Friday 6 June 2008

Asthma attack ke

Sejak malam tadi nafas semacam je.. ingatkan pagi ini dah berkurangan tapi rasa nafas kembali semacam.. sebenarnya sejak kebelakangan ini aku sering sahaja keletihan.. secara tiba-tiba lain macam je pernafasan aku pagi ini..

Ubat dah makan.. air kopi pun dah minum (salah satu cara utk kurangkan serangan asma).. inhaler cari pagi tadi tak jumpa pulak.. mana pulak aku letak.. balik nie kena cari balik..

Berat sungguh rasa badan.. belakangku sakit-sakit dan terasa seolah terbeban dengan sesuatu yang cukup berat.. nafas juga perlu ditarik dalam-dalam..

Nasib baik juga hari ini hari terakhir kerja untuk minggu ini.. harap nanti serangan tidaklah bertambah serius.. jika tidak terpaksalah aku minum expresso pulak petang nanti.. untuk release blockage pada saluran pernafasan aku... lama dah tak kena serangan asma nie.. masa musim panas nie pulak kena..

Insyallah.. keep on going kan.. walaupun badan dah mula sakit-sakit dan rasa nak demam..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin