Wednesday 15 July 2009

Sebuah jam dan detik waktu


Hari ini.. detik waktu dulu datang kembali dalam ingatan.. Serasa terbang semula ke tahun-tahun berlalu..

Detik 12 malam.. setiap tahun pada hari itu.. disambut dengan sederhana.. Hadir bersama hanyalah sejambak bunga-bunga ros merah.. sebiji kek coklat.. sekeping kad ucapan.. Hadiah? kadangkala diberi pada malam itu.. dan kadangkala diberi keesokan harinya.. selepas dibawa ke kedai untuk membuat pilihan dan dibayar oleh dia..

Hari ini kenangan lewat tahun itu datang kembali dan cerita tentang seutas jam tangan datang dalam ingatan.. Itulah jam yang pertama yang dia belikan untuknya.. Ketika itu bahtera perkahwinan baru sahaja dilayari bersama.. dan tahun itu merupakan kali pertama mereka menyambut hari lahirnya bersama selepas bergelar suami isteri..

Ada kisah rajuk.. tangis.. amarah.. ketawa.. airmata.. sedih.. yang berlaku malam itu yang turut berlanjutan hingga ke pagi hari lahir itu.. entah berapa banyak airmata yang mengalir sejak malam tadi.. entah berapa banyak rasa sedih yang ditanggung dalam hati.. entah berapa banyak juga prasangka yang hadir memakan diri..

Ada sebab mengapa hadiah itu terlewat dibeli sedikit hari itu.. ada alasan yang diberikan.. ada sebab mengapa ia terjadi begitu.. ada cerita di sebalik semua itu.. Semuanya kini tinggal sebagai sebuah kenangan lucu dan ketawa.. semuanya menjadikan detik-detik kini saat mengenang kembali kisah itu.. serasa manis tanpa gula..

Bertahun setia bersama jam itu.. akhirnya jam itu hilang ketika sebulan lebih berada di bumi ini.. Rasa sedih datang kembali menerjah dalam hati.. Teringat seorang rakan pernah membantunya melihat-lihat secara batin kemana hilangnya jam itu.. dan seperti dia sangka.. jam itu sudah tidak akan ditemui lagi dimana-mana..

Akhirnya kisah kehilangan itu menjadi episod buatnya silih bertukar ganti membeli jam demi jam.. masih dia ingat berada di sebuah kedai memilih jam yang pertama untuk dia pakai selepas kehilangan jam itu.. Janggal.. keliru.. tidak tahu.. buntu.. itu yang dia rasakan.. sebab selama bertahun-tahun itu dia tidak pernah memakai jam lain selain jam itu.. dan sudah terbiasa.. setiap hari.. ambil dan pakai tanpa perlu memikir rekabentuk yang sesuai kerana rekabentuk jam itu juga dipilih khusus oleh dia.. Rasanya hampir sejam juga dia berada di kedai itu memilih dan membelek jam-jam yang ada.. dia masih tidak tahu memilih yang mana satu.. warna apa.. tali jenis apa.. gaya apa.. ahhh.. susahnya memilih jam yang ada.. waktu itu juga budget yang ada juga cukup terhad.. maklumlah.. duit elaun yang ada pun masih kadar lama.. terpaksa ikat perut sedikit bila perlu membeli yang berlebihan.. untuk meminta pada dia.. tak sanggup pula rasa hati.. masih lagi tersisa rasa bersalah kerana menghilangkan jam pemberiannya.. tapi bukan salahnya.. sudah ditakdirkan untuk hilang..

Jam yang murah dibeli akhirnya.. tapi tidak mampu bertahan lama.. rasanya hanya beberapa bulan sahaja jam itu berfungsi.. dan kemudiannya tidak boleh digunakan.. kemudian sebuah jam yang lain dibeli lagi.. kemudiannya sebuah jam dibeli berjenama kosmetik terkenal.. lama juga dia memakai jam itu kerana gayanya yang ringkas dan tidak terlalu mahal.. kebetulan dia membeli sebuah minyak wangi dan ia datang bersama dengan jam itu.. Lama juga dia memakai jam itu sebenarnya.. Hinggalah semasa new year sales tahun kemudiannya.. dia membeli sebuah jam yang berjenama terkenal dengan harga 50% kurang dari harga asalnya.. masih kekal dipakai sehingga hari ini.. Mungkinkah esoknya bakal tersimpan kemas dalam kotak balik?? hehehehe.. sedang difikir-fikirkan..

Terima kasih kanda..

Sebuah jam baru kini menjadi hak milik dan bertukar ganti..

Terima kasih kekanda.. ;)

Tahun depan agak-agak nak minta hadiah apa pulak ekk..
Budget tahun depan untuk dia meningkat 2 kali ganda..
Sudah dituntut dan dingatkan berulangkali.. adeihh..
Takpe.. untuk dia tersayang.. tak mengapa..
Buat Mashi.. Thanks atas ucapan..
Aku baru dapat email ko hari ini..
Sorry ler masalah teknikal ;)


7 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Kan dh dpt yg istimewa tu...bestnyeeeeeeee!!!

Kaktiny said...

Alhamdulillah... dapat jugak hadiah yg dinanti.. hihihi..

julietchun said...

senyum seindah suria
yg membawa cahaya
senyumlah dari hati
wajahmu berseri

faqir said...

yg penting kejujuran n keikhlasan hati saling menyintai mengasihi n menyayangi...hadiah cuma simbolik sahaja ahakss

iina said...

Dun

mmg special request. Budget pun aku yg letak. Dah nk 10 thn baru dpt tau.

Tiny

alhamdullillah. Setelah memujuk rayu dkt 3 tahun. Ahaks. Thn depan aku pulak yg kena sebab permintaan dia lagik dahsyat.

Juliet

cam penahku dengari jek lagu tuh. Minggu nie asyik Hujan jek. Mendung suram jek tp aku tetap tersenyum berseri

faqir

bg hadiah tuh tanda keikhlasan ler xsemestinya hanya kata2 jek. Kata2 tuh sapa ler cakap buktinya??? Hahaha sendiri mau ingat ler. Xpe sok2 betday ko xyah bg hadiah bg kata2 ikhlas jek. Jimat duit ;)

KTS said...

cuba tunjuk sikit kat aku jam tu.... teringin gak nak bandingkan ngan yg kanda bg kat aku ni... hihihi

iina said...

KTS

hadiah pakwe aku itu terlalu istimewa.. nak tunjuk tak boleh ler.. biarlah rahsia ahaks ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin