Monday 20 July 2009

Bertamu ke pulau awan..

An t-Eilean Sgitheanach atau 'Eilean a Cheo

Semalam.. bangun sahaja dari tidur.. aku dikejutkan dengan satu cadangan saat-saat akhir..

"Cepatlah bangun"

"Alah bukan nak pergi mana pun"

"Bangunlah.. kata nak pergi berjalan"

"kemana?"

"entah dia"

Adeihh.. Bangun jugalah bersiap dan buat sarapan nasi goreng.. dan bila ditanya kembali.. kami putuskan untuk bertamu ke pulau awan di utara Scotland..

Dimana pulau itu?? Antara pulau yang terkenal di sekitar Scotland dan harus dikunjungi bila ada kesempatan masa..

Pemandangannya.. Sungguh indah dan mempersonakan..

Kami mulakan perjalanan kami menghampiri ke tengahari.. dan tiba di sana menghampiri ke pukul 4.00 petang.. Hujan lebat dan rintik-rintik sentiasa menemani perjalanan kami ke sana..

Isle of Skye

Pulau Awan atau Pulau Langit terjemahannya..


The name 'Skye' derives from the Norse meaning the 'clouded isle' or 'cloud'. The Gaelic name for it is 'Eilean a Cheo' meaning the 'isle of mist'.

Indah.. seperti mana kebanyakan kata-kata rakan yang pernah ke sana.. Namun dek kerana hujan.. kami hanya mampu duduk di dalam kereta dan menikmati setiap pemandangan itu dari tepi tingkap sahaja..


Rancangan asalnya kami mahu bermalam di sana sahaja... Namun memandangkan bila bersiar di sekitar pekan Portree yang kecil itu.. Terus kami putuskan untuk balik semula ke rumah.. Tidur kat rumah lagik best.. free of charge..

Dalam perjalanan balik kami singgah ke Istana Eilean Donan yang terkenal itu.. malah banyak poskad-poskad scotland ada gambar istana ini..

Menghampiri ke pukul 1.00 pagi kami sudah sampai ke rumah menikmati maggie goreng hehehehe.. Yang lebih best.. dapat makan nasi lemak sarapan pagi nie.. Kalau bermalam tuh.. pastinya makan roti bakar jelah.. ;)

Jika ada kesempatan masa ingin ke sana lagi.. kerana banyak gambar-gambar yang agak gelap kerana cuaca hujan dan kurang pencahayaan..
(cam nak beli kamera baru jek hehehehehe)

Hari ini cuti 'bank holiday'..
Esok bermula balik semua rutin harian..
Ohh.. banyak benda nak settle minggu ini..
Chaiyok.. chaiyok


7 comments:

ibundo said...

nampak cantik pemandangan kat pulau tu. mosti tak pueh mato momandang. nanti kalau kau poie lagi, nak ikut..nak ikut..

julietchun said...

langit nampak gelap yer.

faqir said...

betapa indah ciptaan YANG MAHA AGUNG

KTS said...

alahai... romantikya rasa... duduk di dalam kereta dan menikmati setiap pemandangan itu dari tepi tingkap sahaja..
.
.
.
.
.

opocot!! aku plak yg lelebih.. hihihi

iina said...

Kak Pah

ok kak lain kali den ajak ok.. den bawak gmbr akak yolah leh?? hehehehe

Juliet

Mmg ler gelap sebab hujan ;)

Faqir

yup.. mmg indah alam ciptaan tuhan

KTS

cam ada pengalaman jek.. wakakakah

Ungku Nor said...

bulan madu di awan biruuuuu..

feeling lak taim-taim ujan nih ;p

iina said...

Kak ungku

welcem back kak.. lamo nar ilang.. bulan madu?? hahaha bulan takdoh doh kak.. hujan takde feeling2.. sejuk gigil ada ler ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin