Friday 20 June 2008

Dasar baru persaraan dan pencen

Terima kasih Yana sebab bagi aku link, bolehlah baca untuk makluman semua

Cebisan Ucapan Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Di Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008
10 Mei 2008
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


1. Antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri mengenai dasar baru persaraan dan pencen :

“... kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008...";


”Mengenai pencen terbitan, pada masa ini salah satu syarat pencen terbitan yang dibayar kepada ahli keluarga gemulah ialah kadarnya akan disusut 70% selepas 12 ½ tahun dari tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan anggota sektor awam. Berdasarkan kajian terperinci, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil semasa kematian gemulah, syarat ini agak membebankan dari segi kewangan. Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan ini mulai 1 Januari 2009. Ini bermakna pencen terbitan ini akan dibayar 100% kepada ahli keluarga gemulah.


”... kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara dan penerima pencen berkuatkuasa 1 Januari 2009. Sebelum ini, pencen pegawai perkhidmatan awam dihitung dengan mengambilkira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun. Dasar baru ini juga meliputi persaraan dan kematian dalam perkhidmatan sebelum tarikh kuatkuasa. Walau bagaimanapun kadar pencen yang dihitung semula akan dibayar mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan.”; dan


”Buat ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan mulai 1 Januari 2009.”

2. Sebelum ini kerajaan telah bersetuju memansuhkan syarat pemastautinan di Malaysia bagi pemberian pencen terbitan melebihi 12 ½ tahun dan penyelarasan pencen berkuatkuasa mulai Januari 2008

Untuk huraian lanjut sila ke link ini.. http://www.jpapencen.gov.my/dasar_baru.html

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin