Tuesday 21 October 2008

Gigi

Hari ini aku ada appointment dengan doktor gigi lagik.. dah nak balik malaysia pun pergi jugalah tampal gigi aku tu..

Aku terlupa masa yang dijanjikan.. 10.30 ke 10.45.. aku sampai takde sesiapa pun dikaunter.. lama jugalah tercangak kat situ.. masa tu dah lewat 10 minit.. lepas tu datang adik receptionist kata aku dah lambat 10 minit.. angin sat jugalah sebab aku kata aku dah tunggu kat situ "I have been waiting for a while you know"

Akhirnya aku dapat jugalah jumpa doktor.. dia tampal semula gigi aku dengan filling yang kekal sebab temujanji sebelum nie dia hanya tampal gigi tu guna filling sementara sahaja..

Yang tak best.. yang buat aku terkejut.. bila selesai proses penampalan.. kena bayar.. kalau sikit takpe.. tapi kena £100++ aduihhh tensen aku sat.. rasa menyesal pergi pun ada... alahai.. terbang lagik duit aku tu.. sabar.. sabar aku cakap dalam hati kalau kat mesia kalau aku convert ler nilai duit tu.. aku leh buat gigi palsu cantik mantik lagik.. so nak tak nak bayar jelah.. nasib aku ada debit card.. so tolak dari akaun bank aku jelah terus.. adeihhh tensen aku..

Lepas nie aku duk fikir pulak.. nak pergi lagi ke tidak jumpa doktor gigi nie.. cabut gigi murah je.. tampal lak yang mahal.. balik nie nanti mahu aku ambil peluang service gigi aku..

Masih terbayang-bayang duit aku yang dah melayang tu.. takpelah.. nasib juga aku kerja.. kalau harap duit elaun aku je.. mahu aku termenung nangis keluar bayar duit tu tadi.. lepas nie kena apply ler NHS certificate.. tapi dengar-dengar itu pun belum tentu dapat rawatan gigi percuma.. camno tu??

Sabar jelah.. aku akan fikir benda nie lepas aku balik dari malaysia nanti.. adeihh.. tensen sat..

5 comments:

azza_irah said...

salam iina..
bila flight balik malaysia..
lama k iina cuti..

bagaimana..
azza check emel td tapi takde apa2..

aNIe said...

Akak kalau nak pergi doktor gigi berdebar2 hati macam nak gugur jantung dibuatnya...

Cikgooden said...

jangan dicabut gigi tu kak....mana nak carik dah.


repair ja selagi buleh repair...
aku bagi nasihat jer..he he he.nak bagi duit aku pun miskin.

tuan umah said...

kak,bukanke NHS gigi tu thn 1 thn jerk?kalau NHS bias atu 1 thn jugak coz saya n hubby dh expired da..tp hubby kan student-still free NHS gigi tu,cuma yg biasa je expired dh tak leh nk smbung da..

iina said...

azza> balik 2minggu je.. esok balik.. tak leh lelama sebab byk keje

kak anie> yeke kak.. saya selamba je.. walaupun ada gak takut2 tu

cikgu> bukan cabut ler.. tempal gigi ler cikgu.. sini kos dia melampau mahal

ctnik> sini kalau nak free kena ada certificate tu.. sama je utk rawatan gigi.. sebab dlm tu ada semua.. kalau kat universiti ye health centre xtau ler.. pernah dulu pergi dental hospital pun dia tak terima sebab kena juga register ditmpt yg kita duduk.. lagipun so far semua student kat sini kena byr ler.. kecuali yg mmg dpt certificate tu.. itu pun tak semua dpt free rawatan gigi ikut apa yg diberi pengecualian dlm certificate tu..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin