Sunday, 5 October 2008

Minggu Raya yang penat

Alhamdullilah selesai sudah beraya sakan selama 5 hari ini.. Bermula dengan raya pertama dan hinggalah ke hari ini.. aku masih lagi beraya ke sana sini memenuhi jemputan.. itu belum lagi jemputan di rumah sendiri untuk sarapan pagi.. tepat pukul 10.00pagi buzzer rumah sudah berbunyi.. dan sejak pukul 6 pagi lagi aku dah mula memasak di dapur.. nasib juga pakwe tolong sekali.. itu pun aku dah hampir kepenatan pengsan sorang-sorang di dapur..

Alhamdullilah memang ramai sungguh yang datang.. hinggalah ke pukul 2.00 petang tadi.. seronok tengok semuanya selesai.. kebanyakan lauk bersisa sedikit.. kuih raya abis licin semua.. dengan dodol pun semua selesaikan sekali.. tapi tidak ketinggalan juga terima kasih buat semua rakan-rakan yang tolong basuh pinggan.. kemas umah.. siap vakum kapet sekali.. aduh.. terharu sungguh.. siap sedia semua telah disusun.. siap juga lap meja semua.. syukur alhamdullilah.. itulah bila berhari raya di rantau orang rakan-rakanlah teman dan saudara mara..

Semalam juga sama.. bermula menyinggah di rumah seorang rakan ini.. masuk je dapur aku dah tak boleh keluar dari dapur berkenaan.. permintaan kena tolong masak.. akhirnya menyebabkan aku berada di dapur rumah sahabat ini hinggalah ke pukul 8.00malam.. sejak dari pukul 2 petang lagik.. sampai ada sorang lagi rakan dah book aku untuk tolong goreng mee mamak untuk open house dia 2 minggu lagi.. aduhh.. korang nie.. leh book chef je.. akhirnya aku bergelar chef jemputan khas.. last minute ye cover chef..

Hari ini juga merata juga berjalan.. keluar rumah sejak pukul 2.00petang hinggalah ke pukul 10.00 malam baru jejak kaki semula ke rumah.. Alhamdullilah rumah sudah berkemas sebelum ditinggalkan tadi.. terima kasih pada semua kawan yang menolong mengemas tadi.. terharu sungguh..

Berakhirlah minggu beraya.. esok kerja dan study seperti biasa.. malas pun ada nie.. boleh ke ponteng lagik nie ekk??

7 comments:

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

salam chef...

kira hang best la..jadi cikgu buleh..jadi chef buleh...

salam raya jugak kat pakwe.

julietchun said...

Eloooo,tak cukup raya lagik ke? Ni yg aku jeles nih. Keje,keje,mn bleh cuti lama2.

iina said...

cikgu> sini semua leh jadi chef.. lagi2 pulak takde kedai makan malaysia.. automatik teror bab masak2 nie

juliet> aku tau ler ko jeles.. raya sebulan ler

julietchun said...

Raya sebulan utk yg posa penuh sebulan, ko posa sebulan ke? Ko jgn nak tipu aku Naaaa.

iina said...

juliet> xkira ler pose sebulan ke idak aku tetap raya sebulan.. yg best 3/4 kat sini.. 1/4 gik sempat kat mesia ;)

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

balik mesia....kalau terdatang ke taiping boleh terlajak kerumah aku..ha ha ha. (maruku ngan kerepek pisang ada lagi stok...utk kunyah2 depan tibi..ha ha ha)

iina said...

cikgu insyallah.. kalau terke tepeng.. teman singgah ler nanti ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin