Sunday, 10 August 2008

Resepi ayam goreng

Semalam aku jemput keluarga Rusdi & Zahuri yang datang dari Sheffield sejak rabu lepas untuk makan tengahari di rumah. Hanya hujung minggu masa yang ada untuk mengajak mereka ke rumah.. Lama tak berjumpa dengan mereka.. seronok kerana dapat berkumpul sesama UPSI.. lama juga tidak bertanya khabar masing-masing..

Hampir semua hadir ke rumah (Abg Nordin, Azlan, Husna dan Azam) kecuali Nazir yang sedang meronda-ronda keliling eropah waktu ini..

Jemputan makan tengahari.. so memang pakwe request untuk buat ayam goreng.. sebab pastinya semua orang suka makan.. Teringat chinta pernah minta resepi ayam goreng.. diorang yang datang pun minta resepi.. raihan dan kak pah pun minta juga.. termasuklah kak ina pun sekali.. maka di sini disertakan resepinya.. (kredit kepada Kak Pah/Abg Shah kerana resepi ini daripadanya)

Bahan-bahan:

Ayam yang telah dipotong (ikutlah nak potong berapa)
Tepung Jagung
Tepung Gandum
Tepung goreng ayam kfc/(yang dibeli dari kedai pakistan pun boleh)
Bawang putih (selalu agak-agak je)
Telur ayam (ikut berapa banyak potongan ayam tadi)
Lada hitam
Serbuk kari/serbuk cili (kalau nak)
Garam (kalau nak)

Cara-cara membuatnya:


Ayam yang telah di potong diperap dengan bawang putih yang telah diparut. Perap lebih kurang sejam dua.. atau ikut sukalah kan..



Bancuhan tepung mesti mengikut ukuran 2, 4, 6 iaitu 2 sudu tepung jagung, 4 sudu tepung gandum dan 6 sudu tepung goreng ayam. Jika nak menambah ikut ukuran yang sama hanya tambah gandaan.


Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari atau serbuk cili dan sedikit garam. (Jika suka)

Kacau campuran tepung tadi supaya sebati.


Pecahkan dan kacau telur 2 atau4 biji dahulu mengikut bilangan ketul ayam yang digunakan. Jika telur habis pecahkan lagi.

Salut ayam dengan campuran tepung tadi.

Salut pula dengan telur yang ditelah dikacau

Salut semula dengan campuran tepung tadi.

Masukkan dalam deepfryer dan tunggu lebih kurang 15 minit atau hingga ayam masak dan garing.



Inilah campuran ayam yang siap digoreng.

Alhamdullilah menjadi juga ayam goreng kfc..
(Sebenarnya banyak lagi tapi dah banyak habis sebab ramai yang makan.. masa hidang tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk menyediakan juadah, nasib ada Lan yang tolong masak.. kredit untuk goreng ikan.. kira lulus ler tu kan)

Seronok kerana makanan yang dimasak dinikmati dengan rakan-rakan. Lepas nie kena datang ke Sheffield pulak nie.. wajib datang bak kata Zahuri.. Insyallah :)

5 comments:

Akak said...

Salam Iina...

Sedapnya ayam goreng tu, nanti boleh lerr akak ambil resepi nie yea..

iina said...

Salam akak,

Cubalah.. senang je.. sejak dah tau buat tiap-tiap minggu pakwe suruh buat hehehe :) yang utama campuran tepung tu kena ikut sukatan 2,4,6 :)

raihan hassan @ rusdi nasir yussof said...

syabas iina..ayam goreng ko memang superb!rasenye paling sodappp kat UK ne hehhehe..pasne resepi ayam goreng ne akan menjadi sebutan org2 kat sheffield plak..ngan tak tau aku borong sampai 5ketul hahahha..

iina said...

hehehe rusdi.. yeke. glamour lak jadinya.. kena tukar nama ler ayam kfc glasgow kot.. lepas nie ann buat jadi ayam goreng sheffield lak.. balik tg malim kita business tepi upsi ler ;).. letak nama ayam goreng UK mari hehehe

Abu Iqbal said...

salam,

minta izin guna resipi ayam goreng nie utk try di umah di kelate, m'sia mungkin anak2 suka...

terima ksih.

hamdan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin