Monday 23 June 2008

Hover Rosak

Isnin.. seperti biasalah hari permulaan setiap minggu.. selesai dengan study di department ke tempat kerja seperti biasa.. Hover hari ini tidak boleh digunakan.. bukan rosak tak boleh guna langsung tapi disebabkan ada wayar yang terkeluar dari getah wayar.. menyebabkan aku dilarang menggunakan hover berkenaan.. takut short circut.. tension... aku duk ke hulu hilir mencari hover lain.. akhirnya aku ke bangunan sebelah.. pinjam Hover.. Janice tak datang lagi.. so aku terpaksa datang balik untuk pinjam hover... namun aku dah beritahu tony security guard kat situ.. sekali lagi pergi.. aku jumpa budak-budak cleaner yang lain.. lama juga tidak berjumpa mereka.. yelah dulukan kami kerja bangunan yang sama.. akhirnya aku tanya nak pinjam hover boleh tak? rupanya dia bekerja juga di bangunan aku.. cuma dia ditingkat 2..

Selesai mengangkut hover.. rupanya hover tu pun tak boleh digunakan.. tensionnya aku.. kuasa menyedut pun macam nak tak nak je.. dan akhirnya terus berhenti tanpa suara.. makin tension aku jadinya.. tapi entah mengapa aku ternampak kelibat Janice dari bangunan sebelah.. datang bersama hover.. nasib baik jugalah.. jika tidak aku dah nekad tak payah hover ari nie.. sebab masa pun dah pukul 5.30ptg.. tinggal 30 minit je nak balik.. akhirnya aku dapat jugalah hover mana yang patut.. harap esok adalah technician yang datang.. aku dah buat panggilan telefon ke pejabat spectrum membuat aduan berkenaan mesin hover yang tidak berfungsi..

Sudah 2 hari berturut-turut aku nampak muka si Janice nie.. baik pulak dia hehhee.. takpelah asalkan tak ganggu kerja aku.. dan paling utama tidak mengganggu mood aku..

Hari ini aku rasa lapar sangat.. semalam tidur hampir melebihi 10 jam.. lepas asar je semua dah tergolek tidur.. bangun semata nak solat je.. lepas tu semua sambung tidur balik.. memang penangan cuti hujung minggu betul.. balas dendam tidur sepuas-puasnya.. :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin