Sunday, 13 July 2008

Sebentuk Cincin Tanda Cinta

Sebentuk cincin
Tanda kasih sayang
Hadiah istimewa
Dari dia tercinta

Bagai telah dijanji
Permintaan dipenuhi
Satu persatu dicari
Akhirnya bertemu pilihan hati

Namun ia tidak berhenti lagi
Masih tercipta sebuah janji
Sebahagian hadiah lagi
Yang bakal dipenuhi
Pabila kaki menjejaki
Bumi tanahair akhir tahun ini


Pilihan telah diberi
Aku memilih satu di sini
Dan satu lagi ciptaan anak jati
Rekabentuk terkini

Selagi janji itu ada
Aku sentiasa setia
Menanti akan tiba waktunya
Sebahagian janji yang dikata
Walaupun itu bermakna
Pilihan kedua berada di Malaysia..
Yang utama permintaan itu tetap ada
Tanda kasih cinta buat selamanya..

5 comments:

mashi said...

amboi, hebat ko na... dapat cincin. Nama rekabentuk cam cincin yang dah ada kat jari ko aje? Isk.. tak kan ko minta cincin lagi na? Kan dah penuh kat jari?

Ni kat Malaysia, gelang pulak ke ni? Betul le.. ko ni pompuan sejati..hehe..

Aku dah tak leh minta cincin, sebab tahun lepas dapat, pastu aku tak pakai...kena sound le, apa lagi..hehe..

Apa2pun, harap ko happy sokmo. Tahun ni aku doakan agar ko dikurniakan rezeki dari Allah yang bakal menjadi cahaya hati dan mata, menjadi penyejuk emosi dan rohani dan kurnian itu juga dapat meningkatkan kekuatan akal dan minda. Sesuatu yang begitu bernilai dan diharap. Moga ko dapat apa yang dihajati.

KAKTINY said...

hepi nampak.. janji dituruti..
wah... bila tanahair dijejak kaki.. ada lagi yang menanti..

hebat hebat.. hati berbunga ler tuh kan kan kan....

iina said...

Mashi> hehehe.. design lain ler tak serupa..selagi leh minta aku minta.. lepas tu tah berapa tahun gik baru dapat hehehe.. balik mesia minta benda lain ler xkan cincin kot hehehe.. dia yang buat janji.. aku tuntut je hehehe..

ko memang.. minta2 pastu.. ada ke xpakai.. tapi oon tu ko pujuk2 sure dapat lain ye hehehe

Tq mashi.. insyallah.. terima kasih atas doamu.. aku pun doakan benda yang sama untuk ko ;)

Tiny> hehehe puas pujuk tu dah bertahun.. tahun2 lepas minta xdapat.. tahun nie minta dapat hehehe.. alhamdullilah rezeki.. ;)

julietchun said...

Salam Ina,
Berbunga ayat bila dpt apa yg dihajatkan yer.Hepi b'day.

iina said...

JulietChun.. thanks banyak2 ahah memang berbunga-bunga.. daun semua pokok pun ada sekali hehehe :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin