Tuesday 21 July 2009

Keindahan itu adalah??


Indah?

Apakah makna 'indah' itu?

Cantik? Menawan? Lawa? Kacak? Hensem? Macho?

Mempesona? Ayu? Menarik? Tertarik? Tarik-tarik? Yang pasti bukan tarik-tali..

Sayup mata memandang? Mengusik jiwa dan hati?

Menyentuh sanubari? Membangkitkan ghairah diri? Bernafsu-nafsi?

Ya pastinya ada banyak makna diberi??

Ikutlah kesesuaian definisi sendiri?

Katakan apa sahaja asalkan memenuhi citarasa peribadi?

Teringat bait kata-kata lagu ini..

"Keindahan pelangi adalah..

Keindahan wajahmu sayang..

Yang sering bermain di mata.. hatiku ini..
"

Masih ingat lagu ini.. itu kata kumpulan Febians 'untukmu sayang'

Itu kata mereka.. bukan kata aku ya.. kata mereka..

Sekali lagi ditegaskan kata mereka ya..

Apakah makna indah untuk kalian semua??

Indah.. Terindah.. Keindahan.. Mengindahkan..

Indah untuk aku.. ada dimana-mana..

Tidak terhad pada sesuatu atau seseorang semata..

Indah terukir pada semua perkara dan peristiwa..

Indah juga terpapar pada raut muka dan tingkahlaku seadanya..

Indah malah terlihat pada sesuatu yang tidak ada.. tersembunyi sementara..

Indah terserlah pada suatu rasa yang kadang tidak dapat dizahirkan dengan luahan bicara

Indah kadang terusik dek sedikit sentuhan visual.. batin.. zahir dan maya jua

Indah terhasil oleh pelbagai insiden.. cita.. cereka dan ceritera..

Indah hadir kala diam membisu itu tanpa kata-kata..

Indah ada dalam kesepian dan kerinduan untuk dia dan mereka..

Indah malah terasa kala tekak dan lidah merasa nikmat air tangan bonda..

Indah cukup bermakna bila seraut wajah terlihat penuh kasih sayang dan cinta..

Indah juga terbayang kala wajah-wajah rindu sentiasa ada di bayangan mata..

Indah??? Banyak maknanya.. Setiapnya ada keindahan..

Indah itu bukan seperti berkaki ayam pada hari jumaat bak pengistiharan KTS yang gila kuasa..

Indah juga bukan pada insiden si juliet bersama suara serak-serak basah si gagak hitam yang menjaga sarangnya..

Indah juga bukan pada kegebuan dan kemontokan kucing peliharaan kak pah Jordan namanya..

Indah juga bukan pada 'baby tijah' yang mengaku pemalu dan pendiam tapi punya perkataan lawa dihujungnya..

Indah juga bukan pada sahabat setia yang mengaku dirinya 'tiny' si kecil tapi aku pasti punya semangat diri berinspirasi sentiasa..

Indah juga bukan pada hadiah misteri yang dimenangi si DUN Behrang 2020 dek kerna takde siapa mampu menyelesaikan keliruan sms bagla yang cukup berbahasa..

Indah juga bukan pada definisi cikgooden pada kebotakan tengah, tepi, depan, belakang atau seluruhnya yang pastinya kekal hensem berdiri..

Indah juga bukan pada kecomelan dan kecutean MakSu semasa berjalan sambil menunduk malu menyenseng kain tanpa langsung sedar pada jejaka yang setia menanti..

Indah juga bukan pada si jejaka bernama Faqir yang sentiasa membuatkan ketawa yang tak kering gusi dan tak nampak gigi..

Indah juga pada mereka yang kala singgah membaca.. meneliti.. diam-diam.. tanpa disedari atau menyendiri..

Indah juga hadir buat sesiapa yang sudi bertamu ke sini..

Indah terletak pada mengenali dan bersahabat dengan mereka yang cukup menyinari hari demi hari dengan pelbagai riaksi..

Yang lucu.. sedih.. suka.. suki..

Indah pada aku?? Biarlah rahsia...

Dah banyak diberi maknanya..

Pilihlah yang mana suka ;)

Cam nak ikut suthanya balik thailand jek lusa nie..

Leh naik keretapi dari Bangkok ke Tg Malim kan.. kan.. kan..

Ada sesiapa nak jemput ke?? Duit minyak.. Tambang.. Belanja makan..
Semua itu boleh diurus dong.. hehehehe


8 comments:

lupekanje said...

naper pepagi ni citer pasal indah...tpi pengujung ehh tanyo sapo bulih hambek kat Siam nuuu?? Tak releven la iina...hehehe..

Indah pada acik adalah sesuatu yang menyenangkan...
yaaahh...kok senang sekali melihatnya, merasanya, menikmatinya....walau guna deria apa sekalipun...yang pentingg...seronok dan damai.....itulah yang dinamakan indah. (Tak termasuk nama tempat atau nama2 yg lain seperti Taman Seri Indah atau Siti Indah bt Hensem)..

iina said...

Acik

ado makna tersembunyilah cik. Tu maknanya indah klu dapek blik mesia. Thailand ngan mesia kan dokek yo. Bkn apo cik dio tuh kiro kwn baik den tuh. Siap den pesan tolg mkn derian utk den. Time2 gini hujan mmg sentimental ler cik. Hidup merantau camnielah cik. Nmpk bondo kocik2 pun indah yo.

faqir said...

"Indah juga bukan pada si jejaka bernama Faqir yang sentiasa membuatkan ketawa yang tak kering gusi dan tak nampak gigi.."

i like kak..hahahaa atleast akak mngaku eden mampu membuek ekau ketawa ehehehhe...muachs2

indahnyeeee

Kaktiny said...

indahnya entri ko ni pada aku bila ada nama aku dgn tag 'tiny si kecil' terselit di sisi... kehkehkeh..

indah lagi bila ko cepat2 dapat balik mesia dan kita pi Pulau Indah balun ikan bakar... hihihihi...

julietchun said...

Indah pada kita tak semestinya indah pada org lain kan. Manusia mempunyai pandangan yg berbeza. Aku tak makan sebijik durian pun lagi, entah kenapa kurang selera sbb cuaca panas ni.

KTS said...

indah pada aku adalah seorang bibik berusia 30 -an yg mengasuh anak jiran aku yg nakal2..

hihihihi..

dengan ini, beta mengisytiharkan bahwasanya KTS sangat indah...


wakakakaka...

.
.
.
.


pssstttt... jadi ke ikut suthanya... urusin aku sama dong!! :P

DUN Behrang 2020 said...

indahnye...ape ke benda tu...eskrim ke...candy ke...apa2 je la...tumpang lalu ye!!!

iina said...

Faqir

Hehehehe.. yo dik.. akak tongah sengih golak lah nie ;)

Tiny

Pulau indah? hahahaha mmg indah kalau dapat mkn ikan bakar kat situ.. lama sungguh takku jejaki muara tg harapan@gila itu.. hehehehe.. coming soon dear.. soon

Juliet

Eloklah ko jgn makan .. pans2 nie mmg tak elok sgt mkn ya.. ko tunggu aku balik mesia jelah baru ko mkn ok??

KTS

ko mmg gila kuasa mengistiharkan diri ko indah?? tang mana tuh?? si comot nak jadik indah lambatttttt sikit wakakakah..

ok ko tggu aku kat stesen ketapi tg malim.. tggu tau aku leh byr double kosnya.. hehehehe

Dun

lalu ler lalu.. agak2 nak makan aiskrim.. p beli kek kodai ye

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin