Monday 4 August 2008

Isnin yang agak relak

Hari pertama bekerja.. tiba tepat pukul 6.30pagi. Aku terlihat kelibat Trisha lantas diberitahu bahawa supervisor Elaine akan bawa aku ke department tempat aku bekerja.

Elaine menunjukkan laluan yang perlu aku ikuti setiap hari.. lantas singgah di sebuah pondok pengawal untuk mengambil segugus kunci bagi membuka pintu-pintu di department itu. Sebelum itu aku bantu Elaine membersihkan bangunan lain yang mana pekerjanya cuti 3 minggu. Tidak banyak yang ditolong selain membersihkan pintu kaca dan menyapu sampah. Selepas itu aku dibawa ke bangunan tempat aku bekerja. Tidaklah luas mana tetapi mempunyai 7 buah bilik-bilik pejabat.. setiap kunci ditunjukkan untuk pintu yang berkaitan.. ada 3 tandas dan sebuah dapur.. bilik-bilik yang perlu dibersihkan juga tidaklah besar mana pun.. Insyallah rasanya sempat untuk dibersihkan dalam masa 3 jam.

Melihatkan jenis tugas yang perlu dibuat aku rasa tidaklah berat mana kerana bekerja di legal house lebih besar dan lebih banyak tugas yang perlu dilakukan.. buffing.. mop lantai.. bersihkan meja setiap bilik training.. meja yang perlu dibersihkan juga tidak banyak mana.. setakat membuang habuk-habuk di tepi tingkap dan meja sahaja.. Syukur alhamdullilah.. tidaklah berat mana pun.. cuma perlu naik turun tangga kerana tandasnya berada di setiap tingkat yang berlainan.. department aku tingkat 6..

Kerja hari isnin tamat pukul 9.00pagi.. dan aku terpaksa bergegas balik ke rumah kerana sejak minggu lepas aku dah set appointment dengan engineer BT.. line telephone bermasalah sejak minggu lepas.. melayang lagilah 100++ hanya untuk meminta engineer BT membetulkan masalah line telefon... emm sabo jelah.. nak buat camnakan.. nak betulkan sendiri bukannya ada alatan ye pun.. nak tak nak.. terpaksalah.. macam tau2 je aku sambung kontrak lagi 12 bulan dengan BT.. masa nie jugalah line buat hal balik.. hisss sabar22

Kerana engineer datang hampir ke tengahari maka terpaksalah aku batalkan hasrat ke uni.. ponteng lagi.. mesti Suthanya rindu ngan aku hhehehe.. takpe esok aku akan mulakan balik hari di CIS.. sejak khamis lepas aku dah ponteng sebab letih sangat.. jumaat pun ponteng sebab tunggu posmen hantar bungkusan dari Malaysia.. selamat sampai semua barang-barang yang aku beli masa balik malaysia bulan 5 yang lepas.. lamanya baru nak sampai.. bukan apa ayah baru pos tengah bulan 7.. so baru nak sampailah bulan nie..

Isnin nie rasa relak.. aku masih kerja petang lagi.. ingat habiskan bekerja di situ hingga hujung minggu ini.. sebab hujung minggu ini juga aku akan dapat gaji 2 minggu.. so minggu depan berhenti terus.. aku dah tak larat nak kerja pagi petang.. cubaan minggu lepas menyebabkan aku keletihan sangat-sangat.. sampai otak pun dah tak mampu nak berfikir dengan baik.. sebab terlalu letih.. ingat bantal je balik kerja.. lepas tu sibuk untuk persiapan hari keluarga bbq sabtu lepas.. lagilah macam-macam yang perlu dibuat.

Aku tak nampak bayang John hari ini.. rancangannya aku nak beritahu John aku nak berhenti dan menyerahkan pob.. kira cam kad keselamatan untuk masuk ke legal house tu.. dah nak hampir setahun aku pegang pob itu.. rasa sayang untuk pulang balik.. tapi nak tak nak kena jugalah kan..

Aku syukur kerana ini rezekiku juga.. dapat kerja baru.. waktu pagi yang lebih selesa kerana tidak perlu tergesa-gesa untuk balik awal dari uni setiap hari.. bermaksud aku ada banyak masa lagi untuk tumpukan pada study.. dan bakal menjanjikan aku akan merewang petang hari balik dari uni hehehe.. window shopping dan shopping sakan akan menjadi agenda utama pulak... disamping janji aku dengan suthanya nak join kelas yoga dan pergi gym universiti di waktu petang.. yeye je aku nie kan.. angan-angan dulu.. buat atau tidak itu kira lain.. janji niat mesti ada kan.. ;)

4 comments:

chinta said...

shopping lagik...cepat2 dah nak habes sale nie...

julietchun said...

Bekerjalah kita sekuatnya,dari pagi sampai senja :D.Tabik springggg.

Kaktiny said...

tukar kerja ker?.

ooo.. daftar kelas gym and yoga.. bagus bagus.. jgn setakat daftar jer.. pastu bila time kelas.. mula mengelat mengeliat.. hihihi

iina said...

chinta> hehehe xpe xmas sale ada gik hehehe

julietchun> tuler keje dr pagi sampai senja.. tapi keje kat sini takde lah tensen2 cam kat mesia.. cukup bulan shopping hehehe..

kaktiny> tukar keje pagi lak.. dulu keje petang.. heheh plan je p kelas tu hehehe ikut mood

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin