Saturday 11 July 2009

Dari Andorra ke Barcelona

Perjalanan ke Barcelona diteruskan pada hari esoknya dari daerah Ransol di Andorra.. Jalan yang dikuti kali ini lebih banyak menuruni bukit dan bergerak dari Andorra di sebelah sempadan Perancis ke Andorra di sebelah sempadan Sepanyol.

Sepanjang perjalanan sekali pemandangan bukit bukau dan gunung-ganang menghiasi setiap laluan yang kami ikuti.. rasanya mata tidak jemu menatap setiap sudut alam yang ada di sekeliling.. tangan juga tidak berhenti merakamkan setiap sudut kawasan yang kami lalui..

Hanya bila menghampiri ke bandaraya Barcelona.. pemandangan bertukar kepada tanah rata yang dipenuhi dengan ladang-ladang gandum dan rumput yang menghijau di kaki gunung yang nun jauh di sana..

Sejenak teringat cerita koboi-koboi menunggang kuda mengawal ladang-ladang seperti yang pernah ditonton dulu. Malah setiap pekan-pekan kecil yang kami lalui kebanyakan seolah pekan-pekan mati yang kurang penghuni.. kebanyakannya tutup atau sesetengahnya sudah hampir runtuh atau kosong terbiar.. Sedikit perbezaan dengan pekan-pekan kecil yang sering dilihat di sekitar UK..

Namun.. itulah namanya pengalaman kembara.. melihat setiap inci sudut pekan yang sempat dilalui meningkatkan pelbagai andaian dan kesimpulan.. Kadang terlintas juga bagaimana agaknya cara hidup mereka di sini.. kemana perginya anak-anak muda di pekan itu?? Adakah agaknya sudah berhijrah ke bandar besar?? Ya segalanya mungkin..

Nikmatilah gambar-gambar yang sempat aku rakam sepanjang laluan kami dan sekitar bandar Barcelona yang kami sempat jejaki..

Bergerak dari Andorra ke Barcelona
Memasuki sempadan negara Sepanyol.. selepas pemeriksaan keselamatan oleh imirgresen Andorra.. Siap kena check boot kereta.. luar dalam semua.. Tapi yang best.. mereka itu semuanya ramah tamah belaka.. tak macam kat mesia ;)
Bergerak menuju bandaraya Barcelona

Sekitar Bandaraya Barcelona
Kawasan sekitar persisiran pantainya..
Waktu nie ramai sungguh yang melepak di tepi pantai dan ambil kesempatan mandi laut..
Kami cuma tengok jelah.. nak mandi rasanya tak sanggup sebab waktu nie memang panas betul.. matahari betul-betul tegak atas kepala..
Bersiar-siar sekitar kawasan dataran plaza de catalunya.. Sambil mencari kedai makan halal yang banyak berhampiran kawasan masjid..
Kami jumpa seorang jejaka dari malaysia yang sedang menghadiri seminar di universiti barcelona..
Bila ditanya dimana kedai makan halal.. katanya takde.. uihh aku terkejut..
Sebesar bandar ini takkan ada.. atau sebenarnya dia tidak tahu dan tak nak ambil tahu..
Walhal kalau cari dalam internet tuh melambak-lambak ada.. aduhai..
Akhirnya kami jumpa kedai pakistan halal.. makan nasi briyani kambing 5.50 euro.. rasa tak jauh beza dengan briyani di glasgow.. agaknya resepi lebih kurang kot.. yang best.. seorang makcik tua muslim berbangsa sepanyol.. siap bawa kami ke kedai ini.. Syukur betul kami.. Rasanya.. pendapat peribadi aku.. mereka ini kebanyakannya sungguh ramah tamah..
Cuma perlu berhati-hati sikit sebab pencuri dan pick-poket memang ramai dibandar ini.. dompet dan pasport.. Aku suruh pakwe pegang untuk aku.. Risau sungguh masa berjalan di bandar nie..

Singgah di pasar buah-buahan yang cukup murah.. Sempat juga membeli air durian belanda yang hanya 1 euro sahaja.. dan tembikai merah yang manis juga 1 euro..
Buah betik ada.. rambutan pun ada.. manggis dan durian jek tak jumpa.. kalau ada tuh mau gak beli kot.. ;)
Sekitar plaza de catalunya. masa nie dah nak balik ke Toulouse France
Senja menyambut pemergian kami..

Selamat tinggal Barcelona..



Kami sampai ke Toulouse France menghampiri ke pukul 5.30 pagi keesokkan harinya sejauh 287km perjalanan.. memandangkan rakan kami sesat barat.. terpaksalah perjalanan menjadi lewat.. dan kami ditahan polis sepanyol sebanyak sekali.. dan rakan kami pula 2 kali.. agaknya mereka pelik.. kemana kami nak pergi malam-malam buta nie.. dan hanya kereta kami berdua sahaja yang melintasi gunung ganang dan bukit bukau sepanjang malam itu.. malah polis yang menahan kami itu pun terkejut bila kami kata nak balik ke Toulouse France.. Agaknya tak pernah dibuat dek orang ;)

Tapi pengalaman ini cukup berharga buat kami semua.. pakwe lagilah.. menahan mengantuk tuh.. tak usah cakap.. nasib juga di Malaysia dia sudah biasa memandu lewat malam semasa menemani aku menyelia pelajar di Trengganu dan kelantan.. Bang lepas nie boleh memandu lagi ya.. hehehehhe..

Insyallah jika ada kesempatan lain.. aku akan ke sana lagi.. ;)

5 comments:

faqir said...

Hahahah sib baek dorian tado..kot ado mau ekau sarbat smpai habih kak..ahahhaha perfume asli baek punyo

ibundo said...

air durian belando tu sodap ko. kpah bolum ponah torai lagi. Air durian ponah lah. cocah mo roti hikhik...

lupekanje said...

agaknya pekan2 kecil tu sama gak cam pekan2 kecil kat mesia kiter ni kan...klu dah smua berhijrah ke bandar, kampung tinggal terbiar. Yang ada, mereka yg tk dpt peluang ke bandar...atau mereka yang dah bersara, yg dah uzur2...itupun klu tk ada anak mithali yang nak pelawa nk ajak mereka tinggal bersama di bandar.
tpi bukan apa..jenerasi tua ni, lebih suka dgn kobun2 mereka, ayam, itik, kambing, lembu... klu duk kat bandar, mana dpt bela smua tu kan..!
sronoknya melihat negeri orang.
take care.

KTS said...

errr... mmg tabik!!
berani sungguh drive malam2.. aku klu tumpang org pun tak berani, ni kan plak nak drive.. errr sekelilingnya bukit bukau plak tu..

ge ge ge ge ge ge geruuunnn..

iina said...

Faqir

Takyah tunggu kek barcelona.. kek glasgow nie pun ado.. akak baru yo balik kodai cino tadi.. ado yo durian 2 biji.. tgk yolah boli taknak sobab mahal gilo.. baik boli bondo lain

Kak Pah

banyak dah org buat air durin belanda tuh dalam pek2 kotak tuh.. sodap kak.. takdolah rasa cam buah derian tuh.. masam manis raso ee kak.. tak cayo baik akak try

Acik

Cam luahan perasaan yo cik hehehehe.. silap kan cik sok2 kalau kito dah tuo.. kito pun belo ayam itik kambing kot cik hehehehe

KTS

ko nie mnjg jek gerun.. ish22.. kena kuat semangat ler sikit..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin