Monday 21 July 2008

Kisah 2 sahabat

Terima kasih atas email yang diberikan ini.. Makin banyak email-email yang ku terima setiap hari berkisar motivasi diri.. Terima kasih pada semua yang mengirimkannya..

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

SEMOGA MEMBAWA KEINSAFAN

Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan / kekayaan kita selama ini... adalah dari berkat doa org lain.. (Sebuah renungan)

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat.Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untukmembahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri.

Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu.

Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan,"jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa." " Kau salah ! " suara itu membentak tinggi" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa.

Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "" Katakan padaku " tanya lelaki A itu." Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "

Note: Renungan:

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang atau sesuatu, Hanya dari "yang terlihat" saja.


Benar adakalanya kesenangan dan kejayaan yang kita fikir kita miliki datangnya dari usaha dan doa kita sahaja.. Sebenarnya.. sokongan dan doa sahabat, keluarga, rakan, adalah pengerak dan penguat semangat..

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah di sungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

6 comments:

Kaktiny said...

BETUL BETUL.. dan antara doa yang berkat adalah doa jiran kepada jirannya.. (tapi berapa ramai dari kita yang mendoakan jirannya?..)

Sifat manusia.. bila bagus.. katanya.. "AKULAH YANG BUAT tuh".. bila tak bagus.. katanya.. "DIAORANG YANG BUAT"..

semoga kita sentiasa beringat dan ingat-mengingati... terima kasih kerana sentiasa post entri yang memberi peringatan..

julietchun said...

Berkawan biar beribu berkasih biar satu.

CikguZue said...

yelah. semoga kita termasuk di dalam golongan yg sentiasa menjaga hubungan yg baik dgn org lain.

iina said...

tiny> terima kasih kerana sudi berkunjung.. manusia kan pelbagai ragamnya

julietchun> betul tu.. berkasihan-kasihan semasa insan

cikguzue> insyallah.. semoga hubungan ukhuwah kita terus berkekalan..

zura aini said...

kadangkala kita berkorban dan pengorbanan itu tak dihargai, mungkin pada mereka semua itu kecil saja. Tapi pada kita sukar dalam menjalani semua tu. Allah maha mengetahui apa yang kita usahakan. Berserah padaNya.

iina said...

zany> selalunya begitulah.. pernah juga rasa menyesal dtg bila ingatkan pengorbanan & pertolongan yg penah diberikan.. tapi lama-lama fikir.. biarlah allah sahaja yang balasnya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin