Tuesday, 21 October 2008

Pulang


Aku seolah tidak percaya yang aku akan pulang esok.. masih ada lagi barang-barang yang belum dikemas lagi.. namun sudah 80% barangan utama dan penting yang telah aku kemas sejak petang tadi..

Telefon rumah pula sejak dari pukul 8++ sudah mula berdering.. ramai sungguh yang membuat panggilan.. semuanya ada tujuannya.. beg aku masih banyak kosongnya ku kira.. sebab kali ini aku hanya membawa banyak coklat dan sedikit barangan yang dikirim oleh teman-teman.. sejak petang tadi juga aku mula membeli sedikit barangan untuk mak dan mak mertua.. dan juga untuk anak buah aku.

Namun.. yang pasti untuk balik ke sini aku sudah mula menerima banyak pesanan.. dari notebook hinggalah ke tudung, brooch, barangan bayi dan pelbagai lagi.. sampai aku kena buat list takut nanti terlupa.. yang kirim daun palas pun ada.. itu pun kalau ada jual lagik kat pasar.. ada juga yang kirim tempoyak.. adeihh kome nie..

Aku dah terbayang beg nak bawa balik ke Glasgow.. uihh pasti penuh dan sendat dengan barangan.. apa juga aku kena pergi ke Plaza Low Yat KL.. aku kalau dah ke sana.. mahu satu hari aku duduk situ survey apa yang patut.. itu pun dah aku rancang untuk beli beberapa barangan komputer (biasalah dah aku major komputer kan..) Ada dah yang kena teman aku pergi nie.. kena paksa temankan aku ;)

Mood nak balik ke Malaysia kali ini agak kurang meriah rasanya.. tidak seperti kali pertama dulu.. entahlah.. mungkin kerana tempohnya antaranya tidak jauh membuatkan rasa rindu itu agak kurang barangkali.. bukan aku tidak rindu keluarga.. rasa rindu itu tetap ada.. cuma tidaklah sehebat kali pertama ketika aku pulang dulu.. kali ini kepulangan penuh dengan pelbagai rasa.. aku sudah membayangkan masaku yang cukup padat dan sendat dengan aktiviti kenduri.. berlari ke sana sini untuk balik 2 kampung.. menjenguk rumah di Behrang 2020 kalau sempat.. dan perlu juga ke beberapa tempat lain juga..

Insyallah.. esok pagi aku masih bekerja.. masih juga perlu mengeluarkan duit untuk bayar sewa rumah.. mengemas rumah untuk saat akhir.. dan mengemas barangan saat akhir juga.. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.. Insyallah..

Oklah aku nak tidur.. kepala aku masih banyak memikirkan perkara-perkara yang masih belum selesai.. rumah.. study.. duit.. akaun bank.. topup hp.. kunci rumah.. barangan kiriman.. adeihh.. mau tak leh tidur aku malam nie..

2 comments:

Brahimnyior said...

Saya link blog sdr di blog saya. Banyak cerita menarik yang dapat dikutip. Dok Perak? Saya di Manjung, kat Lekir. 20 minit dari Sitiawan.

iina said...

Salam

Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Saya biasa ke manjung utk menyelia student di sek men kat situ, lupa pula nama sek tu dkt dgn menara telekom bt 1 ke 2 lekir. Pernah juga ke sitiawan menyelia di sek Methodist sitiawan. Kwn baik pun dkt2 area situ juga.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin