Friday 1 August 2008

Training selesai

Alhamdullilah selesai sudah training hari ini.. assessment pun berjalan dengan baik.. so far feedback dapat good.. tapi trisha siap tunjukkan komen dia tulis pada aku dalam borang penilaian semasa buat toilet.. dia tanya aku agak-agak aku dapat apa.. lalu aku jawab "I think I did good"

Lantas Trisha tunjuk pada aku komen dia. Terkejut sebab aku tak sangka sampai begitu sekali komen dia hehehe.. taknaklah tulis kat sini sebab jadi bangga diri pulak.. cukuplah aku katakan aku dapat cemerlang.. syukur alhamdullilah rasa berbaloi jugalah..

Selesai semua.. rasa lega juga.. sebab training ini bukan setakat dengar taklimat je.. tapi kena buat ujian praktikal.. tunjukkan kebolehan masing-masing.. tapi memang benar pengalaman yang sedia ada memang membantu.. teringat dulu kali pertama menjawat jawatan ini hehehe.. perasaan pertama.. fikiran pertama.. tindakan pertama.. memang tidak pernah terlintas dalam hidup akan buat kerja cleaner nie.. setakat cleaner kat rumah tu dah perkara biasa.. tapi bila menjadi cleaner di tempat orang..lain perasaannya.. Ingat lagi pertama kali ketika menyalin plastik sampah di setiap deretan meja-meja pejabat. Perasaan itu.. apatah lagi ketika itu staf itu masih ada.. jelingan mata.. gerak badan.. dan macam-macamlah.. itu belum lagi perasaan sendiri sambil fikiran berkata "apalah yang aku buat nie" "macam nie rupanya kerja cleaner" "Begini rupanya pakwe kerja hari-hari" dan macam-macam lagilah.. memang kekok sebenarnya.. tapi lama kelamaan.. alah bisa tegal biasa..

Kini pandangan itu dah menjadi lali.. kerja di legal house.. memberikan aku banyak pengalaman.. disitulah juga aku belajar bagaimana mengemop dengan cara yang betul.. disitu jugalah aku belajar buffing buat pertama kali.. ada juga buffing yang terbang langgar tepi dinding.. ingat lagi berhari-hari fikir camna nak kawal mesin nie sebab masa demo pun sekejap je.. aku belajar sendiri.. akhirnya aku tahu teknik itu sendiri.. bagaimana membersihkan tandas dengan cara yang betul.. macam-macamlah..

Mungkin sebab aku dah biasa dengan kerja-kerja rumah sejak kecil lagi.. sapu sampah.. sapu daun-daun rambutan keliling rumah.. siram pokok.. bersihkan bilik air.. maklumlah anak sulung.. bila nak raya pula kerahkan adik-adik bersihkan rumah.. lap cermin tingkap.. lap dinding kayu.. lap pintu.. dan sebagainya.. dan sikap itu akhirnya diikuti oleh adik lelaki bongsu ku.. setiap kali raya.. dialah yang akan take over bersihkan rumah.. dulu masa mereka semua masih kecik-kecik.. aku tukang arah.. buat itu buat ini.. sambil tolong-tolong bersihkan mana yang patut.. mak dah faham sangat perangai aku.. Sekurang-kurangnya adik-adik prihatin dengan kerja-kerja rumah yang perlu dibuat..

Bercerita pasal raya nie.. terasa sungguh bulan puasa yang tidak lama lagi akan tiba.. puasa tahun lepas.. agak meriah.. kerana keluarga abg nordin dan nazir tumpang rumah aku semasa mereka baru sampai ke Glasgow dulu.. meriahlah tiap kali bersahur dan berbuka puasa.. masih aku ingat hari terakhir puasa. betapa aku secara tiba-tiba jadi hiba dan sayu bahawa bulan ramadan sudah tiba ke penghujungnya. Insyallah.. puasa tahun ini akan aku tempohi lagi..

Kenapa bulan puasa ini begitu bermakna pada aku.. kerana pada bulan puasa jugalah pertama kali aku memulakan kerjaku sebagai seorang cleaner.. ketika itu aku kerja 4 jam setiap hari.. itu belum lagi kelas tutor pada sebelah paginya.. kadang aku bekerja hingga 8 jam sehari.. kelas 4 jam dan cleaning 4 jam.. penat tak usah cakap.. tapi aku tidak boleh lupa.. hari kedua aku kerja di legal house.. petang itu John berikan aku air kotak.. kek-kek dan biskut untuk aku bawa balik.. dia tahu aku puasa.. katanya untuk aku buka puasa.. masih aku ingat lagi perasaan aku waktu menerima pemberian John.. aku begitu sayu dan terharu.. seorang insan.. berlainan agama.. bangsa.. bahasa.. begitu prihatin dengan aku.. dan juga pertama kali aku dilayan sebegitu baik.. Sebab itu jugalah aku berat hati meninggalkan legal house kerana di situ aku belajar banyak perkara.. aku kenali secara dekat warga scottish kelas atasan.. keramahan mereka.. budi bahasa mereka.. sikap mereka.. sopan santun mereka.. ya.. aku belajar banyak perkara dari mereka..

Alhamdullilah selesai training hari ini.. petang ini aku perlu memberikan jawapan kepada John tentang permintaannya.. aku masih belum ada jawapan pasti.. masih memikirkan.. kata pakwe.. dia takut aku letih.. yang sememangnya aku akui minggu ini aku terlalu letih!!! Banyak sungguh kenangan di situ.. dan aku sendiri sudah anggapnya sebagai tempat lepak dan bersosial aku dengan warga scottish ini.. belajar slang scottish.. berjumpa dan berbual dengan mereka.. Bagaimanapun petang ini aku harus berikan keputusan aku.. aye.. aye.. do yea.. aye.. Insyallah

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin