Tuesday 7 October 2008

Takde Mood

Pagi ini ku dapat berita tentang cuti yang ku minta dari GU.. ada sedikit khabar yang kurang menyenangkan tentang status cuti berkenaan.. selesai perbincangan pendek tadi.. aku terus hilang mood.. sebenarnya sejak awal lagi aku rasa agak kurang senang dengan kepulangan yang agak lama kali ini.. tetapi atas desakan pakwe.. aku mengalah juga... namun seperti aku kata bila gerak hatiku mula merasakan berat dan tidak sedap hati.. pastinya ada perkara yang bakal berlaku..

Sebenarnya sejak mula aku malas nak balik.. bukan apa dengan desakan study yang menghampiri ke hujung tahun.. apatah lagi review tahun ke2 pun tidak lama lagi beberapa bulan sahaja.. buatkan aku malas nak balik.. tetapi kerana aku pernah berjanji dengan pakwe dan desakan dari dia juga.. membuatkan aku ikut juga.. walaupun kehendak hatiku tidak sepenuhnya..

Entahlah.. bila cuti pun ada masalah begini.. rasa nak balik pun malas.. lagipun baru sangat baliknya.. lainlah mereka yang tak study.. balik tu bolehlah bercuti berjalan-jalan.. yang study macam aku nie.. balik cuti pun masih ingat study lagik.. terkenangkan juga review akhir tahun ini..

Esok aku perlu bincang semula dengan Eilean.. banyak keputusan yang perlu aku buat esok hari..

8 comments:

azza_irah said...

tiap keputusan ada pro kontranya kan iina..
buatlah yg terbaik..utk diri juga utk yg tersayang..
salam lebaran dr azza..

bagaimana raya di sana..

Cikgooden said...

pakwe ajak balik tu ..balik ja la. jgn durhaka.(sambil cekak pinggang)






..sabor ja la. kan!

iina said...

azza> antara kenduri kawin dengan study mana yg lebih penting?? mungkin azza boleh tolong jawabkan.. raya sambut dengan sederhana je..

cikgu> kalau glasgow n malaysia tu cam KL dengan taiping takpelah anytime je boleh balik setiap minggu.. tapi cikgu antara tanggungjawab dengan kepentingan kena tgk juga.. durhaka ke tak.. tak jadi soalan.. kalau balik juga study tunggang langgang camna? ada sapa2 boleh tolong ke?? cikgu leh tolong ke?? emmm.. dah sabor ler nie..

badakbiru said...

nak balik bercuti pun bermasalah ek..hehe....susah2 takyah balik..:D

iina said...

dik..

ikut hati memang taknak balik.. tapi ikut fikiran n janji kenalah balik.. akak tawakal jelah walaupun akak dah berserabut dah nie..

julietchun said...

Fikirlah yg terbaik,hati semua orang kite kena jaga tapi hati kite takde orang nak jaga,isk,isk,apsal aku feeling lebih dari ko ni?

badakbiru said...

mesti tak seronok balik kalo dgn perasaan serabut. try la diskas elok2.kita tak boleh nak puaskan hati semua org. hati sendiri macam mana?

azza_irah said...

banyakkan bsabar iina..fikir dengan rasional..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin