anda, anda sedang memegang duit, rasa kasarnya duit kertas tu, warnanya, nombornya, baunya dan bunyinya bila anda mengira duit tersebut.

Bangkitkan rasa gembira dan rasa gembira sangat-sangat bila anda menerima duit tu. Lebih REAL, lebih baik. Bayangkan sekerap mungkin.

Sekali lagi, apa yang anda fikirkan, akan terjadi. Cuma masa yang menentukan.

Ucap terima kasih atas duit yang anda terima. Tentunya terima kasih tak terhingga pada yang maha Esa.

Bila duit berjuta yang anda fikirkan, then million ringgit will come to you.

Bila masalah berjuta-juta yang anda fikirkan, believe me.. a million tons of problem also gonna come to you!.


Unbelieveable? Better Believe It.


Anda takkan rugi apa-apa. Jadi, jangan fikirkan masalah.

Buat sesuatu untuk keluar dari masalah. Fikir strategi untuk keluar dari masalah, hari ini, esok dan sampai bila-bila.

Semuanya bermula di minda anda. Minda adalah kunci khazanah kita.

addy said...

Tujuh Tips Membersihkan Hati

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti 7 tips di bawah ni :


Beribadat dengan benar, seikhlas hati
Berakhlak baik
Menimba ilmu tanpa henti
Bekerja keras cara bijak
Bersederhana dalam hidup
Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
Dari pengalaman sendiri, saya "up" lagi dua tips :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

Maka, amat rugi bagi sesiapa yang jarang bersyukur!

addy said...

Perkara Yang Menurunkan Motivasi


Tahukah anda bagaimana mahu meledakkan semangat dan memantainkan motivasi supaya sentiasa membuat Anda 'bertenaga' dari dalam serta seronok melakukan apa saja kerja.



Kali ni, saya berkata tentang perkara yang menurunkan motivasi Anda. Kalau Anda selalu buat 3 perkara ni dan dekat dengannya, ia akan menjadikan motivasi Anda 'down' lalu Anda akan jadi tak bermaya, tak bermotivasi dan takde inspirasi untuk meneruskan apa saja yang Anda usahakan.



Pertama, jauhkan diri dari berkata tentang keburukan orang lain. Saya tahu bunyinya remeh, tapi Anda tetap akan terbuat juga tanpa Anda sedari.

Ia bermula dari apa yang Anda tak puas hati, yang Anda sakit hati dan yang membuat Anda tak senang. Bila Anda sudah terbiasa begini, gelombang negatif akan bersarang di dalam minda Anda, hati Anda dan seterusnya jiwa Anda, menyebabkan motivasi yang bergelombang positif tertolak keluar dibuatnya.



Kedua, elak dari mendengar berita yang buruk-buruk. Sejurus mendengarnya, Anda akan berasa marah, sedih, kecewa dan segala macam emosi negatif akan turut sama dirasa. Kesannya, motivasi Anda menurun.


Ketiga, kawal rasa marah, tertekan, tak puas hati dan yang negatif, walaupun sedikit!. Kata Dr Fadzilah Kamsah, selagi emosi negatif ni ada dalam hati kita, selagi itulah kita susah nak jadi orang yang bermotivasi dan susah nak jadi ceria selagi kita tak lepaskan keluar semua emosi negatif tu.

Dari pengalaman sendiri, saya juga bersetuju dengan pendapat Dr Fadzilah Kamsah tu. Tertekan, marah dan emosi-emosi negatif ni kalau dilayan berterusan, memberi kesusahan pada diri sendiri.. jadikan kisah benar saya sebagai pengajaran, jangan biar ia terjadi pada Anda pula.


Pilih untuk menjadi orang yang ada motivasi hari ini juga!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin