Friday 11 April 2008

Niatku kerana Allah s.w.t

Apakah niat kita sebenarnya dalam mengharungi perjalanan pengajian PhD ini? Adakah kerana ingin membuktikan pada orang lain? Adakah kerana untuk mendapat gelaran Dr? Adakah kerana kenaikan jawatan dan pangkat apabila memperolehi gelaran itu? Adakah kerana hendak menunjukkan yang kita mampu mencapai dan menghabiskan pengajian ini dalam masa 3 tahun seperti yang dikehendaki.. atau lebih awal kerana ia menunjukkan kita hebat? Adakah kerana dipaksa oleh universiti untuk sambung belajar? Adakah kerana inginkan peluang ke luar negara (terutama ke UK) dan berjalan-jalan ke europe? Adakah kerana dapat bekerja dengan bangsa asing andai kata pengajian berjaya ditamatkan dan mendapat kerjaya yang lebih hebat berbanding dengan kerja di malaysia? Adakah kerana kontrak yang telah kita sign andai pengajian tidak ditamatkan kita terpaksa bayar beratus ribu? Adakah kerana kebanyakan orang lain juga buat PhD maka kita juga mahu peluang yang sama? Adakah kerana dicabar oleh orang lain kerana ingin membuktikan sesuatu? Adakah kerana kita mahu mendapat duit ganjaran yang hampir sebanyak RM6000 jika pengajian berjaya ditamatkan dalam tempoh masa yang diharapkan? Adakah kerana takut dengan beban bayaran balik andai pengajian tidak diselesaikan? Adakah kerana takut kita akan hilang kerjaya atau duit gaji andai tempoh masa pengajian berlanjutan sehingga melebihi 4 tahun? Adakah?? Adakah??...... Adakah juga kerana Allah s.w.t? Adakah kerana ia merupakan tanggungjawab kita pada negara dan kerajaan yang membayar duit pengajian kita? Adakah?? Adakah?? dan adakah niat yang lain??

Mungkin dalam kebanyakan niat di atas.. mungkin adalah salah satunya merupakan niat kita atau setidak-tidaknya lintasan niat jauh dalam sudut hati kita.. Aku sendiri tidak menafikan ada diantara niat-niat di atas adalah merupakan niat asalku semasa aku memulakan langkah mengharungi pengajian peringkat PhD ini.. pelbagai persoalan yang timbul hingga membuatkan kebanyakan niat-niat diatas hadir dalam diri tapi kadang kala aku juga terlupa.. apakah sebenarnya niat asalku yang paling utama..

Hari ini aku dicabar oleh seorang rakan.. untuk membuktikan dalam masa 2 tahun ini.. aku akan berjaya pulang dengan menamatkan pengajian PhD.. dia minta aku buktikan dan tunjukkan padanya bahawa aku mampu buat.. Namun.. membaca kata-kata itu membuatkan aku terfikir kembali.. kenapa perlu aku buktikan pada manusia atau dia bahawa aku akan berjaya menamatkan pengajian ini. Andai aku dapat buktikan pun untuk apa? Tujuan apa? Apa yang aku dapat nanti? Kemegahan? Kesombongan? Keangkuhan? Kebanggaan? Penghormatan? Kekayaan? Ketinggian Status? Khidmat Cemerlang? Pujian? Andai aku tidak dapat buktikan apa pula yang akan aku dapat? Kejian? Umpatan? Cemuhan? Ejekan? Penghinaan? Di pandang rendah? Jatuh Maruah? Apa sebenarnya yang aku akan dapat? Apa? Adakah semua itu?

Aku juga ditanya.. yakin ke akan mendapat Phd dalam masa 2 tahun ini.. Bilaku jawab Ya dengan yakinnya.. aku malah diperli lagi? Yakin ke? Buktikan lah? Betul ke akan dapat? Tak takut ke dengan hutang pengajian yang kena bayar andai tidak habis? Banyak sangat ke duit sampai boleh kata tak kisah? Mentang-mentang ada gaji dan pangkat maka tak heranlah kan pasal hutang tu.. emmm menggeleng kepala sahaja yang dapat aku lakukan.. hilang sudah kata-kata bagi melanjutkan perbalahan itu.. malas sebenarnya untuk berbalah.. nanti lebih menyakitkan hati..

Namun hakikatnya.. telah ku susun kembali niatku.. dari semua niat-niat di atas yang aku nyatakan tadi.. maka aku akhirnya kembali pada niat yang satu.. aku lakukan dan menjalani pengajian PhD ini adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Aku lakukan pengajian ini kerana ia adalah tanggungjawabku kepada bangsa dan negara serta kerajaan yang membayar semua duit pengajian ku. Aku lakukan kerana keikhlasan untuk membangunkan dan memperkayakan diri demi ilmu pengetahuan dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Aku lakukan kerana tidak ada sesiapa yang paksa atau minta tetapi kerana aku sendiri yang memilih keputusan ini dan berdiri teguh dengan pendirian dan niatku yang satu itu iaitu kerana Allah s.w.t.

Bukanlah aku angkuh dengan apa yang aku niatkan.. tidak sama sekali.. dan tidak juga terlintas difikiran ini.. hanya menjelaskan apa yang terbuku dihatiku.. dan memperbetulkan niat asalku.. supaya nanti.. perjalanan pengajian ini.. diredhai dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Dalam menjalani kehidupan dan meneruskan perjuangan.. kekuatan niat itulah yang bakal menjadi pembakar semangatku kala aku rasa tertekan atau alpa.. mungkin anda yang lain punya niat yang berbeza dan punya juga hasrat yang berlainan.. apa juga.. tidak salahkan andai kita perbetulkan niat yang satu itu.. dan barulah kita susuli dengan niat-niat yang lain..

Teringat setiap kali jika aku ke rumah Kak Chik .. setiap kali untuk keluar dari rumahnya.. di belakang pintu utamanya tertulis perkataan " Sahaja aku buat PhD kerana Allah s.w.t" Dulu bila tiap kali aku baca kata-kata itu.. ia hanya dibaca dengan sepintas lalu tanpa rasa.. Kini.. apabila ku perbetulkan niatku.. mindaku secara tiba-tiba teringatkan bait kata-kata itu. Benarlah tidak ada niat yang lebih murni dan ikhlas dari niat yang satu itu.. kerana Allah s.w.t

Buat sahabatku... niatlah kerana mencari kekayaan dan kemewahan kerana Allah s.w.t. Semoga nanti insyallah.. dipermudahkan dan dimakbulkan hasrat.. dan dikeluarkan daripada kesusahan yang ada.. amin...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin