Wednesday, 15 October 2008

Gugurnya dedaunan

Pagi ini ketika melangkah keluar dari pintu utama Glasgow University.. ku lihat sudah banyak dedaunan kuning gugur di tepi jalan.. malah ketika angin kencang meniup seenaknya.. beberapa kepingan daunan itu turut gugur semula menimpa diri dan mereka yang turut berjalan di kiri dan kananku..

Musim gugur kini sudah tiba.. pemandangan sudah berubah warna dan suasananya.. pepohon dan pokok tua juga sudah mula berselang seli tona warna.. rumput hijau kini juga sudah mula berubah warna.. diselit pula dedaunan kuning dan coklat diantaranya..

Kaki melangkah memijak setiap daunan itu.. fikiran dan hati mula mengocak rasa dan perasaan.. rasa sejuk juga telah mula berkelana hampir setiap hari.. muka dan tangan sudah mula mengebas sejuk.. masih aku tahan untuk tidak bersarung tangan.. malas sebenarnya kerana masih dirasakan terlalu awal.. walaupun sarung tangan itu telah pun dibeli namun entahlah.. mood untuk berselubung kemas dan menutup litup seluruh badan masih belum terasa.. angin sejuk itu seolah sungguh mendamaikan hati.. apatah lagi bila masa fikiran aku mula berserabut dan mula banyak memikirkan banyak perkara..

Sudah lama aku seolah tercari-cari jawapan.. hari ini pertemuan dengan George aku ungkaikan satu persatu apa yang ada dalam benak dan fikiranku.. kerisauanku untuk menambah tahun pengajian turut aku sebut.. tempoh maksimum yang memungkinkan aku boleh berada di bumi Glasgow juga aku sebut.. terpaksa.. supaya dia tahu duduk perkara yang harus aku lalui andai itu perlu dilakukan.. apatah lagi dengan permohonan untuk penambahan tahun untuk visa sudah mula melihat syarat-syarat yang lebih ketat.. prosedur yang lebih rumit.. requirement yang pelbagai pula kali ini.. semuanya aku sebut pada George.. apatah lagi permintaanku supaya biarlah segala urusan study itu aku selesaikan semasa berada di UK.. jika boleh.. Insyallah aku tidak mahu untuk menyambungnya di Malaysia.. tahu sahajalah jika aku sudah balik ke UPSI.. pelbagai kerja sudah sedia menanti.. bebanan kerja yang entah macam-macam.. semua juga aku ceritakan satu persatu..

Sebenarnya aku memang risau sudah lama.. aku takut aku terleka atau mungkin aku tersasar haluan.. maka lebih baik aku nyatakan apa yang ada dalam fikiranku.. pelbagai isu tentang kajian yang turut aku luahkan isunya.. pembinaan tool.. pengaturcaraan yang masih belum nampak lagik bayangnya.. sumber bahan.. sistem e-learning yang perlu aku kaji dan pelbagai lagi..

Namun tadi juga George berikan aku sedikit ilham dan idea.. dan ada 3 orang yang perlu aku hubungi untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sistem e-learning serta bahan pengajaran yang mungkin boleh aku gunakan.. Alhamdullilah sedikit sebanyak aku nampak sedikit laluannya.. jika tidak selama ini aku seolah teraba-raba.. namun aku lihat seolah masih jauh lagi.... tapi aku yakin aku akan cuba mengejarnya.. cuba sebaik dan sedaya mampu untuk memperolehinya.. dengan izin Allah.. aku percaya.. Dia sahaja yang mampu membantuku.. mampu melaksanakan.. dan memberikan apa sahaja..

Cukuplah pasal studyku.. malas sebenarnya aku nak bercerita panjang.. kadang bercerita pada yang tidak mengerti takut nanti salah erti pula.. tapi petang tadi dapat jugalah aku luahkan apa sebenarnya dalam fikiranku pada akak aku sorang tu.. dan terima kasih kerana menyuruh aku berterus terang dengan George tentang duduk perkara biasiswa dan peruntukan jangka masa yang kita ada ini..

Sewaktu ke Legal house. ketika hendak menaiki lif ke tingkat 1.. aku ditegur oleh pakcik Jimmy dan George.. pakcik security guard yang mesti aku tegur setiap hari waktu datang dan balik.. katanya padaku

"When is your last day?"

Aku jawab dengan rasa terkejut " This Friday"

lantas dijawab oleh mereka "We will miss you know.."

Ada riak sedih pada wajah mereka..

Aku memandang mereka dengan rasa sayu.. lalu berkata "I have to go back home next week" lalu berkejar masuk ke lif..

Ketika di dalam lif aku hampir menitiskan airmata.. ku sangka tidak ada sesiapa pun menyedari bahawa aku akan berhenti di situ.. tetapi kata-kata pakcik Jimmy dan George tadi sungguh menyentuh hatiku.. aku silap.. mereka tahu.. dan aku juga tahu mereka ikhlas menuturkan kata-kata itu tadi..

Siapa pun pasti sedih apabila terpaksa meninggalkan sesuatu yang telah menjadi satu kebiasaan untuk sekian lama.. aku juga begitu.. namun seperti pernah aku katakan.. aku perlu membuat perubahan.. dan keputusan ini adalah untuk kebaikan diri sendiri.. walaupun aku sedih dengan keputusan ini.. namun setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.. setiap yang bermula juga pasti ada pengakhirnya..

Akan aku hadapi apa juga yang bakal mendatang.. seperti janjiku pada pertemuanku dengan George... aku perlu mengejar masa.. perlu berbuat sesuatu..

Insyallah.. Moga Allah bukakan jalan dan peluang untukku selesaikan perjuangan ini.. Aku ulang berkali-kali kata-kata itu pada diri.. ya allah permudahkanlah perjuanganku ini.. berikan aku jalan untuk menyelesaikannya.. bukakan ku peluang untuk memperolehi apa yang selama ini aku cari.. Amin..

Teringat aku kata-kata George semasa awal pertemuan kami tentang kajianku.. katanya padaku

"Pencarian itu umpama batu-batuan kecil di pantai.. pelbagai corak dan bentuk batu yang ada.. namun mengumpul apa yang kita cari umpama mencari corak batuan yang seakan sama di pantai itu.. ia tidak mustahil dilakukan hanya mengambil sedikit masa.. jika kita sabar.. pastinya kita mampu mengumpul batuan yang kita kehendaki"

Memikirkan kata-kata itu buatkan aku turut berfikir.. melihat ribuan dedaunan kuning ini, andai ingin mencari daun yang sempurna juga tidak mudah.. namun aku temui juga sekeping daun kuning yang entah bila masanya memasuki beg berwarna oren berisi kain lap tangan untuk dihantar dobi tadi.. kadang tidak perlu kita cari.. kadang secara tiba-tiba ia boleh sahaja muncul begitu sahaja.. tidak ada yang mustahil jika itu ketentuan tuhan.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pencipta

Apa juga aku syukur.. George seorang yang memahami.. dan yang penting aku selesa dengannya.. dan Semoga Allah pelihara hubungan baik aku dan George.. Insyallah..

8 comments:

akuatik said...

aku pun sama..rasa macam dah jumpa..rupanya tak jumpa lagi..teruskan mencari..

worldpeace said...

bestnya dapat supervisor camtuh...boleh dibawa berbincang dan bukannya tahu marah aje...padahal kita terkial-kial tapi dia tak tunjuk arah mana pun...last-last tau-tau kita sendiri nak cari sape untuk dapatkan sources...ye tak...

julietchun said...

Kdg kite igt kehadiran kite tidak di hargai tp rupenya kite yg slh tafsir. Kdg ko igt blog ko nih ade 7-8org je bc,tapi aku rasa ramai cuma drg tak sempat nak komen sbb bos tetibe muncul dpn mata cam yg selalu jadik kat aku,sedeyyy tol.

iina said...

akuatik> semakin dicari semakin rumit ekk.. insyallah kita jumpa juga nanti

worldpeace> tulah lain sv lain gaya.. ada yang ambil berat ada yang tak kisah.. ada yang terlebih ambil berat pun ada.. mcm2 kan manusia

juliet> lahh cian ko timing tak kena ekk.. sorok2 tak leh ke hehhehe.. takpe ko cuba2 cover line sebaik mungkin.. aku tau ko kan teror hehhe

julietchun said...

bile boz takde streamyx plak lambat tak hingat, angin betoi.

azza_irah said...

salam iina..
moga segala urusan
dan perjalanan iina dpermudahkan..
mmg sukar untuk mencipta kejayaan ..mgkin kita tersungkur atau rebah sepanjang merentasinya..

Enche' Adykasyah said...

Aah.. Kak? Buat research pasal e-learning?

E-Learning
and
E-Learning Malaysia

Some blogs that may help you.

iina said...

Juliet> biasaler time nk guna time tu ler buat hal lak

azza> thanks ye

ady> thanks juga

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin