Saturday, 12 July 2008

Malam yang masih cerah

Aku terjaga dari tidur dengan alunan nyanyian dan petikan gitar. Aku hairan dari mana alunan itu datang. Berkali-kali aku pasang telinga untuk memastikan aku tidak silap beradu lena.. ya.. aku masih di atas katilku.. masih berada dalam bilik tidur ku.. malah masih juga berada dalam rumahku sendiri.. dari manakah alunan itu datang.. rupanya ia datang dari bilik sebelah.. atau lebih tepat rumah sebelah.. lapisan dinding yang memisahkan kami rupanya agak nipis.. hingga aku boleh mendengar setiap bait bicara nyanyian si jejaka dan harmoninya dengan petikan gitar itu.. bukan seorang malah berdua.. sepanjang hampir setahun aku tinggal di rumah ini.. inilah pertama kali aku dengar sekuat ini alunan laguan itu.. Nasib alunan itu hanya datang bersama petikan gitar biasa.. andai turut disertakan dengan pukulan drum atau gitar elektrik.. mahu sahaja aku ketuk dinding yang memisahkan kami.. mahu juga aku ketuk pintu rumahnya..

Akhirnya aku bangun dari lena tidur.. malamku masih cerah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.. waktu asar masih ada.. aku tidur selepas zohor tadi.. hampir ke pukul 4.00ptg.. mengenangkan waktu maghrib hampir tiba, aku bingkas bangun.. aku solat bersama alunan lagu dari bilik sebelah.. selesai solat.. rupanya alunan itu begitu jelas sekali.. ibarat mendengar alunan lagu dan petikan gitar di hadapan mata.. namun walaupun hanya dinding sahaja yang memisahkan kami.. kejelasan alunan itu begitu ketara.. Biarlah.. Mungkin cuti hujung minggu dimanafaatkan untuk berehat dan melepaskan tekanan.. maka wujudlah alunan itu.. yup.. saturday nite fever hehehe.. I guess..

Aku terpandangkan sebuah sms yang sedia ada dalam handphoneku.. Rupanya dari yayang sekeluarga.. mengucapkan selamat hari lahir.. ya waktu malaysia hari lahir aku sudah pun tiba.. tepat pukul 12.00malam, 13 julai sudah masuk waktunya pukul 5.00 petang tadi.. Terima kasih yayang..yayah dan ibu.. Mama ucapkan terima kasih.. :) and Yana to you as well for wishing me earlier in advance..

Sejak dulu.. aku akan sambut hari lahirku tepat pukul 12.00 malam.. Masih aku ingat bagaimana pertama kali aku sambut hari lahir itu pada waktu itu.. di penghujung tahun 90an.. Ketika itu kami keluar makan agak lewat malam.. ketika hampir ke pukul 12.00malam.. Aku mula mengajak pakwe untuk beredar kerana sudah hampir ke pukul 12.00mlm. Lantas dia melihat jamnya.. Entah mengapa dia meminta aku untuk tunggu sebentar beberapa minit lagi.. Pakweku.. siapa lagi hubby tercintalah kan.. Maka kami teruskan berbual hingga tepat pukul 12.00malam.. Secara tiba-tiba dia menyanyikan lagu selamat hari jadi padaku.. aku terdiam seribu bahasa dan tergumam seketika.. aku menjadi sungguh terharu sekali.. inilah pertama kali seorang insan mengucapkan selamat hari lahir buatku tepat pukul 12.00malam.. Nyayian itu dialunkan di sebuah gerai kecil di kampung jalan yadi klang.. Semenjak itu kami akan sambut hari lahir kami tepat pukul 12.00malam.. sudah bertahun kami lakukan tradisi ini.. Alhamdullilah.. saling mengingati..

Entah ada lagikah gerai itu.. semenjak berpindah ke Tg Malim. Kami jarang sekali menyinggah ke situ.. mungkin masih ada.. dulu ketika pakwe masih bekerja di kilang tepung di Pelabuhan Klang (cap kapal sauh.. yang kebanyakan kita gunakan dalam masakan), pakwe akulah yang menguruskan semua mesin-mesin operasi di situ.. jika tersangkut.. dialah yang akan masuk ke dalam terowong besar tempat memproses itu.. untuk membetulkan mesinnya.. namun apabila kilang itu hampir ditutup kerana berpindah ke Pelabuhan Barat.. Pakwe sudah tidak mampu lagi untuk berulang-alik dari Tg Malim kerana jarak yang mengambil masa tambahan 1 jam.. ketika itu dia masih berulang yang mengambil masa 2 jam pergi dan 2 jam balik.. dengan menaiki motor (Sungguh sadis kalau aku kenang penat lelah dia berulang sepanjang masa itu.. hingga kadang kala aku sendiri terpaksa menjemput dia andai motornya rosak.. atau tayarnya bocor ditengah-tengah malam.. aku bersyukur dia tidak lagi berulang menaiki motor..) Kebetulan aku terima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke edinburgh pada tahun itu. Lantas pakwe mengambil keputusan untuk berhenti kerja.. Ya Tuhan telah takdirkan itu terjadi.. hingga kini kadang kala pakwe pernah sedikit menyesali perkara itu.. dan aku sentiasa mengatakan.. Bang.. Allah dah takdirkan itu berlaku pada kita.. Jika tidak kita takkan dapat datang ke UK sebanyak 2kali.. dalam tempoh 5 tahun sahaja.. Jika abang tak berhenti kerja.. mampukah abang jamin bahawa pangkat yang bakal abang perolehi itu akan abang dapat.. mungkin ye mungkin juga tidak.. rezeki Allah tentukan.. Jika tidak di situ.. di tempat lain.. Aku tidak mahu dia menyesali keputusan yang pernah dibuatnya.. padaku semua itu telah ditakdirkan.. Ada buruk dan baiknyakan.. Paling utama kami dapat mengembara jauh ke sini..

Rezeki.. Aku rasa.. aku antara salah seorang kaki tangan UPSI yang dapat datang semula ke sini 2 kali atas tajaan kerajaan dan sponsorship UPSI.. ada rakan yang dulunya sama datangnya ke UK ini.. Modi.. dia di Bradford, aku di Edinburgh. dan sepasang suami isteri di Birmingham. Ketika itu hanya kami berempat sahaja tutor yang datang melanjutkan pelajaran ke UK. Dan kini hanya aku sahaja yang meneruskan kembara ilmuku semula ke UK.. manakala mereka hanya sekadar melanjutkan PhD mereka di Malaysia.. Alhamdullilah.. ketentuan tuhan.. masih aku ingat lagi ketika aku mewar-warkan yang aku ingin sambung pelajaran.. ada yang malah berkata padaku.. Eh.. bukan kak Ina baru je balik dari sambung study.. Baru?? bagiku 5 tahun di UPSI sudah terlalu lama.. bebanan kerja sudah terlalu banyak.. aku sudah jadi tepu.. mungkin sudah sampai masa untuk berhijrah..

Aku mula melihat ke dapur.. Teringatkan perapan ayam tandori yang dibuat lebih awal oleh Pakwe.. bukan susahpun.. beli sahaja paste tandori pantaks yang sedia dijual di kedai-kedai.. beli yogurt.. tambah sedikit garam atau gula jika nak.. dan perap dengan ayam.. Aku mula panaskan oven.. mengenangkan yang akan dipanggang adalah sebelah kaki ayam itu.. maka sudah tentu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibalikkan..

Aku lantas kejutkan pakwe dari lena tidur.. rupanya dia juga temankan aku tidur sama.. maklumlah hari sabtu.. aku sejak dari petang tadi mula pening kepala.. entahlah semacam sahaja rasa badan... agaknya melihatkan aku tidur sama.. maka dia juga teringin untuk masuk tidur juga.. biasalah bila sorang dah mula lena.. yang sorang lagi mesti teringin nak join..

Sudah pukul 10.00malam entri ini hampir ditamatkan.. sudah pun masuknya waktu maghrib.. dan hampir ke pukul 12.00 pula barulah isyak pula..

Malam yang tadi cerah sudah sedikit malap.. sepanjang summer ini.. malam dan siang tidak jauh berbeza.. hanya gelap seketika tapi masih tidak sepenuhnya.. walaupun malam.. masih agak terang suasananya.. hanya matahari sahaja yang tidak muncul pada malam hari..

Aku mahu menunaikan solat maghrib.. dan makan malam.. perut sudah mula rasa lapar..

2 comments:

Cik Puan Kesum said...

salam ziarah,

terjumpa ur blog umh kak tiny..wa,sonok baca coretan akak.mcm2 peristiwa yg berlaku..

hihs,nape tak sound je jiran tuh,kalau deme,kita buat bising,kecoh!hehe

iina said...

Ikutkan memang nak sound..Nasib baik suara dia merdu hehhe aka macho.. tak sampai hati lak.. tapi tadi solat maghrib dah senyap dah.. tidur kot hehehe..

tq visiting hehehe.. :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin