Monday, 11 August 2008

Mari minum kopi

Hari ini aku terpaksa minum kopi.. Sejak 2 hari yang lepas asma aku datang balik.. rasanya sebab cuaca yang sejuk.. sudah 2 malam nafas mula berbunyi-bunyi semula.. batuk pun mula datang.. asma aku hanya datang bila mula batuk-batuk.. kalau dah mula tu.. kenalah berjaga-jaga.. selalu ambil ventolin sebiji je.. kali ini aku terpaksa ambil 2 biji.. bukan apa sebab kalau sebiji je tak jalan sangat.. wahh.. tensen den.. di sebelah pagi dan tengahari tak ketara sangat serangan tapi bila malam hari siaplah.. terutama bila nak tidur malam.. masa tu lah bunyi-bunyian wisel kedengaran dengan jelas..

Untuk mengelakkan menjadi teruk.. aku terpaksa minum kopi hari ini.. sebab kopi dapat mengurangkan serangan asma tu.. apa lagi ari nie aku masih kerja petang.. waaaaaaaaa... tensennya.. aku dah tak nak kerja.. John datang hari ini.. time aku nak cakap dengan dia.. time tulah juga staf lain sibuk nak jumpa dia.. siap tunggu dia lagi.. so nak taknak aku terpaksalah pergi buat kerja aku dulu.. bila datang balik.. tup-tup dia dah takde balik dah.. tensennya... aku dah berangan-angan nak cakap ngan John.. siap nak cakap esok tak nak datang dah.. tapi bila John takde.. nak tak nak kenalah datang juga..

Esok aku ada kelas dari pukul 10pg-5ptg.. harapnya tidaklah sampai pukul 5ptg.. tadi jumpa Eileen.. tutor sama dengan aku.. (Sebenonya aku pergi ke uni lepas kerja pagi tadi untuk tengok kelas kat mana sebab nak kena prepare ambik LCD projektor, ambil borang kehadiran dan assessment paper.. terjumpa Eileen masa dia keluar dari bilik tutor ambik LCD projektor, lepas tu aku balik cepat sebab nak kejar appointment dengan dentist) katanya dia dah mula mengajar minggu lepas.. selalunya pukul 3.00ptg dah habis.. baguslah.. aku harap kelas esok pun tidaklah sampai pukul 5ptg.. jangan ler dapat student yang slow bebeno.. kelas dari pukul 10pg-5ptg.. bak kata Eileen tadi.. kalau mereka tak lulus juga.. itu dah kira salah tutor.. bukan salah student dah.. emmm aku setuju sangat.. yelah.. belum pernah lagi aku buat kelas dari pagi sampai ke petang semata-mata untuk meluluskan pelajar berkenaan.. kalau apply kat Malaysia nie.. sure student semua tak nak dah datang kuliah 1 semester.. semua nak attend kelas macam nie.. duduk 1 hari je.. dah boleh lulus paper.. nak buat camna.. kenalah buat juga sebab permintaan dari fakulti berkenaan..

Sebenarnya kelas IT nie adalah wajib untuk semua pelajar undergraduate kecuali pelajar dari department CIS (computer & information sciences), bagi pelajar dari LASS (Law, Art & social sciences) subjek IT nie adalah wajib lulus.. jika tak lulus mereka tidak boleh masuk ke tahun 2.. dahsyatkan.. sebab tu kelas ini dibuat.. kebanyakan yang hadir adalah mereka yang pernah gagal paper ini semester lepas.. so sebab itulah kelas ini dibuat dari pagi sampailah ke petang.. ajar balik satu persatu.. lepas tu buat assesment.. lepas tu terus bagi markah.. yang pasti dengan kata lain akan lulus punyalah.. dijamin..

Berbalik isu minum kopi.. aku ambik kopi espresso dari tempat kerja.. memandangkan asma nie masih belum baik sepenuhnya.. sebab masa kerja pun dah mula dengar bunyi-bunyi wisel.. balik je terus buat espresso.. boleh tahan sikitlah dada nie.. tapi ubat masih kena makan juga.. rasanya badan aku dah over stress.. penat sangat dan tak cukup rehat.. +++ hujan dan sejuk semua ada..

Harap esok lebih baik hendaknya.. hehehe.. aku dapat tau Suthanya rindu kat aku :) sebab dia email aku tadi tanya dia nak makan lunch tanpa aku sebab dah lapo sangat.. (aku ponteng lagi pergi cis sebab appointment dengan dentist.. macam banyak je kena service gigi aku nie.. aku angguk kepala jelah dengar komen doktor tadi.. maka aku putuskan lepak kat rumah je hari ini)

Pesanan buat akak aku sorang tu.. jangan tension-tension tau hehehee.. kalau pakwe tak nak bawak p jalan.. tinggalkan je p jalan-jalan dengan anak-anak.. sure dia gabra punya hehehehe kena tinggal.. ikutlah tu nanti ;)

5 comments:

julietchun said...

Kena bykkan rht tuh,mg cpt sembuh.

KAKTINY said...

kopi?.. aduhai.. aku takleh minum kopi daaa.. nescafe, kopi, segala yang adik beradik sepupu sepoyang dengannya.... dah hilang 1/1000000 nikmat hidangan aku weh...

Daffodil said...

salam.. ala siannya tak sihat yek! Rehat cukup2 n soh la pakwe tulun picit2 ker.. selamat berehat, moga cepat sembuh!

iina said...

julietchun> thanks :)

tiny> takpe minum lain boleh kan baru 1 dr juta2an ;)

daffodil> dah segala urut.. mesti punya tak nak pun paksa juga.. tq

zany said...

sedapnya minum kopi, saya pernah ketagih masa pregnant in 2004, kawan bawa balik kopi dari Bali.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin