Tuesday 17 June 2008

Set Alarm?

Hari ini kerja seperti biasa.. tetapi sejak seminggu dua ini aku dah mula rasa seolah bosan dengan rutin setiap hari.. entahlah kadang kala terasa bosan pula mengadap kerja yang sama berulang kali.. paling terasa hari ini.. ketika membersihkan ruangan yang ada.. timbul pula rasa bosan secara tiba-tiba..

Ketika melintas di ruangan pejabat bersama mop dan baldi merah.. aku dipanggil oleh John.. terkejut juga seolah ada sesuatu yang penting sahaja apatah lagi melihatkan riak mukanya yang begitu serius.

"I realise this morning that you didn't set the alarm system yesterday"

Terkedu seketika aku.. lalu aku katakan "I did set the alarm but there is no beeping sound like always, I tried twice.. and since I see the setting message displaying timed set, then I just walk away, thinking it's okay"

"No there is fault message appear and it seem that one of the fire exit is open"

"Really? I Don't realise it"

ada lagi perbualan kami.. aku malas nak tulis panjang-panjang, akhirnya..

"Well next time, do call me if anything happen with the alarm.. you have my phone number"

"ok.. sorry John, my mistake" kataku sambil terus memikirkan peristiwa semalam..

Dahlah aku sememangnya dah takde mood.. teguran tadi membuatkan aku lebih takde mood.. seingat aku semua pintu fire exit telah ditutup.. malah pintu yang dikatakan terbuka itu terletak berhampiran dengan bilik cleaner.. takkanlah aku tak nampak pintu itu terbuka.. bak kata John mungkin aku tak perasan.. lalu aku terus mengaku sahaja salahku.. sedangkan aku tidak rasa aku buat apa-apa kesalahan.. namun mungkin juga kan..

Hari ini semua staf balik awal.. sekali lagi aku terpaksa set sistem alarm lagi... malas sungguh rasanya.. dan teringatkan teguran tadi.. membuatkan aku rasa tension seketika.. ada pula seorang trainee masih berada dalam makmal komputer.. Sebelum Sharon balik tadi.. dia turut mengingatkan ku tentang trainee tersebut..

"Lina, I told the trainee the building will be lock up at 6, please don't lock her up okay"

"Okay, Sharon"

Akhirnya tepat pukul 6.00petang aku selesai kerjaku.. hari ini aku lewat keluar.. ketika setting alarm.. perkara yang sama berlaku lagi... tiada lagi bunyi bip seperti selalunya.. hinggakan aku terpaksa memeriksa ke semua pintu fire exit berulang kali.. rasanya hampir 6 kali aku cuba set alarm tersebut.. kali ke 5 aku tunggu hingga setting alarm itu selesai.. selalunya selepas memasukkan kod alarm.. aku akan ada masa lebih kurang 60 saat untuk bergerak keluar dari pintu utama.. selepas itu seluruh bangunan akan diset dengan alarm tersebut. Sepatutnya akan keluar tulisan system set pada paparan display.. aku tunggu hingga ke semua setting itu selesai.. yang aku pasti tidak ada sebarang paparan fault atau error dipaparkan.. menandakan aku telah berjaya set alarm seperti biasa..

Aku cuba telefon John, rupanya nombor yang ada seolah tidak lengkap.. mungkin semasa aku rekod nombor tersebut dari hp lamaku.. menyebabkan ada nombor yang tertinggal.. puas jugalah memikirkan camna nak call John nie.. aku pergi ke mejanya.. tetapi tidak ada sebarang kertas atau nota yang mempunyai nombor telefon John.. Akhirnya aku buat keputusan untuk melihat paparan display.. yang penting tidak ada error.. dan system di set dengan betul..

Akhirnya cubaan ke 6 aku tawakal.. setelah cubaan ke 5 menunjukkan paparan itu betul dan tidak ada error.. lantas aku keluar dari bangunan itu hampir ke pukul 6.15.. hampir 15 minit juga aku mundar mandir memeriksa semua pintu fire exit.. dan mencuba setting alarm itu tadi..

Apa juga aku masih risau.. ketika menutup pintu fire exit di tingkat bawah.. ku lihat tidak ada sebarang tanda alarm berbunyi dari luar bangunan.. menandakan setting itu mungkin berjaya atau mungkin juga tidak di set.. tawakal sahajalah.. jika esok kena marah lagi.. aku akan ceritakan sahaja hal sebenarnya.. aku dah cuba 6 kali.. tidak ada bunyi bip seperti selalu.. tetapi display alarm mengatakan system telah berjaya di set.. nak call nombor tak lengkap.. abis.. takkan aku nak tidur kat bangunan tu.. takkan tak nak balik pulak.. emm.. kita tengok sahajalah esok.. mungkin aku akan beritahu John yang alarm itu tidak mempunyai bunyi bip seperti selalu.. pening juga jadi orang terakhir keluar dari bangunan.. lepas nie aku nak balik awal.. malas dah nak set alarm nie.. nanti aku juga yang kena.. tension.. tension..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin