Friday 28 May 2010

Pontianak vs Vampire?

Bunga Cempaka atau Plumeria Flower


Biasa kan dengar perkataan ini.. Hari ini nak cerita pasal hantu sikit.. takdelah apa pun.. sahaja mahu berkongsi cerita..

Apa itu Pontianak??

Wikipedia:
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. Ejaan awalnya adalah pontianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah.


Dulu pertama kali tengok filem 'Pusaka Pontianak' lakonan Saadiah dan Ahmad Mahmud. Ingat lagi masa tengok cerita nie aku siap menyorok dalam selimut sambil tutup mata hehehehe. Yang tak leh lupa lagu 'Pontianak (Jibam Jibam) nyanyian Ahmad Daud..

Menurut wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusaka_Pontianak)

Pusaka Pontianak ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Shaw Brothers.

Ringkasan cerita

Waris-waris seorang hartawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Pengurus wasiat berkomplot dengan isterinya untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa allahyarham adalah keturunan pontianak.

Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo hartawan tersebut yang terletak ditengah-tengah sebuah kebun getah, selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 11 juta ringgat termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada dibanglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Seorang demi seorang waris dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk kedalam banglo tersebut. Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar misteri kewujudan pontianak.


Selain dari filem ini banyak lagi filem-filem terbitan pengarah lain yang bertajuk yang hampir sama. Antara filem kegemaran aku adalah 'Pontianak Harum Sundal Malam' arahan Shuhaimi Baba dan lakonan Maya Karin yang cukup berkesan.. Filem ini punya kesan khas yang cukup menarik dan dramatik. Teringat juga ketika menonton cerita bersiri 'Ghost whisperer' season ke 4 pernah disebut dalam salah satu episodnya tentang kepercayaan masyarakat Malaysia tentang kewujudan pontianak dan kaitannya dengan bunga plumeria (cempaka/harum sundal malam).

Selain dari filem bertajuk Pontianak.. Di Kalimantan juga ada tempat yang bernama Pontianak.. Sedikit sinopsis daripada wikipedia:


Kota Pontianak merupakan sebuah kota yang terdapat di Kalimantan Barat, Indonesia. Kota ini juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa kerana terletak di atas garisan Khatulistiwa iaitu di atas kedudukan 0º0' N, 109º20' E dengan suhu mencecah 22.9°C sehingga 31.05°C dan mendapat 3,000 mm - 4,000 mm hujan setiap tahun. Kota ini berkeluasan 107.82 km2 dengan penduduknya berjumlah 526,600 orang pada tahun 2000.


Di antara etnik yang terdapat di sini ialah Melayu, Cina, Dayak, dan etnik minoriti yang lain.Islam merangkumi 65% daripada agamanya diikuti Buddha(23,2%), Kristian(6,8%), Hindu (0,4 %), dan agama lain(4,6%). Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas manakala bahasa tempatan juga digunakan seperti Bahasa Melayu, Teochew, Hakka, dan Dayak.


Asal nama


Dikisahkan bahawa ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannya dengan menggunakan meriam. Sekaligus di mana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan.


Maka peluru meriam itu jatuh melepasi simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah asal nama Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).


Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kokoh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai lambang kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.


Kenapa aku cukup ingat nama tempat ini.. Kerana di sinilah arwah atok aku dilahirkan dan dibesarkan. Menurut ayah.. semasa arwah tok masih kecil lagi.. dia selalu ternampak pontianak ini berterbangan di sana sini.. Betul lah menurut sinopsis dari wikipedia di atas.. bahawa terdapat banyak pontianak berkeliaran di sana hinggakan nama tempat itu juga dinamakan pontianak.. Seram jek kan bila dengar.. Tak boleh nak dibayangkan bagaimanakah agaknya situasi ketika itu.. sanggup ke nak tengok??

Sebut tentang pontianak ini juga.. Aku teringatkan sebuah kisah benar yang pernah aku baca di majalah wanita keluaran tahun lewat 80an atau awal 90an. Kisah ini hingga kini aku masih ingat lagi.. sebab dulu entah berapa kali aku ulang baca di kampung. Menurut penulis itu ia adalah kisah benar tapi aku sendiri pun tidak tahu sejauh kebenarannya..

Kisahnya begini.. lebih kuranglah yang aku masih ingat..

Kisah ini bermula di satu hari lewat petang di sebuah hentian bas di bandar Kuala Lumpur. Seorang gadis sedang menunggu bas di hentian bas. Gadis ini ditegur oleh seorang jejaka. Dari perkenalan biasa.. mereka berjumpa hampir setiap hari di tempat yang sama dan mereka jatuh cinta. Hubungan cinta mereka ini akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Mereka kawin.

Beberapa minggu selepas mereka kawin.. emak lelaki ini mendapati banyak perubahan berlaku pada anak lelakinya. Anak lelakinya jarang keluar dari bilik. Mukanya sentiasa pucat lesi dan tidak bermaya. Tetapi bila tiba makan tengahari atau malam, selera makannya amatlah dahsyat sekali. Mereka makan banyak. Jarang sekali dilihat mereka ini solat atau beramal ibadah.

Perubahan ini merisaukan mak lelaki tersebut.. kerana sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja harian si anak yang mula jarang pergi bekerja dan asyik terperap di bilik sahaja. Mak lelaki ini mengambil jalan untuk berjumpa dengan seorang ustaz dan memberitahu kerisauan hatinya.

Semasa sesi pertemuan inilah mak lelaki itu mengetahui rahsia di sebalik perubahan itu. Anaknya berkahwin dengan pontianak yang menyerupai manusia. Malah si mak ditanya tentang sehelai kain batik yang pernah dihadiahkan kepada keluarga lelaki ini, kata ustaz tersebut kain itu perlu dibuang dan dimusnahkan kerana ia seolah pengikat pada anak lelaki itu.

Apabila keluarga lelaki ini mendapat tahu tentang perkara ini, mereka mula memisahkan lelaki ini dengan isterinya.. proses pemulihan dijalankan beberapa kali. Apabila lelaki ini mula sedar, dia menceritakan bagaimana dia seolah dipukau untuk melakukan hubungan seks bersama isteri dan mak mertuanya hampir setiap hari. Malah dia sering melihat isterinya dan mak mertuanya bergantungan di siling bilik.. Seram kan dengar benda nie.. Jika tak silap lelaki ini berjaya diubatkan dan wanita itu diusir keluar.. tapi bagaimana dan apa yang terjadi seterusnya itu aku sendiri tak pasti.. ingat-ingat lupa kisah yang pernah aku baca hampir 15 thun yg lepas.. Tak tahulah kalau majalah itu masih ada lagi di kampung atau sudah musnah dimakan anai-anai atau buruk dek zaman.

Aku sendiri tak pasti kebenaran cerita ini. Tapi yang aku tahu cerita ini memang ditulis dalam majalah wanita keluaran tahun 80an atau 90an. Jalan ceritanya diolah seperti dalam bentuk cerpen. Membacanya seolah tidak percaya ia kisah benar.. kisah ini diambil dari kisah benar yang terjadi di Kuala Lumpur.. Ya mungkin ada kebenarannya.. Makhluk Allah itu ada dimana sahaja kan.. tak semestinya manusia sahaja.. Itu belum lagi kisah seorang gadis yang bercinta dengan jejaka bunian yang sering mengekorinya.. kisah ini juga telah diterbitkan dalam majalah yang sama.

Jika kita belek-belek buku-buku novel barat sememangnya banyak yang telah mengenengahkan cerita-cerita tentang drakula.. vampire yang cukup pelbagai versi dan legendanya.. Filem barat tentang vampire yang masih aku ingat adalah 'An interview with A Vampire' lakonan Tom Cruise dan Brad Pitt pada tahun 1994 yang diadaptasi dari Novel Anne Rice 'An Interview with a Vampire diterbitkan pada tahun 1976.

Kini filem-filem tentang vampire sudah menjadi tarikan utama di panggung wayang malah menjadi tajuk-tajuk utama dalam banyak novel-novel remaja. Filem yang kini sedang hangat adalah 'Twilight' yang ditayangkan pada hujung tahun 2008 dan menjadi kegilaan ramai remaja (termasuklah aku hehehe) di seluruh dunia.. Buku siri Twilight ini mula diterbitkan pada tahun 2005 oleh penulis 'Stephenie Meyer' dengan 4 siri terbitan iaitu Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Filem 'New Moon' (dari siri kedua novel twilight) mula ditayangkan pada Nov 2009 dan siri seterusnya 'Eclipse'(siri ke 3) akan ditayangkan pada hujung bulan June 2010 ini. Versi cerita pontianak atau vampire oleh Stephenie Meyer ini cukup berbeza dengan penulis buku-buku vampire yang lain. Bagi Stephenie.. Vampire boleh hidup dikalangan manusia.. mempunyai ciri-ciri tubuh badan dan perwatakan yang menarik dan cantik, bila terkena cahaya matahari badan mereka akan bersinar bak kilauan berlian. Tidak seperti versi lain yang mana vampire akan terbakar dan hangus apabila terkena matahari. Stephenie memilih lokasi Forks di Washington kerana menurutnya mempunyai cuaca yang sering hujan dan mendung cahayanya. Kisah ini juga berkisar tentang kisah cinta 3 segi di antara Edward dan Bella serta Jacob.

Kalau membaca novel vampire tulisan 'Charlaine Harris' pula, dia banyak memfokus pada kehidupan vampire di bahagian selatan America iaitu di New Orlean (Bon Temps, Lousiana). Charlaine pula mencipta kisah vampire ini juga hidup di kalangan manusia dengan kehadiran darah tiruan yang dikenali sebagai 'TrueBlood' hasil ciptaan dari orang jepun. Dengan adanya 'Trueblood' ini vampire di selatan america boleh hidup malah berkahwin dengan manusia tanpa perlu menjadikan darah manusia sebagai makanan utama mereka. Selain daripada vampire, Charlaine juga menceritakan wujudnya shape shifter dan fairies. Hasil dari novel ini juga dijadikan cerita bersiri 'Trueblood' yang kini memasuki season ke 3. Kisah Vampire ini juga turut memuatkan kisah-kisah yang berkisar tentang Sookie (seorang pelayan di sebuah restoran yang boleh membaca minda manusia), kisah cintanya di antara; Bill dan Eric (vampire) malah juga diantara Sam dan Calvin (shape shifter). Namun versi Buku dan TV agak berbeza jalan ceritanya.

Selain dari itu novel tulisan L.J Smith 'Vampire Diaries' juga telah dijadikan cerita bersiri yang kini masih ditayangkan secara meluas di UK dan America. Kisah vampirenya berlokasikan Mystic falls, Virginia dengan kisah cinta 3 segi di antara Elena dan adik beradik Salvatore, Stefan dan Damon. Kisah dalam buku agak membosankan.. tetapi siri tv nya lebih menarik (sebab Stefan dan Damon tuh hensem kot hehehe).

Malah ada juga buku novel tulisan Anak beranak P.C. Cast dan Kristin Cast, tentang sekolah vampyre 'House of Knight' dikenali sebagai Vampyre Finishing School. Kiranya cam sekolah berasrama vampire lah.. berkisar tentang gadis remaja 17 tahun bernama Zoey Redbird dan perjalanan hidupnya di sepanjang sekolah itu.

Banyak lagilah novel-novel tentang kisah vampire, pontianak dan sebagainya.. Tapi aku rasa yang paling banyak mencetuskan kegilaan remaja adalah filem 'Twilight'. Menonton filemnya biasa sahaja sebenarnya.. tapi apabila membaca novelnya.. Aku sendiri tidak mampu meletakkan buku itu bila mula membaca.. dan semua siri itu telah aku baca 3 kali.. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah membaca buku siri twilight hampir kebanyakkan akan bersetuju dengan perkara yang sama.

Pontianak.. Vampire.. Itu sememangnya wujud.. Makhluk tuhan.. kan..

Tiba-tiba rasa tulis entri nie cam tulis paper research pasal vampire lak.. hehehe.. just sesuatu yang dikongsikan bersama..

10 comments:

aNIe said...

Benda-benda ni memang wujud kan lina...cuma ...kita sebagai manusia jgnlah terpengaruh dengan mereka...kerana mereka ini adalah syaita yang menyerupai berbagai bentuk...

Seram jugak cerita lelaki yang berkawin dgn pontianak tu...hehehe...

KTS said...

ko tau tak??errr.. ko tau tak?? errr...

.
.



.
.


mlm ni aku tido sensorang??????

apasal citer pasal makhluk ni???




uwaaaaaaaaaaaaa... ibuuuuuuuu... nak tido sama boleh tak?? iina jahat!!

iina said...

Kak Anie

Mmg xdapat dinafikan kak.. saya pun xtau kena saya ingat cite nie.. masa mula2 baca dulu saya cam xpercaya jek ada pontianak nie yg leh hidup cam manusia biasa kat kl tuh.. siap leh kwin lgik ngan manusia tuh.. seram jek klu dpt tau ada salah sorg kwan ofis tuh sebenarnya pontianak.. xsanggup kak

KTS

Lah aku bkn cite seram apa pun.. hahahaha.. tak jauh dr kg aku kan kan.. ada satu pokok ketapang besar.. dulu masa aku drive blik umah waktu maghrib.. mak aku penah cite kat situ ada pontianak tunggu n kacau orang terutama yg naik moto.. hehehe ;)

Lady of Leisure said...

tepat kul 12 tengah malam ni i tengok bunga kemboja tu pun boleh rasa seram dah heheheh

faqir said...

jangan lupe...syaitan, jin dan iblis akan sentiasa cuba menyesatkan anak cucu adam..jgn biarkan hidup anda diselubungi...MISTERIII!!!!

Kaktiny said...

aku ponbaru nak cakap yg ko tulis pasal vampire ni macam ulas sinopsis research paper jer..

tapi kalau ko kena buat research pasai Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn, aku rasa, 'Stephenie Meyer' amik ko jadik researcher dia.. mmg details!!.. hahahaa...

iina said...

Lady

Hehehe

Faqir

Ini bukan kisah seram.. ini sinopsis jek..

Tiny

Hahaha.. aku xleh nafikan.. masa aku nulih tuh cam aku buat sinopsis research aku jek hehehe.. ;)

Lee said...

Hi Iina, I used to see those Pontianak movies back in the 60s. As well then being frightened when cycling home after the midnight show.
And of banana trees when its about to flower.
Interesting post.
You keep well, Lee.

lupekanje said...

isyyy....lama tk masuk sini...
Malam ni tetiber tegerak ati nk masuk..... skrg jam mnunjukkan pukul 1.07 pagi....dan acik membaca cerita tentang pontianak pulokkkss...dah la tdi nengok citer seram 'I knw wht u did last summer...' huhu
wahhh... mesti makan masa gak nk siapkan entry ni...sbb kajian yang agak mendalam...
dari sumber di tanah air..(puas gak ina ni melangkau ke zaman silam, mengingat kisah yg dibaca dlm majalan jaman jepun tu...) hinggalah kembali semula ke sebelah barat nu....tentang pilem2 dan novel2 fofular tesebut.
mabelles ina..

iina said...

Uncle Lee

I can still remember when I saw that film on tv 1 when I was small gals.. scared to death hehehe.. but currently I more active in reading books about vampire hehehe.. ;) You keep well too yeah

Acik

Hahaha.. masa tuh tgh pening buat sinopsis research.. terus cara nulih pun alah2 sinopsis kajian jek hehehehe tq acik.. den nulih biasa jek ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin