Sunday, 17 August 2008

Rumah Mak dan Ayah

















Gambar ini diambil pada pagi raya tahun 2006 dari pintu rumah mak dan ayah mengadap ke laman rumah..

Bila badan mula tak berapa sihat.. kadangkala fikiran turut tidak sihat juga.. selalu bila demam datang.. mimpi juga jadi bukan-bukan.. hati dan fikiran mula didatangi pelbagai perkara.. semua nak fikir pada masa yang sama.

Entah mengapa ketika berbual dengan rakan-rakan tadi teringat juga betapa Ramadan tidak jauh lagi berkunjungnya. Jika di Malaysia bulan Ramadan begini pastinya begitu meriah dengan aktiviti-aktiviti bulan ramadan dan juga ke pasar ramadan dengan pelbagai juadah. Aku tidak dapat nafikan yang aku rindukan suasana itu. Teringat juga perbualan dengan seorang rakan semasa menaiki bas untuk ke BBQ tadi. Beliau sudah 2 tahun di sini.. dulu datang study (sponsor sendiri 100%) dan kini sudah pun mendapat pekerjaan sementara.. Sempat juga ku tanyakan adalah akan terus bermaustatin di sini atau ingin terus kembali ke Malaysia. Katanya dia masih belum putuskan lagi hari depannya.. Jika fikirkan duit memanglah mewah di sini.. beli barangan nilainya masih agak kecil.. tapi hidup terpaksa bertungkus lumus sedikit.. yelah kedatangan untuk study dulu pun sudah beribu-ribu duit dihabiskan termasuklah membuat pinjaman bank.. kini bekerja di sini untuk membayar semua hutang-hutang itu dan juga membina kehidupan.. hujung minggu penuh dengan aktiviti bekerja.. kadangkala tidak ada life dengan kata lain.. memanglah ada rakan-rakan tapi tidak ada keluarga untuk dikunjung pada hujung minggu.. tidak ada mak dan ayah untuk mengadu nasib.. dan berbual mesra..

Walaupun di Malaysia itu kos hidupnya agak tinggi.. tapi hidup itu lebih ada maknanya.. kerana semua ada di sana.. emak ayah.. adik beradik.. kaum keluarga.. kenduri kendara.. sanak saudara.. saat senang dan susah semua dapat dinikmati bersama.. masa depan.. kehidupan.. kegembiraan.. Aku juga tidak nafikan itu.. bak kata orang kan.. Hujan emas di negara orang.. hujan batu di negara sendiri..

Mengenangkan semua itu.. entah kenapa ingatan aku kembali melewati rumah arwah nenek.. dulu rumah itu kelilingnya penuh dengan pokok-pokok rambutan kuning.. kanan rumah penuh pula dengan deretan pasu bunga tanaman arwah nenek.. di bahagian hadapan pula.. penuh dengan tanaman pokok ubi kayu.. nenas yang menjadi pagar dan sempadan rumah..

Teringat juga ketika aku kembali sebentar ke Malaysia.. aku jengah juga rumah arwah nenek itu.. kini Pak usu yang menetap di situ.. ketika berjalan kaki dari rumah mak ke rumah arwah nenek.. yang hanya selang satu rumah sahaja.. lewat selepas maghrib.. dari jauh aku sudah dengar riuh rendah suara sepupu-sepupuku.. anak-anak pak usu dan mak usu ramai.. jika tidak salah aku 6 atau 7 orang semuanya..

Ketika memandang rumah itu dari hadapan jalan.. ingatan aku melewati zaman anak-anak dulu.. masih aku ingat kata-kata sepupu ku Ijam.. ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku yang sulung anak pak usu.. "Rasanya macam baru je kitaorang sambut majlis kawin pak usu dulu.. sekarang kitaorang pulak sambut ko yang kawin.. cepat sungguh masa berjalan.. macam baru je semua tu" aku yang dengar kata-kata itu mengiakan.. aku masih ingat lagi majlis perkahwinan pak usu yang berlangsung di hadapan rumah arwah nenek.. meriahnya.. masih aku ingat acara dimana ketika mereka bersanding di tanah.. selepas sahaja acara pencak silat dipersembahkan.. aku masih ingat lagi.. bagaimana arwah nenek mengambil sehelai kain batik lepas.. dia lilit kedua-dua mempelai itu dengan kain batik itu.. dan menariknya ke atas rumah untuk majlis persandingan di rumah pula.. itulah kali pertama aku menyaksikan acara seperti itu.. dan hingga kini aku belum pernah lagi melihatkan acara yang sama dimana-mana majlis perkahwinan zaman sekarang.. masih segar dalam ingatan aku ketika ini.. tindak tanduk arwah nenek.. senyuman dan gembiranya.. laungan makcik-makcik sedara.. dan riuh rendahnya mereka..

Masih aku ingat juga.. malam itu selepas majlis persandingan.. di lapangan laman rumah itu jugalah.. tarian joget lambak diadakan.. apa lagi aku pun turut bersama dengan sepupu rapatku ijam.. kami menari sakan bersama.. meriah dan rancak sungguh acara malam itu sambil diiringi dengan kumpulan band musik kampung.. indah sungguh kenangan zaman lalu.. ketika melewati laman rumah arwah nenek itu.. semua kenangan zaman silam datang bertandang.. masih aku ingat juga di laman itu jugalah kami bermain ting-ting.. baling selipar.. baling tin.. dan juga di parit hadapan rumah itu jugalah kami mandi manda dengan selambanya.. itu belum lagi acara menjerat pepatung dengan melilit getah nangka pada batang lidi penyapu.. jika nampak sahaja pepatung melewati parit itu.. apa lagi.. aksi menjeratlah yang akan kami buat.. sampai pernah di tegur dengan arwah nenek.. "tak baik buat binatang macam tu.. kesian dia"

Aku juga masih ingat ketika duduk di pangkin kayu di dapur rumah arwah nenek lewat maghrib.. penuh dengan gigitan nyamuk.. tahu sahajalah kan rumah kampung.. nyamuk adalah binatang yang wajib.. pernah juga aku pukul seekor nyamuk tapi nyamuk itu masih hidup.. lalu aku tarik sayapnya.. satu persatu.. dan sekali lagi aku ditegur arwah nenek.. "tak baik buat begitu.. kesian dia.. lebih baik matikan dia terus.. pukul terus sampai mati.. dari tarik sayap dia camtu" Itulah arwah nenekku.. mulianya hatinya.. penuh dengan nasihat-nasihatnya.. malah banyak lagi juga nasihatnya yang aku terima.. kadang kala aku jadi rindu dengannya.. dengan cerita-ceritanya..

Aku tetap bersyukur.. kerana aku mempunyai keluarga yang suka bercerita.. baik disebelah ayah atau disebelah mak.. aku kira orang tua selalunya suka bercerita.. apatah lagi bercerita kisah pengalaman mereka.. kisah silam mereka.. kisah hidup mereka.. namun apapun jua.. aku senang dengan cerita-cerita itu.. masih aku ingat lagi kali pertama aku bakal berjumpa dengan mak mertuaku.. masih aku ingat pesanan pakwe waktu itu "alah.. mak abang macam mak ina juga.. sama je perangainya.." mulanya aku tidak begitu pasti dan yakin dengan kata-katanya.. tapi kali pertama kali bersua dan berbual.. memang rancak perbualan kami.. dan aku akui kata-kata pakwe.. perangai mak.. sememangnya sama dengan perangai mak ku sendiri.. hingga kini aku sudah masak.. dia juga suka bercerita.. kisah anak-anaknya.. kisah abah.. kisah saudara mara.. ya.. memang sama.. jika kisah yang sama akan mak ceritakan padaku setiap kali aku balik ke kampung.. dan kisah yang sama juga aku dengari (hanya individu yang diceritakan berbeza) aku dengari dari mak mertua.. Apa juga aku tetap rasa bersyukur.. kerana mempunyai 2 mak yang hampir sama sifatnya. sama kriterianya.. sama juga caranya.. sama juga hatinya..

Perangai abah juga tidak jauh berbeza.. biasanya abah tidak banyak cakap.. tapi setiap kali dia bercakap hanya perkara penting sahaja yang menjadi ceritanya.. nasihatnya.. kisahnya.. kadangkala aku juga sedih melihatkan abah.. biarlah tidak ku nyatakan mengapa.. kadang aku pelik melihatkan anak-anaknya yang agak sukar memahami abah kecuali pakwe.. Namun perangai ayah juga tidak jauh beza.. cuma dia lebih suka bercerita.. mungkin pabila melewati usia senja ini.. ayah sering juga bercerita kisah kecil-kecilnya.. kadang melihatkan sifat-sifat ayah ini.. aku sering teringatkan sifat-sifat arwah nenek.. sama.. dan serupa.. apa juga aku sentiasa selesa.. sejak dari dulu pergaulanku dengan orang tua adalah benda yang tidak asing denganku.. kawan-kawan mak.. kawan-kawan ayah.. zaman remajaku dengan orang-orang tua di kampung.. rasanya kalau aku tinggal di kampung lebih lama.. rasanya dah banyak dah jawatan kampung aku pegang.. sedangkan zaman remaja dulu pun.. aku sudah aktif sebagai beliawanis kampung.... ceruk mana tidak pernah aku pergi.. rumah mana tidak pernah aku singgah.. rewang mana tidak pernah aku pergi.. kenduri mana juga tidak pernah aku hadiri.. tapi kerana masa depan.. mengejar impian cita-cita aku tinggalkan kampung berkelana mencari ilmu.. kadangkala bila berjumpa rakan sebaya.. selalu juga kenangan itu singgah.. bermain bola jaring di padang sekolah rendah.. bernasyid.. menghadiri perjumpaan kelab umno daerah.. ke rumah yang berhormat.. rumah ADUN.. dan macam-macam lagi.. rasanya kalau nak berpolitik dah lama kot.. hanya sebab aku tak minat.. tapi kalau aku masih di kampung.. entahlah.. macam-macam boleh terjadikan..

Mengambit kenangan silam memang indah.. mengingati semua kenangan itu.. rumah mak dan ayah juga sudah banyak berubah.. rumah arwah nenek kini sudah diduduki pak usu.. tidak ada lagi gelaran rumah arwah nenek lagi.. kini aku harus gelar rumah pak usu.. ketika singgah bertandang ke rumah itu.. tidak jauh berubah kedudukan susun atur dalam rumah.. sama sahaja.. tingkapnya.. papan dindingnya.. bilik-biliknya.. atap zinknya.. semua masih kekal kukuh dan kuat.. ketika berbual dengan pak usu dan mak usu juga aku sempat tanyakan tentang keadaan rumah itu.. lama sungguh aku tidak menjejak kaki ke rumah itu selepas arwah nenek meninggal.. aku masih ingat.. satu petang ketika aku singgah ke rumah itu.. ketika itu aku masih bujang.. tidak lama meletakkan kereta di hadapan rumah arwah nenek itu.. datang seorang penjual kek di jalan masuk ke laman rumah itu.. lalu singgah terus ke beranda dapur.. aku pula ketika itu sedang berjalan-jalan menuju ke dapur.. berhenti di pintu dapur.. mendengar kata-kata penjual itu.. rupanya dia jual kek.. nenek memandang aku ketika itu.. lalu aku terus tanyakan harga kek itu.. katanya RM5 sekotak (berbentuk seperti separuh silinder tu.. selalu di pasar malam ada jual) lalu aku beli 3 kotak.. 2 untuk arwah nenek dan 1 untuk aku bawa balik ke rumah mak. Ketika penjual itu hendak melangkah keluar dari beranda dapur.. dia tanyakan padaku.. "Adik nie siapa?" lalu ku jawab "Saya cucunya" sambil disambut dengan senyuman pemuda itu.. "Baguslah adik melawat nenek adik.. eloklah selalu-selalu singgahkan" Aku hanya memandang pemuda itu dengan senyuman ikhlas sambil menganggukkan kepala.. aku masih ingat lagi senyuman sayu pemuda itu.. mungkin ada sesuatu dalam fikiran pemuda itu.. mungkin juga ada kisahnya sendiri.. apa juga aku tidak pernah lupa kenangan ini.. senyuman itu.. lewat petang itu..

Malam itu juga aku tinggalkan rumah pak usu dengan semua kenangan zaman silam yang satu persatu aku simpan kembali dalam kotak ingatan.. indah.. dan penuh memori.. Entah siapa pula bakal warisi rumah mak dan ayah di kampung.. yang pasti bukan aku.. (walaupun ayah telahpun membahagikan tanah rumah itu kepada kami 4 beradik).. sebenarnya sudah aku persiapkan diri dengan semua kemungkinan itu.. kadang orang kata masih terlalu awal untuk memikirkan pasal kehidupan masa depan.. namun bagiku.. tidak ada erti lewat.. sejak ayah dimasukkan di hospital selama 2 minggu lewat beberapa tahun lalu.. ketika berulang-alik selama 2 minggu dari Tg malim dan banting setiap hari.. pagi dan petang.. aku terus memikirkan segala kemungkinan.. segala tindakan.. andai mereka sakit siapa yang seharusnya aku pertanggungjawabkan untuk menjaga mereka.. maka setiap nama adik-adik datang dalam fikiranku.. setiap sebab dan musabab juga datang menjawab dan menjelaskan.. akhirnya aku temui jawapannya.. dan aku juga telah meletakkan tempoh dan suatu keputusan.. seperti mana pernah aku nyatakan pada pakwe sebelum kami melangsungkan perkahwinan.. "Tanggungjawab Ina pada keluarga akan tetap ada sampai bila-bila.. walaupun ina perempuan.. tapi Ina anak sulung.. bila abang jadi keluarga Ina.. abg juga jadi anak sulung.. walaupun hanyalah menantu.. tapi bebanan keluarga dan tanggungjawab abang turut pegang bersama" Alhamdullilah.. pakwe sentiasa memahami aku.. dan memahami tanggunjawabku.. selain sebagai seorang menantu.. dia juga menjadi abang sulung dalam keluargaku.. seperti mana hormatnya adik-adik padaku sebagai kakak sulung.. mereka juga hormat dia sebagai abang sulung.. aku bersyukur.. kerana aku pasti bebanan tanggungjawab ini pasti kami pikul bersama..

Apa juga masa berlalu.. kenangan tercipta.. pengalaman membina jiwa.. meneladani kisah mengukur kehidupan.. entah bagaimana pula nanti kisah rumah mak dan ayahku pula lewat suatu masa hadapan nanti.. Yang pasti.. setiap sesuatu itu perlu dihargai.. perlu juga diingati.. perlu juga dijaga..

9 comments:

julietchun said...

Bc n3 nih buat aku terigt umh arwah nenek kat kg yg skang ni kosong sbb anak-anak nenek semua keje di KL.Hidup tak selalunya indah tapi yg indah ttp hidup dalam kenangan.

iina said...

julietchun.. biasalah teringat kenangan lama.. betul hidup tak semuanya indah.. tapi tetap kenangan itu tetap indah

zany said...

bila dok jauh-jauh teringat familykan, bila dekat ada yang macam anjing ngan kucing. Itulah hidup, saya rasa bila berjauhan baru kita kenal erti kasih, erti sayang lebih mendalam.Bila dah bekerja, hujung minggu rasa tak nak keluar rumah, lepak je. Tapi dikelilingi family meriahkan, especially raya nanti. Muda-muda cari rezeki kat sana pun OK lagi, balik kg boleh dapat bunga-low sebiji. Alhamdulillah.

iina said...

zany.. memang betul bila jauh baru rasa rindu.. bila dekat kurang sikit rindu tu.. gado2 manja gitu.. tapi pada saya kalau pasal mak dan ayah.. dekat ke jauh ke perasaan saya tetap sama.. rindu sentiasa ada.. lagi2 anak sulung kenang mak dan ayah dah tua..memang ada hajat nak cari duit banyak2..kerja kat sini.. tapi selagi mak dan ayah ada.. kadang saya rasa susah nak duduk jauh-jauh..tanggungjawab tetap ada.. nie duduk jauh2 pun.. macam2 dah kerisauan hati saya.. ;)

zany said...

setuju tu, saya pernah tolak tawaran belajar ke US sebab mak ayah juga, tak pernah berjauh, saya takut sangat saya tak sempat jumpa mereka semula. Tanpa mak ayah saya tak sampai berpelajaran tinggi. Mohon ibubapa kita panjang umur, diberkatiNya.

Kak Long said...

kenangan yang indah buat saya rasa nak kembali ke zaman silam. kenangan yang sedih juga buat saya rasa nak kembali ke masa yang lebih silam supaya dapat memeperbaiki keadaan dan mengatasi perkara yang menyedihkan itu supaya tak berlaku.

iina said...

zany> insyallah.. kita doakan mereka panjang umur dan sempat merasa dan melihat kejayaan kita

kak long> jika boleh kembali rasanya semua ingin kembali ke zaman lalu.. tapi apa juga sebenarnya yg terjadi itu ada hikmahnya andai kita kembali pun ke zaman itu.. pastinya ada kesilapan lain dan kenangan sedih lain pulak terjadi.. apa2 pun sama juga kan.. usah kesali apa terjadi.. yang lepas jadikan sempadan dan pengajaran.. hadapi terus masa depan insyallah

shahrul nizam said...

hari ni hari pertama kami berpuasa di sini, terbaca blog u ni, teringat i zaman dulu dulu... terasa sayu...

iina said...

Shahrul

Wahh entri nie dah 2 thn lepas.. saya sendiri pun dah lupa langsung.. InsyAllah.. nikmatilah pengalaman berpuasa dan beraya dirantau orang.. ada suka dan dukanya.. tapi pengalaman itu akan menjadi yang paling berharga ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin