Wednesday 25 June 2008

Mimpi

Sebenarnya aku keturunan bugis di sebelah mak dan banjar di sebelah ayah... tapi menetap dikawasan yang 90% adalah keturunan jawa.. kira aku boleh jugalah cakap jawa sitik2.. dulu zaman sekolah kawan-kawan baik semuanya adalah anak-anak jawa.. cakap melayu aku pun dah telo jawa.. kalau mengiakan cakap kawan-kawan mak.. pasti telo melayu jawa aku keluar.. tapi aku dah lupa ngomomg jowo.. sejak kawin dengan orang negeri sembilan slang jawaku telah lama ku tinggalkan.. tapi masih mampu memahami sedikit sebanyak bahasa itu.. bahasa banjar apatah lagi.. dah lama aku tak dengar bahasa itu dilagukan.. dulu semasa arwah tok dan nenek masih ada.. sering juga aku dengar ayah bercakap dengan mereka dalam bahasa banjar.. hanya sekali sekala jika mak ngah atau mak lang datang berjumpa ayah.. barulah aku dengar balik ayah bercakap banjar.. jika tidak.. aku pun lupe.. malangnya.. aku tidak mampu berbahasa selengkap itu dengan ayah.. yelah dirumah kami berbahasa melayu penuh.. yelah mak kan orang bugis.. camna ayah nak cakap banjar dengan mak.. kadang rasa rugi juga kerana tidak mempelajari bahasa tersebut.. walaupun aku faham apa yang dikatakan.. namun.. masih tidak mampu berbahasa sedemikian..

Menurut kata seorang adik ini.. kebiasaan orang berketurunan bugis ini sering dapat mimpi.. macam-macam alamat dia perolehi dari mimpi.. sebab aku dan kak ramlah kami sama-sama keturunan bugis.. dulu kami kerap mimpi macam-macam.. tak tahulah.. tapi kami selalu tafsir mimpi itu bersama.. sampai nak pergi sambung study pun aku duk mimpi macam-macam.. dulu kak ramlah mimpi naik perahu dengan aku.. lepas tu aku pulak mimpi naik bot laju dengan mashi.. yang bestnya.. masa tu semua orang tengah mandi kat tepi pantai tu.. yang pasti.. bot yang aku pandu ngan mashi.. terdampar tepi pantai dengan selamatnya mengelakkan semua orang yang tengah mandi manda tu.. hehehe mashi alamat baik tu tau.. aku saje tak penah cite ngan ko.. pasal study kita.. insyallah kita doakan yang terbaik.. aminnn...

Masih aku ingat kata-kata mashi.. "apasal aku takde mimpi apa-apa pun. asyik korang je yang mimpi.. elok je aku tidur sampai pagi.. " gelak sakan jelah aku dan kak ramlah.. sorry mashi.. bukan perli hang tau hehehe..

Sekarang pun masih mimpi bukan-bukan.. tapi dah lama tak sembang dengan kak ramlah pasal mimpi-mimpi nie.. Semalam aku mimpi lagi.. tapi tak perlulah aku sebut mimpi apa.. mimpi tu dah jelaskan semuanya pada aku apa yang berlaku..

2 comments:

mashi said...

aiseh Ina... biasa le..aku bila tidur, kakdang tak sedar langsung :) Tapi la ni, aku dah mula mimpi...mimpi ttg study ni, sebab tu kadang2 tak lena tidur dibuatnya. Rasnya bukan mimpi, terjaga sebab sokmo risau ttg study ni..ehehe

Kat sini, aku pernah mimpi Harimau tau.... tapi pelik sangat mimpinya...hehhe

iina said...

wahh itu kena tafsir balik nie.. sejak bila lak ko pun duk mimpi-mimpi juga hehehe..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin