Friday 25 January 2008

Hujan emas di negara orang..

Hujan emas di negara orang.. mana nak sama hujan batu di negara sendiri.. sudah kerap aku dengar ungkapan itu.. tiap kali ada keluarga baru sampai ke sini.. tiap kali itu jugalah aku dengari ungkapan ini.. memang benar.. negara tumpah darahku.. malaysia.. dan negara united kingdom adalah 2 negara yang berbeza jauh.. berbeza dari semua perkara.. etnik.. adat budaya.. bahasa.. cara hidup.. sikap masyarakatnya.. cara pergaulan.. cara tegur sapa.. namun itulah yang uniknya apabila berada di negara orang.. suatu pengalaman yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata..

kerap kali.. kita dengari pengalaman orang lain yang pernah bermastautin di luar negara.. pelbagai kisah dan anika ragam cerita manusia yang kita dengari.. namun ianya takkan sama dengan pengalaman yang kita lalui sendiri.. hari ini aku dapat email dari mashi berkenaan dengan sikap bakal tuan rumah barunya yang secara tiba-tiba berubah fikiran .. apatah lagi apabila surat perjanjian dan deposit rumah telah dibayar.. apatah lagi.. rumah yang sedang disewa sekarang akan tamat dibayar sewa pada penghujung bulan ini.. namun itulah ragam manusia.. kadang kerana kita warga asing.. manusia juga memandang kita asing... sudah kerap ku dengari kisah begini.. apatah lagi bercerita kisah kerja.. bukan sekadar aku.. malah suami dan kawan-kawan juga punya kisah yang pernah berdepan dengan manusia yang memandang rendah kita hanya kerana warga asing.. tapi sabarlah kan.. itu semua dugaan.. sama ada kita di negara sendiri atau negara orang.. dugaannya sama.. tidak semuanya senang lenang dan tidak semua juga duka nestapa..

hari ini aku ditanyakan dengan soalan.. seronok ke tinggal di glasgow nie.. emm sukar juga untuk aku berikan jawapan.. pengalaman setiap orang adalah berbeza.. keseronokan dalam hidup itu boleh ditentukan dari pelbagai sudut.. nilai duit kah.. nilai kekeluargaan kah.. nilai sikapkah.. nilai pendidikan kah.. atau apa sahaja yang dirasakan penting..

sepanjang minggu ini aku mendengar pelbagai luahan insan yang merasakan hidup di sini adalah susah.. serik nak datang lagi study disini.. emmm well.. tiada siapa yang paksa kita datang study ke bumi asing ini pun.. hanya kita yang buat pilihan sendiri.. takde siapa yang boleh paksa kita sebenarnya.. andai kita bersetuju untuk memilih jalan dan keputusan itu.. maka seharusnya kita bertanggung jawab juga untuk berhadapan dengan apa jua dugaan dan rintangan yang bakal mendatang.. sememangnya hidup diluar negara tidaklah semewah mana.. namun kita patut juga bersyukur.. peluang untuk hidup dan menuntut ilmu di luar negara adalah pengalaman yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit.. atau dengan wang pound sekalipun.. pengalaman pahit.. susah payah.. itukan lumrah hidup.. kebanyakan keluarga apabila tiba di sini merana susah kerana tidak punya kereta untuk ke sana ke sini.. terpaksa berjalan kaki dan menaiki bas untuk ke semua destinasi.. yelah setelah bertahun selesa di negara sendiri.. berkereta dan mudah untuk bergerak.. bila tiba di negara asing.. sudah tentu suasana dan cara hidup terpaksa diubah..

beginilah.. anggaplah semua cabaran dan kesusahan itu sebagai pengalaman yang mengajar kita erti kekuatan dan kecekalan.. memanglah amat payah dan susah pada mulanya.. jangan anggap semua itu mudah pada mula.. di sini kita membina kehidupan baru dengan semangat baru.. apa yang ada di malaysia itu kita lupakanlah buat sementara waktu.. benda material kita boleh cari dan boleh kita beli.. kesenangan yang kita ada di malaysia itu janganlah kita jadikan alasan untuk kita rasa susah hati dan tertekan.. tidak ada orang yang datang merantau itu senang lenang.. semuanya merasakan kesusahan.. namun pengalaman kesusahan itu mungkin berbeza bagi setiap insan..

sabarlah.. memang di sini pelbagai perlu kita laksanakan.. tapi hanyalah buat sementara waktu sahaja.. dalam 3 bulan tempoh di sini adalah masa untuk kita sesuaikan diri.. apabila setahun berada disini nanti.. yang susah dulu akan menjadi mudah.. dan kita sudah tidak lagi kekok untuk menaiki bas dan berjalan kaki.. malah badan menjadi sihat.. minda kita terbuka.. dan kita berpeluang berjalan melancung apabila ada kesempatan masa..

sebenarnya coretan ini aku luahkan kerana terlalu banyak luahan yang aku dengari tentang hujan emas dinegara orang ini.. tapi kenalah tahan.. kenalah sabar.. kenalah kuat semangat.. insyallah allah permudahkan urusan kita.. percayalah.. selagi kita berusaha dan bersabar.. insyallah ada jalan yang akan allah tunjukkan pada kita.. dan insyallah juga usaha itu tidak menjadi sia-sia..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin