Friday, 29 August 2008

Sepinggan spagetti dan sebuah kenangan

Jumaat.. sekejap sahaja hari berlalu.. bermula isnin.. kini masuk pula hari Jumaat.. esok dan lusa pula sabtu dan ahad.. cuti hujung minggu.. 2 hari.. tapi seperti minggu-minggu yang lalu.. sudah hampir sebulan ini hujung minggu penuh dengan pelbagai aktiviti .. esok mula mengajar bahasa melayu di sekolah malaysia.. petangnya ada majlis yasinan.. ahad pula jemputan makan .. emmm.. entah bila agaknya aku dapat rehat nie.. tak mengapalah.. berjumpa rakan-rakan dan bertanya khabar.. dan juga bersama-sama sukarela bersama rakan-rakan.. kesempatan ini bukannya selalu dapat dilalui..

Tinggal 2 hari sahaja lagi insyallah akan bermulanya puasa.. tahun ini tahun kedua kami berpuasa di rantau orang.. tapi merupakan pengalaman kali 3 kami berpuasa dan beraya di negara orang.. entah mengapa kali ini semakin hampirnya bulan ramadan.. hati semakin sayu dan rindu.. sedangkan tahun pertama dulu.. puasa aku lalui dengan rasa yang biasa.. hanya bila tibanya bulan ramadan.. selalunya hatiku lebih tenang dan bahagia.. kedatangan ramadan seolah membangkitkan rasa tenang dan tawaduk yang sungguh mendalam..

Tahun lepas juga bulan puasa ku lalui seperti biasa.. entah mengapa.. solat asar tadi rasa itu datang lagi.. suatu rasa ketenangan yang sukar untuk aku gambarkan.. sama seperti rasa yang pernah aku alami ketika bulan puasa dulu.. bukanlah bermaksud selama ini tidak pernah hadirnya rasa sebegini.. namun.. rasa tenang kali ini amat berbeza sekali.. mungkin kerana bulan yang mulia.. Allah berikan rasa dan nikmat yang tidak terhingga kepada umatnya.. Insyallah kan..

Sepinggan spagetti menjadi santapan aku hari ini.. lebihan semalam masih ada bersisa di dalam periuk.. Lama juga aku tidak memasak spaggeti ini.. dulu semasa di Malaysia hampir setiap bulan.. jika tidak pun 2 minggu sekali pasti aku akan sediakan menu ini.. buat pelepas rindu sebuah kenangan semasa di Edinburgh dulu..

Menu ini pertama kali disediakan semasa berada di Edinburgh... masih aku ingat lagi.. buku masakan barat italian cooking yang aku beli mengandungi resepi ini.. lantas hati teragak untuk mencubanya.. cubaan pertama rasanya agak tawar dan hambar.. yelah 100% ikut menu.. lepas itu aku ubah suai ikut citarasa sendiri.. dan sejak itu.. walaupun sekembalinya aku ke Malaysia setahun selepas berada di Edinburgh.. menu ini menjadi wajib buat kami sekeluarga..

Hanya bila berada di sini aku jarang sekali menyediakan menu barat.. entahlah.. dulu rajin juga mencuba.. mungkin dek kesibukan masa dan peluang.. serta keletihan.. aku lebih banyak menyediakan menu malaysia.. dulu.. memasak hanyalah kadangkala sebulan sekali.. itu pun hanya hujung minggu sahaja.. kini.. pagi petang wajib .. hanya sekali sekala sahaja.. bila aku sudah bosan.. pakwe dipaksa take over.. hehehe.. sebenarnya dia masak sedap lagi..(nak ambik hati nie) cuma.. kena tahan lah pedasnya.. boleh tahan jugalah.. kalau tak biasa.. memang menyingau pedas..nak buek camno.. kawan orang nogori.. sejak kebelakangan ini.. kalau pakwe masak je mesti pedas yaa amat.. pesal tah.. rindu masakan nogori yang pedas2 ke.. pelik juga.. bukan sekali dua.. dan beerkali-kali dah.. muskil niee..rindu nak makan pedas-pedas ke apa.. emmm... kena buat spotcheck nie ;)

Pastinya akan ada menu-menu kuih muih yang sedap dan manis buat santapan semasa berbuka puasa.. terlintas juga dihati untuk membuatnya.. tapi entahkan sempat atau tidak.. dan aku juga sudah mula berkira-kira untuk mengadakan jemputan berbuka puasa.. puasa belum lagi.. tapi dah rancang nak buat berbuka puasa.. advance betul hehehe.. bukan apa ada beberapa rakan yang akan pulang ke malaysia semasa bulan puasa ini.. lagipun ada jugalah beberapa pertanyaan dari rakan-rakan rapat... Ina tak nak buat buka puasa ke? nanti leh akak datang... heheheh.. macam kena buat je nie.. Tahun lepas aku jemput satu kampung berbuka puasa... sampai penuh sendat rumah.. tahun ini?? tak tahu lagi.. tengok ruang masa dan tempat dan tenaga.. jika ada yang sanggup nak tolong masak bersama.. mungkin juga akan aku pertimbangkan rancangan ini.. Insyallah..

Selamat berpuasa semua.. semoga hari-hari mendatang diberikan limpahan kekuatan dalam menjalani kehidupan..

11 comments:

rusdi nasir yusoff said...

selamat berpuasa gak..ne blog baru aku..hari ne 1st day keje menonyoh balik..huhu pe nk buat nk idup kt uk ne..sedih kan..nmpk gayanye raya tahun ne menonyoh lagi ler aku huhu....

iina said...

rusdi pesal tukar blog pulak? blog lama available ke idak?

hehehe biasalah rusdi.. tak keje mana de duit.. harap elaun cukup2 makan je mana nk beli display kabinet ke.. krystal ke hehhe.. alah sama ler kita kot rusdi.. aku dah terbayang akan keje pg raya tu syahdu ye

reen razak said...

Salam kak Ina,

Selamat berpuasa... Moga puasa kali ini menambahkan rasa takwa dan meningkatkan rasa penghayatan Ramadhan dibumi asing ini... Moga segala ibadah kita diberkatiNya... tentang email tu,kita tak dapat apa-apa email pun tentang uk-upsi. Ni email address kita untuk tindakan selanjutnya: nureen610@yahoo.com

Selamat berpuasa,kak...
Jemputlaa turun ke Newcastle... ;-)

iina said...

reen..
Insyallah.. ko pun nak balik mesia.. raya kat sana nie akak jeles nie.. turun newcastle sure ye ko kena bawak akak p segala mak nenek bridge kat situ hehhee.. nanti akak request moderator tu invite reen.. kalau ada lgik kekwn upsi kat uk nie bgtau leh add masuk group

Abahnajwa said...

Iina..

wahh..pandai masak spaget ya..ni kena ajak abah sekeluarga ke sana ni..Ooo Pakwe tu hubby yer? kikiki

2. Nak makan masakan negori? meh sini..Kak AIn terer masak2 lomak ni..nasib baik tempoyak takda kat sini..kalau tak boleh rasa tempoyak rampai Kak Ain...

Salam Ramadhan untuk Iina sekeluarga

iina said...

abah,

salam ramadan juga..

pakwe nama glamour ye.. brutal kahak sikit bak kata kawan baik saya..

masakan nogori hehehe.. leh tu try test... tempoyak.. wah2.. cam best..

julietchun said...

Aku ni mmg melayu tulen,dah beratus kali cuba mkn spagetti tp ttp takleh msk.Pas sepinggan ko punya aku try plak :D

goooooood girl said...

So good......

iina said...

julietchun> alah ko bayangkan umpama makan mee rebus ke mee jawa hehhe.. cuma rasa tomato lebih.. ddan takde telur ;).. makan tomato bagus utk kesihatan tau ;

goodgirl> panjang ye good.. hehehe.. nak ke? ada sikit lagik nie

zany said...

fav anak saya tu, kita tekak melayu, sekali makan je, depa selagi tak habis selagi tu ulang2. Kawan saya cite anak-anak dia lelaki, 3 orang, sekali masak spaghetti 4 packs. Mak eeeiiiii....pengsan.

iina said...

uihh kalau kena masak 4 pack saya pun pengsan nak tunggu.. tulah ikut citarasa masing2. anak2 sekarang nie semua dah moden.. citarasa pun moden gak.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin