Thursday 9 July 2009

Kembara ke Andorra

Perjalanan kembara ini sebenarnya tidak dirancang.. kebetulan ada rakan yang mengajak untuk ke selatan negara France melawat tempat pengajiannya 11 tahun yang lalu diterima. Kebetulan kembara kali ini juga turut melibatkan 3 buah negara France, Andorra & Spain.

Tiap kali kembara dilakukan aku lebih suka mengambil kesempatan untuk ke beberapa buah negara kerana di situ kita dapat melihat perbezaan bentuk muka bumi, budaya, gaya, budi bahasa, tutur kata dan sebagainya..

Banyak yang perbezaan yang aku lihat semasa kembara kali ini.. dan aku sendiri juga sudah mula lali dengan prosedur-prosedur keselamatan di lapangan terbang.. timbangan beg yang tidak melebihi 10kg.. bilangan baju & seluar yang perlu dibawa..

Perjalanan bermula dengan menaiki kapal terbang dari London Stanstead ke Rodez, france. Memandangkan tiket flight ketika itu agak mahal.. kami putuskan untuk memandu ke London kerana ketika itu ada sebuah keluarga lagi yang akan ikut sama dengan kami. Namun atas kecederaan yang menimpa sahabat aku itu di saat akhir.. pada malam sebelum kembara.. terpaksalah kami berdua sahaja yang terus memandu ke London Stanstead dan mengambil flight ke Rodez dari sana.

Kami tiba di Rodez menghampiri pukul 8 malam dan memandu selama 2 1/2jam ke Toulouse, France tempat penginapan kami selama 6 hari itu. Kami menginap disebuah pusat penyelidikan aerospace.. tempat seorang rakan yang pernah belajar di sana..

Esok harinya, selesai bersarapan pagi. Kami mula bertolak ke Andorra yang mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan.. Pemandangan yang cantik dapat kami perhatikan di kiri kanan jalan.. diselang seli dengan bukit bukau dan gunung ganang..

Negara Andorra cukup terkenal dengan pusat ski.. dan pada masa yang sama juga merupakan negara bebas cukai yang terletak di antara sempadan negara France dan Spain..

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:

Andorra adalah sebuah prinsipaliti kecil yang terletak di barat daya Eropah, di timur banjaran Pyrenees dan bersempadan dengan Perancis dan Sepanyol. Negara yang mewah ini terkenal dengan sektor pelancongannya dan status bebas cukai. Andorra merupakan sebahagian Negara-Nagara Catalan. Nama rasminya adalah Principality of Andorra.


Nikmatilah gambar-gambar yang aku ambil sekitarnya.. Nak tengok lebih banyak fambar sila ke facebook aku.. sebab dalam blog nak letak gambar ada hadnya...





Enjoy..

Sorry gambar tak dapat nak letak banyak.. lagi pun sebab dah upload di facebook.. aku malas nak upload pulak kat blog..

Masa untuk berehat..

Letih masih terasa lagi nie..

;)

8 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Kagum dengan ciptaan Illahi...syukurlah anda berkesempatan 'menjelajah'dan melihat sendiri kebesaranNya dari 'sudut' lain...

faqir said...

kok nggak bisa ngerti lagi???

Chenta said...

hai.. saya jengok dari blog Mr Dun

nice blog .

~ salam ziarah ~

julietchun said...

kambing ke yg nampak putih2 kat bukit tu?

ibundo said...

len kali nak ikut hehe...

iina said...

Dun

alhamdullilah. ;) boleh ler jejln lgik.

Faqir

ngerti apaan nieh? Ko wat akak muskil jap.

Linda

Thanks ziarah blog nie. ;)

Juliet

lembu n kuda. Kambing xde. Siap ada loceng kat leher lembu tuh. Taik lembu pun byk. Ahak

kak pah

jom kak. Apo pun kak poei Istanbul dululah kak. ;)

KTS said...

dah dekat dah dgn kampung aku ni... lain kali singgah la ye .. skrg musim durian..
hahaha

iina said...

KTS

Kg ko?? jgnkan keluar dari mesia.. kuwa dari kl pun belum tentu lagik ko tuh.. apatah lagik nak pergi andorra.. berhentilah berangan ya.. aku takkan percaya sampai bila2 pun.. wakakakah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin