Friday, 11 July 2008

Jumaat yang meletihkan

Aku tidak tahu mengapa aku begitu letih seminggu ini.. mood juga asyik on dan off.. mood study pun terbabit sama.. letih badan usah dikata.. setiap kali balik kerja aku pasti sudah melepek baring.. letihnya bagai tidak boleh ditahan-tahan.. hujung minggu aku jadi seolah-olah tidak bermaya.. tak larat.. entahlah.. tenaga seolah semakin berkurangan.. baru nak tambah umur beberapa hari lagi.. dah terasa letih lemah longlai..

Hari ini aku kepenatan.. sejak dari pagi tadi aku ke klinik ingat nak set appointment doktor gigi semenjak pindah rumah aku tidak pernah tukar alamat.. ketika ke klinik tadi.. rupanya aku kena tukar GP tempat lain.. wahh tension aku.. dah kena cari alamat nhs di Pollokshields yang terdekat.. sebabkan masih juga nak settlekan hal gigi ini aku terus ke dental hospital di sauchielhall street.. sekali lagi aku menapak ke situ.. sampai-sampai.. rupanya aku kena register dengan GP yang terdekat dengan rumah aku.. wah double triple lagik penat aku.. akhir aku jalan kaki balik ke cis.. dan teringat nak ajak Suthanya ke ALDI.. nak beli barang-barang makanan sikit.. lalu tanganku pantas mendail nombornya

"Suthanya.. are you bz now? " tanyaku

Jawabnya "Hello.. where are you.. I'm sooo busy. Why?"

"Would you like to go to Aldi? I want to buy some food"

"Okay.. I would like to go too but..I'm at city centre now"

Aku terkejut dengan jawapan Suthanya "Where are you now?"

"I'm at bodyshop"

"Which bodyshop? near the John Lewis or at St Enoch?" minta-minta dekat jalan nie je.. kata hatiku.. (ada sebuah kedai bodyshop di sauchiehall street.. aku sedang berjalan menghampiri mothercare & watt brothers)

"The one near Buchanan gallery" lantas hatiku berkata wah tak jauh tu depan kedai tu je..

"Suthanya wait for me there.. I'm not very far from you.. I'll be there in few minutes"

"Okay.. I'll wait for you"

Wahh ini sudah bagus.. merewang juga minah sorang nie.. macam aku tau-tau je yang Suthanya ada berdekatan.. rupanya dia pergi shopping sorang-sorang.. wah-wah minah nie.. rasanya baru je beberapa hari lepas dia pergi shopping juga.. hari nie shopping lagik hehehe.. takpe temankan dia.. ke aku bakal shopping sekali dengan dia hehehe... Bagaikan ditakdirkan untuk berjumpa.. jumpa untuk pergi shopping hehehe..

Sampai ke bodyshop.. rupanya Suthanya sibuk nak beli body scrub spa.. puas juga dia membelek-belek.. sekarang tengah sale.. tapi pelik juga ada barang yang dah naik harga.. rasanya.. 3 set body butter avocado, mango dan coconut milk.. aku beli baru 7pd.. hari nie dah jadi 11.40 pulak.. aihh ke lain kedai lain harga.. muskil pulak aku.. sebab aku beli pun di bodyshop st enoch.. takkan jauh lain sangat harganya.. Akhirnya beli juga Suthanya body scrub spa mandarin.. aku tumpang beli mandarin shower gel 3pd je.. menambah koleksi shower gel yang sememangnya dah banyak kat rumah.. hehehe..

Dari bodyshop kami ke clark.. wah shopping lagik.. Suthanya kata ada beg murah.. so kami pun singgahlah akhirnya aku dan dia beli beg.. sebelum itu kami terserempak dengan 3 orang rakan Thai Suthanya.. Jojo, Candy dan Meow.. aku hampir kenal semua rakan-rakan dia.. malah semua cerita tentang mereka aku tahu.. sampai pernah Suthanya katakan padaku "I think you know more about me than my Thai friend" Aku hanya senyum sahaja lah.. Hampir semua ahli keluarganya juga aku tahu.. selalu dia yang rajin bercerita pun.. pasal adik-adiknya.. emak dan ayahnya.. kawan-kawannya.. perangai-perangai mereka.. hehehe.. tapi aku dah janji simpan rahsia.. terutama pasal kawan-kawannya..

Sempat juga Suthanya kata nak beli sayur.. sampai pelik kawan-kawannya.. akhirnya Salah seorang rakannya bertanya padaku.. "She said that she want to buy vegetables.. I just wander what for? and she said for supper" Siap dengan memek muka kehairanan. Aku dalam senyum selambaku menjawab.. "Yes we are going to buy some food and vegetables" dalam hati aku dah mengekek gelak.. wah-wah Suthanya nie sure kelentong kawan-kawan dia kata nak beli sayur.. walhal nak p clark nie hehehe.. aku pun jadi supporting.. mengiakan kata Suthanya..

Selepas itu aku sound suthanya.. "You lie to your friend ahh.. " sambil gelak-gelak.. "I know you don't want them to know what you up to.." Suthanya pegang tangan aku sambil meletakkan jari ke mulutnya "shhh... shhhh... " aku gelak sakan lagi.. Alahai kawan aku sorang nie.. Nasib aku dah faham sangat perangai dia..

Memang beli sayur pun sebab kami singgah Tesco Metro di Argle Street.. banyak pulak egg noodles.. sempat jugalah Suthanya ambil sepeket.. aku teringin juga nak ambil tapi mengenangkan lepas tu nak ke tempat kerja.. takut xelok je nanti.. so aku decide maybe beli kat somerfield jelah.. perjalanan balik kami singgah ke asrama Suthanya di Andrew Ure Hall.. kecik je bilik dia.. tapi aku hanya dapat tengok sikit je bilik dia.. segan abis si Suthanya nie katanya bilik dia bersepah.. namun aku sempat juga mengintai hehehe.. oklah bilik anak dara.. tak kemas pun kemas jugalah kan.. akhirnya kami ke Aldi.. beli barang-barang makanan stok laci aku.. roti.. biskut.. anggur 69p je.. kek coklat 99p.. air jus 45p.. semua murah-murah belaka.. bak kata Suthanya.. "it's very cheappp.." Itulah kata-kata dia selama ini pasal Aldi.. akhirnya aku pun terpedaya dengan kata-kata Suthanya.. hehehe

Sampai semula ke department.. kami terus lunch sebab dah kelaparan.. Selesai makan barulah aku terasa betapa letihnya aku hari ini.. dari pagi tadi berjalan.. dan harus ke tempat kerja pula.. letihnya semasa mula nak buat kerja.. Paksa diri jugalah walaupun takde mood.. Diam tak diam akhirnya selesailah kerja aku pukul 5.55ptg.. aku set fire alarm.. dan aku keluar dengan gembiranya.. Dari jauh aku dengar Janice melaungkan nama ku

"Bye Haslina" sambil melambai-lambaikan tangannya..

Aku pun dengan selambanya menjerit" Bye Janice" sambil mengangkat dan melambai-lambaikan tanganku setinggi-tingginya..

Rintik-rintik hujan turun dengan lebatnya.. Yang pasti aku gembira kerana aku ada 2 hari untuk berehat dan menambah usia.. :)

6 comments:

chinta said...

terpanggil tuk memberi komen setelah baca entry nie..

mcm mana leh set body butter yg 3 tuh leh jadik 7 pound jek kat glasgow? awat kat sini harga biasa 14 dan skrg dah 11.40 sbb sale....isk..ruginye beli 2x ganda mahal?!!

sorry teremo laks..

iina said...

Tulah muskil sebab beli tu masa hujung bulan 6 ari tu.. masa tu ada sale 50%.. sekarang rasanya sale 50% tu dah tamat kot tapi dia masih carry on dengan sale lain..

Rezeki kot hehehe.. masih ada lagik sticker 7pd tu kat set body butter tu.. Jangan jeles ekk hehehe..

chinta said...

oh mmg jeles..apsal tak seragam satu UK..cuba cek website dia, 14 pound tuhh..

harus la shopping di glasgow ginihh...ngeh3x

iina said...

hehehe.. rasanya sale 50% tu dah abis time.. sebab sign 50% tu dah xtampal kat window dia.. nak dtg glasgow shopping anytime je hehehe..

Cik Puan Kesum said...

salam

nk mencelah ni..

memang rege asal £7 sbnya MIL beli ari tu before balik msia.pastu saya g tgk last 2 weeks,dh naik £11.40.so memang betulla kata kak ina.masa tu je £7.pelikkan,nyesal tak sembat ari tuh.

tp yg £3 tuhpun dh tinggal sikit.saya tgk ni kt princess street.

iina said...

tulah akak rasa.. akak beli masas dia sale 50% rasanya sale tu sampai awal bulan 7 ari tu.. baru2 nie p tgk sign 50% tu dah takde kat windows dia.. hanya ada sign sale.. maybe sebab tu dia naik harga dah..

Ahah yang 3pd tu mmg dah xbanyak.. masa awal2 beli ari tu sampai rambang mata xtau nak beli apa.. sebab byk sangat pilihan.. lagipun bila ada membership kad dapat diskaun lagi 10%.. so puas hati lagik kan.. ingat sok nak pergi bodyshop sebab katanya ada birthday gift hehehe nak skodeng hadiah apa lak ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin