Monday, 21 July 2008

Budi Bahasa

Menurut Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi. Kata beliau

“Makna perkataan budi ini luas,tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau perkerti manusia sahaja, tetapi mencakup seluruh aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan, mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia. Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya”.

Merujuk kata-kata Dr Hm Tuah :

"Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri"

"Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan"

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

3 comments:

julietchun said...

Baik2 menanam ubi
Agar tumbuh rasanya manis
Baik2 menanam BUDI
Agar tidak dipandang sinis.

KAKTINY said...

sedap pantun tuh..

tapi bebudak skrg nih..

pagi tido malam pesta
jalan siang tutup2, malam buka2..
orang berbudi kita berbahasa
ko sanggup beli, body ko dpt rasa..

Nauzubillah.. semoga Allah melindungi kita dari segala kejahatan dan bisikan syaitan..

iina said...

julietchun> bila berbudi dengan manusia pun kena ada hadnya... baik berbudi dengan tanah berlebih2.. atleast dapat hasil yng berlipat ganda..

Tiny> uih.. ngerinya.. nauzubillah jauhkan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin