Thursday, 5 June 2008

kek keju



Entah kenapa sejak beberapa hari ini teringin pula nak makan kek keju AKA cheese cake.. sejak makan cheese cake kat rumah jaslina dan tengok cheese cake yang dibuat oleh reen teruja pulak nak cuba resepi buat kek keju nie.. reen ko buat akak terliur tengok kek keju yang ko buat tu hehehe


Banyak gaya dan cara rupanya nak buat kek keju nie.. ada yang perlu sejukkan dalam peti ais tanpa perlu dibakar dalam oven.. ada yang kena bakar dalam oven.. ada yang guna sour cream.. ada yang guna double cream.. ada yang tektur yang lembut dan basah dan ada juga yang jenis kembang dan gebu seperti kek-kek yang biasa.. hai.. banyak pulak caranya..

Akhirnya aku putuskan untuk buat 2 jenis.. tapi untuk hari ini dimulakan dengan cara pertama.. menggunakan soft cheese dan telur dipukul rata.. dan dibakar didalam oven.. kalau malas nak dibakar boleh saja guna kaedah yang dibekukan terus ke peti ais.. ikut resepi dalam majalah somerfield je.. tak gunakan telur pun.. aku muskil gak kalau masukkan telur tapi tak bakar dalam oven dan terus simpan dalam peti ais.. bukan kira cam makan telur mentah ke? yelah sebab telurkan sesuatu yang mentah dan perlu dimasak.. jika disimpan pun perlu dihabiskan dalam masa yang singkat takut sakit perut lak.. cehh macam-macam pulak teori aku..

Cara kedua pula dengan menyejukkan terus ke peti ais tanpa perlu dibakar.. yang akan dibuat kemudian setelah kek keju cara yang pertama berjaya dihabiskan dan jika ada keluangan masa... Akhirnya aku bakar kek dalam oven dengan mengagak masa kek tu dah cukup masaknya dan terus disejukkan dalam peti ais.. walaupun betday pakwe dah lepas sehari.. kira kek keju ini untuk dia.. hehehe walaupun hakikatnya aku sebenarnya yang nak makan.. pakwe mungkin makan sepotong je kot.. sebab dia bukannya suka sangat benda-benda manis dan berkrim nie..

Apa pun kek ini masih selamat disimpan dalam peti ais.. rasanya tak tahulah esok baru dapat dinyatakan rasanya.. sedap semestinya kan..

6 comments:

reen said...

Kak ina... teruja gak tgk cheese cake akak ni... ;-)nyumm...nyumm..nyumm... plus la ni segala mak-nenek berry tgh murah...! Heaven betul tgk ceri yg merah menyala atas cheese cake akak ni... pos la skit ke newcastle... hehehe... kak, kat sana ada tempat utk strawberry-picking tak??? (ayat org yg jengok Glasgow... hehehehe)

iina said...

1st time try.. tapi makan cheese cake dah banyak kali..

strawbery picking banyak area.. time2 nielah kalau seronok nak pergi.. nak pergi boleh tapi kena ada kereta le..

Ina Seri said...

na mintalah sikit kek tu......em...sedapnya.....

Ina Seri said...

semoga bahagia selalu dalam menempuhi cabaran dan dugaan juga akan mencapai impian yang diharapkan.selamat hari jadi.....panjang umur dan murah rezeki

iina said...

Kak.. kek dah abis.. nanti lain kali saya buat lagi kek keju bg akak k :)

iina said...

Kak thanks semoga akan juga tercapai hasrat nak kumpul duit banyak-banyak hehehhe... boleh belanje saya ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin