Friday, 22 August 2008

Takziah

Pagi ini aku terima email dari Rusdi memaklumkan tentang berita kematian dan kemalangan yang menimpa sahabat sekerjaku di Malaysia yang turut dipaparkan dalam surat khabar Kosmo. Disamping komen dari madam lieza tentang perkhabaran yang sama. Ya Allah sedihnya mendengar perkhabaran ini.. semoga dia kuat untuk menghadapi hari-hari dan Allah jua tempatkan suaminya di kalangan orang yang beriman.

Meninggal selepas selamat anak

ALOR STAR - "Dalam keadaan tersepit arwah sempat hulurkan anak lelakinya kepada orang ramai sebaik keretanya terjunam ke dalam terusan bagi mengelakkan bayinya lemas.''

Demikianlah cerita Azmi Din, 56, ahli keluarga kepada tiga beranak yang menaiki Proton Wira yang terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan Wan Mat Saman di Batu 5, Tandop pagi semalam.

Menurut beliau, orang ramai kemudian menghubungi bomba dan sama-sama cuba menyelamatkan Mohd. Akashah Abdullah, 28, dan isterinya Asmawati Ariffin, 28, yang tersepit dalam kereta.

Bagaimanapun, katanya, malang bagi Akashah dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Azmi, bapa saudara kepada Asmawati memberitahu, Asmawati dirawat di ICU.

Bagaimanapun, ujar beliau, anak Asmawati, Mohd. Omar, 1, tidak cedera tetapi dia perlu diberi pemerhatian doktor.

Katanya, keluarga malang itu dalam perjalanan dari Tanjung Malim untuk pulang bercuti di rumah keluarganya di Jalan Pegawai dan Taman Serindit di Jalan Langgar di sini.

Dalam masa sama, mereka juga bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka serta menziarah sepupu yang baru berkahwin pada minggu lepas.

Tambah Azmi, Akashah menetap di Tanjung Malim dan arwah bekerja sebagai pegawai bank di situ manakala isterinya merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Ada sedikit pembetulan nama beliau yang sebenarnya adalah Asma Hanee bukan Asmawati.. Sedikit sebanyak perkhabaran ini juga mencuit rasa dan membangkitkan rasa sayu dan sedih. Semoga Asma kuat menghadapi dugaan ini.. usianya pun masih muda.. Tabahkan hati.. dan aku juga tiada kata-kata untuk diucapkan lagi.. semoga Allah berikannya kekuatan..

2 comments:

zany said...

dua tiga hari ni busy sangat, tak terbaca pun news ni. sedihkan dan semoga isterinya tabah membesarkan anak itu. Kat sebelah atas alor setar hingga ke perlis, selalu kes ni berlaku sebab sepanjang jalan banyak tali air yang tak ada sangat benteng, kalau drive malam lagilah seriau, kot2 menjunam je...Kalau lihat sepanjang jalan di siang hari, memanglah cantik .

iina said...

zany.. isterinya pun sedang dirawat di hospital.. harapnya dia cepat sembuh insyallah.. yeke saya tak pernah pulak jalan ikut tali air di belah utara.. mungkin jugakan.. dah ditakdirkan.. semoga dia tabah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin