Thursday, 16 October 2008

Salah faham?

Sejak pagi tadi aku mula terasa letih.. turun sahaja dari bas, aku mula berjalan kaki dari pertengahan Sauchiehall Street hingga ke Buchanan Street.. bila semakin dekat hari untuk pulang.. barulah mood untuk membeli itu dan ini datang.. coklat dah berkotak aku beli.. lepas itu mula teringat untuk membeli sedikit barangan untuk mak dan ayah.. mak dan abah mertua pula.. mulanya tak rancang pun tapi hati pula berkata.. takkan tak nak beli apa-apa.. lalu terpaksa aku fikir balik apa agaknya yang nak aku beli.. tak banyak pun sekurang-kurangnya ada kan..

Namun dalam mencongak-congak apa yang nak dibeli aku mula masuk satu demi satu kedai.. tapi tidak ada yang berkenan di hati pula.. mungkin esok pagi aku akan ke house of frasier atau debenham.. Harapnya jumpalah apa yang aku cari..

Ke CIS pun sudah hampir ke tengahari.. aku terus beli lunch di Sainsbury sahaja.. kiranya aku terus brunch hari ini.. perut sekarang asyik lapar sahaja.. dan sering menyanyi-nyanyi pulak.. mungkin kerana sudah mula sejuk menyebabkan perut cepat lapar..

Seperti biasalah di CIS.. buat kerja apa yang patut email individu yang telah aku dan George bincang semalam.. berbual seperti biasa dengan kawan baik sebilik aku.. mulanya kisah nak lunch.. aku pula rasa mengantuk.. lalu nak buat air kopi.. mesin kopi lak buat hal.. dialah yang layan mesin tu.. bersihkan itu ini.. tekan butang itu ini.. aku buat dek jelah.. malas dah nak layan mesin tu..

lepas tu dari satu tajuk ke satu tajuk kami bercerita.. mula kisah bahasa english.. lepas itu kisah kelas yang dia ikuti.. entah mengapa.. bila aku tanya kena baru join kelas itu minggu ke 4.. tiba-tiba riaksinya terus menjawab..

"I don't know?" dengan nada yang sedikit keras..

aku terkejut.. pesal pulak minah nie.. lalu aku tanya semula "why you don't know" dengan nada bergurau..

dia balas dengan nada marah "Don't ask me so many question okay"

Hai.. aku pelik.. tak puas hati aku tanya lagi.. kali ini dia mula marah-marah aku.. uihhh angin terus aku.. aku tanya soalan mudah je yang dia nak marah tu kenapa.. memang terus aku tepuk meja..

lalu dijawab katanya dia sibuk banyak kerja tolong jangan tanya..

aku pelik lagi naik hantu ke apa minah nie.. oklah.. lalu aku mula kata..

"ok if you feel my simple question is too much for you.. okay next time I will never ever ask you any questions.. I don't want to disturb you anymore.. I think you know me as a friend and I think you understand my intention.. it seem that I'm wrong.."

Aku berkata sambil mengemas meja aku.. aku begang gile.. kot ye pun nak tension tak leh ke cakap elok-elok.. aku tanya soalan mudah camtu pun nak angin ke?? apa ingat aku nie takde kerja ke.. cam dia sorang yang sibuk..

Kelam kabut aku tengok dia datang meja aku.. sambil tunduk kepala dia berulang kali.. aku dah terlalu sakit hati.. sebenarnya aku sedih.. sebab niat aku bertanya tu bukan untuk sakitkan hati dia.. hanya soalan biasa.. lagi pun tadi elok je bual mesra gurau2.. ddah kena angin kus-kus ke apa minah nie..

Aku decide keluar dari bilik tu.. lagi pun Mas dan Richard pun takde.. so baik aku blah je.. lagipun dia kan sibuk banyak kerja.. aku malas nak ganggu.. walaupun sebenarnya aku pun banyak kerja juga.. lagi lepas jumpa george semalam.. aku pun tension gak..

Berulangkali dia minta maaf.. tapi aku terus kemas beg aku.. tutup pc aku.. pakai jaket aku dan blah.. aku sedih.. pesal ler dia tu.. entahlah aku malas nak bertekak.. nanti lagi panjang cerita.. biarlah nak sangat tak nak orang ganggu.. duduklah bilik tu sorang-sorang.. buatlah sesuka hati pun.. seperti kataku padanya

"ok I'll leave you alone.. you can have this room for yourself.. I won't disturb you today.. I'll see you later"

Masa tu suara aku pun dah sayu.. muka dia pun dah berubah nak nangis tapi aku malas nak layan.. biarlah.. dia tengah tension.. bagi peluang dia buat kerja sorang-sorang tanpa gangguan.. malas dah aku nak cakap banyak.. nanti tak pasal-pasal kena sound lagik..

Aku keluar dari bangunan itu dengan rasa sedih.. tapi aku malas nak teruskan fikiran aku.. lagipun dengan kepala yang berat dan badan yang letih.. aku putuskan balik rumah.. dapat tidur walaupun 30 minit pun cukuplah..

Ketika ke tempat kerja.. aku lihat ada 1 miss called dan 1 sms dari dia.. aku tahu dia mesti susah hati.. sebab tak pernah lagi kami selisih faham begini.. tak mengapalah.. sms itu aku biarkan tanpa jawapan.. aku malas nak layan.. mungkin juga hatiku belum sejuk lagi.. esok pun rasa malas nak ke CIS.. benda kecik.. pun nak tension ke.. tah apa-apa tah..

Sabar jelah hati.. emmmm.. aku tak ambil hati sangat pun.. cuma aku sedih je.. malas nak fikir pun sama.. tapi fikir juga.. mesti dia tak leh tidur malam nie.. aku tahu sangat perangai dia.. biarlah bagi masa bertenang dulu..

11 comments:

julietchun said...

Kawan ko tuh tgk tension sgt ke? Aku kalo tension sk ajk member sembang2 citer prob & mcm2.

KAK LONG said...

masalah hormon kot???

iina said...

Juliet> kalau dr awal aku tau dia tension ok lagi.. nie mula2 elok je borak2 gelak2.. tetiba bilaa tanya dia marah2 lak.. walhal aku tanya pasal kelas.. benda yg berkaitan study bkn kena ambik exam pun kelas tu.. dia saje masuk je nk dpt ilmu.. lain ler soklan aku tu benda personal leh ler aku faham..

Kak long> entahlah.. tp akak pun try juga faham.. maybe dia ada masalah lain kot.. tu yg decide semalam blah je.. maleh nk gado2 tekak2 lagik..

Enche' Adykasyah said...

Erm.. Kakak sedara dia datang kot..?

julietchun said...

Tu yg ssh kalo perangai org camni kan Naa, kite ni amik berat sbb sygkan kawan, bile org mrh terasa cam kite dok menyibuk jg tepi kain dia. Pakai kain ke dia? Bgs gak ko diam2 dulu,biar dia tau slhnyer di mana.

iina said...

ady> akak sedara?? lelain je makna ye

juliet> itulah.. time dia byk tanya aku sabor jelah layan dia.. tapi bila dia kata aku nie ganggu dia nak buat keje.. terus aku angin.. sampai aku hempas pintu ler.. ingat aku nie apa?? takde benda nak buat ke?? begang giler btul aku semalam.. ari nie pun aku malas nak jumpa dia.. panas lgik hati aku nie sebeno.. nnti 2 3 ari bg sejuk sikit kot..

azza_irah said...

iina..
kita dah emel dah...cnfirm...

TokMa said...

Sabarlah iina....fitrah manusia memang begitu, tetiba kita jadi mangsa, sepatutnya untuk orang lain tapi ter-c/o kat kita lak. Entah2 dia takut ditinggalkan iina tak..sebab iina nak balik mesia tak lama lagi tuh. Atau ada sesuatu yang iina terlupa nak bagitau dia tak.

iina said...

azza> okie dokie

tokma> taklah takde kena ngena ngan pasal saya nk balik.. just mood dia je tu.. sebab yg saya tanya pasal kelas.. masa tu yg dia begang.. biarlah.. kdg2 org tension2 nie tak yah lyn sgt bercakap buat xtau je nnti settle ler tu..

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

aku kekadang benci dengan org yg moody...unpredictable..kan.. selalunya kwn camni..buat tak tau ja kan...nanti susah, pandai la dia cari kita.

iina said...

cikgu> tulah.. betul tu.. selalu teman cool je.. tapi sebab dia kata teman nie ganggu dia buat keje.. angin btul teman.. wallhal tanya tu soalan biasa je.. yg dia marah pehal.. ntahlah sabar jelah.. sabar.. uihh

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin