Wednesday 25 June 2008

Hover baru

Pagi ini department sunyi sepi.. rupanya budak-budak planning group ada seminar 1 hari.. patutlah ruang besar sepi sahaja.. esok ada seminar department pula oleh Prof Neil.. salah seorang pensyarah baru di department CIS..

Hari-hari di department adalah seperti biasa.. checklist hampir siap tapi masih banyak yang perlu diperbaiki lagi.. makan tengahari masih bersama Suthanya.. cuma Kak Haizan sahaja yang tidak ada, sibuk dengan seminar anjuran group researchnya.. Hari ini juga meeting i-lab dibatalkan mungkin juga kerana seminar berkenaan..

Pergi kerja seperti biasa.. sampai sahaja ke bilik cleaner.. aku terlihat sebuah kotak yang besar di muka pintu.. jenguklah tengok.. rupanya hover baru.. wah.. ini dah bagus.. semalam aku telefon semula spectrum pasal hover.. nak tanya bila technician nak datang betulkan.. tak sangka pula dapat hover baru.. masih dalam kotak lagi.. sebenarnya hover lama masih boleh digunakan.. hanya wayarnya sahaja yang perlu dibetulkan dan diikat dengan pita.. selepas itu ia dah boleh digunakan.. aku siap beli pita wayar tadi di poundland.. ingatkan nak buat operasi betulkan wayar tu andai hover tu tidak dibetulkan.. akhirnya.. aku dapat hover baru terus..

Lewat petang Janice datang ke tempat aku.. katanya nak minta MP10 sedikit dah habis.. macam jiran tertangga kat kampung-kampung je.. pinjam beras.. gula.. garam je.. ehhehe.. aku angguk jelah kepala aku.. lantas aku beritahu Janice.. "I got a new hover.." terkejut Janice dengan kata-kataku.. macam pelik semacam je .. berulang kali dia kata padaku.. "How did you manage to get it??" Macamlah aku yang beli hover tu.. kataku " I don't know.. just that it's there when I arrived"

Janice macam tak puas hati je sebab aku dapat hover baru.. kenapa aku cakap begitu sebab selepas dia ambil MP10 tu.. dia datang lagi jenguk aku tengah hover kapet.. lama dia tenung hover yang baru itu.. pelik pulak aku jadinya.. apa ke halnya pulak nie.. sekali lagi dia tanya aku soalan yang sama tadi.. bagaimana aku boleh dapat hover baru nie.. sekali lagi juga aku jawab tak tahu.. yang aku pasti dah ada, masa aku sampai.. akhirnya Janice katakan padaku.. "Maybe John asked for a new one aye" sambil memandang tepat padaku.. lantas aku kata "aye.. maybe"

John memang karektor ye tegas sikit.. kalau dia nak sesuatu itu.. dia nak ianya mesti diselesaikan dengan segera.. aku dah faham sangat.. sebab semalam sekali lagi dia tanya dengan aku bila hover baru nak sampai.. aku hanya kata dah call spectrum so maybe this week sampailah.. mungkin juga dia call balik spectrum hari ini.. yelah kan.. bagus juga tidaklah aku mengusung hover dari bangunan sebelah lagi.. leceh betul nak pinjam-pinjam hover nie.. kalau bangunan yang sama takpelah juga.. ini bangunan sebelah.. pintu masuk pun lain-lain..

Apa pun.. selesai lagilah kerja ku hari ini.. hover lama belum dibuang lagi.. kalau John kata buang.. alamatnya.. aku bawak balik rumah jelah.. betulkan wiring dia.. then bolehlah digunakan..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin