Monday 16 June 2008

Doa buat bonda

Aku baru sahaja pulang dari rumah kak haizan.. Malam ini diadakan majlis bacaan tahlil dan yasin bagi mendoakan bonda shahbuddin (suami k haizan) yang kini khabarnya sedang sakit tenat di Malaysia. Insyallah esok Din balik ke Malaysia untuk melawat bondanya..

Insyallah.. doa kami sentiasa bersama.. semoga bonda berada dalam lindunganNya.. Namun apa jua ketentuan Allah.. kita hanya mampu berdoa.. semoga Allah lanjutkan usianya.. berikan kekuatan kesihatan padanya.. Insyallah..

Menyelami perasaan apabila mendengar khabar berita begini.. aku sendiri juga turut merasakan kesedihannya.. bahkan dulu ketika mak jatuh di bilik air.. aku sendiri juga sudah tidak senang hati.. lantas aku kuatkan juga hasrat untuk balik.. apatah lagi bila mendengar perkhabaran bonda sahabat rapat yang kini terlantar sakit di hospital.. hanya mereka yang mengalaminya.. mengetahuinya.. berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya..

Insyallah kak Haizan.. Din.. moga Allah berikannya kekuatan .. moga juga disembuhkan penyakitnya.. namun apa juga ketentuan Allah.. kita terima dengan hati terbuka Insyallah...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin