Malam ini kami balik awal ke hotel. Kepenatan yg amat sgt.
Banyak juga kami beli cenderamata dari kedai-kedai di jalan bayswater ini. Puas jugalah membelek brg dan macam2 lg. Selesai seminar tadi kami singgah makan di cafe makan di portobello road. Terubat juga rindu makan nasi campur lauk kari ikan dan sayur bayam. Suthanya pun ambil lauk yg hmpir sama tapi sayur tahu goreng. Esok mungkin kami ke sana lg.
Oklah esok sambung lg. Nak tidur
Wednesday, 30 April 2008
Malam terakhir di Royal Bayswater hotel
Nukilan Rasa: iina at 23:42 0 sedang senyum-senyum
Seminar hari 2
Sudah hampir ke pukul 2 ptg. Baru sahaja selesai sesi seminar yg ke4. Masih ada lg 2 sesi seterusnya. Kali ini aku bersendirian tanpa Suthanya bukan apa tajuk yg kami minati tidak sama lgpun seronok juga bersendirian seketika. Penat juga melayan kerenah dia asyik tidur je dlm sesi seminar puas mengejutkan dia. Akhirnya aku larikan diri kejap :)
2 hari ini penuh dgn aktiviti penat sudah tentunya. Apatah lg waktu entri ini ditaip di kiri kananku penuh dgn manusia mat saleh. Lelaki disebelahku asyik menjeling apa yg aku taipkan malangnya mesti tak tahu apa yg aku taipkan.
Oklah sesi nak mula. Petang nanti aku sambung semula
Nukilan Rasa: iina at 13:54 0 sedang senyum-senyum
Sampai ke London
Semalam aku tiba di London hampir ke pukul 7.00pagi. Keletihan dan kepenatan sungguh semalaman berada di dalam bas. Akhirnya setelah tiba ke Victoria bus station kami pun mengambil tube menuju ke Bayswater tube station. Tiba di Bayswater station kami pun menuju ke Royal Bayswater Hotel untuk meletakkan beg dan check in. Disebabkan kerana check-in hanya dibenarkan pada pukul 11.00pagi maka kami pun hanya meletakkan beg, bersihkan diri seringkasnya dan ke kitchen hotel untuk sarapan pagi makanan yang kami bawa dari rumah. Selepas selesai sarapan kami pun terus ke tempat seminar di Earl Court 2 Exhibition Hall yang terletak berhampiran dengan Earl Court tube station.
Ramai sungguh yang datang ke exhibition dan seminar berkenaan tetapi malangnya ruangan untuk bilik seminar agak kecil menyebabkan ada sesi seminar yang tidak dapat kami hadiri kerana tempat duduk yang terhad. Ada yang sekadar kami jenguk dari luar bilik tetapi.. kerana ramai orang maka kami pun lebih selesa berjalan-jalan di sekitar tempat pameran. Di tengaharinya kami pun mengambil keputusan untuk check in ke bilik. Disebabkan bayswater hotel itu hanya 4 stop sahaja dari Earl Court Tube Station maka kami pun balik ke hotel untuk makan tengahari baki sarapan pagi kami. Memandangkan bilik 4 katil yang kami telah tempah akan dikongsi oleh 2 orang lelaki maka kami pun meminta untuk tukar ke bilik lain yang kebanyakan ahlinya adalah perempuan. Selesai makan kami pun bertolak semula ke tempat seminar tetapi seperti pagi tadi kebanyakan sesi seminar juga penuh. Bosan sungguh dengan situasi berkenaan kami pun mula mencari bilik seminar lain yang kosong. Adalah 2 sesi seminar yang kosong dapat kami hadiri dan siap tertidur di sesi terakhir kerana kami sudah kepenatan sejak dari pagi.
Selesai kami pun mula menuju ke tempat pameran dan mengutip brochure di kebanyakan tempat pameran hingga aku pulak yang excited tanya soalan lebih-lebih. Dah lama sungguh tidak ke pameran begini selalunya dulu ketika di Malaysia pameran begini seringnya aku dan rakan-rakan bukan sekdar lawati tetapi juga kadang kala melibatkan diri. Seronok juga melihatkan pelbagai produk dan software terkini dan menanyakan soalan-soalan maut..
Selesai seminar maka kami pun ambil peluang ke Harrod dan ambil gambar disana dan membeli sedikit barangan. Balik makan di kedai kebab di bayswater area dan keluar semula untuk mengambil gambar di big ben dan london eye pada waktu malam. Balik sudah hampir ke pukul 11.00 malam dan keletihan.
entri ini aku tulis di cafe internet hotel tempat kami tinggal. Oklah perut pun dah lapar dan kami pun nak makan sarapan pagi.. nanti akan aku sambung semula cerita kami lewat petang nanti.. take care
Nukilan Rasa: iina at 07:16 0 sedang senyum-senyum
Tuesday, 29 April 2008
Dalam perjalanan ke London
Suthanya dah lama lelap. Aku? Masih sukar nak lelapkan mata. Mungkin kerana telah tidur agak lama petang tadi menyebabkan mata begitu sukar utk lena. Apatah lagi dgn pergerakan bas yg agak perlahan kerana laluan dipenuhi dgn tanda-tanda construction.
Lewat malam begini bersama dgn alunan muzik dari anuar zain buat aku teringat perjalanan lewat malam ketika aku ke inverness thn lepas. Bezanya aku yg memandu waktu itu tapi suasana malam harinya tidak jauh berubah.
Suthanya sudah berulangkali berubah kedudukan badan kejap menelungkup tepi tmpt duduk kejap mengiring tepi aku kejap duduk tegak.. Aihh byk posisi lak. Awal lagi aku dah diberitahu oleh Mas tentang perangai Suthanya. "Nanti tengoklah perangai dia tu, sebijik cam makcik2. Siap bwk bekal mknan 1 beg pastu beg lain lg. Pastu suka hati je nk tukar kasut ler apa ler. Tgk jelah nanti." Memang dh nmpk perangai dia macam tu. Tadi pun dia siap bawa 1 beg penuh dgn makanan. Isinya mee segera 4 pek, limau, epal, roti, telur rebus, jus oren dan ntah apa lagi.
Itulah kawan aku sorang nie. Sebijik perangai makcik2 bak kata Mas. Insyallah so far aku faham sgt dah perangai dia. Oklah ada pulak minah saleh sbelah kerusi aku nie bebel2 nie mesti ada kes gadoh nie. Sebabkan aku duk dgr lagu tak dptlah tangkap sgt. Time to sleep... Bobom time
Nukilan Rasa: iina at 00:19 0 sedang senyum-senyum
Monday, 28 April 2008
Tunggu bas ke london.
Saat ini aku sedang tunggu bas ke london di stance 56. Belum nampak bayang basnya tetapi ramai sudah beratur di depanku. Entri aku taip dari hp nokia N95 8GB. Saje nak test.
Oklah bas pun dah smpi.
Nukilan Rasa: iina at 22:12 0 sedang senyum-senyum
Hujan Lebat
Pagi ini badan terasa ok sedikit namun sakit kepala masih terasa lagi.. selesai sahaja sarapan pagi.. aku pun baring sekejap.. sementara tunggu pakwe balik dari kerja pukul 9.20pg.. bukan apa sahaja nak jumpa dia sebelum aku bertolak ke London malam ini.. aku akan bertolak awal dalam pukul 9.00 malam.. dan sememangnya tak sempat nak jumpa dia sebab dia balik rumah pun dalam pukul 9.30.
Keluar rumah aku ke super drug.. cari ubat penahan sakit dan sakit kepala.. tidak lama selepas membayar harga ubat tersebut dan menaiki bas 66.. hujan turun dengan selebat-lebatnya.... ingatkan sementara waktu sahaja.. rupanya setiba di dataran George Square.. Hujan bertambah lebat.. mulanya aku berteduh sementara waktu.. ku kira hujan sudah sedikit reda.. namun aku silap perhitungan.. hujan turun dengan lebih lebat.. separuh tudung di kepala dan kolar jaket sudah mula lencun dan basah kuyup.. itu belum lagi dengan kaki seluar dan kasut yang turut basah sama.. akhirnya aku berteduh kembali di kaki lima yang mempunyai sebuah pintu yang terbuka.. aku keluarkan tisu.. lap tudung yang basah.. lap kolar jaket.. nasib tisu itu jenis yang tahan koyak.. siap boleh diperah lagi tisu itu berulang kali.. dahsyat betul hujan hari ini.. selebat-lebatnya..
Sementara menunggu hujn reda.. turunlah ketulan ais yang kecil dengan banyaknya.. nasib juga tidak aku rempuh hujan tadi.. jika tidak pasti muka dan tangan akan terkesan dengan rasa sakitnya.. menggelang kepala jugalah melihatkan hujan yang begitu lebat.. tidak pernah begini.. benar-benar lebat... seolah lebatnya hujan di Malaysia.. mengenangkan badan pun belum sepenuhnya baik dari demam.. aku agak risau juga.. dahlah kepala pun masih berdenyut-denyut.. kena hujan lagi.. emm kuatkan semangat jelah.. saat reda sedikit hujan.. maka aku pun lajukan langkah ke department.. rasa macam tak larat sahaja melangkah.. betul-betul tak larat.. tapi takkan pulak nak baring tengah jalan yang penuh dengan air.. kuatkan juga semangat walaupun kepala dah mula berdenyut-denyut.. ikutkan hati tadi lebih baik berehat di rumah sahaja.. tetapi mengenangkan janji aku pada K Haizan dan Suthanya.. untuk belanja mereka.. kuatkan jugalah semangat ke uni..
Setibanya di department hujan terus berhenti.. aihh tadi bukan main lebat lagi.. tapi itulah kuasa tuhan kan.. apa pun boleh terjadi.. selesai menelan 2 biji pain killer.. dan sebaik membuka email.. terlihat peringatan dari Ian koordinator research student .. mengingatkan kami untuk menanda tangani dokumen pendaftaran yang mengandungi maklumat 1st dan 2nd supervisor serta academic counsellor. Nasib baik juga ke department hari ini.. jika tidak terlepas pandang pula dokumen yang urgent itu..
Alhamdullilah kepala sedikit lega.. maybe kesan ubat tadi kot.. harapnya berterusan baik.. dah lah malam ini aku akan ke London dengan menaiki bas pukul 10.30 malam.. jika badan tak ok.. macamana nak tahan perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam itu.. harap badan aku dapat bertahan dan perlu juga bawa bekalan ubatan just incase..
Oklah... nak menjenguk dokumen yang perlu disediakan.. dan dibaca..
Nukilan Rasa: iina at 11:20 0 sedang senyum-senyum
Sunday, 27 April 2008
Tak sedap badan
Selesai menunaikan solat subuh.. pada pukul 5.00pg.. aku pun kejutkan pakwe.. time dia nak kena bangun pergi kerja.. semalam aku tidur awal.. selepas je solat maghrib dalam pukul 9,30 aku dah masuk tidur.. terus miss solat isyak yang masuk waktunya pada pukul 11.17 malam.. tak larat nak tahan mata.. panas terasa dalam badan.. dan muka juga penuh dengan tampalan koyok..
Pagi ini bangun agak lewat sahaja dilewatkan bangun.. malangnya. lagi rasa nak tidur lagi mata tak nak lelap.. semenjak masuknya musim bunga dan terbitnya matahari seawalnya.. aku sudah tidak lena tidur.. cahaya pagi yang terang benderang membatalkan niatku untuk terus tidur.. apatah lagi setting untuk heater pun dah berbunyi.. menandakan rumah sudah agak panas.. lalu bangun jugalah mandi.. dan bersarapan pagi..
Sebenarnya badan masih tak larat.. kepala masih berdenyut2.. aku hanya telan vitamin c 1000mg sahaja.. malas nak makan ubat.. memang perangai aku sejak dulu.. tak suka bergantung sangat dengan ubat-ubatan.. sedikit lega.. apatah lagi semalam selepas balik dari airport aku hanya makan lamb burger sahaja.. nasi hanya ditelan sewaktu makan pagi sahaja. itupun nasi lemak.. mungkin sebab itu kot kepala pening semacam sebab tak makan tengahari..
Hari ini turn aku kena masak untuk keluarga awie dan aslina.. aslina baru sahaja melahirkan anak ke4.. kebiasaannya jika keluarga tersebut tidak mempunyai sesiapa yang menemani si ibu.. atau helper.. komuniti di sini akan menyediakan jadual bagi menyediakan makanan bagi keluarga tadi.. so hari ini adalah hari terakhir giliran memasak.. dan merupakan turn aku.. masakan untuk orang dalam pantang?? emm aku main masak jelah apa yang ada.. lagipun kebiasaannya si ibu semasa berpantang nie tak makan banyak sangat tetapi kerana mereka mempunyai 4 orang anak yang kecil-kecil.. so lauk aku masak lebih untuk mereka.. dalam pada itu badan pun terasa tidak sedap sangat.. tapi aku gagahkan juga.. amal kebajikan dan sedekah kan.. mana tahu nanti.. insyallah peluang aku pulak :)
oklah.. nak merehatkan diri.. denyutan di kepala masih ada lagi.. harap janganlah berlarutan.. esok nak ke London.. dan temu janji makan di Lemon Tree.. aku dah janji dengan Suthanya..
Nukilan Rasa: iina at 11:00 2 sedang senyum-senyum
Saturday, 26 April 2008
All I have to Do is Dream
Suatu malam di tahun 1988, di perkarangan asrama puteri di sebuah Sekolah Menengah di Klang. Sempena suatu majlis yang aku lupa temanya, kami semua penghuni asrama berkenaan telah mengadakan satu majlis hiburan dimana setiap dorm diminta untuk membuat persembahan. Aku sendiri lupa persembahan apa yang kami buat.. rasanya sebuah cereka pendek cerita mengenai seorang gadis yang dibuli (cam cerita cinderella).. persembahan malam itu ditamatkan dengan persembahan yang dibuat oleh penyelia asrama kami.. aku pun lupa nama beliau.. bersama dengan seorang guru lagi.. mereka berdua menyanyi berduet.. seorang memetik gitar dan seorang lagi menyanyikan lagu ini.. saat mendengar lagu itu buat kali pertama.. aku tertarik dengan bait liriknya.. walaupun peristiwa itu sudah 20 tahun berlalu.. namun detik dan kenangan itu.. masih segar dalam ingatan.. lagu ini.. akhirnya menjadi lagu keramat untuk ku.. setiap kali aku teringatkan suatu kenangan.. atau merindui seseorang.. lagu inilah yang sering aku lagukan tidak kira dimana dan bila.. sebuah lagu lama tetapi.. punya makna yang sungguh mendalam
EVERLY BROTHERS - ALL I HAVE TO DO IS DREAM (1958)
Dream...
Dream dream dream,
Dream...
Dream dream dream
When I want you in my arms,
when I want you and all your charms
Whenever I want you,
All I have to do,
is Dream,
Dream dream dream
When I feel blue in the night,
And I need you to hold me tight
Whenever I want you,
All I have to do,
is Dream..
I can make you mine,
Taste your lips of wine,
Any time, night or day
Only trouble is, gee wiz,
I'm dreamin' my life away
I need you so that I could die,
I love you so,
And that is why
Whenever I want you,
All I have to do,
is Dream...
Dream dream dream,
Dream....
I can make you mine, taste your lips of wine,
Any time, night or day
Only trouble is, gee wiz,
I'm dreamin' my life away
I need you so that I could die,
I love you so
And that is why
Whenever I want you,
All I have to do,
is Dream...
Dream dream dream...
Sebuah lagu lama kenangan lama.. namun penuh nostalgia dan sentiasa segar dalam memori
Nukilan Rasa: iina at 06:00 0 sedang senyum-senyum
Friday, 25 April 2008
Bermulanya Cuti 3 minggu
Selesai sahaja review aku pun terus ke bilik untuk bersiap-siap keluar ke tempat kerja.. melihatkan Suthanya masih ada.. dia terus menerpa kearahku bertanyakan tentang review.. aku jawab ok.. sambil diperli oleh Suthanya.. "Haslina.. so all your butterflies already fly away.." sambil disambut dengan ketawanya.. Sebenarnya sebelum aku melangkah ke bilik review tadi aku beritahu Suthanya.. " I feel a lot of butterflies in my stomach flying around.." siap dengan aksi lagi hehehe.. Dalam pada itu aku pun bagi Suthanya coklat yang aku dapat dari bilik review tadi.. George siap beli kek ngan coklat untuk sesi review tadi.. aku ambik jelah.. nak makan takde mood.. sampai Suthanya kata.. "Why you don't eat? You eat lot of butterflies yeah" dengan memek muka dan gerak tangan di perut.. memang buat lawak je Suthanya nie.. disebabkan nak cepat ke tempat kerja.. dan jam pun menunjukkan ke pukul 3.15 aku pun mula berkemas untuk keluar.. Sebelum keluar dari bilik.. aku beritahu Suthanya "I'll let you know about my review in detail on Monday okay" sambil disambut oleh Suthanya dengan senyuman manisnya dan anggukkan kepala.. tidak lupa juga aku pesan padanya.. "Take lot of photos when you visit the Harry Potter Castle tomorrow" Esok Suthanya ada lawatan ke Durham melawat castle Harry Potter. So Isnin nanti aku akan tumpang tengok gambar jelah..
Aku tiba di tempat kerja tepat pukul 3.30petang.. seperti biasalah sibuk tetapi kelihatan beberapa orang staf sahaja.. dalam pada itu juga aku maklumkan kepada Stevie.. yang aku akan bercuti panjang selama 3 minggu.. terkejut juga dia dengar aku cuti lama.. aku katakan yang aku akan pulang ke Malaysia melawat kedua ibu bapaku.. setelah setahun setengah tidak berjumpa dengan mereka.. terus ditanya oleh Stevie "Are you looking forward going home?" lalu ku jawab dengan anggukkan kepala dan senyuman gembira "Yes indeed" kataku
Petang tadi tepat pukul 4.40petang semua staff di bahagian scottish prosecution college.. dah balik... tinggallah aku seorang diri buat kerja.. pelik dan ajaib.. selalu tidak pernah pulak semua staf balik serentak dan balik awal sebelum pukul 5.00petang. Hari ini semuanya dah balik awal.. niat untuk memberitahu yang aku akan bercuti panjang juga tidak dapat diberitahu pada mereka yang agak rapat kecuali pada John, James dan Stevie.. malah semasa hendak meninggalkan bangunan legal house ku beritahu George.. pakcik security guard yang aku akan kata hi dan selamat tinggal setiap hari.. lalu aku maklumkan yang aku akan bercuti panjang.. nak balik malaysia.. seronok sungguh.. saat melangkah keluar dari bangunan itu.. satu perasaan lega.. seronok.. teruja.. datang dalam diri.. lepas ini aku gantung baju cleaner ku selama 3 minggu.. lepas tu.. itu nanti cerita lain.. bulan lain.. entry lain..
Alhamdullilah.. selesai sudah semua urusan pada minggu ini.. masih ada urusan lain untuk minggu depan.. seminar di London.. dan balik ke Malaysia.. insyallah
Nukilan Rasa: iina at 19:35 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 24 April 2008
Esok review
Debaran semakin kencang dan kuat. Esok sahaja harinya akan tiba insyallah.. persediaanku? masih membaca dan memahami.. masih juga ada rasa tidak tahu.. masih juga ada rasa kerisauan.. mampukah.. boleh kah? insyallah.. mesti yakin dan kuat semangat..
Doa Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:
"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku." (20:25-28)
Debaran masih terdengar kencang.. walaupun hakikatnya hatiku mengatakan ianya insyallah berjalan dengan baik.. namun jauh di sudut hati.. aku seolah ada rasa kerisauan.. ada rasa sedikit tidak yakin.. mengapa? namun.. harus ku buang semua rasa itu kan.. seharusnya keyakinan yang datang insyallah...
Disaat begini.. masa nie jugalah dia datang menganggu perasaanku.. semangat yang dicari.. lain pula yang datang.. ntahlah.. biarlah apa pun.. kuatkan semangat.. teruskan usaha..
Nukilan Rasa: iina at 10:27 0 sedang senyum-senyum
Wednesday, 23 April 2008
Music and Lyrics
Tadi aku menonton sebuah filem lakonan Hugh Grant dan Drew Barrymore.. filem Music and Lyrics..
Antara lagu yang menarik perhatianku adalah.. Way back Into Love.. lagu yang dicipta bersama dengan Sophie Fisher (Drew) dan Alex Fletcher (Hugh).. menghayati bait kata dalam lagu itu menyentuh perasaanku seketika.. biasalah kan aku kan jiwang.. tapi bak kata sorang rakan baik.. "mama nie kan.. brutal kahak tau.. hehehe... tak jiwang langsung.." Luaran je brutal.. tapi jauh di sudut hati.. jiwang heheheh.. tak ngaku je..
[Sophie]
I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
I just can't seem to move on
[Alex]
I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need them again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind
[Sophie & Alex]
All I wanna do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
Oh oh oh
[Sophie]
I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's gotta be something for my soul somewhere
[Alex]
I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night
I could use some direction
And I'm open to your suggestions
[Sophie & Alex]
All I wanna do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end
[Sophie]
There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation
[Sophie & Alex]
All I wanna do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end
Nukilan Rasa: iina at 21:56 0 sedang senyum-senyum
Khabar
Pagi ini aku teringatkan Mashi. Sejak kali terakhir aku call dia jumaat yang lepas.. dan mendengar perkhabaran tentang keguguran yang dia hadapi. Aku juga tumpang sedih.. semasa dalam perjalanan ke universiti bersama kak haizan.. ku nyatakan hasratku untuk menelefonnya pagi ini. Yelah kali terakhir yang aku dengar katanya nak buat checkup lagi.. kemungkinan besar kena dnc.. maka aku pun call mashi.. biasalah kan ada ke suara aku yang merdu ini boleh tak kenal hehehe.. yelah aku kan jarang sangat call dia.. takdir dan ketentuan Allah.. memang tidak dapat diselamatkan lagi.. bukan rezeki untuknya.. mungkin anak itu bukan yang terbaik.. ada hikmahnya.. insyallah nanti akan ada lagi.. pemberian allah yang lebih baik.. anak yg lebih soleh atau solehah.. insyallah Mashi.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk mu..
Dalam pada itu aku sempat juga bertanya khabar dan berbual berkenaan dengan study masing-masing.. perkara-perkara berkaitan dengan research.. hidup.. dan yang paling utama tiap kali aku berbual dengan si Mashi nie..
bila ko nak datang new zealand nie..
amboi ayat.. sokmo ko tanya..
tanah sini magical sikit.. ramai dah yang datang pregnant.. mana tau ko datang pregnant pulak..
hehhe.. pandai je ayat ko ye mashi..
betul lah na.. ada 2 orang kawan datang sini.. tak disangka-sangka balik pregnant..
yeke.. dahsyat tu.. camtu lelaki jelah yang boleh datang.. kalau pompuan datang semua ye pregnant.. camna lak tu hehehe..
Insyallah.. ada rezeki dan peluang aku pasti datang ke christchurch.. awal lagi aku dah pasang niat akan ke sana insyallah.. sementara masih ada kat sana kan.. yang pasti tempat tinggal, makan.. free je.. boleh request kot nak makan apa hehehe.. ke aku gak kena masak.. cam selalu hehehe.. aku kan rajin..
Mashi apa pun.. tabahkan hati.. kuatkan semangat.. insyallah nanti ada yang lebih baik untukmu.. aku pun tumpang sedih sama dengan perkhabaran itu.. aku tau sangat hati kau macamana.. kan kita dah bertahun-tahun berkawan.. insyallah.. ada yang lebih baik nanti.. bak kata angan-angan kita dulu.. balik dari PhD.. supaya allah kurniakan pada kita ijazah PhD itu.. serta anak-anak yang soleh dan solehah.. amin..
Seminggu nie berehatlah.. walaupun aku tahu yang masa tidur mu dah terlebih-lebih.. hehehe.. takpe rehatkan badan.. jangan buat kerja berat-berat sangat.. ada peluang berurut.. dan jika ada rezeki ko.. insyallah adalah yang datang urut ko nanti.. mana tau kan hati dia terbuka tetiba offer nak urut ko.. walaupun dah banyak kali dia cakap dah tak urut orang.. aku doakan sama untuk ko.. insyallahhh..
Aku ingat pesan ko mashi.. balik nie aku ada misi utama.. semoga allah perkenankan dan makbulkan doa aku.. permudahkan hasrat aku.. kurniakan aku hajat yang satu itu setelah sekian lama.. aminn.. ya rabilalaminnn..
(Rabi la tadzarni fardan wa anta khairul-waritsin)
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkau adalah waris yag paling baik” (QS. an Anbiya:89)
(Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii)
Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku
Nukilan Rasa: iina at 11:30 0 sedang senyum-senyum
Tuesday, 22 April 2008
Lunch & Sepetang di tempat kerja
Tengahari tadi merupakan date kami beramai-ramai di Modern India. Sudah agak lama juga kami tidak lunch bersama.. hari ini ramai juga rakan yang datang.. tetapi masih ada juga yang tidak dapat hadir bersama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kalau ikutkan group kami tadi.. yang duduk satu meja adalah 8 orang semuanya manakala group satu lagi duduk meja lain. Lama juga kami tidak keluar makan tengahari bersama, seronok juga bila bersama dan bertanya khabar. Apatah lagi semalam kami juga keluar lunch bersama di cafe Todd. Hari ini keluar lagi bersama.. berturut-turut aku lunch di luar.. nampaknya esok dan lusa kenalah bawak bekal pulak hehehe..
Dalam pada itu juga aku maklumkan tentang aku nak balik ke Malaysia .. bukan lama lagi.. minggu depan je.. tak sangka pulak makin dekat nak balik.. tadi masa berbual rasa cam lama lagi je.. bila congak-congak balik.. ehhh.. minggu depan je aku nak balik dah.. sekejap masa berlalu kan.. tak sangka juga..
Semalam juga aku maklumkan dengan John yang aku akan datang lewat sedikit pada hari jumaat ini. Mulanya dia agak keberatan juga.. hingga meminta aku untuk mencari sesiapa untuk mengantikan aku selama sejam yang lewat itu.. tetapi apabila ku tanyakan perlukah aku maklumkan dengan Janice untuk penganti tersebut.. terus John terdiam.. maka aku pun sambung.. "Normally the review will take about 1 hour.. and hopefully I can come around 3.30" Mendengarkan kata-kataku.. terus John kata "it's okay.. I don't want you to inform Janice.. she really a nasty woman" kata John sambil memandang mukaku.. aku hanya sekadar senyum sinis dan mengangguk kepala dan menjawab "Yes.. she is" Sebenarnya ada kisah yang terjadi antara aku dan Janice.. dulu sebenarnya sebelum aku ditempatkan di bangunan legal house tempat kerjaku sekarang.. dulunya aku mula bekerja di bangunan crown office.. bertentangan dengan bangunan tempat kerjaku.. Mulanya bekerja dibawah supervision si Janice nie okay.. sejak aku diminta untuk bekerja pada masa yang sama di bangunan legal house.. sejak itu janice mula cari pasal dengan aku.. sebenarnya bukan aku yang nak kerja dibangunan tu pun.. tapi diminta oleh manager spectrum.. company cleaner yang bayar gaji aku.. dah manager tu sendiri minta aku kerja di bangunan tu takkan aku nak tolak.. bila si Janice nie dapat tau.. aku bekerja dibangunan legal house itu.. dan pada masa yang sama juga bekerja di bangunan crown office bawah supervision dia.. dia pulak naik angin.. masa dia serang aku sewaktu aku tengah bekerja di bangunan legal house.. aku dah tension giler masa tu.. yelah tetiba datang marah-marah.. masa itu jugalah aku terus beritahu dengan John pasal si Janice nie.. mungkin masa tu John pun tengok muka aku cam panik dan tension semacam.. terus dia backup aku masa tu.. sehinggalah ke hari ini.. John sendiri tahu betapa aku tak suka dengan minah Janice tu.. siap kutuk si Janice nie lagi depan aku.. aku duk angguk jelah.. bagus jugakan..sekurang-kurangnya dia faham yang aku tak suka dengan Janice tu.. ada lagilah insiden-insiden lain antara aku dan Janice nie.. lain kali jelah aku cerita..
Semasa aku kerja petang tadi.. selepas selesai membersihkan toilet disable.. tetiba-tiba Mandy dan Andrew muncul di depan pintu toilet.. terus mandy tanya aku.. " Lina why do you clean the toilet.. nobody use the toilet today" aku terus terpingga-pingga.. pesal pulak nie.. lepas tu terus dia gelak-gelak dengan Andrew.. lepas tu terus dia sambung.. actually I want to use the toilet" lerr.. cakaplah nak guna.. buat terperanjat je.. rupanya dia bergurau dengan aku.. sebenarnya dia nak guna toilet tu.. tetapi sebab tengok aku lepas bersihkan toilet tu dia sajalah cakap.. kena bersihkan.. orang tak guna pun.. konfius aku..
Dalam pada itu Andrew pulak sambung.. "You know haslina.. Mandy used to say to everyone.. the cleaner only come during half of the day.. and whenever she saw you she always say to everyone.. be quiet and concentrate your work.. haslina is around" terus aku teringat.. dulu aku pernah berbual dengan Mandy dan susan berkenaan dengan study aku.. yelah kan aku buat bidang computer science.. pernah juga aku cerita yang aku biasa bagi e-learning training pada staf di tempat aku kerja.. dan juga mengajar part time di universiti.. apatah lagi kebanyakan staff di legal house tu juga bagi training berkenaan e-learning.. dan menggunakan komputer dalam menyediakan modul mereka.. Mandy selalu usik aku.. katanya bila aku ada dia segan.. sebab aku kan teror guna komputer.. guna banyak software.. sedangkan mereka tu kadang kala struggle nak guna software tu.. so bila aku ada.. dia segan ler kot.. hisss mandy nie.. time diorg semua duk khusyuk buat kerja. aku pun takde masa nak tengok apa yang diorang buat kat monitor pc diorg tu.. kerja aku pun banyak.. kadang tak sempat nak siapkan pun ada..
Takpelah.. kadang kala seronok juga bila berbual-bual dengan mereka.. memang seronok sebenarnya kerja di situ.. so far staf semua baik-baik belaka.. apatah lagi mereka tahu yang aku sedang buat PhD so takdelah sangat mereka pandang aku cam rendah sangat.. sebab mereka tahu aku kerja sebab mencari duit lebih.. bukan nak kerja tu sampai bila-bila pun.. tapi.. maybe sebab mereka nie profesional dan handle bidang law.. bagi training pun bukan pada sebarang orang.. peguam.. hakim.. polis.. council officer.. dan macam-macam lagi lah.. aku tahu kebanyakan yang datang training tu kebanyakan mereka yang menguatkuasa undang-undang.. cuma kadang kala sahaja ada mata-mata yang merenung aku semacam.. terutama bila yang datang tu dikalangan pakistan.. memang pandang semacam je.. macam tak pernah tengok orang je.. bila kena pandangan maut camtu.. memang terbakar je hati.. tapi selalu aku buat dek jelah.. wat tak tau lebih bagus.
Itulah pengalaman aku di sini.. saat dekat nak balik ini.. macam-macam pula perasaan yang datang.. sepanjang petang tadi hatiku berdebar-debar semula.. seolah ada rasa yang tidak sedap sahaja.. entahlah.. aku sendiri pun tidak pasti.. apa sebenarnya.. harap yang baik sahaja .. andai ada yang buruk.. biarlah ia pergi jauh-jauh... tak perlulah hadir dalam diri.. bukan tempatnya untuk datang saat ini.. biarlah datang yang baik.. jauhkan yang buruk.. aminn
Nukilan Rasa: iina at 21:37 2 sedang senyum-senyum
Sunday, 20 April 2008
Ahad yang meletihkan
Seharian hari ini sejak pagi tadi aku sudah mula ke sana sini bersama pakwe. Ke carboot blochairn di pagi hari kemudian balik makan tengahari dan terus ke ABS dan bonnypack membeli beg dan barang-barang. Selepas itu sambung lagi ke Asda untuk membeli barangan rumah. Keletihan yang amat sangat kerana tidak berhenti-henti membeli barang sejak semalam. Tak mengapalah.. biar diselesaikan minggu ini, tinggal minggu hadapan sahaja hari minggu yang ada sebelum aku balik ke Malaysia.
Bila dilihat semula barang-barang yang dibeli, rasanya insyallah cukup setakat mana yang ada. Mengenangkan inilah pertama kali aku balik sejak setahun setengah yang lepas maka agak banyak juga barang-barang yang dibeli. Akhir tahun ini, aku tidak akan membeli lagi apa-apa. Cukuplah dengan apa yang aku beli kali ini. Kalau ikutkan entah berapa duit yang telah habis tetapi sememangnya tidak dapat dinafikan.. tak mengapalah berbelanja mana yang ada dan termampu sahaja.
2 hari ini juga aku bercuti terus dari membaca.. nampaknya esok aku harus berikan lebih tumpuan pada apa yang seharusnya dibaca dan disiapkan. Isnin datang lagi.. seperti minggu-minggu yang sudah.. hidup harus diteruskan.. semangat perlu diperkuatkan.. dan usaha juga perlu ditingkatkan..
Masa untuk melelapkan mata.. sudah tersenguk-senguk dibuatnya..
Nukilan Rasa: iina at 23:28 0 sedang senyum-senyum
Saturday, 19 April 2008
Ke Airport Glasgow
Tengahari tadi menghantar Shima dan Tasya ke airport Glasgow. Hari ini dia bertolak balik ke Malaysia.. transit di Dubai selama 9 jam dan menaiki flight seterusnya ke KLIA. Hari ini kaunter check in ticket lenggang.. kata kak haizan selalunya kaunter tersebut penuh dengan penumpang, mungkin kerana transit yang lama sehingga 9 jam menyebabkan ramai yang tidak mengambil penerbangan pada hari sabtu.
Seawal pukul 10.45 aku dah ke rumah shima, yelah kan.. tolong dia usung tasya.. camna pulak dia nak berjalan dengan menjinjing Tasya lagi.. beg lagi.. so tadi aku pun tolong dukungkan si tasya.. penuh excited nak balik mesia.. naik kapal terbang..
Alhamdullilah.. dalam lebih kurang pukul 12.30 tghri kami sampai ke airport glasgow.. awal jugalah.. tapi alhamdullilah semuanya mudah.. aku pulak selepas ini.. akan berturut-turut ke airport glasgow.. minggu ini hantar shima.. minggu depan temankan kak haizan ambil helper baru dia.. dan minggu seterusnya aku pulak yang nak balik mesia.. 3 minggu ini aku akan jadi pengunjung setia airport glasgow.. selang seminggu pulak.. aku akan balik pula ke glasgow.. uihh dahsyat juga tu.. kata kak haizan.. itu dah bau-bau ko nak balik mesia tu na.. heheh betul gak.. cam tau-tau je kan aku nak balik.. memang pelik juga.. bila dekat nak balik nie macam tau-tau je..
Pagi tadi aku telefon mak.. maklumkan yang aku akan balik ke malaysia pada 4hb May.. sebenarnya aku belum maklumkan dengan mak sejak aku decide nak balik minggu lepas.. maybe nak suprisekan dia.. tapi sebenarnya mak dah memang tahu aku nak balik.. hanya tarikh sahaja yang belum aku tetapkan.. lagipun sebenarnya pada masa yang sama juga aku minta mak doakan review aku supaya berjalan dengan baik minggu hadapan.. itu sebenarnya yang lebih utama.. minta restu mak.. dan doa mak untuk aku.. sebenarnya sejak dari bangku sekolah hinggalah aku dah berkahwin ini pun.. setiap kali ada sesuatu yang melibatkan pelajaranku.. hidupku.. selalunya aku tidak pernah lupa minta mak doakan aku.. terutama mengenangkan review pada minggu hadapan ini.. alhamdullilah.. debaran dan kerisauan aku mula reda sedikit.. selepas telefon mak.. hatiku jadi tenang.. kerisauan yang ada seolah tiada.. harapnya ia akan berterusan hingga ke hari rabu nanti.. ku bayangkan dapat ku jawab setiap soalan dengan baik.. dan penuh keyakinan.. insyallah..
Khamis yang lalu juga aku telah maklumkan dengan John yang aku akan tiba ke tempat kerja agak lewat. Ini kerana review aku akan bermula pada pukul 2.00 petang dan mungkin akan mengambil masa 1 jam.. kata John.. it's ok.. your future is more important.. syukur alhamdullilah.. aku mendapat manager yang memahami studyku.. sebenarnya sejak dulu aku penah menyuarakan padanya kesulitan ku untuk datang kerja pada pukul 3.00ptg.. kerana kadang-kadang aku ada urusan study yang mungkin melewatkan kehadiranku ke tempat kerja.. tetapi kerana John pernah berjanji untuk memahami dan bersedia untuk membenarkan aku datang agak lewat.. maka aku pun mengambil keputusan untuk terus bekerja di situ...
Namun pakwe sejak kebelakangan ini mula minta aku berhenti kerja di situ.. katanya eloklah kerja di sebelah pagi.. ada masa yang panjang untuk study.. dan gaji pun lebih tinggi.. tengoklah.. dah berulang kali pakwe pesan padaku.. nampaknya.. mungkin juga aku akan berhenti.. tengoklah selepas aku balik dari malaysia nanti..
Oklah.. untuk shima dan tasya.. selamat balik ke malaysia.. insyallah nanti kita akan berjumpa di KL.. hehehe.. dapatlah aku tengok si adil dari dekat.. selama nie tengok gambar je.. nie meet in person..
Akan tiba pula masa dan peluang untuk ku balik ke malaysia.... insyallah..
Nukilan Rasa: iina at 20:29 0 sedang senyum-senyum
Friday, 18 April 2008
Debaran
Entah kenapa sejak beberapa hari ini aku sering berdebar-debar.. teringatkan review pada minggu depan.. risau pun ada.. seram sejuk pun ada.. dulu ternanti-nantikan tarikh dan masa tersebut.. bila dah tau masanya.. aku pula rasa seram sejuk.. entahlah mcam-macam perasaan yang datang.. yang utama aku risaukan soalan-soalan yang bakal ditanya.. sebab.. aku sendiri pun ada yang masih belum ku ketahui.. tapi kadang bila difikirkan semula.. bertawakallah kan.. sedia mana yang dapat.. tapi jauh di sudut hatiku.. aku seolah ada rasa cemas.. risau dan berdebar-debar..
Melihatkan slide yang disediakan seolah masih ada yang belum mencukupi.. mungkin itu yang membuatkan aku sedikit risau.. mungkin bila slide itu siap dan selesai.. insyallah kerisauan aku berkurang sedikit.. kadang tak sabar nak tunggu lepasnya review tersebut.. seolah menanti viva je rasanya..
Kenapanya.. debaran seolah menjadi terlalu kuat.. puas dicari puncanya? sebab nak review ke? sebab keluarga ke? sebab apa? emm nanti ku cari puncanya.. seolah masih ada sesuatu yang dicari-cari.. dinanti-nanti... semoga aku temui puncanya.. insyallah
Nukilan Rasa: iina at 09:55 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 17 April 2008
Kerisauan
Sebenarnya sejak semalam hatiku asyik berdebar-debar.. risau dan tidak sedap hati berulang kali.. tidak aku pasti apa sebabnya.. malah hari ini.. tidur ku pun seolah tidak begitu lena.. seolah ada sesuatu yang menganggu perasaanku ..
Banyak sungguh perkara yang perlu difikirkan.. berserabut pula fikiran.. banyak juga perkara yang perlu diselesaikan.. banyak juga perlu dibuat dalam masa yang sama..
Mungkin aku perlu tenangkan diri.. perlu tidak terlalu memikirkan.. makin dekat nak balik.. makin banyak perkara pula nak difikirkan.. makin ada pula yang datang minta diselesaikan..
Sabarlah hati.. kita semua punya masalah masing-masing.. punya dugaan masing-masing.. kenalah tabahkan hati.. kuatkan semangat
Nukilan Rasa: iina at 10:32 0 sedang senyum-senyum
Tuesday, 15 April 2008
Tiket akhirnya di tanganku
Alhamdullilah.. petang tadi aku sudahpun terima tiket penerbangan balik ke Malaysia. Sejak awal pagi tadi aku sudah mula beratur di bank HSBC untuk mengeluarkan duit sebyk 1k.. mengenangkan untuk membayar duit tiket.. maka aku sanggup berpatah balik ke rumah kerana risau memikirkan jika aku bawa duit itu kemana-mana.. dalam perjalanan balik tadi pun aku sempat singgah ke tesco membeli biskut dan makanan ringan untuk dibawa balik ke Malaysia.
Selepas berpatah balik ke rumah.. aku patah balik semula ke universiti.. akhirnya aku tiba hampir ke pukul 11.00 pg.. sedangkan sebelum pukul 9 lagi aku sudah pun keluar rumah.. ke bank.. beli barang.. balik rumah dan pergi balik ke uni.. Alhamdullilah petang tadi aku telah pun selesai membayar harga tiket flight ke Malaysia.. lega.. dan syukur. Hasratku yang satu itu akhirnya termakbul juga.. alhamdullilah.. dah terbayang-bayang wajah tanahair.. tapi pada masa yang sama aku juga punya perasaan yang macam-macam.
Namun aku masih ada lebih kurang 2 minggu sahaja untuk balik ke Malaysia.. tetapi minggu-minggu akan datangnya aku akan mula sibuk.. minggu hadapan aku akan review tahun pertamaku.. slide presentation masih sedang diubai suai.. malah aku mula membaca semula semua artikel yang telah aku baca sebelum ini.. menyediakan diri dengan pelbagai bacaan dan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya nanti.. namun masih punya banyak kerisauan andai ada soalan-soalan yang tidak dapat ku jawab.. tapi.. insyallah.. aku bertawakal sahaja..
Selepas review pada minggu depan.. minggu terakhir sebelum aku balik ke Malaysia, aku akan berada di London selama 3 hari.. menghadiri seminar. Rancanganku.. bolehlah berjalan dan bershopping pada masa yang sama jika berkesempatan.. insyallah kan.. kadang tak sangka juga.. dalam aku tidak merancang apa-apa.. akhirnya aku dapat juga berjalan-jalan.. sebelum ini aku seolah risau dan bosan kerana tidak kemana-mana semenjak 3 bulan yang lepas.. bukan tidak mahu berjalan tetapi risaukan review yang tak kunjung tiba sejak bulan 2 yang lalu.. akhirnya.. alhamdullilah.. minggu depan sahaja harinya akan tiba... ini baru review.. kalau viva camna lak pulak ye... lagi risau pun ada kot.. ;)
Insyallah juga shima akan balik ke malaysia pada hari sabtu ini.. so nanti aku akan berjumpa dengannya di Malaysia nanti.. cadangnya nak tumpangkan barang.. sekali tengok rupanya beg kecik je bawak balik.. terus cancel hehehe.. takdelah barang banyak mana pun kerana sudah ada 2 kotak yang telah tiba di rumah mak.. so far tadi tengok barang-barang yang dimasukkan.. rasanya insyallah muat dan tidak terlebih berat.. bukan nak bawa baju sangat.. semua nanti ambik kat rumah behrang.. yang pasti datang ke sini yang akan penuh muatan heheh.. banyak barang yang dah dirancang nak dibawa balik ke sini.. hehehe.. belum balik lagi tapi dah rancang dulu dah... advance planning..
Apa pun esok perlu menyiapkan slide dan sambung membaca.. kena rajin dan kuatkan semangat nie.. nak balik..
Nukilan Rasa: iina at 21:37 2 sedang senyum-senyum
Monday, 14 April 2008
PhD ..
Lewat petang tadi aku terima email dari group ghillmsian.. berkenaan dengan pendapat yang ditulis di dalam utusan online berkenaan makna PhD dan beberapa isu yang berkaitan..
Utusan Online : Bukan Mudah dapat PhD
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0414&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive
Oleh Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil
Tulisan Adam Kadir berjudul Pemakaian ‘Dr.’ Perlu Pengiktirafan Rasmi dalam Utusan Malaysia (8 April 2008) ada kebenarannya. Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi yang meletakkan sasaran 100 ribu pemegang PhD menjelang 2015, maka ramai yang secara tiba-tiba menggunakan gelaran tersebut.
PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.
Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.
Kebanyakan universiti di Malaysia dan United Kingdom misalnya, tempoh minimum pengajian PhD mengambil masa tiga tahun, dan tempoh maksimum enam tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa. Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga lapan tahun bagi sesetengah universiti. Manakala pengajian PhD secara jarak jauh banyak membawa perdebatan yang bersetuju dan ada yang menentang. Ada yang mendakwa mendapat Ijazah PhD dari sebuah universiti terkemuka di luar negara tetapi malangnya, universiti itu tidak diberi pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ini kerana, peranan JPA adalah untuk menjaga ‘taraf dan mutu’ sesuatu ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti. Maka tidak hairanlah JPA tidak mengiktiraf sesetengah ijazah walaupun di peringkat Sarjana Muda dengan alasan ia tidak mencapai mutu dan standard yang dikehendaki dalam satu-satu bidang berkenaan.
Dalam menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan ramai pemegang PhD di kalangan pensyarah, sudah tentulah ramai di kalangan kakitangan akademik ‘terpaksa’ menyambung pengajian mereka ke peringkat PhD. Sebagai seorang pensyarah, penulis berpendapat pensyarah yang tidak memiliki Ijazah PhD ‘belum sempurna keilmuannya’ kerana dengan melalui pengajian di peringkat tersebut, seseorang akan didedahkan method pengajian dan penyelidikan yang cukup tinggi nilai, mutu dan standardnya.
Sesebuah tesis yang dihasilkan dalam masa pengajian tiga hingga empat tahun misalnya, akan membuahkan satu teori atau penemuan baru dalam satu-satu bidang. Malah, kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD. Begitu juga, kalau ia tidak membuktikan satu hasil penyelidikan yang tidak ada tolok bandingnya. Sesebuah tesis PhD akan melalui banyak proses – daripada cadangan (proposal) dan mempertahankan cadangan tersebut (defend proposal) di peringkat universiti yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut, baik dari segi kandungan dan juga pendekatan methodologi. Seseorang yang telah melalui pengalaman ini, sudah tentu merasai pahit maung dikritik dan ‘dibelasah’ dalam sesi defend proposal.
Terdapat juga pendekatan upgrading dari M. Phil ke PhD yang diamalkan terutama mereka yang membuat pengajian di United Kingdom. Bagi mereka ini, tempoh setahun hingga setahun setengah merupakan tahun getir kerana tanpa berjaya melalui upgrading ke PhD, seseorang itu dianggap gagal memperolehi ijazah PhD.
Dalam melihat keaslian dan kesahihan penyelidikan yang dibuat, kebanyakan universiti di Malaysia mahupun luar negara mensyaratkan pemeriksaan melalui viva secara oral. Ini bagi memastikan penyelidik tersebut benar-benar ‘mendalami’ hasil kajian yang dibuat dalam tesis PhDnya. Ia juga bertujuan untuk melihat kesahihan penyelidik tersebut. Maka tohmahan bahawa sesebuah tesis PhD boleh diperolehi melalui upahan akan terjawab dalam proses viva. Ini kerana, kadang-kadang pemeriksa akan bertanya soalan-soalan sampingan yang tiada kaitan dengan kajian tesis PhD tersebut.
Dalam hal ini, penulis banyak melihat kawan-kawan yang sama-sama berjaya memperolehi PhD dan tidak ketinggalan, ramai juga yang gagal. Kalau diambil tempoh pengajian tiga hingga empat tahun untuk tamat pengajian, agak sedikit mereka yang lulus dalam tempoh ini. Ada yang mengambil sehingga 10 tahun untuk tamat pengajian. Bagi mereka yang gagal, mungkin kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Dalam pengamatan penulis, terdapat kawan-kawan yang rajin dan tekun serta berdisiplin semasa pengajian, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana penyelia meninggal dunia atau bertukar tempat. Maka pengajian PhD itu terbengkalai akibat keadaan itu kerana tiada pensyarah lain yang boleh menyelia tesis tersebut justeru kerana bukan bidang kepakaran atau kemahiran mereka. Maka, persoalannya, bagaimana tergamak seseorang insan itu sanggup menggelarkan dirinya seorang ‘Dr.’ seandainya beliau tidak melalui proses ‘kepenatan’ dan ‘kesengsaraan’ mental, emosi dan fizikal dalam menyiapkan penyelidikan PhD tersebut.
Seperti yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Kamil Ibrahim dalam bukunya PhD Kecil Tapi Signifikan, UPENA, UiTM (2005), ijazah PhD ialah suatu keperluan akademik yang sangat perlu di universiti seandainya seseorang itu mahu dianggap sebagai seorang scholar. Beliau menambah, “PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.” Tambahan pula, “terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang dari tiga tahun. Ia boleh dibilang dengan jari.”
Demi menjaga mutu dan standard sesebuah ijazah PhD yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti, sudah tentulah tesis itu akan dinilai oleh peers dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum dinilai oleh pihak pemeriksa luar. Bagi Universiti Malaya sebagai contohnya, amalan sekarang ialah pemeriksa luar bagi tesis PhD mestilah seorang profesor yang memiliki PhD dan disyaratkan mesti dari luar negara. Sudah tentulah proses untuk mendapat ijazah PhD bukannya mudah tetapi semakin susah.
Mengambil kira faktor-faktor di atas, amat wajar saranan Adam Kadir supaya pihak JPA memainkan peranan pengiktirafan sesebuah ijazah PhD walaupun ia datang dari Barat. Ia hendaklah melalui proses pengajian PhD sebenar walaupun ia dibuat secara jarak jauh. Bagi mereka yang suka memakai gelaran ‘Dr.’ walaupun gagal kerana terkandas di tengah jalan, pertanyaan ikhlas penulis ialah, apakah mereka ini tidak merasa malu dan dipandang serong oleh kawan dan orang awam.
Sebagai contoh, memang terdapat mereka yang membuat pengajian PhD di luar negara secara jarak jauh dan tiba-tiba meletakkan nama ‘Dr.’ Apakah mereka ini memang melalui pengajian PhD dalam erti kata sebenar? Terdapat pensyarah yang gagal memperoleh PhD setelah melalui pengajian sepenuh masa dan kemudian berusaha lagi dengan membuatnya secara jarak jauh. Namun ia tidak diiktiraf oleh universiti berkenaan, maka dengan sendirinya dia rela menerima ‘pelucutan’ penggunaan gelaran ‘Dr.’
Maka penulis mencadangkan supaya pengiktirafan penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah diperketatkan. Pihak JPA hendaklah diberi peranan dalam memberi pengiktirafan tersebut. Bagi pensyarah di universiti, pengiktirafan ini boleh diturun kuasa oleh JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kemudian akan memberi pengiktirafan tersebut. Masalahnya ialah bagi mereka yang bekerja sendiri atau di sektor swasta, gelaran ‘Dr.’ juga mesti dibuat pengiktirafan oleh pihak JPA. Selagi mana pengiktirafan tersebut tidak diperoleh, seseorang individu dilarang sama sekali mengguna gelaran tersebut.
Bagi mereka yang mendapat ijazah PhD dari universiti bagus dan menggunakan gelaran tersebut tanpa pengiktirafan oleh pihak JPA, adalah dicadangkan supaya satu undang-undang mengenai salah laku penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah dibuat demi menjaga kemurnian dan kesarjanaan seseorang yang bergelar ‘Dr.’
Artikel ini menarik perhatianku kerana beberapa argument dibangkitkan dalam artikel ini. Pengenalan artikel ini membicarakan tentang makna ijazah PhD dan mengapa ia begitu istimewa dimana tidak semudah itu ia diperolehi oleh semua individu. Fokus thesis PhD ini dan bezanya dengan thesis-thesis lain yang dihasilkan daripada ijazah sarjana muda dan sarjana. Ia juga turut membangkitkan isu penggunaan gelaran Dr dan kesahihan ijazah kedoktoran itu samada ia diperolehi dari universiti yang diiktiraf atau tidak, serta isu bagaimanakah dan siapakah yang seharusnya diberi kuasa untuk mengenalpasti dan mengiktiraf penggunaan gelaran ini.
Memang tidak dinafikan banyak isu tentang penggunaan gelaran Dr ini, apatah lagi pengajian kini boleh dilakukan secara jarak jauh dan kadang kala universiti berkenaan juga diragui. Membaca kepayahan dan kesukaran yang dibangkitkan dalam memperolehi ijazah ini tidak aku nafikan sama sekali.. ya sememangnya bidang ilmu ini mencabar minda dan pengetahuan kita.. namun insyallah dengan izin Allah s.w.t kita dapat memperolehinya.. yang utama kita seharusnya berusaha dan sentiasa berdoa.. dan akhirnya bertawakal.. insyallah..
Nukilan Rasa: iina at 23:15 0 sedang senyum-senyum
Cerita di pagi Isnin
Isnin datang lagi.. dan seperti biasalah bila hari Isnin sahaja semua mood seolah lambat nak bermula.. slow and steady je.. bila baca email pagi ini.. pelbagai perkhabaran juga yang aku terima..
Apa pun setiap kisah itu ada sedihnya ada gembiranya.. apa juga.. sabarlah semuanya.. insyallah ada sebab yang terjadi.. kuatkan semangat.. tabahkan hati.. jangan tension.. jangan sedih-sedih.. jangan stress.. jangan fikirkan sangat.. cuba selesaikan sedaya mungkin.. selepas itu bertawakal insyallah.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua.. doa aku sentiasa ada untuk semua sahabat-sahabatku..
Aku tidak mahu menceritakan secara detail setiap kisah itu.. cukuplah aku dah puas berkata-kata sejak semalam dan pagi ini.. yang tinggal hanyalah doakan ku buat semua..
Insyallah semuanya berjalan dengan sebaiknya.. seperti yang diharapkan.. aminn
Nukilan Rasa: iina at 11:54 0 sedang senyum-senyum
Sunday, 13 April 2008
Keletihan
Sebenarnya 2 hari ini aku keletihan dan kekenyangan. 2 hari berturut-turut mendapat jemputan makan tengahari dan petang. Alhamdullilah syukur rezeki kami.. makan sampai tak sedo diri.. kekenyangan sungguh.. itulah aktiviti kami kadang kala saban minggu ada sahaja rakan yang mengajak ke rumah.. kadang kebetulan ada makan-makan.. kadang hanya sekadar makanan ringan. Namun bila ada jemputan makan begini.. selalunya kami akan cuba datang.. yelahkan tuan rumah penat memasak.. bila lauk tak habis.. pening pala juga.. heheh biasalah.. sebab aku pun selalu jemput orang datang ke rumah..
Insyallah.. 3hb Mei ini aku akan balik ke Malaysia. Setakat ini tarikh itu telah ditetapkan. Tiket pun dah tempah.. duit sahaja belum dibayar lagi.. aku tempah di travel agent.. dapat lebih murah lagi harga tiket. Sepanjang ke jamuan makan 2 hari ini, aku hebahkan juga yang aku akan balik ke Malaysia.. yelah kan untuk pengetahuan rakan-rakan di sini.. nanti balik senyap-senyap kata apa pula..
Esok.. seperti biasalah kan.. study semula.. dan rasanya aku kena mula sediakan slide presentation untuk review nanti. Malah aku akan cuba siapkan survey dan check list berkenaan evaluation content material yang perlu aku analisa.
Letih betul hari ini.. pagi lagi sudah ke carboot blochairn.. selepas itu ke jamuan makan.. petang ke city centre semula.. dan mulalah merayap ke Forge ler.. ke Asda ler.. akhirnya dua-dua penat.. nie pakwe dah hilang.. pergi melepak pulak ke rumah kawan..
Oklah masa untuk berehat..
Nukilan Rasa: iina at 21:42 0 sedang senyum-senyum
Friday, 11 April 2008
Niatku kerana Allah s.w.t
Apakah niat kita sebenarnya dalam mengharungi perjalanan pengajian PhD ini? Adakah kerana ingin membuktikan pada orang lain? Adakah kerana untuk mendapat gelaran Dr? Adakah kerana kenaikan jawatan dan pangkat apabila memperolehi gelaran itu? Adakah kerana hendak menunjukkan yang kita mampu mencapai dan menghabiskan pengajian ini dalam masa 3 tahun seperti yang dikehendaki.. atau lebih awal kerana ia menunjukkan kita hebat? Adakah kerana dipaksa oleh universiti untuk sambung belajar? Adakah kerana inginkan peluang ke luar negara (terutama ke UK) dan berjalan-jalan ke europe? Adakah kerana dapat bekerja dengan bangsa asing andai kata pengajian berjaya ditamatkan dan mendapat kerjaya yang lebih hebat berbanding dengan kerja di malaysia? Adakah kerana kontrak yang telah kita sign andai pengajian tidak ditamatkan kita terpaksa bayar beratus ribu? Adakah kerana kebanyakan orang lain juga buat PhD maka kita juga mahu peluang yang sama? Adakah kerana dicabar oleh orang lain kerana ingin membuktikan sesuatu? Adakah kerana kita mahu mendapat duit ganjaran yang hampir sebanyak RM6000 jika pengajian berjaya ditamatkan dalam tempoh masa yang diharapkan? Adakah kerana takut dengan beban bayaran balik andai pengajian tidak diselesaikan? Adakah kerana takut kita akan hilang kerjaya atau duit gaji andai tempoh masa pengajian berlanjutan sehingga melebihi 4 tahun? Adakah?? Adakah??...... Adakah juga kerana Allah s.w.t? Adakah kerana ia merupakan tanggungjawab kita pada negara dan kerajaan yang membayar duit pengajian kita? Adakah?? Adakah?? dan adakah niat yang lain??
Mungkin dalam kebanyakan niat di atas.. mungkin adalah salah satunya merupakan niat kita atau setidak-tidaknya lintasan niat jauh dalam sudut hati kita.. Aku sendiri tidak menafikan ada diantara niat-niat di atas adalah merupakan niat asalku semasa aku memulakan langkah mengharungi pengajian peringkat PhD ini.. pelbagai persoalan yang timbul hingga membuatkan kebanyakan niat-niat diatas hadir dalam diri tapi kadang kala aku juga terlupa.. apakah sebenarnya niat asalku yang paling utama..
Hari ini aku dicabar oleh seorang rakan.. untuk membuktikan dalam masa 2 tahun ini.. aku akan berjaya pulang dengan menamatkan pengajian PhD.. dia minta aku buktikan dan tunjukkan padanya bahawa aku mampu buat.. Namun.. membaca kata-kata itu membuatkan aku terfikir kembali.. kenapa perlu aku buktikan pada manusia atau dia bahawa aku akan berjaya menamatkan pengajian ini. Andai aku dapat buktikan pun untuk apa? Tujuan apa? Apa yang aku dapat nanti? Kemegahan? Kesombongan? Keangkuhan? Kebanggaan? Penghormatan? Kekayaan? Ketinggian Status? Khidmat Cemerlang? Pujian? Andai aku tidak dapat buktikan apa pula yang akan aku dapat? Kejian? Umpatan? Cemuhan? Ejekan? Penghinaan? Di pandang rendah? Jatuh Maruah? Apa sebenarnya yang aku akan dapat? Apa? Adakah semua itu?
Aku juga ditanya.. yakin ke akan mendapat Phd dalam masa 2 tahun ini.. Bilaku jawab Ya dengan yakinnya.. aku malah diperli lagi? Yakin ke? Buktikan lah? Betul ke akan dapat? Tak takut ke dengan hutang pengajian yang kena bayar andai tidak habis? Banyak sangat ke duit sampai boleh kata tak kisah? Mentang-mentang ada gaji dan pangkat maka tak heranlah kan pasal hutang tu.. emmm menggeleng kepala sahaja yang dapat aku lakukan.. hilang sudah kata-kata bagi melanjutkan perbalahan itu.. malas sebenarnya untuk berbalah.. nanti lebih menyakitkan hati..
Namun hakikatnya.. telah ku susun kembali niatku.. dari semua niat-niat di atas yang aku nyatakan tadi.. maka aku akhirnya kembali pada niat yang satu.. aku lakukan dan menjalani pengajian PhD ini adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Aku lakukan pengajian ini kerana ia adalah tanggungjawabku kepada bangsa dan negara serta kerajaan yang membayar semua duit pengajian ku. Aku lakukan kerana keikhlasan untuk membangunkan dan memperkayakan diri demi ilmu pengetahuan dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Aku lakukan kerana tidak ada sesiapa yang paksa atau minta tetapi kerana aku sendiri yang memilih keputusan ini dan berdiri teguh dengan pendirian dan niatku yang satu itu iaitu kerana Allah s.w.t.
Bukanlah aku angkuh dengan apa yang aku niatkan.. tidak sama sekali.. dan tidak juga terlintas difikiran ini.. hanya menjelaskan apa yang terbuku dihatiku.. dan memperbetulkan niat asalku.. supaya nanti.. perjalanan pengajian ini.. diredhai dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Dalam menjalani kehidupan dan meneruskan perjuangan.. kekuatan niat itulah yang bakal menjadi pembakar semangatku kala aku rasa tertekan atau alpa.. mungkin anda yang lain punya niat yang berbeza dan punya juga hasrat yang berlainan.. apa juga.. tidak salahkan andai kita perbetulkan niat yang satu itu.. dan barulah kita susuli dengan niat-niat yang lain..
Teringat setiap kali jika aku ke rumah Kak Chik .. setiap kali untuk keluar dari rumahnya.. di belakang pintu utamanya tertulis perkataan " Sahaja aku buat PhD kerana Allah s.w.t" Dulu bila tiap kali aku baca kata-kata itu.. ia hanya dibaca dengan sepintas lalu tanpa rasa.. Kini.. apabila ku perbetulkan niatku.. mindaku secara tiba-tiba teringatkan bait kata-kata itu. Benarlah tidak ada niat yang lebih murni dan ikhlas dari niat yang satu itu.. kerana Allah s.w.t
Buat sahabatku... niatlah kerana mencari kekayaan dan kemewahan kerana Allah s.w.t. Semoga nanti insyallah.. dipermudahkan dan dimakbulkan hasrat.. dan dikeluarkan daripada kesusahan yang ada.. amin...
Nukilan Rasa: iina at 21:58 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 10 April 2008
Rancangan lagi
Hari ini aku diberitahu oleh Suthanya yang dia telah buat keputusan untuk ikut aku ke London bagi menghadiri seminar Internet World 2008. So tadi kami pun sibuk check flight, train dan bus schedule and fare. Akhirnya kami decide naik bas je.. tapi bukan megabus tetapi national express. Walaupun agak mahal sedikit tetapi lebih selesa dan national express kebiasaannya punya rangkaian bas yang banyak berbanding dengan megabus. Pengalaman aku menaiki megabus ke London bersama pakwe tahun lepas amatlah memenatkan. Apatah lagi bertolak waktu malam.. musim panas.. dengan bahang yang amatnya dalam bas.. maklumlah bas penuh padat.. ditambah dengan keadaan bas yang tidak mempunyai tingkap udara. Perjalanan balik pula.. seharian duduk dalam bas sekali lagi meletihkan.. pakwe sampai serik untuk menaiki megabus.. mungkin akan datang aku perlu cari alternatif lain. Semasa aku di Edinburgh kami sering juga menggunakan perkhidmatan bas national express ini semasa ke london, bradford dan manchester kerana ia lebih selesa dan luas. Malah turut singgah rehat beberapa ketika berbanding dengan megabus yang berhenti rehat sekadar untuk mengambil penumpang.
Akhirnya tadi Suthanya booking tiket bus dengan rate 62pd untuk 2 orang dan hanya bayar 31pd untuk seorang. Jika dibandingkan dengan megabus, dengan harga tiket 22pd seorang hanya sekadar beza 9pd sahaja. Taklah jauh beza sangat. Perancangan asalnya, kami ingin menaiki flight ke London. Jika menaiki Ryanair, dari city centre kami perlu menaiki train atau bas ke Prestwick airport (airport khusus untuk flight ke europe atau england bagi kawasan belah Scotland ini) manakala di London pula kami akan tiba di London Stansted airport iaitu hampir 50minit ke london central dengan menaiki bas, jauh juga tu. Lagi pun harga tiket sekadar 67pd bagi 2 orang sahaja tidak termasuk kos perjalanan pergi balik ke airport itu belum lagi i dengan flight seawal 6.50pg. Paling awal perkhidmatan bas ke airport berkenaan adalah pukul 4.45pg, awal sangat pulak nak keluar rumah, ada ke bas pagi-pagi nak ke bus station? Kemudian tiba di London Stansted airport pula kami perlu menaiki train atau bas ke london central. Setelah aku kira-kira, kosnya hampir mencecah 100pd bagi semua perjalanan.. itu belum termasuk tiket untuk menaiki tube. Akhirnya aku beritahu Suthanya lebih baik kita ambil bas setidak-tidaknya kita terus sampai ke victoria station dan mudah untuk mengambil tube underground ke tempat seminar berbanding dengan flight.. walaupun cepat tapi leceh kerana perlu mengambil pengangkutan lain untuk ke london central.
So tadi tiket bus pun sudah di tempah dan hanya penginapan sahaja yang belum dapat kami booking lagi. Aku dah cuba request booking sebuah hotel di London di bawah membership yang aku dan pakwe bayar setiap tahun. Jika ada rezeki insyallah dapatlah hotel tersebut, jika tidak maybe kami akan cuba cari hotel atau hostel yang terdekat. Kira ini 1st pengalaman kami berdua berjalan dan menghadiri seminar bersama.. seronok juga kan sekali sekala berjalan dengan rakan dari negara lain, sekurangnya dapat improve english terutama Suthanya. Apatah lagi dia hanya berbahasa english apabila berbual dengan kami (aku dan kak haizan). Di masa lain dia lebih selesa lepak bersama dengan rakan-rakan Thai.. dan lebih selesa berbahasa Thai (ini pengakuan Suthanya sendiri).
Sebelum ke tempat kerja, akhirnya aku putuskan untuk menghantar email kepada George. Tujuannya untuk bertanyakan bilakah agak-agaknya tarikh review aku. Terus ku nyatakan perancanganku untuk balik ke Malaysia pada awal bulan 5 ini selama 2minggu. Bila difikirkan semula lebih baik aku berterus terang dengannya tentang perancanganku untuk balik ke Malaysia itu. Sebenarnya hasratku itu pernah aku nyatakan kepada George pada awal tahun ini tetapi mungkin kerana aku tidak pernah memberikan satu tarikh yang jelas menyebabkan dia tidak sedar tentang perancangan ku yang satu itu. So tadi dengan panjang lebar aku nyatakan bahawa aku terpaksa balik ke Malaysia untuk menyelesaikan beberapa urusan urgent yang memerlukan perhatian utama. Lagipun balik sekadar 2 minggu sahaja. Hanya tempoh dan tarikh itu sahaja yang dirasakan sesuai kerana selepas itu aku akan mula sibuk dengan poster presentation dan diikuti dengan proses pembangunan tools dan programming demi program yang perlu dibuat.
Sebenarnya aku seolah mengejar masa.. yelah kan setahun seolah terbuang begitu sahaja.. dengan tajuk research yang baru banyak yang perlu aku pelajari dan buat pada masa yang sama. Jika orang lain mungkin pada tahun kedua ini sudah mula membuat pembangunan dan penilaian. Aku?? mengejar masa dan cuba buat sedaya mungkin tapi kadang kala seolah tidak sangka juga.. aku mampu menghasilkan proposal dalam masa yang singkat. Hinggakan bila aku nyatakan pada Suthanya yang aku akan join university research day sebagai poster presentation dia seolah terkejut lalu bertanya. "How can you join the university research day eventhough your topic is new topic?" Terkejut aku dengan pertanyaan Suthanya.. dia sendiri pun hairan kerana aku baru sahaja bertukar tajuk yang baru tetapi telah membuat keputusan untuk present poster pada hari tersebut. Lalu ku jawab.. " Well Suthanya... I already know what I want to achieve and do in my new research. I already have a clear idea what I want to do. That why I feel I can join in as poster presentation" Jawapanku membuatkan Suthanya termenung seketika. Sebenarnya suthanya hingga kini pun masih belum mendapat tajuk yang sesuai untuk researchnya. So far dia dah tahu apa yang mungkin dia kaji tetapi masih belum pasti tajuk yang sesuai. Mungkin itu menyebabkan dia seolah rasa pelik.. dia yang sudah hampir 6 bulan pun masih belum ada tajuk yang sesuai dan masih tercari-cari.. aku pula yang baru 2 bulan mendapat tajuk yang baru mampu dan bersedia untuk present poster. Bukanlah aku angkuh atau bangga.. tetapi kadang aku sendiri pelik.. teringat kata kak ramlah.. orang lain kadang ambil masa setahun atau 1 1/2 tahun untuk membuat proposal dan mendapat tajuk yang sesuai. Aku?? hanya mengambil masa seminggu untuk menghasilkan proposal lengkap. Kadang difikir balik memang aku sendiri tak sangka secepat itu.. tapi aku yakin ada sebab dan hikmahnya.
Sebenarnya semenjak aku bertukar tajuk.. entah mengapa hatiku seolah terbit rasa ketenangan. Tidak seperti tajuk yang lama seolah aku dibelenggu oleh sesuatu yang aku sendiri tak pasti.. seolah ada ketidak ikhlasan di situ. Mungkin kerana tajuk itu adalah lanjutan daripada research di UPSI dulu.. mungkin juga ada niat yang tidak kesampaian atau ada rasa tidak ikhlas.. mungkin.. selalu juga bila ku review.. pasti perasaan yang sama akan datang tiap kali.. rasa tidak sedap hati.. berkeramuk.. celaru.. kabur dan macam-macam.. tetapi sejak aku bertukar tajuk.. rasa itu semua tidak ada lagi.. hatiku rasa seolah tenang dan damai.. malah kini aku rasa lebih bersemangat untuk terus berjuang.. mungkin ada hikmahnya kan.. hanya Allah yang maha mengetahui.. seperti mana niat asalku.. aku redha dengan ketentuan ini.. tawakal dengan jalan dan keputusan yang aku pilih ini..
Harapnya.. esok aku bakal terima email dari George untuk tarikh review.. andai rancangan ku itu diterima oleh George.. fikirku insyallah.. esok juga aku akan mohon cuti kerja.. andai ditolak.. aku nekad untuk berhenti kerja.. takpelah berkorban kan.. mungkin bukan rezeki ku lagi.. lagipun sudah hampir 7bulan aku bekerja.. aku hanya sekadar memohon cuti 2 hari semasa cuti xmas yang lepas.. kini.. aku bakal mohon cuti 3 minggu terus.. seminggu awal untuk pergi ke London dan 2 minggu seterusnya untuk balik ke Malaysia.. kata pakwe semalam.. berhenti sahaja terus dari kerja di situ.. nanti balik nak kerja semula lepas itu pun nak berhenti juga cari kerja pagi.. memanglah aku sememangnya merancang untuk bekerja di sebelah pagi pula.. apatah lagi semalam aku telah pun bersetuju untuk mengajar semula pada bulan August ini.. yang mana akan mengambil masa seharian dalam beberapa minggu pada bulan tersebut.
Memang benar.. aku sudah lama tidak mengajar.. gaji mengajar sebenarnya lebih tinggi dari kerja cleaner sebenarnya.. hanya kerana semester ini kelas kebanyakan adalah disebelah petang yang bertembung dengan kerja cleaner ku.. maka tawaran mengajar terpaksa aku tolak buat masa ini. Bising juga pakwe denganku.. katanya rugi tolak kerja mengajar tu.. kan lebih baik dapat pengalaman dan gaji pun lebih tinggi.. kataku nak buat macamana.. bukan rezeki ku.. aku yakin akan ada rezeki ku yang lebih baik....
Sebenarnya sejak semalam aku dah maklumkan dengan pakwe yang aku rancang untuk balik pada awal bulan 5 ini. So jika esok aku dapat respon dari George apatah lagi teringatkan esok juga dia janji untuk emailkan semula abstract untuk poster presentationku. Mungkin nanti adalah perkhabaran yang baik buatku. Ku doakan dan ku bayangkan.. semoga esok aku dapat perkhabaran yang diharapkan dari George.. insyallah.. aminn
Nukilan Rasa: iina at 21:08 0 sedang senyum-senyum
Saturday, 5 April 2008
Hari Sukan Sekolah SMG
Selesai sudah acara hari sukan sekolah malaysia glasgow.. seronok dengan telatah anak-anak serta mak dan ayah..
Akhirnya acara tamat dalam pukul 3.00ptg..
Seronok anak-anak semuanya..
Nukilan Rasa: iina at 16:04 1 sedang senyum-senyum
Friday, 4 April 2008
Berehat
Ku rasakan seolah sudah lama aku tidak kemana-mana.. sedang cuti easter yang lalu juga aku tidak kemana-mana pun.. sekadar duduk dirumah atau bertandang ke rumah kawan-kawan.. secara tiba-tiba hatiku teringin untuk berjalan ke suatu tempat yang baru.. seolah lama sungguh aku tidak kemana-mana dengan pakwe.. sebab dik sibuk dengan urusan yang pelbagai di hujung minggu.. boleh dikatakan berturut-turut sahaja..
Kadang rasa seolah hujung minggu juga aku tidak berkesempatan berehat.. masakan tidak.. asyik dengan aktiviti.. minggu-minggu sebelum ini sibuk dengan bengkel, mesyuarat, majlis sirah rasul dan minggu ini.. hari sukan sekolah pula.. bila tiba hari minggu hari ahad.. aku dan pakwe sudah keletihan dan akhirnya kami berdua masuk tidur lebih awal.. kepenatan yang amat..
Minggu ini.. entahlah mungkin berulang lagi.. namun entah bagaimana ku rasakan ingin berjalan-jalan ke bandar lain.. apatah lagi kini siang sudah semakin panjang.. maghrib hampir ke pukul 8 malam.. dan terbit mentari seawal pukul 6.30 pagi.. atau lebih awal dari itu.. seronok berjalan.. apatah lagi kini siang mentari menyinari dengan bahang yang kian terasa.. jaket tebal kini sudah mula digantikan dengan yang agak nipis sedikit.. dulu ku batalkan niat untuk kemana-mana kerana mengenangkan review yang tidak lama lagi.. tetapi bila semakin ditunggu semakin tidak kunjung tiba.. dari sebulan ke sebulan begitu juga.. tiada lagi tarikh keramat yang ditentukan.. dan akhirnya aku seperti bosan menunggu.. bukannya tidak ada kerja-kerja study yang perlu dibuat.. tapi selagi aku tidak proceed dengan review ini.. hatiku seolah rasa tidak tenang.. apatah lagi perancanganku.. sebaik habis review.. aku mahu terbang balik ke malaysia.. sering bertangguh-tangguh sahaja.. kadang-kadang terfikir untuk balik sahaja seminggu dua dan datang semula untuk review.. namun.. apalah maknanya bercuti dan berehat jika masih ada perkara yang masih belum selesai.. lebih baik ianya ku selesaikan di sini.. sekurang-kurangnya.. tibanya di Malaysia.. aku mampu berehat dengan tenang dan damai.. dapat juga menunaikan semua yang teringin selama ini..
Harapnya minggu ini aku dapat berehat dengan sepenuhnya.. walaupun esok bakal menjadi juri dan pengadil untuk hari sukan.. akan kedengaranlah bunyi tiupan wisel aku esok hehehe.. silap-silap nanti juri yang lebih penat dari pemainnya.. takpe untuk bersuka ria dan bersukaneka..
Nukilan Rasa: iina at 22:52 0 sedang senyum-senyum
Tahniah
Alhamdullilah aku mendapat perkhabaran baik dari sahabatku di Malaysia. Kak ramlah sudah pun selesai dengan review tahun pertamanya dan secara rasmi bergelar pelajar PhD.. alhamdullilah.. beliau melepasi sesi presentation tahun pertama dengan baik dan berjaya menjawab semua soalan-soalan panas yang ditanyakan.. alhamdullilah aku juga tumpang gembira dengan perkhabaran baik ini..
Aku?? masih tertunggu-tunggu lagi peluang yang sama untuk mempersembahkan proposal ku.. insyallah tidak lama lagi akan menyusul juga bersama.. dan juga bakal menjawab semua soalan panas begitu juga.. kekuatan emosi, mental dan fizikal sudah tentu akan di uji.. tetapi insyallah dengan keizinan-Nya.. aku pasti Allah akan bantu dan memberi kekuatan..
Tahniah kak.. semoga kita teruskan perjuangan dengan lebih kuat dan berjaya.. insyallah
Nukilan Rasa: iina at 13:41 0 sedang senyum-senyum
Wednesday, 2 April 2008
Presentation I-Lab : SCORM
Akhirnya aku temui idea untuk membentangkan tajuk pada meeting i-lab tengahari nanti.. insyallah aku akan membentangkan definisi dan apa yang aku faham berkenaan dengan SCORM. Satu garis panduan standard dalam membangunkan bahan pembelajaran secara online mengikut kriteria yang dikehendaki. Malah kini telah diiktiraf oleh badan IEEE sebagai satu panduan utama dalam membangunkan bahan pembelajaran online di seluruh dunia.
Rasanya lebih sesuai untuk menceritakan apa sebenarnya SCORM ini dan mengaitkan apa yang hendak aku kaji dalam kajianku. Syukur akhirnya ini yang aku nampak lebih sesuai berbanding dari topik bebas yang tidak ada hujung pangkal dan kepentingan.
So far dah siap pun slide aku.. sambil aku sembang dengan Mashi.. slide aku pun siap dah hehehe.. cuma perlu touch-up sedikit sebanyak sahaja pagi nanti sewaktu di department..
Oklah masa untuk melelapkan mata dan beradu di dalam duvet yang panas.. musim bunga telah lama bermula... dan bakal menginjak menerpa dan menyelitkan diri ke musim panas pula tidak lama lagi.. siang juga kini sudah semakin panjang.. hari juga terasa semakin panas dan membahang namun.. hujan masih terbit dan datang pada masa-masa yang ditakdirkan..
Time to sleep.. nite-nite
Nukilan Rasa: iina at 00:44 2 sedang senyum-senyum
Tuesday, 1 April 2008
Presentation
Hari ini aku masih tercari-cari dan memikirkan topik apa sebenarnya yang hendak aku present esok semasa meeting group i-lab.. seperti minggu yang sebelumnya kebanyakan ahli diminta untuk present apa jua topik yang dirasakan sesuai.. ada yang present topik berkenaan dengan research mereka.. ada yang present tentang pengalaman mereka ke negara tertentu.. dan ada juga yang present tentang bidang yang mereka kuasai..
Aku?? masih tak tahu lagi topik apa yang hendak dibentangkan.. terfikir juga untuk present sesuatu yang sekadar untuk suka-suka seperti berkenaan dengan Malaysia.. tapi pada masa yang sama aku juga ingin present sesuatu yang berkaitan dengan research aku.. tapi memikirkan tajuknya pun masih baru sangat.. walaupun proposal dah dibuat sebelum ini.. namun.. aku sendiri tak pasti.. jika present berkaitan dengan research boleh juga aku senaraikan sebagai sebahagian dari kerja yang aku buat.. tengoklah bagaimana.. mungkin juga.. present berkenaan research sebagai persediaan untuk review di masa akan datang.. mungkin itu yang terbaik dan sesuai.. insyallah..
Nanti ku fikirkan semula.. mana tahu kan lewat malam nanti atau pagi esok ku dapat ilham yang terbaik dan bernas.. walaupun sekadar 6 minit dan hanya perlu selebih-lebihnya 20 slide sahaja.. namun perlu juga difikirkan yang terbaik untuk ku.. nanti ku fikirkan semula..
Nukilan Rasa: iina at 21:41 0 sedang senyum-senyum
Pesanan terbaik dari seorang rakan....
Hari ini tiba agak lewat juga.. pagi lagi kak Haizan call aku untuk temankan dia ke bonnypack untuk beli barang-barang hadiah dan cenderamata sempena hari sukan sekolah SMG yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Puas jugalah membeli dan membelek barangan. kemudian sambung lagi pencarian kami ke city centre.. beli kertas warna dan kad manila.. akhirnya kami tiba ke department pun sudah agak lewat hampir ke pukul 1.00ptg.
Seperti biasa aktiviti mesti nak check email dulu just incase ada apa-apa yang perlu dibuat.. tapi email dari group x-ftsm menarik perhatianku dimana sememangnya satu pesanan yang baik.. aku tak pasti siapa pengirim asalnya tetapi ianya satu pesanan yang sungguh bermakna..
Pesanan terbaik dari seorang rakan....
Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Sincerely,
Beloved friend.
Alhamdullilah.. buat renungan semua.. dan dapat kita kongsikan dengan rakan-rakan yang lain apatah lagi disaat yang mencabar dengan study yang ada..
Nukilan Rasa: iina at 12:55 0 sedang senyum-senyum