Monday, 30 June 2008

Tanaman

Semenjak masuknya musim panas ini aku jadi rajin sikit nak menanam.. adalah 4 pasu yang ku letakkan di tepi tingkap.. ibu kunyit, pokok daun mint.. serai dan pokok berdaun (yang ditinggalkan oleh kak yah)

Pokok daun kesum dah mati..gara-gara pakwe letak kat luar tingkap.. nampaknya aku kena cari pokok daun kesum nie.. Jas.. nanti ko bagi kat akak jelah ye heheheh.. akak tau daun kesum ko bakal berdaun rimbun.. leh bagi akak sepokok dua ke tiga ke empat ke..lima ke enam ke.. :)



Ibu kunyit yang ku tanam dari hari itu tak nampak kunjung daunnya.. Harap ia akan terus berakar dan berdaun..



Benih mint yang ditanam pun sudah mula tumbuh..





Pakwe pulak semai serai dalam pasu bunga (aku selalu letak bunga dalam nie.. pakwe guna utk tanam serai pulak heheheh..)

Nampak sedikit ceria sedikit dengan adanya tanaman ini... maklumlah rumah flat mana ada tanah..

Lainlah rumah mashi.. penuh dengan tanah keliling rumah.. boleh tanam macam-macam.. Mashi aku rasa rumah ko kat slim river pun tak penuh dengan pokok-pokok tu.. takpe nanti balik kita buat kebun tepi rumah kita.. ;)

Saturday, 28 June 2008

Hari Aspresiasi SMG 2008



Tamatlah sudah majlis hari aspresiasi sekolah malaysia glasgow.. seronok tengok telatah anak-anak..

Friday, 27 June 2008

Bina hari aspresiasi siap..

Aku tiba di department semula hampir ke pukul 6.10 minit.. terlihat Suthanya sedang bergayut di telefon dengan rakannya.. sejak tengahari tadi sebelum aku keluar ke tempat kerja.. telefon handphone nya asyik berdering sahaja.. sibuk betul Suthanya hari ini.. panggilan hangat betul..

Entah kemana dia menghilang aku pun tidak tahu.. agak lama juga dia berbual ditelefon rancak sungguh kedengarannya.. walaupun aku tidak faham walau sebutir pun kata-katanya kecuali chai.. chai.. (ya.. ya..) aku buat tak tahu sahaja.. mula dengan menaip setiap huruf untuk dilekatkan di atas kad yang aku beli tengahari tadi.. Sedang Suthanya sibuk berbual di bilik sebelah aku gunakan ruang kapet di tengah bilik untuk membentangkan kad berkenaan dan mula meletakkan huruf-huruf berkenaan bagi mengukur ruang dan rekabentuknya..

Sambil itu kedengaran bunyi lagu-laguan yang datang dari arah jalan raya di bawah bangunan.. memandang tingkap disebelahku dibuka.. lagu-laguan itu kedengaran agak kuat juga.. akhirnya aku menjenguk ke bawah.. rupanya ada latihan persembahan dari band university.. rasanya ada pertandingan kot.. sempat jugalah aku ambil gambar tadi.. tidak lama Suthanya pun masuk.. kami saling mengintai di sebalik tingkap..

Apabila aku tanya 'What do you think about the design and Font" kata Suthanya "I think it look like for funeral"

Gelak sakan aku dengan Suthanya.. terkena sekejap.. apalah.. "I just want to see how the letter look like when I put all together.. I know it's only black and white color" kataku sambil mencubit Suthanya.. sambil disambut dengan gelak mengada-ngadanya..

Akhirnya aku mencuba warna-warna tertentu bagi tulisan-tulisan itu.. bersama Suthanya kami design warna tulisan dan gambar-gambar yang perlu diletakkan.. malah Suthanya yang pilih gambar.. aku cari gambar berkenaan.. tapi dia yang pilih.. ok jugalah pilihan si Suthanya tu.. aku ikut sahaja pendapatnya.. nasib baik juga ada Suthanya tolong aku buat bina ini.. jika tidak tak tahulah pukul berapa aku kena tidur malam ini heheheh..

Akhirnya kami bertungkus lumus melekatkan huruf dan menyusunnya dalam barisan.. malah Suthanya juga mencipta bunga tulip dengan menggunakan kertas merah, kuning, biru, hijau dan pink.. kami saling lekat-lekatkan di ruangan yang nampak agak kosong.. memang aku bagi kredit pada Suthanya kerana sanggup temankan aku buat bina ini.. jika tidak aku pun kebuntuan untuk merekabentuknya di saat-saat akhir begini..

Kami berhenti pada pukul 9.30 malam dan mula memasak maggi hehehe.. Suthanya beli barang di Chung Ying tadi petang.. siap offer aku makan maggi lagi.. apa lagi... kami berdua pun pulun makan sebab dah kelaparan hampir 1 1/2 jam membuat bina .. itu termasuklah penat fikir apa nak letak lagi dalam bina tu.. tepat pukul 10.00 malam kami selesai makan.. memandangkan sudah pukul 10malam.. aku ajak Suthanya balik.. dalam pukul 10.10 kami pun keluar dari bangunan livingstone tower..

Syukur ada Suthanya bantu aku.. tidaklah aku pening kepala nak cari idea.. tak sangka pulak dia cukup kreatif.. hehehe.. sama-sama kan..

Sambutan Hari mengingati pahlawan

Ketika aku dah kak haizan melalui dataran George Square tengahari tadi.. kami ternampak seolah-olah ada acara mengingati pahlawan berhampiran tugu di penjuru dataran itu.. Penuh dengan veteran-veteran perang.. kebanyakkan orang tua di situ

Memandangkan agak letih mengendung beg yang sarat dengan barang-barang hadiah .. kami berhenti seketika melihatkan acara berkenaan.. aku juga ambil peluang untuk mengambil gambar..

Buat bina untuk hari apresiasi SMG 2008

Aku baru sahaja balik dari mencari hadiah bersama dengan kak haizan untuk hari apreasiasi (anugerah) sekolah malaysia glasgow esok. Kepenatan mencari hadiah masih terasa.. sambil aku pun ikut shopping sekali hehehe.. akhirnya ku singgah ke Art Store untuk beli kad ala-ala kad manila (jenis kad board di sini takde jenis cam kad manila tu)

Petang nanti aku kena datang semula ke department membuat cetakan huruf-huruf tulisan bagi bina tersebut.. Aku dah janji dengan Suthanya untuk tunggu aku petang ini.. tidaklah aku sorang-sorang je kat bilik..

Entah sampai pukul berapa agaknya aku akan berada di department.. takpelah.. nanti aku paksa Suthanya tunggu aku sampai siap ;)

Thursday, 26 June 2008

Visualization in VR

"Education is not just about conventional school matters like curriculum or standards or testing. What we resolve to do in school only makes sense when considered in the broader context of what the society intends to accomplish through its educational investment in the young. How one conceives of education, we have finally come to recognize, is a function of how one conceives of culture and its aims, professed and otherwise.” (Jerome S. Bruner 1996: ix-x as cite in ifed.org)

Virtual reality environments provide learners with the possibility to take up multiple perspectives. This can represent a valuable support in developing awareness of the constructed nature of one’s own reality. The environment encourages learners to build their own knowledge worlds (which fit the theory of constructivism) as an exploratory approach to learning. Thus, a believed that constructivist theory provides a valid and reliable theory of learning in virtual environment and through virtual reality provides the perfect tool or technology to apply this theory in the “real world”. (Mantovani, 2003; Winn 1993)

Virtual reality facilitates new kinds of learning experience that are highly perceptual in nature, and which enable students to be immersed within a phenomenon visually, auditory and haptically (Fállman et al.1999). Virtual reality experiences designed for a single user fit perfectly as fundamental theory for learning in virtual environments, since virtual reality can simulate a real world, users may learn while placed in the context where they should apply that learning. (Sánchez et al. n.d.)

Information can be provided in a variety of ways, including through technologies such as virtual reality. In this study, students had the opportunity to both create and experience a virtual environment; both examples of experiential learning. In the virtual world, the knowledge construction process is made concrete by providing the student the ability to create and experience their own representations, or to manipulate the representations of others in a meaningful fashion. Though this capability is not always limited to virtual reality, the level of personal and shared interaction achievable with this technology makes it a compelling means for displaying and interacting with information. This ability is especially valuable when students interact, physically and directly, with objects and processes that are not accessible to the senses in the real world. From this standpoint, we can explore how the creation and experience of virtual environments may provide one means of meaning-making for the student.

The main and unique advantage of virtual reality is its ability to facilitate a learning scenario that is safe, inexpensive and explorative. (Heinich et al, 2002). This learning environment enables students to study and explore the learning objects in experiential setting. The presence of three dimensional objects in the virtual reality environment will facilitate the students to engage spatial intelligence or skill in the learning process.

A number of educational virtual reality applications have been used in learning courses such as physics, algebra, physiology, colour science and systems for exploring cultural heritage objects (Taven & Naeve, 2002). However, most of these projects used full immersive virtual reality which is prohibitively expensive and technically challenged. Of late, desktop virtual reality applications in learning and training have gained prominence and the possibility of affordable networked virtual environment has become a reality due to the increase of network bandwidth.

A desktop virtual reality (d-VR) normally uses a conventional monitor to display of the world at a lesser cost compared to the full immersive virtual environment systems. The desktop virtual reality enables users to navigate, rotate, visualize and walk inside the three dimensional environments. Users are able to access and interact with virtual objects representing useful information and educational materials anywhere in the world through higher speed internet connectivity.

Recently, several projects have been carried out involving the application of desktop virtual reality as educational tools in mathematics learning. One fine example is the CyberMath project at the Royal Institute of Technology that utilized desktop virtual reality technology to build an avatar-based shared virtual environment for mathematics learning to explain advanced mathematical concepts (Gustav and Naeve, 2002). Similar adoption of virtual reality system has been employed at the Eafit University, Colombia to develop a multi-variant calculus teaching tools for advanced mathematics (Alvarez et. al, 2003).

There are also studies by Witmer et al. (1996) and Arthur et al. (1997) that found that learners can develop spatial knowledge through exploring virtual environments. Kaufmann et al. (2000) concludes that students’ spatial abilities can be improved by virtual reality through proper use of contents and instructions. Song et al. (2000) reported that middle school students who spent part of their geometry class time exploring 3-D solids were significantly more successful at solving geometry problems that required visualization than peers taught geometry by verbal explanation. However, the benefits of virtual reality experiences are often limited to very specific skills for example; students taught by a virtual reality approach were not any more effective at solving geometry problems that did not require visualization.


Aku terima email ini :

Subject: Congratulations - your paper was accepted for SCSC08 in Edinburgh

Your paper has been accepted for presentation at the SCSC08 conference in Edinburgh, Scotland, June 16 - 19, in the Graphics track.

I will be sending out individual letters to your shortly, giving you your track information. We do not have specific time slots yet - but the papers will be presented on all days of the conference, through Thursday afternoon. Please make your travel arrangements accordingly.


Namun apakan daya.. aku pun tidak attend conference ini walaupun conference ini bagus untuk menambahkan ilmu.. aku dah tak research pasal visualization in VR lagi.. sayang kan.. namun itulah ketentuan Allah buat aku..

Sekadar mengimbas semula ilmu dan pengetahuan tentang visualization yang telah aku study selama hampir 2 tahun.. rasa sayang kerana literature review aku sepanjang hampir 22 muka surat itu (artikel di atas adalah sebahagian darinya) telah siap ditulis dan disemak.. mungkin rezekiku di masa akan datang pula.. Allah maha mengetahui..

Wednesday, 25 June 2008

Hover baru

Pagi ini department sunyi sepi.. rupanya budak-budak planning group ada seminar 1 hari.. patutlah ruang besar sepi sahaja.. esok ada seminar department pula oleh Prof Neil.. salah seorang pensyarah baru di department CIS..

Hari-hari di department adalah seperti biasa.. checklist hampir siap tapi masih banyak yang perlu diperbaiki lagi.. makan tengahari masih bersama Suthanya.. cuma Kak Haizan sahaja yang tidak ada, sibuk dengan seminar anjuran group researchnya.. Hari ini juga meeting i-lab dibatalkan mungkin juga kerana seminar berkenaan..

Pergi kerja seperti biasa.. sampai sahaja ke bilik cleaner.. aku terlihat sebuah kotak yang besar di muka pintu.. jenguklah tengok.. rupanya hover baru.. wah.. ini dah bagus.. semalam aku telefon semula spectrum pasal hover.. nak tanya bila technician nak datang betulkan.. tak sangka pula dapat hover baru.. masih dalam kotak lagi.. sebenarnya hover lama masih boleh digunakan.. hanya wayarnya sahaja yang perlu dibetulkan dan diikat dengan pita.. selepas itu ia dah boleh digunakan.. aku siap beli pita wayar tadi di poundland.. ingatkan nak buat operasi betulkan wayar tu andai hover tu tidak dibetulkan.. akhirnya.. aku dapat hover baru terus..

Lewat petang Janice datang ke tempat aku.. katanya nak minta MP10 sedikit dah habis.. macam jiran tertangga kat kampung-kampung je.. pinjam beras.. gula.. garam je.. ehhehe.. aku angguk jelah kepala aku.. lantas aku beritahu Janice.. "I got a new hover.." terkejut Janice dengan kata-kataku.. macam pelik semacam je .. berulang kali dia kata padaku.. "How did you manage to get it??" Macamlah aku yang beli hover tu.. kataku " I don't know.. just that it's there when I arrived"

Janice macam tak puas hati je sebab aku dapat hover baru.. kenapa aku cakap begitu sebab selepas dia ambil MP10 tu.. dia datang lagi jenguk aku tengah hover kapet.. lama dia tenung hover yang baru itu.. pelik pulak aku jadinya.. apa ke halnya pulak nie.. sekali lagi dia tanya aku soalan yang sama tadi.. bagaimana aku boleh dapat hover baru nie.. sekali lagi juga aku jawab tak tahu.. yang aku pasti dah ada, masa aku sampai.. akhirnya Janice katakan padaku.. "Maybe John asked for a new one aye" sambil memandang tepat padaku.. lantas aku kata "aye.. maybe"

John memang karektor ye tegas sikit.. kalau dia nak sesuatu itu.. dia nak ianya mesti diselesaikan dengan segera.. aku dah faham sangat.. sebab semalam sekali lagi dia tanya dengan aku bila hover baru nak sampai.. aku hanya kata dah call spectrum so maybe this week sampailah.. mungkin juga dia call balik spectrum hari ini.. yelah kan.. bagus juga tidaklah aku mengusung hover dari bangunan sebelah lagi.. leceh betul nak pinjam-pinjam hover nie.. kalau bangunan yang sama takpelah juga.. ini bangunan sebelah.. pintu masuk pun lain-lain..

Apa pun.. selesai lagilah kerja ku hari ini.. hover lama belum dibuang lagi.. kalau John kata buang.. alamatnya.. aku bawak balik rumah jelah.. betulkan wiring dia.. then bolehlah digunakan..

Mimpi

Sebenarnya aku keturunan bugis di sebelah mak dan banjar di sebelah ayah... tapi menetap dikawasan yang 90% adalah keturunan jawa.. kira aku boleh jugalah cakap jawa sitik2.. dulu zaman sekolah kawan-kawan baik semuanya adalah anak-anak jawa.. cakap melayu aku pun dah telo jawa.. kalau mengiakan cakap kawan-kawan mak.. pasti telo melayu jawa aku keluar.. tapi aku dah lupa ngomomg jowo.. sejak kawin dengan orang negeri sembilan slang jawaku telah lama ku tinggalkan.. tapi masih mampu memahami sedikit sebanyak bahasa itu.. bahasa banjar apatah lagi.. dah lama aku tak dengar bahasa itu dilagukan.. dulu semasa arwah tok dan nenek masih ada.. sering juga aku dengar ayah bercakap dengan mereka dalam bahasa banjar.. hanya sekali sekala jika mak ngah atau mak lang datang berjumpa ayah.. barulah aku dengar balik ayah bercakap banjar.. jika tidak.. aku pun lupe.. malangnya.. aku tidak mampu berbahasa selengkap itu dengan ayah.. yelah dirumah kami berbahasa melayu penuh.. yelah mak kan orang bugis.. camna ayah nak cakap banjar dengan mak.. kadang rasa rugi juga kerana tidak mempelajari bahasa tersebut.. walaupun aku faham apa yang dikatakan.. namun.. masih tidak mampu berbahasa sedemikian..

Menurut kata seorang adik ini.. kebiasaan orang berketurunan bugis ini sering dapat mimpi.. macam-macam alamat dia perolehi dari mimpi.. sebab aku dan kak ramlah kami sama-sama keturunan bugis.. dulu kami kerap mimpi macam-macam.. tak tahulah.. tapi kami selalu tafsir mimpi itu bersama.. sampai nak pergi sambung study pun aku duk mimpi macam-macam.. dulu kak ramlah mimpi naik perahu dengan aku.. lepas tu aku pulak mimpi naik bot laju dengan mashi.. yang bestnya.. masa tu semua orang tengah mandi kat tepi pantai tu.. yang pasti.. bot yang aku pandu ngan mashi.. terdampar tepi pantai dengan selamatnya mengelakkan semua orang yang tengah mandi manda tu.. hehehe mashi alamat baik tu tau.. aku saje tak penah cite ngan ko.. pasal study kita.. insyallah kita doakan yang terbaik.. aminnn...

Masih aku ingat kata-kata mashi.. "apasal aku takde mimpi apa-apa pun. asyik korang je yang mimpi.. elok je aku tidur sampai pagi.. " gelak sakan jelah aku dan kak ramlah.. sorry mashi.. bukan perli hang tau hehehe..

Sekarang pun masih mimpi bukan-bukan.. tapi dah lama tak sembang dengan kak ramlah pasal mimpi-mimpi nie.. Semalam aku mimpi lagi.. tapi tak perlulah aku sebut mimpi apa.. mimpi tu dah jelaskan semuanya pada aku apa yang berlaku..

Monday, 23 June 2008

Kisah ayah dan ceritanya

Entah mengapa aku teringatkan cerita yang pernah ayah sampaikan padaku dulu.. Mungkin kerana entri mashi berkisar tentang mak dan ayahnya membesarkan adik beradiknya.. namun kisah ayahku bukanlah kisah membesarkan kami.. tetapi kisah ayahku sendiri yang pernah diceritakan padaku dan adik-adik..

Aku teringat semasa aku di sekolah rendah.. ayah pernah menceritakan padaku bagaimana susahnya dia untuk bersekolah dulu.. pensil yang ada pun walau pendek sekali pun.. akan disambung dengan kayu.. bagi membolehkan dia terus menggunakannya.. kemudahan tidak semudah sekarang kata ayah.. semua serba serbi susah zaman dulu.. ayah dilahirkan ketika jepun datang memerintah negara.. ketika itu arwah nenak melahirkan ayah.. arwah tok telah pergi ke burma untuk membina landasan keretapi maut.. malah ketika arwah tok kembali ke pangkuan keluarga kata arwah nenek ayah telah pun berumur 3 atau 4 tahun.. ketika arwah tok dipaksa ke burma.. ketika itu arwah nenek sedang mengandungkan ayah lebih kurang 2 atau 3 bulan usia kandungan arwah nenek.. dan selepas hampir berkahwin lebih 10 tahun barulah arwah nenek mengandungkan ayah..

Masih aku ingat cerita arwah nenek padaku.. ketika ayah dilahirkan.. pada tali pusatnya ada seolah-olah bentuk bendera.. kata bidan yang menyambut ayah.. ayah akan jadi seorang anak yang berjaya.. malah aku juga teringatkan cerita mak.. ketika mak dilahirkan dulu juga.. tali pusat terbelit dikeliling leher mak.. seolah-olah bertudung litup.. kata mak sebab itulah mak antara yang terawal bertudung dikalangan adik beradiknya.. agak-agaknya camna pulak aku masa dilahirkan ye.. hanya yang aku tahu kata mak.. aku lahir songsang.. kaki keluar dulu.. selain itu takde pula yang peliknya.. mungkin aku kena tanya mak lagi..

Masih aku ingat lagi cerita mak.. versi cerita ini mak perolehi dari seorang ibu saudara ayah tidak lama dahulu.. lalu mak ceritakan padaku semula.. kata mak.. semasa arwah nenek mengandungkan ayah.. arwah tok langsung tidak tahu menahu.. ketika dia berada di burma.. arwah tok langsung tidak tahu yang arwah nenek sedang mengandungkan ayah.. malah ketika arwah tok pulang dari burma.. setelah kekalahan tentera jepun.. melihatkan ayah.. arwah tok terkejut.. malah pernah tidak mengaku ayah anaknya.. kata mak.. arwah nenek dituduh bukan-bukan.. tapi tuduhan itu disangkal oleh kaum keluarga arwah nenek.. yelah kan zaman jepun semua lelaki dipaksa ke burma dan kebanyakan kaum ibu dan isteri-isteri ditinggalkan dalam jagaan keluarga.. kebetulan ketika adik arwah nenek, arwah tok su.. dia lah yang menjadi tempat ayah bermanja.. malah pernah juga satu ketika arwah tok langsung tidak mahu mengaku ayah anaknya.. malah tidak pernah dipedulikan.. saat mendengar cerita ini dari mak.. aku rasa sedih sekali..

Ketika itu barulah aku faham.. kenapa arwah tok su dulu kerap datang berjumpa ayah.. setiap kali cuti atau ada masa lapang arwah tok su pasti akan menjenguk ayah di kampung.. kerap juga kunjungan arwah tok su.. dan yang aku tahu.. setiap permintaan arwah tok su ayah tidak pernah menolak.. kemana sahaja arwah tok su hendak pergi pasti ayah akan hantar.. kata mak.. masa ayah kecil-kecil dulu.. arwah tok su lah yang menyekolahkan ayah.. dia juga yang menjaga makan pakai ayah.. kerana arwah tok tidak pernah mempedulikan ayah.. atas sebab itu juga dulu rupanya.. surat beranak ayah lewat dibuat.. ayah tidak pernah ada surat beranak .. kata ayah ketika dia berusia hampir 13 tahun barulah dia ada surat beranak.. itu pun kerana hasrat ayah untuk menyambungkan pelajaran di peringkat maktab.. menyebabkan arwah tok akhirnya mengalah untuk buat surat beranak itu.. itu pun dalam catitan surat beranaknya.. ayah dilahirkan 3 tahun kehadapan dari usianya yang sebenarnya.. jika dalam ic umur ayah kini sudah 63.. sebenarnya umurnya kini sudah 66 thn..

Masih aku ingat sebelum aku datang ke UK.. rasanya dalam 3 4 bulan sebelum ke sini.. kami dikejutkan dengan berita kematian arwah tok su.. masih aku ingat malam itu aku ada majlis jamuan bersama pelajar program IT.. biasalah tugasku sebagai penasihat persatuan pelajar IT menyebabkan aku sering dijemput untuk merasmikan majlis bersama pelajar.. malam itu juga aku bungkuskan kain baju aku dan pakwe.. dan terus menunggu mak dan ayah dihentian tol sg buloh, yang pasti pakwe ambil mak dan ayah dari kampung.. memandangkan aku dari Tg Malim dan pakwe dari Klang.. lebih dekat ke Banting.. maka pakwe meminta aku tunggu di Sg Buloh sahaja.. malam itu juga kami bertolak ke Maran pahang.. rasanya kali terakhir aku berjumpa dengan arwah tok su adalah pada hari perkahwinan sepupuku.. anak mak long.. anak tok su..

Kami sempat juga menatapi wajah arwah tok su.. kerana dia akan dikebumikan esoknya.. malam itu jugalah mak long katakan pada ayah.. arwah tok su memang menyebut nama ayah sebelum dia meninggal.. "lama aku tak jumpa Hassan"

Saat ayat itu disebut aku terus memandang wajah ayah.. ada sendu diwajahnya.. tapi aku faham sangat hatinya.. walaupun tidak dikatakan apa-apa.. tapi aku tahu hati ayah sebak sekali.. Malah namaku juga disebut.. "Lina tu tak lama lagi tu nak keluar negara.."

Kata-kata mak long itu membuatkan aku tersentak.. sebenarnya perkhabaran untuk ku keluar negara hanya aku khabarkan pada emak dan ayah sahaja.. belum lagi aku hebahkan pada saudara mara yang lain.. masih terlalu awal.. apatah lagi ketika itu masih banyak lagi urusan yang belum diselesaikan.. Akhirnya aku katakan pada mak long..

"Sebenarnya memang betul mak long..saya memang nak ke UK hujung tahun ini" kata-kata ku disambut dengan airmata dan tangisan mak long..

"Tengoklah.. tok tahu ko nak pergi na.. dia beritahu mak long.. tapi mak long tak sangka rupanya dia nak pergi dah.."

Sebenarnya tok su meninggal dalam tidur selesai solat asar.. petang itu sebelum tidur.. arwah tok su sempat berbual dengan mak long dan pak long.. sempat juga menyebut nama ayah dan namaku.. kata pak long.. hanya disebut sudah lama tidak jumpa ayah.. katanya sudah tidak larat lagi berjalan jauh naik bas.. tapi tidak pula diminta untuk membawanya berjumpa ayah di banting.. kata pak long.. jika arwah tok su minta.. esok juga pak long akan ke banting..

Kisah ini memang berbekas dihati aku.. semua kisah.. ketika arwah tok, nenek dan tok su meninggal dunia.. semuanya punya kisahnya dan ada kaitannya denganku sedikit sebanyak.. arwah tok juga meninggal dalam tidur.. malam dia meninggal di hari jumaat, 2 hari selepas hari raya haji.. yang paling aku kesali waktu itu.. entah mengapa semasa hari raya haji itu, aku tidak pergi ke rumah arwah tok.. walaupun jaraknya hanya selang satu rumah sahaja.. apatah lagi ketika itu arwah tok membuat korban untuk semua adik beradik ayah.. hanya mak, ayah dan adik-adik sahaja yang pergi.. kebetulan hari raya haji itu jatuh hari rabu.. dan petang itu juga aku kena balik ke shah alam.. menyebabkan aku seolah kelam kabut untuk pulang kerana keesokkan harinya aku ada ujian memandu.. sebenarnya hingga kini aku masih lagi rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah tok dipagi raya haji tahun itu.. hingga kini aku terasa terkilannya..

Masih aku ingat kata arwah nenek selepas arwah tok meninggal dunia.. hari raya aidilfitri tahun itu aku berikan duit raya kepada arwah tok dan arwah nenek.. tak salah aku seratus seorang rasanya.. kata arwah nenek.. arwah tok pernah kata pada arwah nenek.. "Akhirnya aku merasa juga duit dari cucuku" sambil disambut oleh tangisan dari arwah nenek..

Dulu selepas arwah tok tiada, arwah nenek tinggal bersama sepupu-sepupu ku.. memang sejak dari kecil mereka tinggal bersama arwah nenek dan tok .. namun ketika arwah nenek sendirian tanpa arwah tok tiap kali bercuti pulang ke kampung.. aku pasti akan singgah jumpa arwah nenek.. kadang temankan arwah nenek makan.. layan bual bicaranya.. layan kisah ceritanya.. layan luahan hatinya.. mungkin sebab itu juga aku jadi rapat dengan arwah nenek.. apatah lagi aku adalah cucu sulung perempuan.. mungkin juga kerana ayah merupakan anak kesayangan arwah nenek.. menyebabkan aku juga menjadi cucu perempuan kesayangan arwah nenek..

Sudah lama juga aku tidak mimpikan arwah nenek.. kali terakhir semasa aku tiba di sini.. malam pertama ketika aku bermalam dirumah pertamaku di glasgow ini.. malam itu juga aku mimpi arwah nenek duduk disebelahku.. yang paling aku ingat bagaimana aku memeluknya sepenuh hati sambil mengatakan... "ina rindu sangat dengan nenek.." tidak aku pasti berapa banyak airmataku yang menitis malam itu.. yang pasti aku menangis hingga teresak-esak.. pelukan ku pada arwah nenek seolah tidak mahu aku lepaskan.. dan eratnya pelukan arwah nenek juga bagaikan benar-benar terasa.. kisah ini tidak pernah aku ceritakan pada mak.. mungkin perlu juga aku ceritakan.. mak sering mimpikan arwah nenek.. selalu sangat arwah nenek datang dalam mimpi mak.. ketika mak sakit pun arwah nenek pasti akan datang tanyakan kesihatan mak..

Apa juga itu semua ada sebabnya.. ada kisahnya.. kadang kala aku jadi rindu dengan cerita dan kisah lama.. kini hanya cerita mak dan ayah yang sering aku layani.. mereka juga suatu hari nanti akan menyusul mengikut arwah nenek.. dan yang tinggal hanyalah kenangan dan cerita-cerita mereka dalam ingatan.. mungkin akanku sampaikan pada anak-anakku seperti mana pernah arwah nenek sampaikan padaku dulu..

Hover Rosak

Isnin.. seperti biasalah hari permulaan setiap minggu.. selesai dengan study di department ke tempat kerja seperti biasa.. Hover hari ini tidak boleh digunakan.. bukan rosak tak boleh guna langsung tapi disebabkan ada wayar yang terkeluar dari getah wayar.. menyebabkan aku dilarang menggunakan hover berkenaan.. takut short circut.. tension... aku duk ke hulu hilir mencari hover lain.. akhirnya aku ke bangunan sebelah.. pinjam Hover.. Janice tak datang lagi.. so aku terpaksa datang balik untuk pinjam hover... namun aku dah beritahu tony security guard kat situ.. sekali lagi pergi.. aku jumpa budak-budak cleaner yang lain.. lama juga tidak berjumpa mereka.. yelah dulukan kami kerja bangunan yang sama.. akhirnya aku tanya nak pinjam hover boleh tak? rupanya dia bekerja juga di bangunan aku.. cuma dia ditingkat 2..

Selesai mengangkut hover.. rupanya hover tu pun tak boleh digunakan.. tensionnya aku.. kuasa menyedut pun macam nak tak nak je.. dan akhirnya terus berhenti tanpa suara.. makin tension aku jadinya.. tapi entah mengapa aku ternampak kelibat Janice dari bangunan sebelah.. datang bersama hover.. nasib baik jugalah.. jika tidak aku dah nekad tak payah hover ari nie.. sebab masa pun dah pukul 5.30ptg.. tinggal 30 minit je nak balik.. akhirnya aku dapat jugalah hover mana yang patut.. harap esok adalah technician yang datang.. aku dah buat panggilan telefon ke pejabat spectrum membuat aduan berkenaan mesin hover yang tidak berfungsi..

Sudah 2 hari berturut-turut aku nampak muka si Janice nie.. baik pulak dia hehhee.. takpelah asalkan tak ganggu kerja aku.. dan paling utama tidak mengganggu mood aku..

Hari ini aku rasa lapar sangat.. semalam tidur hampir melebihi 10 jam.. lepas asar je semua dah tergolek tidur.. bangun semata nak solat je.. lepas tu semua sambung tidur balik.. memang penangan cuti hujung minggu betul.. balas dendam tidur sepuas-puasnya.. :)

Sunday, 22 June 2008

Tag dari Mama Syahmi AKA bunga_daffodil

Amboi .. mendera akak nampaknya.. nie jenuh nak kena fikir nie..

a. 7 Tentang Diriku
  1. Muka serius dan selamba. (diakui oleh anak murid)... tapi tak kenal maka tak cinta hehehe
  2. Suka mengajar sejak zaman sekolah lagi
  3. Tegas dan garang tapi penyayang
  4. Suka mendengar muzik, menonton wayang, memasak, shopping dan travelling
  5. Paling mengutamakan keluarga dan sahabat baik
  6. Redha atas setiap yang terjadi.. tapi tetap berusaha sedaya mampu
  7. Berani hadapi cabaran.. percaya Allah itu maha mengetahui..
b. 7 Yang menakutkan aku
  1. Kehilangan orang tersayang
  2. Andai tahap kesabaranku hilang.. takut aku tidak mampu kawal diri
  3. Ilmu yang disampaikan tidak digunakan sebaiknya
  4. Impian & harapan tidak tercapai
  5. Hanya berdua tanpa aiman dan adik-adiknya..
  6. Tangisan mak dan keluhan hati ayah
  7. Bila masak tak sedap dan orang tak nak makan masakanku.. (masak sendiri ler.. hehehe)

c. 7 Lagu yang aku suka

  1. Cinta Abadi-Blackrose
  2. All I want to do is dream -Everly brothers
  3. Ratuku & Iris-Awie
  4. Aku ada karena kau ada -radja
  5. Kau mawarku-2by2 & siti nurhaliza
  6. Right here waiting-Richard Marx
  7. Mulanya di sini - Seha & Freedom

d. 7 Perkara yang aku suka sebut

  1. Kenapa balik lambat? (walaupun balik cepat.. soklan tetap sama)
  2. Sayang orang dulu
  3. Mak/ayah sihat?
  4. Suthanya.. time for lunch (hari-hari kena sebut)
  5. Jangan majuk-majuk.. mama majuk takpe
  6. Jangan lupa buang sampah..
  7. Bila nak rajin banyak nie..

e. 7 Perkara yang amat bernilai

  1. Islam agamaku
  2. Malaysia negaraku
  3. Menyampai ilmu minat dan tugasku
  4. Dilahirkan sebagai anak sulung mak (Shamsiah) & ayah ( Hassan)
  5. Mencintai & menyayangi jejaka hensem bernama ady-nama glamernya
  6. Bersahabat dengan rakan-rakan setia dan baik hati
  7. Kenangan & pengalaman

f. 7 Perkara pertama berlaku dalam hidup

  1. Memandikan arwah nenek bersama mak dan melihatnya kali terakhir sebelum dikebumikan
  2. Kenangan suatu petang di tepi tingkap di rumah arwah nenek dan mendengar nasihat arwah nenek tentang kekecewaan yang pernah aku alami dulu. Masih aku ingat kata-kata arwah nenek hingga hari ini.
  3. Mimpi memeluk arwah nenek sepenuh hatiku hingga basah bantal tidurku apabila aku terjaga dari mimpi.
  4. Mengunjungi arwah nenek di hospital Banting pada hari persandinganku lengkap berpakaian pengantin (arwah nenek ketika itu terpaksa ditahan di wad wanita hospital banting, atas permintaan arwah nenek, aku dan pakwe ke hospital banting melawatnya lengkap berbaju pengantin warna kuning)
  5. Melanjutkan pelajaran ke Edinburgh, UK -2001 (ketika itu.. adalah pertama kali menaiki kapal terbang, menaiki business class, meninggalkan bumi malaysia, menjejakkan kaki ke united kingdom)
  6. Memandu kereta selepas 9 bulan menetap di UK dan destinasi pertama ke Aberdeen. (entri sebelum terpaksa di delete ada yang meremang bulu roma membacanya..)
  7. Memiliki sebuah rumah di Behrang 2020, Perak dan kini menjadi rumah persinggahan untuk mak dan ayah..

g. 7 Harapan (tambah sendiri hehehe)

  1. Menghantar mak dan ayah ke Mekah (menunaikan umrah/haji)
  2. Melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung dengan sebaiknya
  3. Mengenggam ijazah Phd hingga selesai dan pencapaian karier akademik yang membanggakan
  4. Memiliki keluarga yang bahgia bersama anak-anak, cucu.. cicit.. buyut..
  5. Ilmu yang disampaikan akan terus digunakan dan memberi manafaat selamanya
  6. Jodoh kekal hingga ke akhir hayat kami
  7. Masih kekal rasa rendah diri, ikhlas, redha dan tawakal dalam diri..

Oklah.. dah tuliskan tag ini.. lepas nie nak minta

  1. Mashi
  2. Reen
  3. Rusdi
  4. Norzu

Selamat bertag.. hehehe

Lagu zaman anak-anak..

Entah mengapa teringatkan lagu hujan rintik-rintik ini.. hanya 2 baris pertama sahaja yang masih ku ingat.. lantas tangan pantas membuat carian di Internet.. akhirnya aku jumpa satu blog yang mendedikasikan lagu-lagu kanak-kanak ini untuk ibu dan bapa.. lepas nie kan suruh yayang nyanyi selalulah lagu nie ye.. :)

http://www.mywebsfree.com/dearhaniey/dodoi.html

Boleh guna untuk bahan pengajaran cikgu sekolah malaysia nie.. :)

Hujan rintik-rintik,
Tumbuh tahi lalat
Mak bagi 10 sen,
Adik pergi sekolah
3 + 3, adik jawab 6
Cikgu tanda "right"
Adik pun pulang

Kena lukis sambil nyanyi tau :)

Hujan dihari Sabtu

Cuti hari sabtu ini disambut dengan turunnya hujan rintik-rintik.. namun apabila melangkah memasuki malam hari.. rintikan hujan nampak ketara lebatnya.. hingga basah juga baju dan seluar yang dipakai.. (teringat lagu zaman anak-anak.. hujan rintik-rintik.. tumbuh tahi lalat.. ada yang masih ingat lagu nie? nyanyi lagu nie kena lukis sekali.. hehehe )

Sabtu.. selalunya masa untuk keluar dating berdua.. sebab hanya hujung minggu sahaja masa yang ada untuk bersama.. maklumlah hari lain masing-masing sibuk dengan tugas.. di universiti.. di tempat kerja.. apatah lagi pakwe.. memang sejak aku kenali dia hampir 20 tahun lepas (sejak zaman sekolah) memang begitu perangainya.. workholic.. alah bisa tegal biasa.. sudah masak sangat dengan perangainya.. membuatkan aku cukup memahami dan lali sangat..

Kami keluar agak lewat juga.. selepas solat zohor.. pelawaanku untuk makan tengahari di Lemon Tree disambut dengan anggukan beria pakwe.. sedang enak dibuai lena.. saat dikejutkan mengajak belanja makan.. bingkas bangkitnya dari tidur..

Selesai makan tengahari, aku ajak pakwe ke barrhead shopping centre.. sudah lama sebenarnya aku hendak ke sana.. sebenarnya tujuan utama adalah untuk ke IKEA.. dulu semasa kami tinggal di Edinburgh.. ke IKEA sering juga menjadi aktiviti kami.. hampir semua sudut shopping Komplek di Edinburgh kami pergi.. pantang sahaja disebut apa juga tempat bershopping mesti kami akan sampai.. rakan-rakan sering juga terkejut.. dahlah takde kereta.. tapi masih boleh sampai ke mana-mana.. hinggakan sifat itu masih kekal bersama kami hinggalah kami sampai ke Glasgow ini..

Menaiki bas nombor 55 di Renfield street akhirnya kami sampai juga.. tidaklah sebesar mana pun.. sama sahaja seperti shopping compleks lain yang pernah kami pergi di UK ini (besar lagi shopping kompleks kat malaysia.. klcc, 1-utama, mid-valley).. agak jauh juga untuk ke Ikea.. tapi pakwe malas nak berjalan jauh.. mungkin masa akan datang.. pasti akan sampai juga.. sedangkan IKEA di mutiara damansara pun sering aku pergi.. apa lagi IKEA kat sini kan.. lebih kurang je sebenarnya.. tapi untuk mengisi masa lapang dan melihatkan design perabot terkini..

Selesai.. akhirnya aku ajak pakwe ke UGC cinema.. bukan apa rancangan untuk menonton Movie "Incredible Hulk" pada hujung minggu lepas tidak tercapai.. lalu aku katakan.. jomlah pergi tengok.. dah lama sangat tak menonton wayang.. Not bad.. aku bagi " *****" untuk filem ini.. seronok dan menarik jalan ceritanya.. lebih banyak aksi berbanding dengan filem sebelumnya.. masih aku ingat lagi bagaimana aku gunakan storyboard filem ini sebagai bahan pengajaranku dalam kelas multimedia dulu.. malah aku juga ada rakaman "the making of " yang aku gunakan bagi menjelaskan konsep storyboard dan penggunaan elemen animasi 3D dalam filem sebegini.. itu belum lagi rentetan lanjutan penggunaan perisian yang digunakan bagi menghasilkan kesan khasnya..

Itulah susahnya jadi pensyarah multimedia ini.. dan bagusnya aku memang suka menonton filem aksi 3D begini.. bukan sekadar jalan cerita yang aku tatapi.. malah kesan khas dan cara kesan itu dihasilkan turut menjadi perkara yang aku teliti semasa menonton.. bukan apa.. sekurang-kurangnya kita uptodate dengan perkembangan terkini teknologi yang ada.. barulah seiring dengan perubahan semasa yang berlaku.. dan sejalan dengan citarasa pelajar/remaja..

Bercerita begini membuatkan aku jadi rindu mengajar semula.. sebab dari dulu mengajar seolah terapi ilmu dan peribadi buatku.. mengajar ini meransang minda untuk terus berfikir.. merangsang kata berbicara.. dan merangsang hati untuk menginsafi.. mengajar bukan bererti memberitahu dan mengarah.. tetapi berkongsi ilmu.. pendapat.. bertukar fikiran.. itu caraku.. baik pelajar lepasan matrikulasi.. atau guru besar.. penolong-penolong kanan sekolah malah pengetua sekolah juga pernah menjadi anak murid ku.. malah ada dikalangan mereka ada mencecah awal 50an.. seronok mengajar pelajar matang.. ilmu teknologi mungkin kurang pada mereka.. tapi kaya dengan pengalaman.. harapnya mereka masih sihat dan terusan menimba ilmu..

Apa juga.. ilmu perlu terus dicari.. usaha juga perlu diteruskan.. Insyallah

Saturday, 21 June 2008

Menjejaki memori zaman sekolah

Dalam menunggu masa untuk solat subuh.. aku terdetik untuk upload lagu-lagu memori zaman sekolah dahulu.. saat mendengar lagu-lagu zaman 80/90 an ini.. membuatkan aku teringatkan kenangan zaman sekolah yang penuh warna-warninya..

Mendengarkan lagu cinta abadi ini.. ada kisah disebaliknya.. Lagu ini sentiasa menjadi lagu kegemaranku.. Sekadar lagu luahan rasa zaman sekolah.. Semua itu ada kenangannya.. ada peristiwanya..

Seketika teringatkan rakan lama.. kenangan lama.. suasana itu.. detik itu..

Andai masa mampu diputarkan kembali.. Sayangnya masa tetap berlalu pergi.. tanpa menoleh lagi..

Namun.. Memori itu tetap kekal di sanubari..

Perisian P&P : Masih model tradisional

Sedang mencari bahan di Internet aku terjumpa dengan artikel ini.. terkenang sejenak rentetan sebuah artikel yang pernah diterbitkan di surat khabar tutor pada tahun 2004. Ketika itu kami 4 sahabat baik (kak ramlah, aku, mashi dan sikin) telah membentangkan tajuk ini di Persidangan antarabangsa UPSI-UPI

"Perisian P&P : Masih model tradisional"

Pernah juga menjadi kontroversi seketika.. rasanya aku masih simpan sisipan cetakan akhbar itu tetapi yang pasti di rumah di Malaysia.. namun sekurang-kurangnya.. capaian melalui internet masih ada..

Perisian P&P : Masih model tradisional
17/08/2004 12:05 p.m.

Oleh MARZITA ABDULLAH

Perisian pembelajaran yang dibangunkan untuk sekolah masih terikat dengan konsep model pengajaran dan pembelajaran (P&P) tradisional tanpa unsur-unsur kecerdikan.

Ini bertentangan dengan perkembangan pesat bidang kecerdasan buatan (AI) walaupun tidak digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan.

Menurut pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ramlah Mallok, keupayaan AI tidak boleh dinafikan malah ia mampu menjadi alat bantu mengajar yang lebih berkesan.

``Memasukkan unsur kecerdikan dalam pembangunan sesuatu perisian sebenarnya dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih mudah, cepat dan berkesan,'' katanya.

Ia juga menyediakan persekitaran yang lebih memberangsangkan iaitu sistem itu bertindak seperti seorang guru yang bukan sahaja mengajar malah memberi galakan, tunjuk ajar dan perhatian kepada pelajar.

Di samping itu, ia turut menambah keyakinan pelajar kerana mereka tahu tahap keintelektualan mereka yang sebenar semasa mempelajari pelajaran baru.

``Penggunaan perisian bestari juga membolehkan pelajar berdikari kerana ia secara tidak langsung memotivasikan pelajar sewaktu melayari kandungan perisian itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Penggunaan Bidang Kecerdasan Buatan Dalam Koswer Pembelajaran di Malaysia: Satu Tinjauan.

Kertas kerja bersama rakan setugasnya Mashitoh Hashim, Norasikin Fabil dan Haslina Hassan dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau berkata, sistem kecerdasan tutoran (ITS) merupakan aplikasi pertama yang diperkenalkan dalam dunia pendidikan yang mempunyai elemen AI.

Kelebihan ITS pula lebih menyerlah kerana ia mampu mengambil kira aspek pengetahuan pelajar, meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dan seharusnya mendapat sambutan dalam kalangan pembangun-pembangun perisian.

Ramlah berkata, walaupun telah lama diperkenalkan, penghasilan ITS adalah kurang menggalakkan .

Ini dapat dilihat melalui penghasilan penggunaan komputer berbantukan arahan (CAI) yang masih banyak di pasaran terutama sejak galakan dan perubahan corak pendidikan ke arah pembelajaran bestari.

``Isu ini harus diteliti dengan sedalam-dalamnya supaya proses P&P di negara ini dapat berjalan seiring dengan arus pemodenan masa kini,'' katanya.

Namun beliau menegaskan, kewujudan perisian bestari bukan bertujuan untuk menggantikan guru tetapi ia lebih sesuai digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar berteknologi moden untuk meningkatkan keberkesanan P&P.


Apa juga melihatkan artikel ini membuatkan aku jadi rindu dengan rakan-rakan lama.. dulu kami sering berbincang bersama untuk memperkaya ilmu pengetahuan dan sentiasa mencari bidang kajian baru dalam membantu sistem pendidikan di sekolah.. meneroka bidang dan ilmu baru. mengkaji ilmu dan teknologi terkini.. Insyallah.. apabila kita semua pulang dengan impian ijazah Phd.. penerokaan dan pencarian ilmu akan diteruskan lagi.. Insyallah..

Friday, 20 June 2008

Karpet baru?

Study masih go on seperti biasa.. sepanjang pagi agak sibuk membuat checklist untuk survey content material for SCORM.. hari ini suasana bilik agak lengang sedikit maklumlah dah hari jumaat kan.. apatah lagi Richard tidak ada selama 2 minggu conference di London .. maka aku dan Suthanya merdeka seketika.. almaklumlah takde lelaki dalam bilik kami.. boleh gelak-gelak dan bak kata Suthanya " I can sing karoake every day.. I will be very happy"

Yelah tu Suthanya nak berkaraoke.. bising pulak nanti member bilik sebelah..

Bekerja seperti biasa.. ketika sampai ke pintu masuk.. Aku terserempak dengan John.. lalu disambut dengan senyum meleret sambil berkata "Ahah.. you can't enter the training room, they still cleaning the carpet" sambil ku jawab dengan anggukan.. sebenarnya aku tahu sejak semalam yang bahagian kitchen training dan bilik training besar akan dibersihkan karpetnya.. so aku tidak terkejut dengan kata John sebentar tadi..

Kemudian aku diminta oleh John untuk ikut dia ke bilik training besar.. dia tunjukkan ke semua barang-barang yang aku perlukan untuk kerja-kerja harian ku.. ada sebahagiannya diletakkan di kitchen staf di penjuru bangunan dan ada sesetengahnya diletakkan di atas lantai berdepan dengan bilik training itu.

Apa lagi aku pun mulakan kerja seperti biasa walaupun barang-barang agak bertabur.. tapi aku susun semula ke semuanya.. ketika sedang asyik menukar plastik sampah di ruangan pejabat staf.. Janice secara tiba-tiba datang panggil aku.. rupanya dialah yang membersihkan karpet di bilik training dan kitchen.. dia minta aku tolong dia angkat meja rupanya, belum sempat aku angkat.. datang Robert membantu aku..

Hari ini tengok mood Janice ok pulak.. takde dah marah-marah lagi seperti dulu.. aku hanya berlagak seperti biasa.. bila kena mood ok dia.. oklah.. bila kena mood tak ok.. aku buat dek jelah..

Sekali lagi.. semua staf balik awal.. pukul 5.00 semua dah hilang.. tinggallah aku sorang-sorang.. tapi kerja tetap dibuat seperti biasa.. yang pasti karpet sungguh bersih sekali.. seolah-olah karpet baru.. kata John "I really please with the karpet.. it look brand new" Aku hanya senyum sahaja... Maksudnya... Janice memang buat kerja yang bagus.. aku pun bagi kredit kat dia..

Sebelum balik.. seperti biasa kerana aku orang terakhir.. aku kena set alarm.. so far so good.. back to normal.. :)

Dasar baru persaraan dan pencen

Terima kasih Yana sebab bagi aku link, bolehlah baca untuk makluman semua

Cebisan Ucapan Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Di Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008
10 Mei 2008
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


1. Antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri mengenai dasar baru persaraan dan pencen :

“... kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008...";


”Mengenai pencen terbitan, pada masa ini salah satu syarat pencen terbitan yang dibayar kepada ahli keluarga gemulah ialah kadarnya akan disusut 70% selepas 12 ½ tahun dari tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan anggota sektor awam. Berdasarkan kajian terperinci, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil semasa kematian gemulah, syarat ini agak membebankan dari segi kewangan. Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan ini mulai 1 Januari 2009. Ini bermakna pencen terbitan ini akan dibayar 100% kepada ahli keluarga gemulah.


”... kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara dan penerima pencen berkuatkuasa 1 Januari 2009. Sebelum ini, pencen pegawai perkhidmatan awam dihitung dengan mengambilkira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun. Dasar baru ini juga meliputi persaraan dan kematian dalam perkhidmatan sebelum tarikh kuatkuasa. Walau bagaimanapun kadar pencen yang dihitung semula akan dibayar mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan.”; dan


”Buat ibu atau bapa pegawai yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan mulai 1 Januari 2009.”

2. Sebelum ini kerajaan telah bersetuju memansuhkan syarat pemastautinan di Malaysia bagi pemberian pencen terbitan melebihi 12 ½ tahun dan penyelarasan pencen berkuatkuasa mulai Januari 2008

Untuk huraian lanjut sila ke link ini.. http://www.jpapencen.gov.my/dasar_baru.html

Wednesday, 18 June 2008

Alarm OK dah

Kerja lagi.. apa lagi nak ceritanya.. just nak update pasal alarm system semalam.. tadi petang sempat juga aku borak dengan James.. Ketika sampai pukul 2.55ptg tadi.. sambil mengisi nama dalam buku pelawat.. aku tanyakan berkenaan bilik training yang besar.. semalam aku lihat keseluruhan bilik itu dibuka.. seolah-olah ada training hari ini.. bukan apa mengenangkan aku terpaksa melintas bilik itu untuk ke bilik cleaner..

Dengan serius James berkata "Lina, there is something I want to tell you"

Aku lantas memandang James dengan seribu tanda tanya .. dalam hati "Pasal alarm ke nie.. hiss"

Rupanya kata James "There are no training today.. so it's a quite day.. nothing much for you to do today"

Buat suspen jelah James nie.. ingatkan pasal apa.. hehehe bagus juga.. taklah teruk sangat kerja hari ini..

Ketika tengah sibuk untuk membersihkan toilet.. James datang ke kitchen .. sempat juga dia tegur aku lagi.. katanya dia dah nak balik.. hari ini dia rasa letih sangat.. so dia decide nak balik awal.. seronok betul kerja camtukan.. agak-agak tak larat boleh je balik anytime.. kat mesia.. jangan harap ler.. katanya dia bangun sejak pukul 4.00pg tadi.. so sebab itu dia rasa agak letih..

Sambil itu sempat juga aku tanyakan pasal alarm semalam.. katanya memang ada problem bunyi bipping tu.. so tadi John dah panggil technician betulkan.. lalu aku pun ceritalah dengan James yang semalam aku cuba setkan alarm tu sampai 6 kali.. lalu James tanya juga pasal setting alarm hari Isnin.. kataku.. seingatku aku set alarm itu seperti biasa.. tapi John kata aku tak set.. entahlah kataku.. tak tahu mana yang betul atau yang salah.. tapi yang pasti aku dah set alarm tu.. James hanya mengangguk dan senyum dengar cerita aku.. memang dia selalu juga jadi tempat aku mengadu pasal kerja kat situ.. so far dialah yang paling rajin tegur aku setiap hari.. mesti tanya camna hari aku.. so banyak juga perkara yang sering kami bualkan.. kadang pasal keluarga.. kadang pasal hari minggu kami.. sekurang-kurangnya aku adalah juga teman berbual..

Sekali lagi hari ini aku kena set alarm.. apa taknya.. pukul 5.30 semua dah balik. Diorang nie semua dah pakat-pakat nak balik awal ke? Dah 3 hari berturut-turut aku kena set alarm.. akhirnya pukul 5.45 aku keluar dari bangunan tu.. awal 15 minit setelah lewat 15 minit semalam. Alhamdullilah kali ini aku dengar bunyi bip seperti kebiasaannya.. menandakan setting alarm berjaya diset.. so balik hari ini dengan senang hatinya.. :)

Kajian bahan ilmiah berdasarkan penjelajahan

Pagi ini terima email dari Ian berkenaan dengan seminar pendek semasa meeting i-lab. Satu Penerangan yang menarik tentang kajian yang sedang berjalan tentang literature based discovery (LBD)

Menarik kerana ada kaitan dengan research aku.. apatah lagi approach yang diambil dalam menjalankan kajian ini iaitu

  1. Test collection : collection of releated document but danger of overfitting the information
  2. Task centred : evaluate task success but argument either assessing people using the system or the system itself
  3. Expert based : asked expert to identify/confirm but limited to applicability and realism.

Issues and challenges

  • Relevance is subjective
  • Document are not assess independently
  • Searchers prior knowledge is important and willingness to engage to new idea
  • Interface are also important
Apa yang menarik minatku adalah bagaimana isu kriteria relevan dijelaskan atau digunakan. menurut Ian mereka menggunakan Barry & Schamber's relevance criteria list yang mengambil kira

  • Reason for relevance
  • Knowing why document are consider relevance
  • Tangibility
  • Interest
  • Depth/scope/specify
  • Accuracy/validity
  • Clarity
  • Currency
  • Accessibility
  • Affectiveness & quality of sources
  • Novelty

User Perspectives on Relevance Criteria : This study investigates the use of criteria to assess relevant, partially relevant, and not-relevant documents.

Semua ini merupakan isu-isu yang perlu juga aku ambil kira dalam kajian yang sedang aku jalankan.. mungkin juga boleh memberi sedikit idea kepada rakan-rakan yang lain

Tuesday, 17 June 2008

Set Alarm?

Hari ini kerja seperti biasa.. tetapi sejak seminggu dua ini aku dah mula rasa seolah bosan dengan rutin setiap hari.. entahlah kadang kala terasa bosan pula mengadap kerja yang sama berulang kali.. paling terasa hari ini.. ketika membersihkan ruangan yang ada.. timbul pula rasa bosan secara tiba-tiba..

Ketika melintas di ruangan pejabat bersama mop dan baldi merah.. aku dipanggil oleh John.. terkejut juga seolah ada sesuatu yang penting sahaja apatah lagi melihatkan riak mukanya yang begitu serius.

"I realise this morning that you didn't set the alarm system yesterday"

Terkedu seketika aku.. lalu aku katakan "I did set the alarm but there is no beeping sound like always, I tried twice.. and since I see the setting message displaying timed set, then I just walk away, thinking it's okay"

"No there is fault message appear and it seem that one of the fire exit is open"

"Really? I Don't realise it"

ada lagi perbualan kami.. aku malas nak tulis panjang-panjang, akhirnya..

"Well next time, do call me if anything happen with the alarm.. you have my phone number"

"ok.. sorry John, my mistake" kataku sambil terus memikirkan peristiwa semalam..

Dahlah aku sememangnya dah takde mood.. teguran tadi membuatkan aku lebih takde mood.. seingat aku semua pintu fire exit telah ditutup.. malah pintu yang dikatakan terbuka itu terletak berhampiran dengan bilik cleaner.. takkanlah aku tak nampak pintu itu terbuka.. bak kata John mungkin aku tak perasan.. lalu aku terus mengaku sahaja salahku.. sedangkan aku tidak rasa aku buat apa-apa kesalahan.. namun mungkin juga kan..

Hari ini semua staf balik awal.. sekali lagi aku terpaksa set sistem alarm lagi... malas sungguh rasanya.. dan teringatkan teguran tadi.. membuatkan aku rasa tension seketika.. ada pula seorang trainee masih berada dalam makmal komputer.. Sebelum Sharon balik tadi.. dia turut mengingatkan ku tentang trainee tersebut..

"Lina, I told the trainee the building will be lock up at 6, please don't lock her up okay"

"Okay, Sharon"

Akhirnya tepat pukul 6.00petang aku selesai kerjaku.. hari ini aku lewat keluar.. ketika setting alarm.. perkara yang sama berlaku lagi... tiada lagi bunyi bip seperti selalunya.. hinggakan aku terpaksa memeriksa ke semua pintu fire exit berulang kali.. rasanya hampir 6 kali aku cuba set alarm tersebut.. kali ke 5 aku tunggu hingga setting alarm itu selesai.. selalunya selepas memasukkan kod alarm.. aku akan ada masa lebih kurang 60 saat untuk bergerak keluar dari pintu utama.. selepas itu seluruh bangunan akan diset dengan alarm tersebut. Sepatutnya akan keluar tulisan system set pada paparan display.. aku tunggu hingga ke semua setting itu selesai.. yang aku pasti tidak ada sebarang paparan fault atau error dipaparkan.. menandakan aku telah berjaya set alarm seperti biasa..

Aku cuba telefon John, rupanya nombor yang ada seolah tidak lengkap.. mungkin semasa aku rekod nombor tersebut dari hp lamaku.. menyebabkan ada nombor yang tertinggal.. puas jugalah memikirkan camna nak call John nie.. aku pergi ke mejanya.. tetapi tidak ada sebarang kertas atau nota yang mempunyai nombor telefon John.. Akhirnya aku buat keputusan untuk melihat paparan display.. yang penting tidak ada error.. dan system di set dengan betul..

Akhirnya cubaan ke 6 aku tawakal.. setelah cubaan ke 5 menunjukkan paparan itu betul dan tidak ada error.. lantas aku keluar dari bangunan itu hampir ke pukul 6.15.. hampir 15 minit juga aku mundar mandir memeriksa semua pintu fire exit.. dan mencuba setting alarm itu tadi..

Apa juga aku masih risau.. ketika menutup pintu fire exit di tingkat bawah.. ku lihat tidak ada sebarang tanda alarm berbunyi dari luar bangunan.. menandakan setting itu mungkin berjaya atau mungkin juga tidak di set.. tawakal sahajalah.. jika esok kena marah lagi.. aku akan ceritakan sahaja hal sebenarnya.. aku dah cuba 6 kali.. tidak ada bunyi bip seperti selalu.. tetapi display alarm mengatakan system telah berjaya di set.. nak call nombor tak lengkap.. abis.. takkan aku nak tidur kat bangunan tu.. takkan tak nak balik pulak.. emm.. kita tengok sahajalah esok.. mungkin aku akan beritahu John yang alarm itu tidak mempunyai bunyi bip seperti selalu.. pening juga jadi orang terakhir keluar dari bangunan.. lepas nie aku nak balik awal.. malas dah nak set alarm nie.. nanti aku juga yang kena.. tension.. tension..

Monday, 16 June 2008

Doa buat bonda

Aku baru sahaja pulang dari rumah kak haizan.. Malam ini diadakan majlis bacaan tahlil dan yasin bagi mendoakan bonda shahbuddin (suami k haizan) yang kini khabarnya sedang sakit tenat di Malaysia. Insyallah esok Din balik ke Malaysia untuk melawat bondanya..

Insyallah.. doa kami sentiasa bersama.. semoga bonda berada dalam lindunganNya.. Namun apa jua ketentuan Allah.. kita hanya mampu berdoa.. semoga Allah lanjutkan usianya.. berikan kekuatan kesihatan padanya.. Insyallah..

Menyelami perasaan apabila mendengar khabar berita begini.. aku sendiri juga turut merasakan kesedihannya.. bahkan dulu ketika mak jatuh di bilik air.. aku sendiri juga sudah tidak senang hati.. lantas aku kuatkan juga hasrat untuk balik.. apatah lagi bila mendengar perkhabaran bonda sahabat rapat yang kini terlantar sakit di hospital.. hanya mereka yang mengalaminya.. mengetahuinya.. berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya..

Insyallah kak Haizan.. Din.. moga Allah berikannya kekuatan .. moga juga disembuhkan penyakitnya.. namun apa juga ketentuan Allah.. kita terima dengan hati terbuka Insyallah...

Friday, 13 June 2008

Secebis kerinduan

Secara tiba-tiba aku rasa rindu..
pada siapa..
dan mengapa..
kenapa tiba-tiba..
kenapa pula menerpa

Namun hati seolah berkata..
yang kurindu adalah yang dulu..
yang kini sudah lain
atau mungkin juga
bukan yang pernah aku ketahui
berubah pergi meredah ilusi

Rindu bertamu lagi
ku kira ia tidak akan datang lagi
entah mengapa hadir disanubari
memaksa fikiran dan hati
mengingati dan memahami

Biarlah..
selagi ada rasa rindu ini
hanya dapat ku ingati
adalah semua memori
yang pernah dilakari hari demi hari
lewat masa dan waktu
saat bersama dulu
tika itu..

Batuk tak baik-baik

Sudah hampir seminggu juga aku asyik batuk-batuk.. sedikit sebanyak suara juga dah mula serak.. dulu semasa musim sejuk aku terkena juga sakit yang sama.. hampir 2 minggu juga baru baik batuknya.. sudah beberapa hari ini tekak juga sering berdarah terutama bila bangun pagi.. memang panik juga bila tengok darah yang keluar berketul-ketul.. mungkin panas dalam badan dan mungkin juga tekak aku ada masalah..

Namun apa pun hidup kena teruskan juga.. minum air asam jawa masih diteruskan.. minum air sejuk pun masih gak hehehe.. tapi yang pasti aku kena lebihkan minum air kosong.. mungkin juga sebab cuaca yang panas.. sejuk.. membuatkan badan aku seolah tak berapa sihat sangat.. lesu lesa..

Cuma kebelakangan ini badan sering sahaja letih-letih.. balik kerja betul-betul tak larat.. rasa nak tidur je terus sampai esok pagi.. tapi sebab fikir nak kena masak.. nak kemas umah.. paksa diri ler juga.. kesian pulak pakwe karang nak makan apa...

Oklah.. nak sambung study.. batuk masih ada.. tak tahulah bila nak berhentinya..

Thursday, 12 June 2008

Memo dari UPSI : Persaraan wajib ke 58 tahun

A package arrived for you earlier. I have left it in the researchers A-L pigeon hole

Kirsty Gibson
Secretary
Computer and Information Sciences
University of Strathclyde,
26 Richmond Street, Glasgow G1 1XH, Scotland.

Aku terima email ini sebentar tadi.. pelik juga siapa pula yang hantar pakej nie.. Lalu aku pun turun ke tingkat 10 ke pejabat department dan terus menuju ke pigeon hole.



Ternampak aku 1 pakej, aihh surat apa pula nie.. tengok seperti dari malaysia sahaja.. Bila ku buka..rupanya surat tawaran opsyen pelanjutan persaraan wajib kepada 58 tahun yang akan mula berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008.

Rupanya aku perlu hantar semula borang opsyen sama ada kekal bersara wajib di umur 56 tahun atau memilih 58 tahun. Borang juga perlu dihantar sebelum 20 Jun 2008. Esok sahajalah aku poskan semula borang ini.




Cepat juga pendaftar hantar memo nie.. ingat takde dah dapat memo-memo seperti ini.. rupanya ada juga hehehe.. tak mengapalah..




Selagi ilmu dan pengetahuan itu masih boleh disampaikan aku pilih sahaja persaraan pada umur 58tahun. Lagipun aku memang pilih skim pencen semenjak disahkan jawatan dulu.

Jejak perjalanan ke CIS 2

Hari ini aku masih dalam mood menceritakan jejak perjalananku setiap hari ke universiti. Kali ini aku tunjukkan perjalananku bermula dari turun bas di dataran George Square, melalui George Street, shortcut di bangunan royal college, mendaki separuh bukit, melewati semula Richmond Street dan akhirnya ke Livingstone Tower.




Bus stop dimana aku turun bas setiap hari..



Melintas jalan ke Dataran George Square




Merentasi Dataran George Square




Dataran George Square



Jalan lagi.. dataran nie luas juga..



Setiap kali melalui dataran ini pasti ada sahaja gelagat manusianya



Menuju ke George Street



Berhenti di traffic light



Menunggu green man (lampu hijau)



Pandang kiri..



Lampu dah hijau.. jalan ler..

Setiap kali melalui jalan ini.. pasti kedua-dua papan iklan ini menjadi perhatianku setiap hari.. papan iklan sebelah kanan ini akan sentiasa bertukar iklannya.. bukan banyak pun 2 iklan je.. yang kiri kekal begitu..



Yang best papan iklan kereta nie.. CLC coupe Mercedes-Benz. Walaupun tak mampu nak beli.. tengok iklan jelah.. :)



2 gerbang pintu .. aku biasanya akan melalui jalan ini untuk balik.. semalam seorang kawanku nyaris dikejar budak-budak jahat di sini.. Nyaris-nyaris juga.. pelik juga.. sebab kawasan ini adalah merupakan bangunan city council.. dan di seberang jalannya adalah deretan kedai-kedai makan dan pakaian italy



Papan tanda jalan George Street



Pandang kanan jalan



Pandang kiri jalan



Melintas jalan .. tengah takde kereta lalu nie



Menyusuri sebelah kiri jalan George Street


Melewati bus stop di hadapan royal college.. di sinilah selalunya aku akan tunggu bas universiti untuk ke campus Jordanhill (terutama bila aku ada kelas computer dengan pelajar undergraduate)



Simpang 4 di kirinya terletak hotel Premier Inn


Royal College.. aku akan ambil jalan pintas di bangunan ini untuk mengelakkan mendaki bukit dari awal jalan George street..



Mendaki anak-anak tangga.. menuju ke sebelah kanan bangunan..




Melalui department electronic & electrical engineering



Menuju ke pintu keluar sebelah kanan bangunan



Keluar pintu dan memulakan pendakian separuh dari bukit..



Mendaki bukit.. cayok-cayok..

National Car Parking. Kebiasaan staf, pelajar atau public akan parking di sini atau di deretan parking di sepanjang lereng bukit ini (mahal bayaran parking, kalau nak ambik session parking beratus pound jugalah.. baik naik bas.. jimat)



Toleh kanan



Toleh Kiri..



Bolehlah melintas..



Menghala ke Richmond Street



Bangunan McCance



Menuju ke Livingstone Tower melewati bangunan Collins Gallery



Bangunan Collins Gallery.. selalu tengok ikut tingkap jelah pameran dalam nie



Jalan lagi sikit dah nak sampai dah.. dekat dah..



Pintu masuk ke Livingstone Tower




Sampai ke tingkat 11.. baru keluar dari lif nie





Masukkan kod pintu..





Pintu kedua dari pintu masuk tadilah bilik aku..



Inilah suasana pagi di bilik kami berempat.. Wah Suthanya dah sampai dulu.. Selalunya Mas dah sampai takde pulak dia ari nie :)




Meja aku.. bersih dan kemas kan.. kan.. heheheh




Bilik dan susunan meja..






Itulah ceritanya bagaimana aku ke department setiap hari.. Laluan yang aku tunjukkan adalah merupakan laluan yang aku susuri saban hari.. selalu juga ku ikut bangunan Royal College.. walaupun sebenarnya boleh sahaja jalan terus dan mula mendaki bukit dari simpang empat ..

Kebiasaannya aku akan elak ikut jalan tersebut bukan apa.. selalunya ramai orang menunggu di tepi traffic light sebelum melintas jalan.. dan aku pula malas bersesak-sesak dengan orang ramai.. Bila ikut bangunan ini terasa tenang dan sunyi sikit.. terutama bila musim hujan dan sejuk.. dapatlah mengelakkan hujan dan angin sejuk buat sementara waktu..

Selepas ini sesiapa yang ingin ke Livingstone Tower.. bolehlah ikut panduan jalan ini hehehe Insyallah tak sesatnya.. sebab peta bergambar.. Lagipun senang nak bagi rakan-rakan bayangkan bagaimana aku pergi ke department hari-harikan.. selalu aku duk cerita yang aku daki bukit.. bentuk bukitnya pun tak tahu macamana.. :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin